1.0 PENGENALAN
Kisah ini berlaku pada 4 tahun yang lalu. Seorang guru yang bernama Bakar (bukan nama sebenar) yang bertugas di sebuah sekolah di pendalaman Tawau, Sabah. Beliau telah berkhidmat selama 20 tahun dan dilantik sebagai Guru Besar di sekolah tersebut semenjak 5 tahun yang lalu.
Pada pertengahan Januari 2004, seorang kontraktor telah datang ke sekolah. Kontraktor tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Kamaruddin (bukan nama sebenar), dan menyatakan bahawa beliau telah mendapat tender pembersihan di sekolah tersebut. Bakar meminta untuk melihat surat atau bukti yang boleh mengesahkan kenyataan tersebut. Pada mulanya kontraktor tersebut teragak-agak atau keberatan untuk mengeluarkan surat tersebut, tetapi akhirnya beliaupun mengeluarkan lantikan beliau sebagai kontraktor di sekolah tersebut. Bakar melihat bahawa nilai tender yang terdapat pada surat tersebut adalah sebanyak RM5000. Skop kerja pembersihannya pula adalah memotong rumput di seluruh kawasan sekolah, membersihkan parit dan pagar sekolah. Segala kos pembersihan kontraktor tersebut adalah di bawah tanggungan kontraktor tersebut.
Oleh kerana bilik pentadbiran tersebut agak sibuk Kamaruddin mengajak Bakar ke kantin. ” Bos, bagaimana kalau bos sain surat pengesahan ini dan saya bagi bos RM500 dan abis cerita” kata kontraktor tersebut kepada Bakar setibanya mereka di kantin sambil menghulurkan beberapa keping not RM100 kepada Bakar. Bakar terkejut bukan kepalang. ” Saya tidak beranilah encik ”, kata Bakar kepada kontraktor tersebut. Bakar cuba menolak dengan cara lembut tetapi kontraktor tersebut mendesak. Ternyata sekali bahawa beliau cuba mendapatkan wang tersebut tanpa melakukan tugasan yang diamanahkan di sekolah tersebut. ” Tak apalah bos, saya kasi ’up’ RM700, dan bos fikir dahulu. Esok saya akan datang lagi”, ujar Kamaruddin kepada Bakar.
Keesokkan harinya, kontraktor tersebut datang lagi ke sekolah. Beliau dengan gembiranya meletakkan 7 keping not RM100 di atas meja Bakar, dan meminta Bakar menandatangani surat selesai kerja pembersihan untuk beliau mendapatkan tuntutan pembayaran. Namun Bakar tetap dengan pendiriannya. Kontraktor tersebut kelihatan agak marah dengan tindakan Bakar, tetapi Bakar melihat bahawa kontraktor tersebut cuba sedaya-upaya mengawal kemarahannya. ” You betul-betul tidak mau duitkah? Tak apalah bos, saya tinggalkan duit dan surat ini di sini. Esok saya akan datang lagi”, kata kontraktor tersebut dengan penuh nada kekecewaan. Kontraktor tersebut terus pergi tanpa sempat Bakar berkata apa-apa.
Pada hari ketiga dan keempat, kontraktor tersebut tidak datang ke sekolah. Bakar mengandaikan bahawa kontraktor tersebut cuba memberikan masa yang lebih banyak kepadanya untuk memikirkan tawaran tersebut. Pada hari kelima, kontraktor tersebut datang lagi dan bertanyakan tentang tawaran beliau. Setelah mengetahui pendirian Bakar yang tidak berubah, kontraktor tersebut meningkatkan tawarannya. ” Beginilah, saya bagi bos RM1000 dan bos sain surat ini ”, katanya dengan nada yang agak terketar-ketar. Namun demikian Bakar tetap menolak tawaran tersebut dengan baik. Kontraktor tersebut kelihatan terkejut dan kecewa dengan keengganan Bakar. Tanpa berkata apa-apa, kontraktor tersebut membuat beberapa panggilan. Bakar cuma memerhatikan kelakuan dan tindakan kontraktor tersebut dengan perasaan berbeza.
Setengah jam kemudian, sebuah kenderaan pacuan empat roda tiba di sekolah tersebut dengan membawa beberapa orang penumpang, Rupa-rupanya mereka ini adalah para pekerja kontraktor tersebut. Mereka mengeluarkan perkakasan mereka (mesin rumput, cangkul, parang dan sebagainya) dan mula melakukan kerja pembersihan di sekitar kawasan tersebut. Bakar mengarahkan seorang guru untuk memantau kerja pembersihan tersebut. Namun perkara yang paling mengecewakan Bakar berlaku tidak sampai sejam mereka memulakan kerja pembersihan. Kontraktor tersebut mendapat panggilan dari seseorang. ” Ok. Gua caya sama lu la. Nanti ini malam kita jumpa ”, ujar kontraktor tersebut dengan nada gembira. Tanpa mempedulikan Bakar yang berada di sampingnya, Kamaruddin memerintahkan para pekerjanya mengemaskan perkakasan mereka dan meninggalkan tempat itu dengan segera. Beliau berlalu sambil tersenyum sinis kepada Bakar
2.0 LIMA CIRI MASALAH ETIKA
2.1. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI AKIBAT YANG
BERPANJANGAN
Sesuatu keputusan atau tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengurus atau pihak pentadbiran boleh mendatangkan kesan atau akibat yang berpanjangan terutama terhadap masyarakat jika kita menyentuh tentang pendapat atau sudut etika. Keputusan yang dilakukan boleh mempunyai kesan atau akibat kepada seseorang atau orang lain, sama ada mereka yang berada dalam organisasi terbabit atau dalam sesebuah masyarakat. Kesan-kesan tersebut adalah di luar kawalan mereka.
Oleh yang demikian, para pengurus atau pentadbir sesebuah organisasi perlu memikirkan akibat atau kesan hasil keputusan yang bakal mereka lakukan sebelum bertindak. Contoh sebuah keputusan etika yang mempunyai akibat yang berpanjangan ialah:-
a. Rasuah mengubah proses-proses pemerintahan kerajaan
b. Pencemaran udara mengakibatkan kesihatan terancam
c. Produk-produk yang tidak selamat mengancam orang ramai
Dalam kes Bakar, jika beliau memilih untuk mengambil wang (rasuah) yang diberikan oleh Kamaruddin, keadaan sekolah mungkin akan berada dalam keadaan:-
a. Rumput yang panjang dan semak samun
b. Keadaan perparitan yang kotor dan tersumbat
c. Tidak selamat kerana mungkin ada ular di kawasan parit atau semak
d. Penyakit seperti demam denggi kerana ada takungan air untuk nyamuk membiak
e. Persekitaran yang tidak sedap mata memandang
Sebaliknya jika Bakar memilih untuk menolak wang tersebut kesannya terhadap sekolah adalah seperti berikut:-
a. Keadaan sekolah akan menjadi bersih dengan rumput yang pendek
b. Keadaan perparitan yang bersih
c. Selamat
d. Tidak ada penyakit seperti demam denggi dan sebagainya
e. Persekitaran sekolah menjadi cantik dan selamat mata memandang
2.2. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI BANYAK ALTERNATIF
Biasanya kebanyakan keputusan etika secara dasarnya mempunyai dua pilihan sahaja iaitu ”ya” dan ”tidak” dan tidak mempunyai pilihan lain. Walaubagaimanapun, seseorang pengurus harus memikirkan pilihan lain sebelum membuat keputusan pengurusan atau pentadbiran. Contoh keputusan etika yang mempunyai banyak pilihan ialah:-
a. Adakah seseorang pengurus wajar memberi rasuah atau tidak?
b. Wajarkah sesebuah syarikat kilang mencemarkan udara atau tidak?
c. Wajarkah sesebuah syarikat pengeluaran mengeluarkan produk yang selamat atau tidak?
Dalam kes Bakar , beliau mempunyai banyak pilihan keputusan yang boleh diambil. Namun beliau terpaksa berhati-hati atau membuat pertimbangan sebelum mengambil keputusan pilihan. Antaranya ialah:-
a. Beliau boleh mengambil wang tersebut dan membiarkan kawasan sekolahnya tidak bersih
b. Menolak wang tersebut dan sekolahnya bersih
c. Melaporkan perkara tersebut kepada pihak yang berkenaan dan kontraktor tersebut dihukum
d. Mendiamkan perkara itu dan kontraktor tersebut selamat
2.3. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI HASIL ATAU KEADAAN
BERBEZA ATAU BERCAMPUR-ADUK
Kebanyakan pengurusan atau pentadbiran dalam sesuatu organisasi, terutamanya kumpulan perniagaan lebih berunsurkan anti-etika. Isu-isu etika tidaklah begitu penting bagi mereka. Ini adalah kerana mereka lebih mengutamakan pulangan kewangan atau keuntungan yang tinggi. Mereka juga kurang menitikberatkan kos-kos penting yang lain seperti kebajikan pekerja ataupun pelanggan mereka. Keputusan etika jenis ini lebih banyak berkait-rapat dengan kebaikan dari segi sosial, kos penyelenggaraan, keuntungan, dan perbelanjaan sesebuah organisasi, dalam hampir semua alternatif dalam pilihan keputusan etika. Contoh keputusan etika yang mempunyai hasil berbeza atau bercampur-aduk ialah:-
a. Memberi rasuah secara tidak langsung, tetapi berjaya menjual barangan import dalam jumlah yang sama melalui penghantaran yang cepat
b. Menyebabkan pencemaran udara dan air, tetapi mengelakkan kos pengeluaran peralatan mengawal pencemaran udara
c. Mencipta produk yang tidak selamat, tetapi mengurangkan kos bahan bekalan dan para pekerja pengeluaran.
Dalam kes Bakar, terdapat beberapa keputusan yang boleh diambil oleh Bakar yang boleh mendatangkan keputusan yang berbeza:-
a. Menandatangani surat pengesahan selesai kerja, tetapi mendapat wang suapan sebanyak RM1000
b. Menerima rasuah daripada kontraktor, dan mengurangkan kos pembersihan yang terpaksa ditanggung kontraktor tersebut.
c. Tidak menerima suapan, tetapi sekolah berada dalam keadaan bersih dan selamat
2.4. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI AKIBAT YANG TIDAK PASTI
Adalah dipercayai bahawa isu etika dalam sesuatu pengurusan atau pentadbiran adalah bebas daripada risiko atau menimbulkan keraguan. Ini adalah kerana seseorang pengurus atau pentadbir sudah mengetahui hasil atau habuan yang bakal menanti mereka melalui pilihan yang mereka lakukan. Sebagai contoh:-
a. Beri rasuah, dan menerima barangan import tersebut dengan segera
b. Melabur peralatan mengawal pencemaran udara, dan kepulan asap akan berkurangan
c. Mengeluarkan barangan atau produk yang selamat dengan kos tambahan yang minimal
Sesuatu model membuat keputusan ialah, sesuatu yang tidak mempunyai kemungkinan-kemingkinan yang memudahkan proses analisis, tetapi tidak menghuraikan dilema pengurusan yang sebenarnya. Akibat yang bakal menyusul hasil daripada alternatif pilihan seperti mengelakkan pemberian rasuah kepada pegawai kastam tidak mungkin dapat dipastikan.
Demikian juga dengan kes Bakar. Beliau tidak mungkin tahu dengan jelas akibat-akibat yang mungkin akan menyusul jika beliau menerima rasuah yang diberikan oleh kontraktor pembersihan terbabit. Kemungkinan beliau akan disabit kesalahan menerima rasuah dan dipenjarakan. Beliau juga tidak mungkin akan tahu akan kemungkinan-kemungkinan yang bakal menyusul jika beliau melaporkan perbuatan kontraktor tersebut meninggalkan kerja pembersihan tersebut separuh jalan kepada pihak atasan. Kemungkinan beliau berjaya membuatkan kontraktor tersebut dihukum oleh undang-undang atau sebaliknya beliau yang mendapat susah, kerana kontraktor tersebut mungkin telah memberi rasuah kepada pihak atasan.
2.5. KEBANYAKAN KEPUTUSAN ETIKA MEMPUNYAI IMPLIKASI SECARA
PERIBADI
Hampir semua keputusan etika mempunyai implikasi secara peribadi. Adalah dipercayai secara umumnya bahawa isu etika dalam pengurusan sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan peribadi seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi. Ramai orang mempercayai bahawa keputusan-keputusan prima fasi atau pada zahirnya, yang berkaitan dengan etika adalah lebih kepada keuntungan peribadi dan bukannya kepada syarikat atau organisasi yang dipimpinnya. Kepentingan-kepentingan mereka seperti pendapatan (gaji) dan kenaikan pangkat lebih diutamakan.
Di dalam kes Bakar, terdapat beberapa keputusan etika yang mendatangkan implikasi peribadi kepada Bakar mahupun kontraktor terbabit. Beliau mempunyai pilihan untuk mengambil rasuah sebanyak RM1000 dan menambahkan simpanannya di dalam bank. Dengan wang yang banyak itu juga, beliau boleh membeli barang-barang yang beliau perlukan tanpa memikirkan kebajikan atau kepentingan majikannya.
Kontraktor tersebut pula hanya perlu melepaskan 20% daripada pendapatannya sebanyak RM5000 untuk mendapatkan keuntungan besar kepada diri sendiri. Jika beliau memilih untuk melakukan tugasannya (pembersihan), beliau mungkin hanya akan mendapat 30 – 40% daripada jumlah RM5000 yang diperuntukkan di dalam tender. Ini disebabkan kontraktor terbabit terpaksa menghabiskan masa yang lama untuk membersihkan kawasan sekitar sekolah yang luas, dan tentulah akan memakan belanja yang besar.
3.0 TEORI-TEORI TAAKULAN ETIKA
Sebagai seorang pengurus atau orang yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi atau syarikat, setiap keputusan dalam pengurusan pentadbiran akan membawa implikasi yang berbeza kepada setiap anggota masyarakat yang berkaitan dengan kita, serta organisasi yang dipimpin. Ianya bergantung sepenuhnya kepada konsep betul atau salah sesuatu keputusan yang dilakukan.
Oleh yang demikian, kita harus mewujudkan kaedah-kaedah analitik yang konsisten untuk tujuan pengelasan ”betul atau salah” dalam tindakan kita. Sejarah intelektual sejak 2400 tahun yang lalu dipenuhi dengan percubaan-percubaan untuk memartabatkan standard nilai-nilai moral dan mewujudkan sistem-sistem etika. Tidak ada satupun sistem atau teori etika yang benar-benar berkesan dalam memartabatkan standard nilai moral atau etika setakat ini. Bagaimanapun, adalah dipercayai bahawa pada masa kini terdapat sekurang-kurangnya lima sistem atau teori etika yang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan etika dalam sesuatu pengurusan pentadbiran:-
1. Eternal Law (Undang-undang Abadi)
2. Classical Teleological Ethical Theory: Utilitarianism
3. Classical Deontological Ethical Theory: Universalism
4. Distributive Justice Theory
5. Personal Liberty Theory
3.1. ETERNAL LAW (UNDANG-UNDANG ABADI)
Kebanyakan ahli agama dan ahli falsafah percaya bahawa Undang-undang Abadi boleh digabungkan dengan aspek Ketuhanan, begitu sinonim dengan Hukum Alam dan terdapat dalam ayat-ayat suci Holy Scripture. Undang-undang Abadi ini amat ketara atau nyata kepada mana-mana pihak yang membuat “research” atau mempelajari mana-mana sumber di atas.
Menurut Thomas Jefferson, antara ahli sekular kemanusiaan yang terawal, beliau percaya bahawa kebenaran undang-undang ini adalah “self-evident” iaitu kepercayaan kepada diri sendiri sebagai bukti. Dalam frasa terkenal beliau, beliau menyatakan bahawa kebenaran tidak boleh berubah (inalienable) dan tugas atau tanggungjawab boleh diperolehi daripada kebenaran tersebut.
If people have the right to “life, liberty and the pursuit of happiness”, then they also have the obligation to ensure the same right to others. Religious leaders tend to emphasize the revealed source of the truth more than the reasoned nature, but they also believe that the state of the law is unchanging, and that the rights and duties are obvious: if we are loved, then we must love others. This reciprocal exchange is summarized in Christian theology by the Golden Rule: Do unto others as you would have others do unto you.
3.2. CLASSICAL TELEOLOGICAL ETHICAL THEORY: UTILITARIANISM
Teori ini lebih tertumpu kepada hasil, kesan atau keputusan yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan yang dilakukan oleh pengurusan pentadbiran, dan bukannya niat individu yang membuat keputusan atau tindakan. Ahli falsafah barat yang terkenal Jeremy Bentham dan J.S. Mill menegaskan bahawa nilai moral seseorang individu diputuskan oleh masyarakat melalui akibat atau kesan daripada tindakannya. Tindakannya betul jika ianya memberi kebaikan kepada manusia dan sebaliknya jika ianya membawa kemudaratan kepada masyarakat. Bagaimanapun, objektif utama keputusan etika teori ini adalah untuk kebaikan maksimum untuk semua orang dan keburukan untuk jumlah yang paling minimum.
3.3. CLASSICAL DEONTOLOGICAL ETHICAL THEORY: UNIVERSALISM
Teori ini adalah bertentangan langsung dengan utilitarianism. “Deontology” berasal daripada perkataan Greek yang merujuk kepada tugas atau tanggungjawab seseorang individu.Teori etika ini menegaskan bahawa nilai moral sesuatu sesuatu tindakan tidak boleh bergantung kepada kesan atau hasil yang bakal menyusul hasil daripada sesuatu keputusan kerana kesan atau hasil yang menyusul tidak dapat dipastikan ketika sesuatu keputusan dilakukan. Nilai moral sesuatu tindakan bergantung kepada niat seseorang yang membuat keputusan atau tindakan.
Jika kita mengharapkan yang terbaik untuk orang lain, maka kita dianggap mempunyai nilai moral yang tinggi, walaupun kita ternyata seorang individu yang kurang berkesan dan selalu lalai yang sentiasa membuat orang lain terluka oleh perbuatan atau tindakan kita. Walaubagaimanapun, kita sebenarnya bukanlah seorang individu yang kurang berkesan dan lalai kerana niat atau tujuan kita yang murni biasanya berakhir dengan hasil yang memberangsangkan!
3.4. DISTRIBUTIVE JUSTICE THEORY
Teori ini telah diilhamkan oleh John Rawls dan berdasarkan kepada suatu nilai iaitu keadilan. Keadilan dianggap sebagai nilai moral atau mulia yang paling utama. John Rawls menyatakan bahawa masyarakat dan institusi di dalamnya dipenuhi konflik dan kerjasama. Kerjasama menjadi amalan orang ramai dalam sesuatu masyarakat kerana masyarakat sedar bahawa kerjasama membawa kebaikan yang lebih besar berbanding usaha secara bersendirian atau individu
3.5. PERSONAL LIBERTY THEORY
Teori ini diilhamkan oleh Robert Nozick. Sistem ini bergantung kepada satu prinsip utama iaitu kebebasan. Kebebasan dipercayai sebagai keperluan utama masyarakat. Sesuatu peraturan atau undang-undang yang mencemarkan kebebasan seseorang harus ditolak atau dihapuskan walaupun ia membawa banyak kebaikan dan kegembiraan kepada orang lain. Nozick percaya bahawa masyarakat adalah hasil ikatan ramai individu dan kerjasama di kalangan individu ini adalah wajib untuk pertumbuhan ekonomi. Harta-benda, kesihatan dan kehormatan seseorang individu diperolehi daripada individu lain melalui tukaran barang dan perkhidmatan, atau pemberian sebagai hadiah.
4.0. TEORI PILIHAN
Dalam kes Bakar, saya memilih Teori Universalism kerana teori ini mementingkan niat atau tujuan keputusan etika yang dilakukan oleh individu. Farid memutuskan untuk tidak menerima rasuah daripada Kamaruddin, kerana beliau mahu kontraktor terbabit membersihkan kawasan sekolah seperti yang telah termaktub dalam tender pembersihan tersebut. Beliau tidak mahu gara-gara kawasan sekolah yang tidak bersih banyak kemudaratan yang akan menyusul, seperti ancaman penyakit (denggi), binatang buas (ular, anjing liar), dan sebagainya.
Bakar juga mahu memastikan wang yang diperuntukan oleh kerajaan untuk pembersihan digunakan untuk tujuan yang sebenar dan bukannya diseleweng oleh individu-individu korup seperti Kamaruddin. Bakar berpendapat, jika wang tersebut digunakan dengan sebaiknya, ia akan mendatangkan kebaikan sama ada dari segi ekonomi atau kebajikan kepada semua orang yang terlibat dengan pembersihan tersebut (pekerja pembersihan, pengusaha makanan, kakitangan sekolah, murid).
Bagaimanapun, segala niat atau tujuan baik (universalism) Bakar tidak mendatangkan hasil yang diharapkan. Kawasan sekolah yang bersih dan sedap mata memandang tidak menjadi kenyataan. Parit atau longkang yang kotor dan tersumbat menjadi semakin teruk dan menyebabkan bau yang kurang menyenangkan, di samping menjadi tempat terbaik bagi nyamuk untuk membiak. Binatang yang berbahaya dan menjijikkan seperti anjing liar, ular dan tikus semakin banyak.
Tindakan atau keputusan yang dilakukan oleh Bakar tidak diketahui oleh ramai orang. Oleh kerana ia melibatkan isu yang sensitif (rasuah), hanya beberapa orang yang tahu tindakan universalism yang dilakukan oleh Bakar dan mereka terpaksa merahsiakannya daripada pengetahuan umum untuk tujuan keselamatan dan keharmonian. Mereka menganggap tindakan yang dilakukan oleh Bakar adalah tindakan yang sepatutnya dan menganggap Bakar sebagai seorang individu atau pengurus yang jujur.
Individu yang tidak mengetahui akan keadaan sebenar akan membuat andaian atau spekulasi masing-masing. Sudah tentulah individu-individu tersebut akan membuat kenyataan yang ”mengcondemn” Bakar. Mereka menganggap Bakar adalah seorang individu yang korup dan tidak jujur. Mereka mempersalahkan Bakar kerana keadaan sekolah yang tidak bersih. Di mata mereka, mereka menganggap Farid tidak layak menjadi pemimpin mereka.
Dalam Teori Universalism, biasanya hasil yang menyusul berikutan keputusan etika yang dilakukan oleh seseorang individu dalam pengurusan pentadbiran mendatangkan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat dengan organisasi tersebut. Dalam kes Bakar, kontraktor tersebut sudah mula membuat kerja-kerja pembersihan yang sepatutnya dilakukan seperti yang terkandung dalam kontrak. Ini bermakna, hasil atau kesan yang berlaku akibat ketegasan Bakar sudah menunjukkan tanda yang positif.
5.0. ADAKAH PENGETAHUAN DALAM TEORI TAAKULAN ETIKA MENGUBAH CARA BAKAR MENYELESAIKAN MASALAH DILEMA ETIKA BELIAU
Pada pendapat Bakar teori taakulan etika yang telah dipelajarinya tidak mengubah cara beliau menyelesaikan dilema etika yang dihadapinya. Bakar malah gembira kerana tindakannya adalah di dalam salah satu teori taakulan yang telah dipelajarinya iaitu Teori Universalism. Dua sebab yang membuat Bakar gembira dengan keputusannya ialah:
5.1. MEMARTABATKAN NILAI MURNI DALAM PENTADBIRANNYA
Bakar gembira kerana beliau tidak menerima rasuah. Semakin besar habuan yang dijanjikan oleh kontraktor terbabit semakin kuat dia menolak tawaran tersebut. Kini Bakar telah mengenali karektor peribadinya dengan lebih mendalam. Ternyata beliau adalah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia dan jujur serta setia dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
Jika Bakar menerima suapan daripada kontraktor terbabit, Bakar mungkin akan menjadi lebih ”demanding” pada masa hadapan. Perbuatan tersebut mungkin akan menjadi kebiasaannya dalam pengurusan pentadbirannya pada masa-masa akan datang. Maka lahirlah seorang lagi pegawai kerajaan yang korup dan tidak amanah dalam jentera pentadbiran negara. Bakar bersyukur kerana beliau masih lagi seorang yang amanah dan jujur dalam menjalankan tugas sebagai seorang pentadbir dan guru.
5.2. MEMPERJELASKAN NIAT DAN TUJUAN BELIAU
Bakar gembira kerana beliau telah berjaya memperjelaskan niat dan tujuan beliau semasa membuat keputusan kepada penyelesaian masalah dilema etika yang dihadapinya. Beliau mahu sekolahnya berada dalam keadaan yang sepatutnya. Bersih, selamat dan sedap mata memandang adalah keutamaan niat dan tujuannya.
Semasa kontraktor tersebut menyatakan pendiriannya (memberi rasuah), Bakar telah mempertahankan betapa pentingnya menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan oleh kontraktor tersebut melalui keputusan eksekutif yang dilakukan oleh Bakar . Niat dan tujuan Bakar sudah beliau perjelaskan sehingga akhirnya kontraktor tersebut akur dengan keputusan Bakar.
6.0. KESIMPULAN
Seperti yang telah dibincangkan, terdapat lima jenis sistem atau teori etika yang utama. Walaupun teori-teori tersebut pada dasarnya tidak menimbulkan konflik di antara satu dengan yang lain, ianya tidak boleh disatukan menjadi satu sistem atau teori yang secara logiknya digunapakai mewakili kesemua teori tersebut. Setiap sistem atau teori tersebut hanya menjelaskan sebahagian daripada teori tersebut yang benar, dan setiap satu teori tersebut tidak lengkap atau mencukupi untuk kita menghakimi nilai moral yang mengiringi setiap tindakan atau keputusan etika yang dilakukan oleh seseorang individu seperti yang berlaku kepada Bakar.
Apakah maknanya ini kepada semua individu yang terlibat dengan pengurusan dan pentadbiran (pengurus)? Implikasi yang paling besar untuk individu yang menjadi pengurus ialah tidak ada satupun sistem yang benar-benar mantap dari segi penaakulan tingkah laku atau kaedah-kaedah dari segi ”moral reasoning” yang boleh memberi panduan sepenuhnya kepada mereka dalam membuat keputusan etika yang sukar.
Di sebalik penggunaan satu-satu jenis teori, kita seharusnya menggunakan segala kelima-lima sistem tersebut dan memikirkan sepenuhnya akibat atau kesan daripada tindakan yang dilakukan. ”Moral reasoning”, yang menjadi asas kelima-lima sistem etika tersebut, bukannya mudah dilaksanakan tetapi ianya tetap berjaya atau berkesan terutamanya apabila menggabungkan kedua-dua kedudukan, atau keadaan ekonomi dan analisa yang sah dari segi undang-undang.
RUJUKAN:
Majid, F. (1991). Ethical Theories In Islam. Laden. E.J.
MALAYSIA, Open University. (2007). OUMM 3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd
Micheal, D.B. (1991). Professional Ethics. Wadsworth Publishing Company, Belmont, California.
Showing posts with label Permatang Pasir. Show all posts

Saturday, August 22, 2009
Monday, August 17, 2009
Nizar Assignment:Etika Professional
Assignment ini adalah milik seorang kawan yang bernama Nizar, berasal dari Bukit Gantang, Perak.... kebetulan pula namanya dengan DS Ir Nizar Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit Gantang (Mantan MB Perak)
1.0PENDAHULUAN
"...bumi yang hijau, lautan membiru, udara yang bersih lagi segar..."
Ayat di atas barangkali diambil dari iklan sebuah pusat pelancongan. Pada ketika sebegitu ramai manusia dari seluruh dunia gemar mengembara dan melancong pada masa terkini, "udara yang bersih lagi segar" menjadi suatu produk. Apakah yang terdapat dalam sepotong ayat itu hinggakan ia dilihat oleh pereka iklan sebagai sesuatu yang mampu menarik pengunjung?
Hakikatnya, sepanjang era moden ini manusia memerhatikan betapa langit di atas kepala mereka bertukar dari biru kepada kekuningan atau kelabu. Pencemaran udara adalah antara yang paling teruk - dan paling jelas kelihatan - di antara segala jenis pencemaran alam semula jadi oleh kerja tangan manusia.
Atmosfera planet Bumi mengandungi komposisi gas yang cukup bagus untuk segala macam jenis kehidupan. Dua gas yang memainkan peranan terpenting adalah oksigen dan karbon dioksida. Oksigen diperlukan oleh segala jenis makhluk hidup untuk menjalankan pembakaran pengoksidaan demi menghasilkan tenaga yang sangat diperlukan untuk aktiviti tisu badan. Karbon dioksida pula merupakan salah satu daripada hasil-hasil selepas proses pengoksidaan tersebut.
Tumbuh-tumbuhan hijau memerlukan karbon dioksida untuk menghasilkan makanan melalui proses fotosintesis. Oksigen pula adalah antara bahan yang terhasil. Dengan itu, kita perhatikan bahawa kedua-dua gas oksigen dan karbon dioksida terbabit dalam satu kitaran yang sangat kritikal demi menampung kehidupan di Bumi
Pencemaran alam sekitar berkait rapat dengan aktiviti tidak beretika juga adalah perkara yang menjadi isu di Malaysia. Aktiviti ini merujuk kepada perlakuan tidak bermoral akibat keruntuhan akhlak individu terbabit. Keruntuhan akhlak ialah “penyalahgunaan tenaga, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada pada manusia”. (OUM. Pengajian Islam. m/s 115)
Perbuatannya itu memudaratkan dirinya atau pihak lain sama ada manusia secara individu, masyarakat, binatang dan alam sekitar .
2.0 PENCEMARAN ALAM SEKITAR, PUNCA DAN KESANNYA SERTA LANGKAH MENANGANINYA
2.1Pencemaran Udara,.
sehingga ke hari ini, suasana berjerebu seakan-akan menjadi lumrah bagi penghuni kota metropolitan. Bagi kebanyakan mereka, langit berwarna kuning atau kelabu tidak menghairankan lagi. Bahkan, mereka juga semakin lali dengan keadaan kesihatan yang teruk akibat pencemaran udara. Perhatikan saja, betapa penghuni kota selalu batuk-batuk serta sering diserang penyakit, berbanding orang di desa yang menikmati udara bersih lagi segar sepanjang hari.
Malangnya, ketika keheningan desa menjadi satu-satunya peluang untuk menenangkan paru-paru yang semakin sakit, kawasan desa jugalah kadang-kala menjadi penyebab utama pencemaran udara. Di Asia Tenggara, pembakaran terbuka secara berleluasa bagi meneroka tanah pertanian baru pernah mengakibatkan tragedi jerebu terburuk di penghujung abad ke-20 dahulu. Pada tahun 1997, jerebu menyelubungi keseluruhan rantau tersebut, menimbulkan keresahan di kalangan berjuta-juta manusia, termasuklah negara kita Malaysia.
Penggunaan kenderaan yang menggunakan bahan bakar petrol turut menyumbang ke arah pembebasan gas-gas berbahaya. Jelas sekali di kawasan yang begitu banyak kenderaan bermotor, di situlah kualiti udaranya lebih rendah. Asap dari pembakaran mengeluarkan berbagai gas berbahaya, terutamanya karbon monoksida yang sangat beracun. Gas-gas ini menggugat keseimbangan komposisi udara, serta bertindakbalas secara kimia dengan bahan-bahan lain untuk menimbulkan lebih banyak kerosakan. Hujan asid sering melanda negara yang mana aktiviti industrinya sangat pesat. Ia terhasil akibat pelarutan sulfur dari asap kilang ke dalam awan, membentuk asid sulfurik yang turun bersama hujan. Hujan asid mengakibatkan banyak kerosakan; ia menjejaskan kesuburan tanah, membunuh tumbuh-tumbuhan dan mengakis binaan manusia.
Gas-gas beracun juga mampu membunuh berbagai jenis tumbuhan yang seumpama "penapis udara" bagi menghasilkan oksigen dari karbon dioksida. Kesemua ini, digabungkan dengan perubahan iklim, akan menghuru-harakan aktiviti manusia, khususnya bidang pertanian yang sangat penting untuk menghasilkan makanan.
Adalah penting bagi kita untuk meningkatkan kualiti udara seluruh dunia dengan mengurangkan penghasilan bahan-bahan yang mencemar udara. Sejak kebelakangan ini, terdapat kesedaran di kalangan masyarakat Malaysia tentang kepentingan membangunkan teknologi perindustrian yang mesra alam dan mesra udara. Kita juga semakin kerap menyuarakan kebimbangan kita terhadap segala bentuk pencemaran. Kita mesti menyeimbangkan keperluan kehidupan manusia dengan keupayaan alam semula jadi untuk menampung kehidupan.
Diharapkan dengan usaha berterusan dan juga komitmen bangsa manusia dapat menyelamatkan planet Bumi ini dari terus lemas dalam udaranya sendiri. Sehingga kita melihat hasilnya, kita hanya dapat menahan nafas.
Cuba kita bayangkan, jika ekosistem di Bumi gagal menampung keseimbangan kitaran gas yang sangat penting untuk segala jenis kehidupan di sini. Tumbuh-tumbuhan akan mati, diikuti segala jenis haiwan dan manusia. Karbon dioksida dan lain-lain gas beracun memenuhi atmosfera.Bagaimanakah rupa Bumi ketika itu? Masih selamatkah udara untuk disedut?. Oleh itu, jika kita mahu udara sentiasa bersih, kita mesti berusaha keras bermula dari sekarang untuk memelihara kesucian alam semula jadi
Elakkan pembakaran terbuka; jangan bakar sampah-sarap. Membuat kompost sebagai baja dari rumput terpotong dan daun gugur adalah lebih baik untuk alam sekitar.
Jimatkan penggunaan petrol dengan berkongsi kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam. Banyakkan berbasikal atau berjalan kaki jika kawasan tempatan anda menyediakan kemudahan untuk berbasikal dan pejalan kaki yang baik.
Segera laporkan kepada pihak berkuasa jika berlaku pembakaran terbuka di mana-mana. Banyak kawasan tempatan memiliki undang-undang menegah pembakaran terbuka.
Bina kekuatan masyarakat untuk menegur kegiatan industri yang menghasilkan pencemaran teruk.
Pelihara dan tanam lebih banyak pokok serta tumbuh-tumbuhan; ia bertindak sebagai penapis udara. Sokong usaha untuk menggalakkan kegiatan ekonomi yang tidak mencemar udara
2.2Pencemaran Air
Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang bertambah serius dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu kaedah penyelesaian yang benar-benar efektif untuk menangani masalah ini.
Di Malaysia, punca utama pencemaran sungai berlaku disebabkan oleh kelodak dan sisa kumbahan, di samping bahan lain seperti najis binatang, sampah sarap dan logam berat seperti arsenik, kadmium raksa dan plumbum.
Kajian yang pernah dijalankan ke atas 116 batang sungai di seluruh negara tidak lama dulu mendapati, 10 peratus atau 11 sungai didapati paling teruk tercemar.
Sebanyak 63 peratus lagi atau 73 batang sungai pada tahap tercemar, cuma 27 peratus atau 32 batang sungai sahaja dikategorikan sebagai bersih.Kajian ini cukup untuk dijadikan ukuran betapa kritikalnya mutu air sungai di negara kita sekarang.
Laporan juga menyatakan bahawa 70 peratus masalah pencemaran sungai disebabkan oleh kumbahan dan pembuangan sampah.
Selain itu, kelodak daripada hakisan yang juga sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti penerokaan hutan serta pelepasan sisa oleh industri juga menjadi penyumbang utama masalah pencemaran ini.
Kajian juga menunjukkan, hampir 95 peratus ladang ternakan di dua negeri ini (Negeri Sembilan dan Selangor) tidak menyediakan sistem pengurusan sisa yang efektif, kebanyakannya membuang terus ke sungai.
Dari segi hakisan kajian menunjukkan bahawa pembangunan tanah di hadapan kawasan tadahan air Sungai Klang iaitu daerah Batu, Setapak dan Hulu Klang, menyebabkan masalah hakisan tanah yang serius apabila hujan, iaitu pada kadar 80-150 juta tan setahun yang mana 1.2 juta tan (bersamaan 100,000 lori penuh pasir) mengalir ke Sungai Klang dan alirannya.Muatan yang melebihi kapisiti ini memudahkan airnya melimpah apabila hujan lebat dan mengakibatkan banjir.
Ketika kita mengakui pencemaran sebegini akan terus menjejaskan kualiti kehidupan penduduk, kita lebih terkejut apabila kajian yang dijalankan mendapati kesedaran rakyat mengenai alam sekitar dan mengambil langkah memeliharanya rendah iaitu hanya kira-kira 30 peratus.
Ini terbukti apabila kajian menunjukkan 4.6 peratus penduduk bandar dan 4 peratus penduduk luar bandar (daripada 8,700 yang ditanya) memberitahu bahawa sungai adalah tempat sesuai bagi membuang sisa dan kumbahan.
Kita juga didedahkan mengenai kekerapan penguatkuasaan ratusan kilang khususnya kilang sawit dan getah yang menjadi antara penyumbang utama pencemaran sungai, dikenakan kompaun kerana membuang efluen ke sungai. Tetapi kita jarang dengar kilang ditutup terus atau pemiliknya dipenjara kerana tindakan itu.
Pada hemat saya, penguatkuasaan semata-mata tidak cukup untuk melindungi sungai yang ada sebaliknya, semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, kelompok masyarakat dan setiap individu perlu memainkan peranan secara langsung untuk menangani masalah pencemaran ini. Selagi masyarakat tidak sedar bahawa sungai yang mengalir di depan mata mereka tanpa mengira apa warna dan keadaan airnya itu adalah sebenarnya sumber air harian mereka, selagi itu masalah ini sukar diselesaikan. Seperti juga penyakit, mencegah lebih baik daripada mengubati. Begitu juga dalam suasana sebegini, mencegah daripada berlakunya pencemaran sumber air adalah jalan paling baik dan rendah kosnya berbanding merawat sungai yang sudah sakit.
Briged Penyelamat Sungai Puncak Niaga yang terdiri daripada murid sekolah mungkin satu daripada cara terbaik memupuk semangat cintakan sungai di kalangan kanak-kanak.
Sejak dimulakan pada 1998, seramai 1,838 murid daripada 76 sekolah di lapan daerah di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya terbabit.
Ahli briged diberi pendedahan mengenai kepentingan sungai sebagai sumber air dengan mengadakan beberapa program antaranya lawatan sekitar loji pembersihan air dan taklimat mengenai operasi loji dan empangan.
Apapun, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam memastikan krisis air bukan saja pada 2007, malah sampai bila-bila pun tidak akan berlaku
2.3Pencemaran bunyi
Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawasan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasaanya melebihi 80 desibel (dB).
Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :
Pembangunan kawasan industri iaitu bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
Di kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
Bagi kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.
Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat. dan bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu
Pencemaran bunyi :tersebut mewujudkan pelbagai penyakit ,menjejaskan produktiviti , gangguan psikologi , hilang imbangan diri dan boleh menyebabkan pekak serta memberi kesan kepada ibu yang mengandung
2.4Pemusnahan hutan,
Hakikatnya, hutan adalah sebahagian daripada ekosistem dunia yang sebenarnya sangat rapuh dan sensitif. Apatah lagi, hutan mengandungi kepadatan kepelbagaian spesies hidupan yang sangat tinggi. Tumbuh-tumbuhan menghijau di hutan memastikan kitaran karbon berjalan lancar. Karbon yang dibebaskan ke alam sekeliling dalam bentuk gas melalui pernafasan, pembakaran dan pereputan menyumbang kepada pemanasan global. Proses fotosintesis yang berlaku dalam sel-sel tumbuhan hijau menukar karbon dioksida menjadi oksigen, justeru melengkapkan satu kitaran yang saling menyeimbangi. Tanpa jentera-jentera gergasi fotosintesis ini, iaitu hutan-hutan kita, Bumi tidak akan menjadi sebuah tempat yang sesuai untuk kehidupan
Selama jutaan tahun hutan-hutan dunia menjadi penaung segala jenis kehidupan, tetapi apabila tamadun manusia semakin maju, keperkasaan hutan semakin terancam. Hutan-hutan kita semakin mengecil secara umumnya, dan litupan hutan pada hari ini jauh lebih kecil berbanding hanya beberapa abad lepas
Pelbagai aktiviti manusia menyumbang kepada kemusnahan hutan seluruh dunia. Antara yang paling kritikal (dan paling cepat menjilat hutan-hutan kita) adalah pembukaan kawasan baru untuk penempatan manusia dan aktiviti ekonomi. Apabila jumlah penduduk negara meningkat, kita memerlukan kawasan yang lebih luas untuk membina rumah, kawasan industri, perniagaan dan pertanian, jaringan pengangkutan serta perkhidmatan berkaitan seperti loji bekalan air dan tapak pelupusan sampah. Aktiviti pembalakan, terutamanya yang dijalankan secara haram atau melalui proses perundangan dan pengurusan yang kabur juga merupakan satu ancaman besar.
Aktiviti pertanian yang dilakukan tanpa mengambil kira kepentingan alam semula jadi juga mengakibatkan kesan yang amat buruk terhadap usaha mengekang pengecutan hutan. Sikap sesetengah pihak di negara membangun yang lebih gemar mengambil jalan mudah, seperti mengamalkan "tebas dan bakar" (slash and burn) bukan saja membuatkan satu-satu kawasan hutan lenyap sama sekali, bahkan pembakaran yang tidak terkawal ada kalanya mengakibatkan api merebak dan menjadi kebakaran hutan yang serius.
Selepas pertanian, pembalakan adalah aktiviti manusia yang paling hebat memberi kesan terhadap keadaan hutan, apatah lagi jika ia dijalankan tanpa kawalan, tanpa pengawasan terhadap pemeliharaan alam semula jadi. Pembalakan haram masih menjadi masalah bagi negara-negara membangun, namun dengan pembalakan berlesen sekalipun, keperluan menjana sumber ekonomi bagi menampung kebajikan rakyat kadang-kala tidak memberi banyak pilihan buat pihak kerajaan.
Banyak tempat di dunia ini telah merasakan kesan buruk akibat kehilangan besar kawasan hutan. Bencana alam seperti banjir lumpur dan tanah runtuh, perubahan corak cuaca dan peningkatan suhu purata harian menunjukkan betapa satu jentera yang sebelum ini mengawal keadaan sekeliling telah "rosak". Tanpa daun-daun hijau yang menjalankan fotosintesis, udara tidak dapat ditapis dari gas karbon dioksida dan bekalan oksigen tidak dapat dibekalkan semula, sementara karbon dioksida yang terkumpul akan memburukkan lagi fenomena "rumah hijau" (greenhouse effect) yang sedia "memanggang" banyak tempat di dunia. Tanpa akar-akar pokok yang memegang kuat butiran tanih, air hujan akan menghakis tanah dan mengalirkannya ke dalam sungai, menyebabkan paras air meningkat mendadak dan menyebabkan aliran tersekat di sana-sini, lalu berlakulah banjir besar.
Kita mesti sedar akan kepentingan memelihara hutan semula jadi yang masih ada pada hari ini. Sekarang kawasan hutan sudah cukup kecil, usahlah kita menjadikannya lebih kecil lagi hingga tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan keadaan. Ingatlah, tanpa hutan, kita tidak akan berada di sini pada hari ini. Jika kita memusnahkan hutan-hutan kita, mungkin kita tidak akan berada lagi di sini pada hari esok
Apa yang penting sebenarnya adalah sikap yang bersederhana. Seperti ekosistem yang saling menyeimbangi, kita juga mesti menyeimbangkan keperluan kita sebagai manusia bertamadun dengan keperluan alam semula jadi untuk mengawal suasana persekitaran.
Tiada salahnya membuka sedikit hutan untuk dibina rumah bagi golongan yang selama ini tiada Syaratnya, secara keseluruhan persekitaran semula jadi tidak menerima kesan negatif yang teruk, dan ia dijalankan dengan terancang dan mengambil perhatian terhadap penjagaan alam sekitar.
Untuk menangani masalah pemusnahan hutan beberapa pendekatan perlu dibuat
Antaranya anjurkan pentadbir tempatan anda untuk mengisytiharkan kawasan hutan sedia ada sebagai kawasan terlindung, dan ia boleh dibangunkan sebagai taman rekreasi dengan impak rendah terhadap keadaan semula jadi
Sokong usaha untuk memulihkan kawasan hutan yang telah rosak atau dicemari. Projek penanaman semula hutan semakin kerap diadakan sekarang di merata tempat.
Sebelum menentang habis-habisan cadangan pembukaan tanah atau pembalakan, rundingkan dahulu bagaimana ia dapat diteruskan tanpa mengakibatkan kesan negatif terlalu besar terhadap hutan.
Kunjungi hutan-hutan simpan atau taman negara untuk mempelajari lebih lanjut mengenai ekosistem hutan. Pendidikan adalah cara terbaik untuk membina kesedaran.
3.0 PENUTUP
Praktis baik yang menjadi amalan dan diterima-pakai dalam kehidupan dalam institusi berkeluarga, berorganisasi dan bernegara bagi memastikan institusi dan organisai berjalan dalam keadaan yang teratur dan terarah telah menjadi darah daging di kalangan masyarakat Malaysia dan malangnya kehadiran hambatan dan cabaran zaman banyak mewarnai budaya hidup dan kehidupan apabila material dan wang sering menjadi buruan dan idaman dalam kehidupan, kita.sering terlupa pula akan aspek atau faktor kerohanian yang mustahak bagi mengimbangi perilaku kita seharian.
Saya rasa kekuatan yang mungkin berkesan dalam mengekang dan mengawal perbuatan yang tidak bermoral dan beretika ini ialah melalui pengawalan diri sendiri. Dalam hal ini, keperibadian tinggi dan keimanan yang kuat adalah diantara aspek yang amat penting.
Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan persoalan alam sekitar dan perilaku tidak beretika pada dasarnya adalah persoalan moral dan etika. Penyelesaian yang paling efektif ternyata bergantung pada moral dan etika manusia iaitu dengan cara menghayati nilai-nilai moral, keadilan, kebaikan, kasih sayang, keramahan, sikap tidak sewenang-wenang lantaran nilai-nilai luhur tersebut telah terhakis dari dalam diri kebanyakan manusia moden kini.
.pendidikan merupakan satu prinsip yang indah yang dianjurkan oleh Islam dalam memastikan manusia memelihara hak alam sekitar seadanya sebagai makhluk ciptaan Illahi sebagaimana firman Allah:
“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat-umat (juga) seperti kamu.”
(Al An'am : 38)
Mudah-mudahan kita dapat menghindarkan diri dari perilaku yang tidak beretika dan sama-sama menuju jalan yang diredai Allah agar berbahagia hidup di dunia dan akhirat.
Rujukan
Al Quran dan Terjemahan (1974). Jakarta: Yayasan Penyelenggaraan, Penterjemah/Pentafsiran Al Quran
Jasiman Ahmad (1996). Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam. Kuala Lumpur: Eddiplex Sdn. Bhd.
Keratan Ahkbar Daily Express ( 1710/03 )
MALAYSIA, Open University. (2004). LANH1303 Pengajian Malaysia. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
MALAYSIA, Open University (2004). OUMM3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: UNITEM sdn. Bhd
The Star,( 1/8/2005)
Zakaria Stapa (1994). Masyarakat Islam dan Isu Semasa. Kuala Lumpur: YADIM
http://www.ubd.edu.bn/about/voice/speech/seminarhep090604.pdf

Subscribe to:
Posts (Atom)