Blog ini mengandungi koleksi assignment penulis semasa menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi, walaubagaimanapun penulis tidak bertanggungjawab terhadap mutu tugasan dan ketepatan fakta yang terdapat di dalamnya. Pengunjung haruslah membuat pertimbangan sendiri...
Himpunan tugasan/assignment akan diupdate dari masa kesemasa... rajin-rajinlah menjengah.... tq

Sunday, September 13, 2009

TUGASAN CBMT2103 PENGANTAR TEKNOLOGI MULTIMEDIA

Contoh assignment Pengantar Teknologi Multimedia

Soalan 1

1.0Pendahuluan
Mengetahui perkakasan-perkakasan yang diperlukan oleh sesebuah sistem komputer multimedia adalah sangat penting. Ini adalah kerana tanpa perkakasan-perkakasan ini, kita tidak akan dapat menikmati video yang menarik, grafik animasi, teks atau gambar yang berwarna-warni, dan sebagainya. Selain daripada itu, pengetahuan tentang sistem perkakasan komputer amatlah diperlukan bagi membolehkan kita bekerja dengan elemen multimedia dengan lebih berkeyakinan. Berikut dibincangkan secara ringkas tentang perkakasan- perkakasan asas termasuk peranti input, output , penstoran dan perisian yang diperlukan oleh komputer multimedia untuk membangunkan e-majalah khusus dalam industri hospitality, pelancungan dan sukan ekstrim

2.0 Peranti Input
Peranan peranti input sangat penting sewaktu membangunkan sesebuah persembahan multimedia. peranti ini diperlukan semasa anda ingin berinteraksi dengan komputer. Anda memerlukan peranti input seperti papan kekunci, kamera digital, pengimbas untuk memasukkan elemen-elemen multimedia seperti bunyi, teks, lukisan grafik, dan video ke dalam komputer multimedia. Peranti input yang akan dibincangkan di bahagian berikut ialah pendigit, kamera digital, kamera video digital dan peranti input suara.

2.1 Pendigit
Peranti input ini sering digunakan dalam bidang komputer grafik. Pendigit ialah peranti yang boleh digunakan untuk menyurih atau menyalin sesuatu gambar atau lukisan. Perkara yang hendak disalin diletak di atas memeja pendigit. Kemudian, satu stilus khas yang disambung ke komputer digunakan untuk menyurih bahan tersebut. Sambil stilus itu bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan lain, komputer merekod kedudukannya dari memeja pendigit. Selepas bahan tersebut disurih, imejnya boleh dipaparkan pada skrin, dicetak pada kertas atau disimpan pada sistem komputer untuk penggunaan masa depan. Memeja pendigit juga menyediakan kawalan yang baik sewaktu mengedit elemen-elemen grafik yang memerlukan ketelitian. Fitur ini amat berguna untuk pereka grafik dan antaramuka.

2.2 Kamera Digital
Teknologi multimedia telah menuju ke satu era baru apabila kamera digital diperkenalkan. Teknologi ini membolehkan imej atau grafik digital dipindah secara terus daripada kamera digital ke komputer dengan hanya menggunakan sambungan kabel. Ia jauh lebih mudah daripada cara konvensional, di mana anda terpaksa mengambil gambar atau imej dengan kamera dahulu, kemudian filem kamera tersebut dicuci untuk mendapatkan fotonya, sebelum diimbas dengan menggunakan pengimbas. Beberapa tahun yang lalu, kamera digital menghadapi masalah penyimpanan imej dalam kamera. Ketika itu, kapasiti storannya hanya beberapa megabait dan cuma mampu menyimpan beberapa keping imej digital sahaja. Kini, dengan adanya teknologi baru, seperti kad secure digital berkapasiti sehingga 128MB, masalah ini dapat diatasi. Ini menyebabkan kamera digital mendapat sambutan yang luas.

2.3 Kamera Video Digital
Kamera video digital merekod pergerakan secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera. Kualiti imejnya adalah lebih baik, tetapi harganya agak mahal berbanding dengan kamera video tradisi. Kamera video digital boleh juga digunakan sebagai kamera digital dengan mengambil gambar statik. Dengan penurunan kos, kamera video digital menjadi semakin popular dalam persembahan multimedia. Kamera digital juga boleh menyimpan data dalam pita video digital yang boleh terus dibaca oleh sistem komputer dengan bantuan pemacu digital video. Pita ini sering dikenali sebagai pita DV (Digital Video).

2.4 Peranti Input Suara
Peranti input suara menukar ucapan manusia kepada kod digital. Peranti input suara yang paling luas digunakan ialah mikrofon. Mikrofon merupakan perkakasan yang diperlukan untuk merekodkan bunyi atau suara dalam komputer multimedia. Ia biasanya digunakan oleh pengguna untuk perbualan atas talian atau tele-perundingan.

3.0 Media Storan
Untuk membuat anggaran keperluan memori sesebuah projek multimedia, iaitu ruang simpanan yang diperlukan untuk cakera keras, cakera liut atau CD-ROM, dan bukannya ingatan capaian rawak (RAM), anda memerlukan kefahaman tentang kandungan dan skop projek yang sedang anda bangunkan terlebih dahulu. Persepaduan imej berwarna, teks, elemen bunyi, grafik, animasi, klip video dan kod pengaturcaraan memerlukan ruang simpanan. Lebih banyak elemen multimedia digabungkan, lebih banyak ruang simpanan diperlukan. Oleh itu, pembangun multimedia yang cekap perlu mengetahui perbezaan antara pelbagai jenis storan sekunder yang ada. Mereka perlu mengetahui had, keupayaan dan kegunaan setiap storan sekunder seperti cakera liut, cakera keras, cakera optik, dan pita magnet.

3.1 Cakera Keras
Selepas teknologi multimedia diperkenalkan, permintaan terhadap storan yang besar telah meningkat. Ini disebabkan saiz fail yang mengandungi maklumat multimedia, seperti grafik, audio dan video boleh mencapai beratus-ratus megabait, di mana ia tidak boleh disimpan dalam cakera liut sekalipun dimampatkan (.zip). Maka, cakera keras memainkan peranan penting dalam penyimpanan data multimedia. Terdapat tiga jenis cakera keras iaitu cakera keras dalaman, katrij cakera keras, dan pak cakera keras.

3.1.1 Cakera Keras Dalaman
Cakera keras dalaman juga dikenali sebagai cakera tetap kerana ia diletakkan dalam
unit sistem. Ia biasa digunakan untuk menyimpan hampir semua program dan kebanyakan fail data sistem. Sebagai contoh, hampir semua mikrokomputer menggunakan cakera keras dalaman untuk menyimpan sistem pengendalian dan aplikasi utama, seperti Word dan Excel. Cakera keras berkapasiti 10 gigabait dan capaiannya lebih cepat.

3.1.2 Katrij Cakera Keras
Katrij cakera keras mudah dipindahkan seperti mengeluarkan kaset daripada perakam video kaset. Jumlah storan yang ada pada sistem komputer terhad kepada bilangan katrij. Ini membezakan katrij cakera keras dengan cakera keras dalaman. Walaupun cakera keras dalaman menyediakan capaian pantas, ia mempunyai jumlah storan yang tetap dan tidak mudah untuk dipindahkan. Storan mudah alih ini amat sesuai digunakan sebagai salinan sandar untuk menyimpan fail multimedia seperti audio, video, animasi dan data-data penting lain. Kapasiti yang biasa bagi katrij cakera keras ialah dua gigabait. Kebiasaannya, katrij cakera keras digunakan untuk memindahkan fail yang bersaiz besar, seperti fail penerbitan meja yang mempunyai grafik, warna, dan sebagainya. Di antara katrij cakera keras yang terdapat di pasaran ialah Iomega’s Jaz dan SyQuest’s SparQ. cakera keras SyQuest’s SparQ merupakan medium mudah alih yang paling banyak digunakan di kalangan pembangun dan professional multimedia. Kini, tempatnya telah diambilalih oleh Iomega’s Jaz yang bukan sahaja lebih murah tetapi menyediakan ruang storan yang lebih dan capaian pantas.

3.1.3 Pak Cakera Keras
Pak cakera keras ialah peranti storan mudah alih. Ia digunakan untuk menyimpan sejumlah maklumat yang besar. Kapasitinya jauh melebihi cakera keras jenis lain. Mikrokomputer yang mempunyai capaian ke Internet, minikomputer atau kerangka utama biasanya mempunyai capaian ke pak cakera keras luaran melalui talian komunikasi.

4.0 Perisian
Terdapat banyak perisian di pasaran yang boleh digunakan untuk membangunkan e-majalah , ia boleh dibahagikan kepada lima jenis media.

4.1 Perisian Teks
Pada masa kini, terdapat banyak perisian aplikasi di pasaran untuk menulis dan mengedit teks, seperti Microsoft Word, FrontPage, Wordpad dan sebagainya. Selain itu, kita juga dapat mencipta teks dengan kesan khas, seperti shadow atau emboss dengan menggunakan Macromedia Freehand, Fireworks, ResEdit, dan Cascading Style Sheet.

4.2 perisian Grafik
Perisian-perisian grafik banyak terdapat di pasaran. Antara yang popular dan sering digunakan ialah Adobe Photoshop, Corel Draw, Painter 3D, dan Macromedia Freehand. Setiap perisian grafik ini mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri.



4.3 Perisian Animasi
Terdapat banyak jenis perisian animasi di pasaran yang boleh dipilih bagi menghasilkan pelbagai jenis animasi, sama ada animasi dua dimensi atau tiga dimensi, mahupun bagi tujuan penghasilan animasi kesan khas. Di antaranya ialah Macromedia Authorware, Macromedia Director dan Macromedia Flash, Ray Dream 3D, 3D Studio Max, Lightwave 3D dan lain-lain lagi.

4.4 Perisian Audio
Pelbagai perisian di pasaran bagi tujuan rakaman mahupun penghasilan audio, seperti perisian Sonic Foundry’s Sound Forge, dan Macromedia SoundEdit.

4.5 Perisian Video
Adobe Premiere, Video Fusion dan Ulead Media Studio Pro adalah di antara perisian video yang berkualiti dan canggih yang terdapat di pasaran. Perisian-perisian ini kebanyakannya mahal harganya dan memerlukan masa yang agak lama untuk dikuasai sepenuhnya. Apa yang pasti perisian-perisian ini mampu untuk menghasilkan video digital yang berkualiti tinggi.

5.0 Peranti Output
Peranti output menukar maklumat yang boleh dibaca oleh mesin kepada bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. Data yang dimasuk dan seterusnya diproses oleh komputer akan berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya kepada bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. Seperti peranti input, peranti output juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah persembahan multimedia. Di antara peranti output yang sering digunakan bersama komputer multimedia anda ialah monitor, pencetak, pemplot, projektor dan peranti output suara. Walau bagaimanapun hanya tiga peranti output iaitu monitor, projektor dan Peranti Komunikasi: Modem akan dibincangkan di sini.

5.1 Monitor
Monitor digunakan untuk paparan. Ia merupakan salah satu perkakasan asas yang penting dalam sistem multimedia. Cuba bayangkan yang anda telah berjaya menyiapkan projek akhir animasi anda dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan hasil kerja tersebut kepada kawan-kawan anda. Malangnya monitor anda tidak berfungsi. Sudah tentu tanpa monitor hasil kerja anda tidak dapat dipaparkan kepada kawan-kawan anda. Monitor yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah projek multimedia adalah bergantung kepada jenis aplikasi multimedia yang sedang anda bina di samping jenis komputer yang digunakan. Tahukah anda terdapat pelbagai jenis monitor dalam pasaran untuk kedua-dua komputer PC dan Macintosh. Di antaranya ialah monitor jenis tiub sinar katod (cathode ray tube - CRT) dan monitor mudah alih yang dikenali sebagai monitor paparan kristal cecair (liquid crystal display - LCD).

5.2 Projektor
Projektor merupakan alat yang digunakan untuk membolehkan sesebuah persembahan multimedia dipaparkan kepada sekumpulan penonton yang besar. Di antara projektor yang terdapat di pasaran ialah projektor paparan kristal cecair (Liquid Crystal Display Panel and Projector) dan projektor video tiga lensa (Three–Gun Video Projector).

5.3 Peranti Komunikasi: Modem
Perkataan modem ialah kata singkatan bagi modulasi-demodulasi. Modulasi ialah nama untuk proses menukar isyarat digital kepada analog. Demodulasi pula ialah proses menukar isyarat analog kepada digital. Modem membolehkan mikrokomputer (digital) berkomunikasi melalui talian telefon (analog). Kedua-dua komunikasi suara dan komunikasi data boleh dibawa melalui talian telefon yang sama. Modem merupakan perkakasan yang perlu ada untuk menyambung (access) ke Internet. Jika tiada perkakasan ini, maka teknologi multimedia tidak dapat dibangunkan dengan begitu pesat. Ini disebabkan, maklumat atau data multimedia yang terdapat pada Internet tidak dapat dirujuk dan dikongsi. Selain modem, Rangkaian Digital Khidmat Bersepadu (ISDN), Talian Pelanggan Digital (DSL), modem kabel , sambungan satelit/udara merupakan antara teknologi-teknologi lain yang boleh digunakan untuk sambungan ke Internet.

Bersambung esok... insyaallah

Saturday, September 12, 2009

Koleksi Tugasan Sistem Pengoperasian : Soalan 3

Contoh Tugasan Sistem Pengoperasian

Soalan 3:

PENGENALAN
a-Sejarah pembentukan UNIX

Hari ini, UNIX didefinasikan melalui pembentukan secara global dari Single UNIX Specification integrating X/Open Company’s XPG4, IEEE’s POSIX Standards dan ISO C.Melalui evolusi berterusan, Single UNIX Specification merupakan satu standard difinasi yang tulen bagi aplikasi system program pramuka UNIX. Selaku pemilik syarikat UNIX, kumpulan terbuka (Open Group) telah pun membahagikan tandaniaganya dari mana-mana stream kod yang sebenar kepada membenarkan implimentasi pelbagai dijalankan. Semenjak pengenalan Single UNIX Specification, telah ada satu, terbuka dan spesifikasi yang harmoni yang m,endefinasikan tentang keperluan-keperluan bagi kepentingan serta keselesaan sistem UNIX itu sendiri.

UNIX adalah satu sistem pengoperasian multiuser dan multitasking yang pada mulanya dibangunkan oleh Ken Thompson (menggunakan bahasa penghimpun) di Bell Labs, AT&T pada awal 1970an. UNIX direkabentuk menjadi sistem yang kecil dan fleksibel untuk digunakan secara eksklusif oleh pengaturcara.

Ia mengambil masa beberapa tahun untuk matang, UNIX masih dikenali dengan nama arahannya yang kriptik dan kurang ramah pengguna. Walaubagaimanapun, proses perubahan berlaku dengan antaramuka pengguna grafik seperti X Windows, MOTIF dsb. UNIX adalah antara OS yang pertama yang ditulis di dalam bahasa aturcara peringkat tinggi iaitu C (Ken telah bekerjasama dengan Dennis Ritchie untuk menulis semula UNIX dalam C).

Ini bermaksud, secara amnya ia boleh dilaksanakan di mana-mana komputer yang mempunyai pengkompil C. Dengan ciri yang 'portable' ini serta harganya yang rendah mejadikannya satu OS yang popular di kalangan masyarakat universiti. Ia tidak mahal sebab peraturan 'antitrust' menghalang Bell Labs dari memasarkannya sebagai satu produk. (Bell Labs bukan sebuah syarikat perisian) Bell Labs menggagihkan UNIX bersama kod sumbernya.

Oleh itu, sesiapa yang mendapatnya boleh mengubahsuai dan membentuknya supaya sesuai dengan keperluannya. Akibatnya, di hujung tahun 1970an, terdapat pelbagai versi UNIX yang berbeza yang dilaksanakan di pelbagai tempat. . Dalam tahun 1982, AT&T mula mendefinisi semula versi UNIX yang piawai. Sekarang terdapat dua citarasa UNIX yang utama; satu dihasilkan oleh AT&T yang dikenali sebagai System V dan satu lagi dibangunkan di Universiti Berkeley yang dikenali sebagai BSD4.x (x nombor dari 1 - 4). Dengan ciri yang berkuasa, portable dan fleksibel, UNIX menjadi OS yang utama terutamanya untuk stesyen kerja. Ia adalah kurang popular di kalangan komputer peribadi di mana ia dikenali sebagai Xenix (Microsoft) dan A/UX (Macintosh).
Akhir-akhir ini, system operasi UNIX telah menjadi satu produk dengan 4 elemen (Figure 1); spesifikasinya (spt.SVD), teknologi (spt. SVR4) , (UNIX), dan produk
( spt. UNIXWare)

Figure 1

Dengan spesifikasi Tunggal UNIX, terdapat sekarang yang satu, terbuka, spesifikasi harmoni yang terus memberikan definasi produk keluaran UNIX. Terdapat juga tanda, jenama yang digunakan bagi mengenalpasti produk sesuai dengan spesifikasi Single UNIX. Kedua-dua spesifikasi dan tandaniaga berkenaan sekarang diuruskan di dalam industri oleh X/Open Company.

Akan terdapat persaingan produk yang banyak, kesemuanya diimplimen menyaingi spesifikasi Single UNIX. Sudah tentu pengeluar teknologi akan dihadkan bilangannya, di mana semua vendor boleh melisenkan dan membina produk mereka sendiri tetapi diimplimen kepada spesifikasi Single UNIX. Pembeli boleh menjangka setiap produk dikeluarkan adalah sebagai guaranti kepada kualiti spesifikasinya.

UNIX sekarang tidak lagi Cuma produk sistem yang beroperasi dari AT&T ( later, Novell), yang didokumentasikan oleh the System V Interface Definition (SVID), dikawal dan lesen oleh satu badan. Biarpun ianya adalah koleksi dari beberapa produk yang berbeza dan pembawa yang juga berbeza, setiapnya memberikan perbezaan. Spesifikasi UNIX telah dibahagikan dari lesen produk sumber kodnya, dan “UNIX” telah menjadi satu-satunya spesifikasi yang stabil digunakan untuk membangunkan aplikasi yang mudah alih yang dijalankan secara baik untuk Single UNIX Spesification.
b-Struktur Dan Kandungan UNIX
Single UNIX Spesification adalah merupakan koleksi dokumentasi sebahagian dari X/Open Common Application Environment (CAE), dan merangkumi ;
• System Interface Definitions, Issue 4, Version 2 (XBD)
• System Interfaces and Headers, Issue 4, Version 2 (XSH)
• Commands and Utilities, Issue 4, Version 2 (XCU)
• Networking Services, Issue 4
• X/Open Curses, Issue 4 Version 2

C-Keunikan UNIX

Semenjak ianya dilepaskan dari AT&T Bell Laboratories pada awal 1970’an, kejayaan operasi system UNIX telah membawa kepada pelbagai versi; Universiti, institut kaji selidik , badan kerajaan dan syarikat computer adalah sebahagian dari persekitaran IT. Pereka Komputer, pengeluar kawalan system, simulasi laboratory, malahan Internet sendiri, kesemuanya bermula dari system UNIX.
Kemudian , kesemua pengeluar yang besar, juga yang kecil-kecilan, telah memasarkan sendiri, versi system UNIX di optimiasikan untuk pembangunan computer mereka sendiri. Dalam pada itu ianya juga menunjukkan pelbagai perbezaan kekuatan dan gambaran. Lihat grafik UNIX System Chronology di bawah
Kronologi


d- Kelebihan UNIX Berbanding Sistem Operasi lain.
Linux®?
Dibangunkan oleh Linus Toryalds, Linux adalah prudok yang memimikkan dari bentuk dan fungsi system UNIX. Tetapi tidaklah seasli dari kod lesen sumbernya. Bagaimanapun, ia dibangunkan bersendirian; oleh sekumpulan pembangun di dalam kumpulan di talian internet. Kebaikan utamanya ialah sumber kodnya mudah diperolehi, secara teknikalnya bijak mengubah dan boleh memajukan system; juga bermaksud lebih banyak kemudahan dan kepakaran di talian serta mudah diperolehi.
Versi terbaru dari Glibc mengandungi lebih fungsi dari Single UNIX Specification, Versi 2( untuk UNIX 98) dan terkemudian.
BSDI?
BSDI adalah syarikat persendirian dimana produk pasaran asalnya adalah dari Berkeley Systems Distribution( BSD), dibangunkan di University of California di Berkeley pada tahun 60’an dan 70’an. Ianya system operasi pilihan untuk ramai penyedia servis Internet. Ianya, bersama Linux bukanlah system UNIX yang berdaftar, namun dalam kes ini, ada persamaan kod warisan sekiranya di tinjau semula sejarah lampau.
IBM®'s OS/390?
IBM secara senyapnya telah bekerja di rangkautama operasi sistemnya (dahulunya MVS) bagi menambah buka pramuka untuk beberapa tahun lalu. Pada September 1996, Open Group telah mengumumkan OS/390 telah ditawarkan jenama X/Open UNIX , membolehkan IBM mengenalpasti operasi utama system sebagai UNIX 95. Inn adalah acara penting bagi OS/390 sebagai produk pertama memberikan jaminan kepada Single UNIX Specification dan oleh itu untuk membawa tanda (label) UNIX 95, yang mana tidak secara aslinya dari AT&T/ SCO sumber kod.
Windows® NT?
Microsoft® Windows NT telah dibangunkan secara baru dengan 32 bit operasi system. Ia tidak punyai kaitan dengan sumber kod system UNIX. Namundemikian, pasaran telah menuntut untuk POSIX.1, POSIX.2, yang membawa kepada beberapa syarikat membangunkannya secara berasingan. Sepatutnya fungsi-fungsi tersebut memenuhi keperluan UNIX brand dan juga telah menjadi system UNIX yang berdaftar.
Digital® UNIX, Hewlett Packard HP-UX®, IBM AIX®, SCO UnixWare®, SGI IRIX®, Sun Solaris® ?
Kesemuanya didaftarkan di bawah produk UNIX.
d-Keunikan UNIX
Perkara yang menjadikan UNIX unik adalah berdasarkan berikut;
• Kebolehan Pelbagai Tugas (Multitasking capability )
• Kebolehan Pelbagai Pengguna (Multiuser capability )
• Mudah Alih (Portability )
Kebolehan Pelbagai Tugas(Multitasking)
Kebanyakan computer lakukan satu tugas dalam satu masa,sesiapa sahaja yang menggunakan PC,atau laptop boleh buktikannya. Cuba masuk kedalam system syarikt dalam masa yang sama cuba buka program word. Peluang nya ialah prosessor akan kaku sekejap semetara ia menyusus tugasannya yang pelbagai itu.
UNIX. Dalam lain kata,mampu jalankan beberapa tugas serentak seperti mencetak satu fail sementara pengguna mengedit fail yang lain. Inn adalah perkara utama bagi pengguna, semenjak pengguna tidak perlu menunggu satu aplikasi ditamatkan sebelum memulakan yang lain.

Kebolehan Pelbagai Pengguna (Multiusers)
Reka bentuk yang memberikan laluan pelbagai tugasan juga berikan kebenaran pelbagai pengguna untuk menggunakan computer. Komputer boleh mengambil arahan-arahan dari sebilangan pengguna.Boleh melkukan pelbagai tugas seperti membuka fail,mencetak dokumen dalam masa yang sama.
Komputer tidak boleh memberitahu pencetak untuk mencetak kesemua permintaan dalam satu masa.Tetapi ia akan menutamakan permintaan bagi memastikan semuanya mengikut aturan. Ia juga membenarkan beberapa pengguna membuka fail yang sama dengan menyediakan bahagian-bahagian tertentu supaya sebarang perubahan oleh satu-satu pengguna tidak mengatasi atau menggandai perubahan yang dilakukan oleh pengguna yang lain.
Sistem Mudahalih (System portability)
Satu sumbangan utama UNIX ialah mudah alih,ia memberikan kemudahan bergerak dari satu band computer ke computer lain dengan perubahan kod yang minimum. Di masa apabila komputer lain dengan vendor yang sama tidak berkata-kata antara satu sama lain,bermaksud satu mesin dengan pelbagai vendor,bermakna penjimatan kedua-dua perkakasan dan perisian dapat dilakukan.
Ia juga bermakna system operasi boleh di kemaskinikan tanpa melibatkan semua data pelanggan diisi semula. Versi baru UNIX adalah yang paling sesuai dan serasi dengan versi yang lama.Menjadikan sesebuah syarikat mudah untuk dikemaskinikan dengan cara yang lebih teratur.


e-Keselamatan Syarikat oleh UNIX
Telah dijelaskan bahawa system pengoperasian UNIX mempunyai cirri-ciri yang selamat digunakan. Banyak kepakaran boleh diperolehi dari UNIX untuk memastikan rangkaian keselamatan terjamin.
Perkara yang menjadikan UNIX unik adalah berdasarkan Kebolehan Pelbagai Tugas (Multitasking capability )dimana operasi system dapat menjalankan tugas lebih dari satu tanpa menganggu system yang lain. Malahan , kebolehannya memberikan akses kepada ramai pengguna menggunakannya adalah satu kelebihn UNIX. Antara lain ialah, UNIX berbentuk mudah alih. Ini cukup memberikan keselesaan kepada ramai pengguna.

Penutup
UNIX adalah antara OS yang pertama yang ditulis di dalam bahasa aturcara peringkat tinggi iaitu C (Ken telah bekerjasama dengan Dennis Ritchie untuk menulis semula UNIX dalam C). Ini bermaksud, secara amnya ia boleh dilaksanakan di mana-mana komputer yang mempunyai pengkompil C. Dengan ciri yang 'portable' ini serta harganya yang rendah mejadikannya satu OS yang popular di kalangan masyarakat universiti. Ia tidak mahal sebab peraturan 'antitrust' menghalang Bell Labs dari memasarkannya sebagai satu produk. (Bell Labs bukan sebuah syarikat perisian)
Bell Labs menggagihkan UNIX bersama kod sumbernya. Oleh itu, sesiapa yang mendapatnya boleh mengubahsuai dan membentuknya supaya sesuai dengan keperluannya. Akibatnya, di hujung tahun 1970an, terdapat pelbagai versi UNIX yang berbeza yang dilaksanakan di pelbagai tempat.

Rujukan;
1. D. M. Ritchie and K. Thompson, `The Unix Time-sharing System, C. ACM 17 No. 7 (July 1974)

2. S. C. Johnson and D. M. Ritchie, Portability of C Programs and the Unix System,' Bell System Tech J. 57 No. 6, (July-August 1978)


3. http://www.opengroup.org/openbrand/docs/UNIX03-tcd.pdf

Thursday, September 10, 2009

Sistem Pengoperasian - Soalan 2

Soalan 2:
PENGENALAN


1.Pengurusan Proses.
Model proses UNIX berasaskan proses serentak.Iaitu beberapa proses dilaksanakan pada satu masa. Proses boleh mencipta proses baru. Proses mencipta dikenali sebagai Proses Induk.Proses yang dicipta dipanggil Proses Anak.Proses anak adalah salinan daripada proses induk tetapi masing-masing mempunyai imej ingatannya sendiri.
Proses boleh berada dalam beberapa keadaan;
a- sedang berjalan pada CPU
b- sedia untuk dilaksanakan oleh CPU(dalam ingatan utama)
c- sedia untuk dilaksanakan oleh CPU(dalam ingatan sekunder)
d- menunggu operasi I/O selesai
e- zombi
Berikut adalah diskripsi pengurusan proses
Latarbelakang Level Pengguna (User-level context ) – kawasan text dan data program;
kemasukan pengguna dan ingatan berkongsi
Latarbelakang Berdaftar ( Register context ) – kawasan simpanan perkakasan yang
berdaftar ( PC, SP , PSR dan pendaftaran biasa )
Latarbelakang Level Sistem (System-level context) – maklumat lain OS perlu untuk
mengurus proses ialah;
Jadual Kemasukan Proses, Pengguna ( User ), Jadual Proses
Per KAwasan ( Per Process Region Table ) dan Bahagian
Terpenting Kemasukan ( Kernel Stack)

Proses Jadual Kemasukan ( Process Table Entry )
• Status Proses (Process Status)
• Penunjuk (Pointers)
• Proses Saiz (Process Size)
• Pengenalan Pengguna (User Identifiers)
• Proses Pengenalan(Process Identifiers)
• Penjelas Acara(Event Descriptor)
• Keutamaan ( Priority)
• Tanda.(Signal)
• Pemasa.(Timers)
• P hubungan.(P_link)
• Status Memori. (Memory Status)
Proses Kawalan
Proses membina disudahi oleh maksud dari tanda panggilan ():
1. Memberikan satu slot di jadual proses untuk proses yang baru.
2. Memberikan proses ID yang unik.
3. Buat salinan proses imej, kecuali memori yang dikongsi bersama.
4. Kenaikan fail pengira kepada mereka yang telah dimiliki .
5. Set proses kecil untuk mana-mana situasi bersedia.
6. Kembalikan nombor ID dan 0 kepada proses kecil.
Ini adalah di dalam mod yang utama dari proses .Kemudian pengirim akan melakukan perkara berikut;
• Tunggu didalam proses (Stay in the parent process)
• Pindah ke proses kecil (Transfer to the child process)
• Pindah Ke proses lain (Transfer to another process)

2.Pengurusan Ingatan
Setiap proses disediakan tiga segmen ;
i- Kod
ii- Data
iii- Timbunan
Segmen data meningkat ke atas manakala timbunan menurun. Diantara timbunan dan data terdapat gap iaitu ruang alamat yang tidak digunakan. Disebabkan saiz ingatan utama tidak mencukupi, UNIX menggunakan konsep ingatan maya. Pada awalnya,ingatan maya dilaksanakan dengan menggunakan konsep tukar ganti. Apabila satu proses baru dicipta dan memerlukan ingatan, proses yang sedia ada di dalam ingatan perlu dipindahkan ke dalam storan sekunder.
Merupakan sumber yang terpenting. Tanpa ingatan aturcara tidak dapat dilaksanakan. Ingatan sentiasa digunakan sepajang perlaksanaannya hingga tamat sesuatu tugasan aturcara.
Tugasan penting pengurusan ingatan adalah untuk
a-Menentukan bahagian ingatan yang boleh digunakan dan bahagian yang tidak boleh digunakan.
b-Memelihara bahagian ingatan yang telah digunakan oleh satu proses supaya tidak diganggu proses lain.
c-Menyediakan ruang ingatan yang secukupnya kepada semua proses yang memerlukannya.

Pengurusan ingatan terbahagi kepada dua kaedah;
a- Pengurusan Ingatan Sebenar
b- Pengurusan Ingatan Maya.
A- Pengurusan Ingatan Sebenar.
Sistem pengoperasian hanya menjalankan / mengendalikan ruang ingatan yang utama sahaja. Ada dua cara pengendalian ingatan sebenar ini ,iaitu;
a- Sistem Monopengaturcaraan
- Merupakan pengurusan ingatan paling mudah kerana perlaksanaannya hanyalah menggunakan satu aturcara sahaja dalam satu masa.
-
b-Multipengaturcaraan.
- Bermaksud beberapa proses serantak boleh dilaksanakan pada masa yang sama. Ruang ingatan akan dikongsi oleh beberapa proses.
B. Pengurusan Ingatan Maya.
- Kemudahan ingatan maya digunakan apabila zaiz ingatan yang disediakan oleh ingatan utama tidak mencukupi. Ada dua kaedah digunakan bagi maksud tersebut iaitu;
bi- Kaedah Berhalaman.
- Bermaksud ingatan maya akan menyediakan satu halaman/ruang ingatan yang secukupnya kepada setiap proses. Storan sekunder sebagai sambungan kepada ingatan utama merupakan kaedah tugasan yang dilakukan.
- Ruang ingatan maya dibahagikan kepada beberapa halaman dengan setiap halaman punyai saiz yang berbeza. Begitu juga dengan ingatan utama, dimana ianya dibahagikan kepada beberapa rangka halaman. Rangka halaman inilah dikongsi bersama oleh aturcara yang berada dalam system.
- Apabila ingatan maya digunakan alamat ingatan yang diberikan oleh sesuatu aturcara tidak terus dihantar ke bas ingatan, tetapi kepada suatu mekanisma berhalaman atau biasa dikenali sebagai MMU(Memory Management Unit). Ia adalah satu cip atau gabungan beberapa cip.
- Tugas mekanisma berhalaman ialah :
1- Membuat operasi pemetaan alamat.
2- Memindahkan halaman dalam ingatan utama apabila halaman
daripada storan sekunder ke tersebut diperlukan dan memindahkan halaman daripada ingatan utama ke dalam storan bantuan apabila halaman tersebut tidak diperlukan lagi.
Bii- Kaedah Bersegmen;
- Menyediakan saiz ingatan yang besar. Dalam keadaan tertentu, juruaturcara hanya memerlukan ingatan maya yang menyediakan ingatan multi-dimensi.
- Sistem pengoperasian satu organisasi ingatan maya multi-dimensi, iaitu setiap satu boleh dialamatkan daripada 0 hingga satu saiz maksimum.
- Pemetaan ingatan maya kepada ingatan sebenar dilakukan dengan menggunakan jadual segmen.
- Operasi Pemetaan :
(a)- Dapatkan alamat aturcara dalam bentuk (s,p) dengan “s” ialah nomborsegmen dan “P” ialah kata dalam ruang ingatan bagi segmen tersebut.
(b)- Gunakan “s” sebagai penunjuk kepada jadual segmen.
(c)- Jika “b” ialah alamat asas bagi segmen berkenaan dalam ingatan sebenar, lokasi ingatan yang dikehendaki ialah “b+p”.
C. Kaedah Segmen Berhalaman.
- Ingatan maya inn berbentuk multi-dimensi dengan menyediakan banyak segmen. Setiap segmen mempunyai saiz yang besar.
- Pentium telah menggunakan kaedah yang sama oleh system pengurusan ingatan mereka di dalam mikropemproses Intel Pentium.
-Kaedah yang digunakan oleh Pentium ialh;
(i) – LDT (Local Descriptor Table) menyimpan maklumat tentang suatu aturcara, seperti kod, data dan timbunan.
(ii)- GDT(Global Descriptor Table) menyimpan maklumat tentang system.
3. Pengurusan I/O.
-Pengurusan inn digunakan bagi memasukkan dan mengeluarkan maklumat daripada system computer. Ada beberapa jenis peranti I/O dan setiapnya punyai cirri-ciri berbeza, walaupun daripada kelas yang sama.
3.1- Terdapat tiga jenis peranti I/O ;
(i)- Peranti blok – menyimpan data dalam blok bersaiztetap.Seperti cakera.
(ii)-Peranti aksara- menerima atau mengeluarkan satu aliran aksara.Seperti
tetikus,pencetak baris.
(iii)-Peranti yang bukan peranti blok atau peranti aksara.Seperti Jam.
3.2-Tujuan Pengurusan I/O.
(i) – Menyediakan kemudahan peranti maya .
(ii)- Membolehkan semua peranti dicapai dengan cara yang lebih mudah
dan lebih seragam.
(iii)-Melakukan operasi I/O dengan cekap dan mengendalikan ralat.
(iv)- Berikan layanan sama kepada semua peranti.
3.3- Pengendalian Sampukan
- Kaedah sampukan digunakan oleh kebanyakan pengurusan peranti. Peranti akan memberikan sampukan kepada CPU apabila ia mempunyai maklumat yang perlu dioutputkan.
-Pada awalnya sampukan dikendalikan oleh pengurus pemproses, tetapi selepas dikenalpasti sampukan itu adalah peranti,I/O akan mengambil alih tugas.Maka,tugas pertama I/O adalah mengendalikan sampukan.

3.4. Pengendali Peranti.
- Setiap peranti yang ada di system computer mesti mempunyai pengendalinya. Juka sesuatu peranti baru dipasang kepada system, pengendali peranti bagi peranti tersebut mesti disediakan.
-Pengendali peranti dikenali berdasarkan jenis peranti yang dikendalikan.Seperti pengendali peranti yang mengawal cakera dikenali sebagai pengendali cakera.
-Semua perintah yang diberikan oleh juruaturcara akan diterima oleh pengendali peranti yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan ke dalam bentuk suruhan yang difahami oleh peranti sebenar.

3.5. Perisian I/O Bebas Peranti.
- Perisian I/O Bebas Peranti bertanggungjawab melakukan fungsi I/O yang terikat dengan peranti.
-Tugas utama perisian I/O Bebas Peranti ialah untuk menyediakan satu antara muka seragam bagi kegunaan aturcara pengguna.
- Antara tugas perisian ialah;
i- Penentuan nama peranti
ii-Pemeliharaan Penggunaan Peranti
iii-Penyediaan saiz blok yang seragam
iv- Peruntukan dan pelepasan peranti
v -Laporan ralat.


4. PENGURUSAN FAIL
- Pengaturcara berinteraksi dengan peranti menggunakan system fail.
-Terdapat dua jenis fail;
i- Fail menyimpan data, merupakan blok-blok cakera.
ii- Fail khas iaitu untuk membolehkan juruaturcara berinteraksi dengan peranti .
4.1. Peruntukan Storan Fail
- Satu cakera boleh dibahagikan kepada blok-blok yang sama saiz. Disebabkan fail dalam cakera boleh berubah-ubah (fail baru dicipta, fail lama diubah kandungannya, fail lama dihapuskan), kedudukan blok yang membentuk fail tidak semestinya bersebelahan.
-Pengurus system fail memerlukan satu kaedah yang membolehkannya menentukan blok-blok yang membentuk satu fail.
-Ada tiga kaedah digunakan;
i- Blok Berpaut : Tiap-tiap blok dihubungkan dengan lain dengan
menggunakan penunjuk.
ii- Pemetaan Fail: Merekodkan blok-blok yang membentuk fail
dengan menggunakan satu peta fail.
iii- Indeks Blok : Menghubungkan semua blok yang digunakan
dengan menggunakan satu indeks.
4.2. Direktori
-Mengandungi entri direktori bagi setiap fail didalamnya. Setiap entri direktori mengandungi nama fail dan i-number, Iitu indeks kepada jadual i-list. Setiap entri dalam i-list ialah satu i-node, yang menyimpan maklumat tentang status dan kedudukan fail dalam cakera.
- Berasaskan konsep system fail yang disatukan . Jika pengguna mempunyai beberapa fail dalam satu cakera liut, pengguna hanya dapat mencapai fail tersebut dengan menyatukannya ke dalam system fail yang sedia ada.
4.3. Bentangan Sistem Fail
- Bentangan system fail berada dalam satu cakera;
a- Blok o tidak digunakan oleh UNIX kerana biasanya digunakan bagi melakukan proses booting.
b- Blik 1 – menyimpan superblok, yang mengandungi maklumat tentang bentangan system fail.
c- Blok yang menyimpan i-node.
d- Blok yang menyimpan data.
4.4 . NFS ( Network File System )
- Konsep inn membenarkan satu gabungan computer berkongsi menggunakan system fail yang sama.
- Satu computer menyimpan fail (pelayan)boleh membenarkan satu atau lebih direktori di dalamnya digunakan oleh computer yang lain(pelanggan). Senari direktori yang dibenarkan inn disimpan dalam satu fail, biasanya /etc/export.
-Komputer pelanggan bolehmenggunakan direktori yang dieksport dengan menyatukan direktori tersebut ke dalam system failnya. Selepas direktori tersebut disatukan, computer pelanggan boleh mencapai direktori dan kesemua fail yang berada di dalam seolah-olah direktori tersebut berada dalam komputer pelanggan.
4.5. Panggilan Sistem
- Antara contoh panggilan system utama;
a- creat mencipta fail
b- open membuka fail
c- close tutup fail
d- read baca fail
e- write tulis fail
f- chdir tukar direktori
g- mkdir cipta direktori


5. BAHASA PERINTAH UNIX
Bahasa Perintah Tugas
a- pwd - cetak nama direktori semasa
b- cd - tukar direktori semasa kepada
c- cd… - tukar direktori semasa kepada direktori induk bagi
direktori semasa.
d- cp -salin kepada
e- mv -tukar nama menjadi
f- rm - hapuskan
g-rmdir - hapuskan
h-mkdir - cipta direktori baru bernama

Rujukan ;

1. K. Thompson, `Unix Implementation,' Bell System Tech J. 57 No. 6, (July-August 1978 )
2. E. Lesk and B. W. Kernighan, `Computer Typesetting of Technical Journals on Unix,' Proc. AFIPS NCC 46 (1977)
3. D. M. Ritchie and K. Thompson, `The Unix Time-sharing System, C. ACM 17 No. 7 (July 1974)

4. Dennis M. Ritchie Bell Laboratories, Murray Hill, NJ, 07974

Sunday, September 6, 2009

Pengenalan kepada rangkaian - CBCN4103

Soalan 1

(a) Sila lawati mana-mana pusat pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Lukiskan satu rangkaian kawasan setempat (LAN) bagi pejabat ini. Anda boleh melukis kembali rangkaian semasa, atau melukis satu rangkaian baru sebagai cadangan untuk masa hadapan. Pastikan rangkaian LAN anda itu sesuai untuk jaringan sekurang-kurangnya untuk lima (5) komputer peribadi dan komponenkomponen lain seperti pelayan, pencetak, dan sebagainya

Rajah 1.1 Topologi Bintang
Topologi Bintang dipilih sebagai Rangkaian Kawasan Setempat(LAN) bagi rangkaian baru di OUM Cawangan Tawau. Topologi Bintang merupakan topologi yang menyambung segala elemen dalam rangkaian ke satu pusat. Segala kabel yang menghubung semua elemen rangkaian komputer berakhir di satu titik. Dengan topologi ini, kerosakkan fizikal pada satu kabel tidak akan menyebabkan segmen lain tidak berfungsi. Mengunakan topologi logikal Broadcast.

Kabel pasangan dawai kembar terpiuh tidak bertebat (Unshielded twisted pair)atau UTP merupakan jenis kabel yang popular mengunakan topologi bintang.
Kebaikkan
1. Sesuai untuk sistem rangkaian yang besar dan amat mudah untuk membesarkannya

2. Prestasi sistem rangkaian boleh dipertingkatan dengan menggunakan mengantikan hab (hub) kepada suis (switch)

3. Boleh menggunakan berbagai jenis kabel UTP, STP dan sebagainya

4. Mudah melakukan kerja penyelenggaran dan pemeriksaan terhadap sebarang kepincangan sistem rangkaian. Ini dapat dilakukan kerana setiap kabel disambung terus ke peralatan.

(b) Berdasarkan LAN anda dalam soalan pecahan (a) diatas, lukiskan satu rajah pindaan yang boleh menyambungkan rajah ini ke Ibu Pejabat OUM di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Gunakan simbol rangkaian konvensional dalam rajah anda itu.

Rajah 2.1 satu rajah pindaan yang boleh menyambungkan rajah ini ke Ibu Pejabat OUM di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

(c) Terangkan TIGA cara yang boleh merangkaikan LAN untuk menjadi WAN seperti yang diperlukan dalam dua soalan-soalan pecahan diatas. Cara-cara dan peranti yang anda bercadang hendak menggunakan itu banyak dipengaruhi oleh objektif organisasi.

Terdapat tiga jenis sambungan WAN.

1. Dedicated Line (talian khusus) – Merupakan talian khusus dari satu LAN kepada satu LAN yang lain. Menggunakan isyarat bersiri segerak (synchronous serial). Kelajuan talian ini boleh mencapai sehingga 45Mb/s. Talian jenis ini menjamin lebar jalur (bandwidth) yang akan diperolehi. Sekiranya kita menggunakan talian khusus berkapasiti 2048Kb/s, maka syarikat telekomunikasi akan menjamin lebar jalur yang diterima adalah 2048Kb/s
.
2. Circuit-switched (pensuisan litar) - Menggunakan modem dial-up dan ISDN. Mempunyai jalur lebar yang kecil

3. Packet-switched (pensuisan bingkisan) – Teknik ini membolehkan syarikat berkongsi lebar jalur dengan syarikat lain. Perkhidmatan ini lebih murah daripada talian khusus. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat menjamin kita senantiasa memperolehi lebar jalur yang dikehendaki. Frame Relay, Asynchronous Transfer Mode (ATM), Switched Multimegabit Data Service (SMDS) dan X.25 menggunakan cara ini. Kelajuan diantara 56kb/s sehingga 2.048Mb/s

Protokol WAN
1. Frame Relay – Menggunakan teknik Pensuisan Bingkisan. Jalur lebar boleh diubah secara dynamik dan mengawal kesesakkan.

2. ISDN (Intergrated Services Digital Networks) – Menggunakan isyarat digital pada talian telefon analog yang sedia ada. Terdapat dua jenis ISDN iaitu BRI (2B + D) dan PRI (30B + D). BRI (Basic Rate Interface) mempunyai dua saluran dan PRI mempunyai tiga puluh saluran. Setiap saluran berkelajuan 64Kb/s. D disini merujuk kepada kawalan terhadap isyarat dan maklumat. Untuk BRI, D bersaiz 16Kb/s dan PRI bersaiz 64Kb/s

3. LAPB (Link Access Procedure Balanced) – sering digunakan sekiranya talian terlalu banyak ralat

4. HDLC (High-Level Data Link Control) – Merupakan protokol jenis connection oriented. Setiap pengeluar mempunyai protokol HDLC yang berlainan. Pastikan sekiranya menggunakan protokol ini anda mempunyai peralatan yang sama dikedua-dua hujung talian. Ini kerana HDLC Cisco tidak sama dengan HDLC BayNetwork

5. PPP (Point to Point Protocol) – Ini merupakan standard industri. Protokol yang sesuai digunakan sekiranya kita mempunyai produk router yang berlainan pengeluar
.
Soalan 2

(a) Perkataan “rangkaian” telah digunakan oleh orang dalam disiplin yang berbeza. Sebagai seorang pelajar rangkaian, anda sedang diminta memberi penjelasan mengenai maksud rangkaian itu, khususnya, dalam hal pebezaan diantara rangkaian sosial dan rangkaian komputer. Dengan menggunakan 150 hingga 200 perkataan, terangkan maksud kedua-dua perkataan ini dengan memberi penekanan yang lebih kepada rangkaian komputer.

Sebuah system rangkaian komputer melibatkan dua buah komputer yang dihubungkan dengan media menggunakan talian terus atau talian telefon. Manakala system rangkaian yang rumit atau kompleks bergantung kepada imaginasi masing-masing.

Secara khususnya, rangkaian komputer bermaksud semua nod seperti pelayan (server), stesen kerja (workstation), pencetak (printer) dan sebagainya dihubungkan diantara satu sama lain dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan bahan. Dengan kata lain, maklumat yang ada pada pengguna A dapat disebarkan kepada penguna lain dan begitu juga sebaliknya.

Istilah seperti OSI, Ethernet, LAN, WAN, Internet, Intranet, Extranet dan sebagainya banyak didapati menerusi akhbar dan Internet. Namun masih ramai yang gagal memahami maksud sebenar istilah tersebut.

Cara berhubung diantara satu nod dengan nod lain, perlu ada perantaraan seperti kabel, hub, perisian dan sebagainya. Memandangkan terlalu banyak kabel, hub dan perisian yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dengan pelbagai ciri tersendiri, kemungkinan besar ada yang tidak serasi dengan produk keluaran yang lain.

Di awal tahun 70an, sistem rangkaian berasaskan sistem komputer IBM dan DECnet tidak dapat berhubung antara satu sama lain disebabkan tiada kesepakatan dalam cara sistem rangkaian berkerja. Sekiranya pejabat kita menggunakan sistem rangkaian IBM, maka peralatan komputer perlu menggunakan produk IBM dan begitu jugalah sebaliknya.

Dalam sistem rangkaian, satu standard komunikasi berjaya dibentuk. Model ini dipanggil OPEN SYSTEM INTERCONNECTION (OSI), yang dirangka oleh International Standard Organization pada tahun 1974 (setengah pendapat mengatakan tahun 1978). Diluluskan pada tahun 1983 untuk diguna pakai oleh semua pengeluar.

Dengan model OSI itu, setiap pengeluar dikehendaki mengikut standard terbabit untuk memudahkan peralatan yang dicipta berkomunikasi dengan peralatan yang dikeluarkan oleh pengeluar lain. Di dalam Model OSI, terdapat tujuh lapisan (seven layer). Setiap lapisan tidak menghiraukan lapisan yang lain. Tetapi setiap lapisan mempunyai hubung kait yang kuat dan setiap lapisan itu dipanggil lapisan protokol.

Model OSI adalah satu panduan dan bukannya satu perisian atau perkakasan. Ia digunakan sebagai satu rujukan untuk dipatuhi oleh semua pengeluar perisian dan perkakasan supaya produk mereka boleh disambungkan kepada sistem rangkaian tanpa sebarang masalah. OSI boleh diibaratkan sebagai satu polisi keamanan dunia yang perlu diikuti oleh semua negara supaya dunia ini aman.

Walaupun realitinya keamanan sejagat sukar diperolehi. Begitu juga dengan model OSI ini, terdapat juga ketidak serasian berlaku di dalam pengeluaran produk yang berlainan. Maka apabila kita membeli sesuatu produk pastikan kita mengetahui setakat mana peralatan itu mengikut standard dan keperbezaan antara peralatan yang hendak disambungkan kepadanya. Selalunya produk seperti Cisco mempunyai protokolnya tersendiri yang hanya ada pada peralatan mereka.

Pengetahuan mengenai OSI perlu diketahui oleh sesiapa juga yang ingin mendalami sistem rangkaian. Ini kerana setiap lapisan mempunyai fungsi tertentu yang akan membabitkan operasi sistem rangkaian

(b) Dengan menggunakan beberapa ayat dan rajah, terangkan apakah yang anda tahu mengenai istilah-istilah rangkaian seperti berikut:
i.Rangkaian kawasan setempat (LAN)

Dari kamus terbitan Fajar Bakti, Rangkaian Kawasan Setempat ditakrifkan sebagai: ”Suatu rangkaian komunikasi yang menghubungkan beberapa nod di kawasan ‘setempat’ yang sama, yang boleh ditakrifkan sebagai bangunan yang sama, kawasan dalam jejari satu kilometer atau satu loji.”

Sifat yang membezakan diantara LAN dengan yang lain :

1. Topologi – Susunan geometri peralatan rangkaian

2. Protokol – Spesifikasi peraturan dan teknik encoding untuk menghantar data.
Protokol juga menentukan sama ada sistem rangkaian menggunakan
senibina peer to peer atau pelanggan/pelayan (client/server)

3. Media – Alat/perkakasan yang disambungkan ke wayar terpiuh (twisted pair),
coaxial kabel atau fiber optik.

LAN berupaya menghantar data lebih laju jika dibandingkan dengan menggunakan talian telefon. Namun ia mempunyai sekatan terhadap jarak dan jumlah peralatan (komputer) yang boleh disambung didalam satu LAN.

Ethernet merupakan lapisan fizikal yang popular untuk LAN kerana ia laju, murah dan mudah dipasang. Ethernet juga diterima pakai oleh kebanyakkan protokol untuk sistem rangkaian.

Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) merupakan kawasan rangkaian yang terhad pada batasan geografi seperti sebuah makmal, sesebuah sekolah atau bangunan.
Dalam konfigurasi tipikal LAN, salah sebuah komputer dijadikan sebagai fail pelayan yang berfungsi untuk menyimpan semua perisian yang mengawal sistem rangkaian tersebut. Semua komputer yang disambungkan kepada fail server ini dikenali sebagai stesen kerja. Komputer stesen kerja terdiri daripada komputer biasa spesifikasinya rendah daripada komputer server dan juga mungkin mempunyai perisian-perisian pada cakera kerasnya.
Kabel digunakan untuk menghubungkan LAN melalui Kad Rangkaian yang dipasang pada setiap komputer.

ii.Rangkaian kawasan metropolitan (MAN),

MAN ditakrifkan sebagai rangkaian komunikasi yang lebih luas dari LAN tetapi kecil daripada WAN. MAN merupakan hubungan antara bandar-bandar. Tidak banyak dapat dinyatakan disini, keran teknologi ini masih asing di Malaysia. Menggunakan protokol Switched Multimegabit Data Service (SMDS) dan menggunakan kabel jenis fiber optik

Rangkaian Kawasan Bandar (MAN) meliputi kawasan geografi yang lebih luas seperti sebuah daerah atau bandar. Rangkaian Kawasan Meluas menyambungkan beberapa Rangkaian Kawasan Setempat dalam sesuatu tempat untuk membolehkan perkongsian maklumat dilaksanakan. Universiti tempatan dan agensi-agensi kerajaan menggunakan Rangkaian Kawasan Meluas untuk berhubung dengan dengan masyarakat lain dan "private industries".

Salah satu contoh MAN ialah MIND Network yang terletak di Pasco County, Florida yang membolehkan perhubungan antara Pusat Media Pasco dengan Pusat Kerangka Utama dengan menggunakan talian telefon, kabel sepaksi, dan juga pembekal komunikasi tanpa wayar

iii. Rangkaian kawasan luas (WAN).

Rangkaian kawasan luas (WAN) adalah rangkaian komputer yang melibatkan jarak jauh atau kawasan geografi yang luas seperti negeri. WAN boleh dianggap sebagai gabungan dua atau lebih LAN. Penyambungan selalunya menggunakan rangkaian awam. Rangkaian awam bermaksud rangkaian tersebut disediakan oleh syarikat telco seperti Telekom, Maxis, Time dll. Boleh juga dihubungkan menggunakan talian suwa (leased line) atau satelit. Internet merupakan contoh WAN yang terbesar.

Rangkaian Kawasan Meluas (WAN) meliputi kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara dan dunia. Untuk mewujudkan WAN memerlukan sistem pangkabelan yang merentasi laut atau dengan penggunaan gelombang mikro atau satelit.
Penggunaan WAN membolehkan komunikasi antara negeri dapat dilaksanakan dengan cepat. Sekolah-sekolah di Malaysia boleh berhubung dengan sekolah-sekolah di luar negara dalam jangkamsa beberapa minit sahaja.

Konfigurasi dalam WAN adalah kompleks dan memerlukan perkakasan pemultipleksan untuk menghubungkan LAN dan MAN bagi tujuan capaian ke Rangkaian komunikasi menyeluruh seperti Internet.

(c) Dengan menggunakan beberapa ayat, terangkan apakah yang anda tahu mengenai peranti-peranti rangkaian seperti berikut: pengulang, suis, jambatan, router, dan gateway.

i. Pengulang
Dalam rangkaian telekomunikasi, repeater adalah satu peranti yang menerima sesuatu isyarat atau signal melalui media penghantaran elektronik atau optikal, memperkuatkan isyarat tersebut dan kemudian menghantarkannya semula melalui laluan seterusnya. Satu siri repeater boleh memanjangkan isyarat pada jarak yang lebih jauh. Repeater digunakan untuk menghubungkan segmen-segmen rangkaian kawasan setempat (LAN).

Repeater juga digunakan untuk memperkuat dan memperluaskan penghantaran rangkaian kawasan wilayah (WAN) melalui media wayar dan tanpa wayar.
Dalam sistem kabel, repeater boleh terdiri dari litar amplifier dan beberapa transformer isyarat. Dalam sistem komunikasi tanpa wayar, repeater terdiri dari penerima radio, amplifier, tarnsmitter, isolator dan dua antenna. Dalam rangkaian gentian optik, repeater terdiri dari photocell, amplifier, light-emitting diode (LED) atau infrered-emitting diode


ii. Suis

Operasi switch sama seperti bridge Perbezaannya bridge hanya boleh mempunyai maksima 16 port. Manakala switch pula tidak mempunyai had maksima.

Bridge menggunakan perisian dalam operasinya, tetapi suis menggunakan perkakasan yang dikenali sebagai “hardware coding”. Dengan ini prestasi switch lebih baik daripada bridge.

Switch Membina jadual MAC (MAC table) untuk memastikan data hanya akan dihantar pada subnet yang betul.

Terdapat dua jenis switch:
1. Cutting through switching – penghantar bermula sebaik sahaja alamat destinasi diperolehi. Prestasi baik tetapi tidak mempunyai error checking. Selalu digunakan pada edge switch.
2. Store and forward – penghantaran hanya berlaku selepas semua frame dibaca. Lambat tetapi mempunyai error checking. Selalu digunakan pada core switch.

Pensuisan berlaku pada lapisan kedua iaitu lapisan sambung data. Ia juga dikenali sebagai system jejambat berbilang. Jejambat merupakan software based manakala suis merupakan hardware based.

Suis menggunakan litar bersepadu khusus penggunaan atau lebih dikenali sebagai ASICS untuk membina dan menjaga jadual penapisan(Filter)

iii.Jambatan
Bridge ialah kombinasi perkakasan dan perisian yang digunakan untuk penyambungan pada jenis rangkaian yang sama. Ia berfungsi untuk mengesan kesalahan yang berlaku di dalam paket dan di dalam pemformatan alamat. Sebagai contoh, rangkaian pada syarikat yang sama tetapi dipisahkan secara konsep LAN rangkaian yang menggunakan banyak komputer antara jabatan. Melalui bridge, stesen kerja hanya boleh mencapai maklumat dalam lingkungan rangkaian yang terbabit sahaja

"Jejambat" - Peranti yang mengaitkan dua rangkaian dan kehadirannya biasanya tidak kelihatan kepada pengguna rangkaian (berbeza daripada laluan get, yang kehadirannya biasanya dapat dilihat). Jejambat mungkin mengaitkan dua rangkaian yang berkesan secara serupa, dengan beberapa kekangan logik atau fizikal bermaksud bahawa satu rangkaian yang lebih besar tidak boleh digunakan; sebagai contoh, suatu jejambat mungkin menghubungkan dua Ethernet akan melebihi had panjang. Jejambat juga mungkin menghubungkan dua jenis rangkaian yang berbeza, dengan menggunakan persetujuan pengisyaratan yang berbeza; sebagai contoh, jejambat mungkin menghubungkan suatu Ethernet yang digunakan di dalam sesebuah bangunan dengan Cecincin Cambridge yang digunakan diantara bangunan-bangunan pada satu tapak besar.

Istilah jejambat, laluan get dan geganti adalah antara istilah yang yang maknanya berbeza antara komuniti-komuniti pengguna yang berlainan pada sesuatu masa, dan dalam satu komuniti tertentu pada masa-masa berbeza

iv.Router
Router adalah peranti sambungan yang pintar dan direka untuk menghantar paket atau frame dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain berdasarkan protokol yang digunakan dan dsetinasi yang ditentukan. Router beroperasi pada paras rangkaian. Ianya berupaya untuk menghalakan trafik ke mana-mana bahagian di dalam rangkaian supaya beban di dalam rangkaian dapat diagihkan di dalam rangkaian bagi mengurangkan kesesakan. Sekiranya terdapat pautan yang gagal dalam rangkaian tersebut, maka router akan menggunakan laluan yang lain untuk membenarkan komunikasi berlaku

v.Gateway
Dalam rangkaian komunikasi, gateway adalah nod rangkaian yang dilengkapkan untuk antaramuka dengan rangkaian lain yang menggunakan protokol yang berlainan. Gateway boleh terdiri dari peranti seperti protocol translators, impedance matching devices, rate converters, fault isolators atau signal translators seperti mana yang diperlukan untuk menyediakan interoperabiliti sistem. Gateway secara amnya boleh dikatakan komputer yang terletak di persilangan antara dua rangkaian dan memanduarahkan trafik dengan betul dari satu trafik ke satu trafik yang lain, sementara mengekalkan trafik-trafik dalam rangkaian-rangkaian tersebut berasingan.
Gateway melibatkan penyatuan berbagai ciri-ciri rangkaian yang berlainan ke dalam satu peranti untuk menyediakan storan dan juga pertukaran protokol. Gateway digunakan untuk menyambungkan satu jenis rangkaian setempat dengan rangkaian setempat yang lain seperti Ethernet dengan token ring, atau LAN dengan SNA dan LAN dengan X.25.

Gateway boleh beroperasi pada ketujuh-tujuh peringkat OSI dan gateway adalah berorientasikan aplikasi. Selain dari tiu, gateway bertanggungjawab menghubungkan sistem-sistem mail elektronik yang tidak serasi atau tidak compatible, menukar dan memindahkan fail dari satu sistem kepada sistem lain atau membolehkan interoperabilti antara sistem-sistem pengoperasi yang berbeza


Rujukan

MALAYSIA, Open University. (2004). CBCT2203 Konsep Asas teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

MALAYSIA, Open University. (2007). CBCN4103 Introduction to Networking. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

http://www.komputer.com

http://www.mypendidik.net/portal

Saturday, September 5, 2009

Pengaturcaraan Berorientasikan Objek | Soalan 2

Soalan 2.

Pengenalan

(A). Sejarah CMM
Banyak organisasi telah bermotivasi untuk memperbaiki proses pembangunan perisian mereka dengan bantuan CMM(Capability Maturity Model) untuk perisian. Kebanyakan orang yang pernah mendengar mengenai CMM mengetahui tiga perkara. Ianya menjelaskan lima tahap proses kematangannya,lebih tinggi adalah lebih baik dan kebanyakan dari kita berada di tahap 1. Walaubagaimanapun, ramai yang telah biasa menyalahanggapkan CMM:bagaimana strukturnya, bagaimana perlu diaplikasikannya,bagaimana memajukan satu tahap ke tahap yang lain dan sebagainya.
CMM telah dibangunkan oleh SEI (Software Engineering Institute), sebuah yayasan penyelidikan dan pembangunan kerajaan yang dijalankan oleh Carnegie Mellon University. Sumber definasi ialah dari ;
The Capability Maturity Model: Guidelines for Improving the Software Process, (Carnegie Mellon University/Software Engineering Institute), published in 1995 by Addison-Wesley.

CMM menyediakan 2 tujuan utama;
a- menyediakan panduan bagi proses usaha penambahbaikan dalam organisasi perisian
b- untuk membantu dengan mengenalpasti mana-mana organisasi yang berkelayakan untuk mengusahakan tugas-tugas pembangunan perisian.

(B).SW-CMM
The Capabality Maturity Model untuk perisian ,juga dikenali sebagai (CMM dan SW-CMM)telah menjadi satu model digunakan oleh kebanyakan organisasi untuk mengenalpasti cara terbaik membantu mereka di dalam meningkatkan kematangan pembangunan perisian.
Pada Tahun 2000,SW-CMM telah dipertingkatkan kepada CMMI( Capabality Maturity Model Integration). Pihak SEI tidak lagi terus menjaga model SW-CMM. Ia beroperasi berkaitan dengan kaedah-kaedah, bahan-bahan latihan sahaja.
Sebab-sebab Mengapa SW-CMM Diwujudkan dan Digunapakai;
Banyak organisasi menggunakan SW-CMM merasakan bahawa perniagaan mereka tidak menerima kesan yang banyak sejak CMMI (Capability Maturity Modul Integrated)diperkenalkan. Untuk memperjelaskan mengenai hal berkaitan, SW-CMM akan menyelesaikan sebarang masalah melalui kaedah berikut;
a- SEI tidak akan menghasilkan apa-apa jua peningkatan terhadap model atau latihan SW-CMM. SEI akan menyediakan pengenalan untuk umum bagi latihan SW-CMM bagi dua tahun selepas pengumuman CMMI V1.1. SEI juga tidak akan mengambil pertukaran rakan kekananan untuk memberikan laluan kepada pengenalan SW-CMM melangkaui dua tahun masa untuk memilih mana-mana organisasi yang memerlukan penghantaran serta instructor baru akan diperkenalkan.
b- Untuk penilaian ,SEI telah mengumumkan SCAMPISMV1.1 sebagai pertukaran kepada CBA IPI and SCESM.SEI tidak akan mengeluarkan mana-mana pembaharuan kepada kaedah CBA IPI dan SCE pada masa-masa hadapan.Ketua Penilaian CBA IPI dan Ketua Penilaian SCE akan diberi latihan dalam jangkamasa berkenaan ;namun demikian mereka ini perlu di pindahkan ke SCAMPI dalam jangkamasa 2 tahun latihan berkenaan.SCAMPI kemudiannya akan menjadi pilihan tunggal.
c- Data darp SEI-diberikuasa penilaian bagi pihak lawan SW-CMM akan meneruskan menerima dan menggunakan sebahagian dari rekod profil komuniti oleh SEI, bersama dengan data dari pihak penilai CMMI yang diberi kuasa.Data-data ini akan digabungkan oleh SEI ke proses komuniti yang sesuai .
Lima Tahap Pembangunan SW-CMM iaitu;
1. Initial(Permulaan/Pembukaan)
Tiada
2. Repeatable(Mudah Berulang)
Keperluan Pengurusan, Perancangan Projek Perisian, Pengesanan Projek Perisian, Pengurusan SubKontrak Perisian, Jaminan Kualiti Perisian, Pengurusan Penyusunan
Perisian.
(Requirements Management, Software Project Planning, Software Project Tracking and Oversight, Software Subcontract Management, Software Quality Assurance, Software Configuration Management )

3. Defined(Bermaksud)

Fokus Proses Organisasi, Definasi Proses Organisasi, Program Latihan, Pengurusan Integrasi Perisian, Kejuruteraan Produk Perisian, Kordinasi Kumpulan, Penilian Kerja Kumpulan.
(Organization Process Focus, Organization Process Definition, Training Program, Integrated Software Management, Software Product Engineering, Intergroup Coordination, Peer review)

4. Managed(Terurus)
Pengurusan Proses Kuantitatif, Pengurusan Kualiti Perisian
(Quantitative Process Management, Software Quality Management)

5. Optimising(Berdaya Tinggi)
Pencegahan Kesilapan, Pengurusan Pertukaran Teknologi, Pengurusan Pertukaran Proses
(Defect Prevention, Technology Change Management, Process Change Management )

Semuanya mewakili evolusi level yang tinggi kebolehan proses perisian. Setiap level, kecuali yang pertama bermaksud kepada beberapa kunci proses kawasan KPAs –sekumpulan yang berkaitan dengan latihan proses-kesemuanya perlu diberikan penjelasan sebenar agar dapat memuaskan hati organisasi terbut agar dapat mencapai ke tahap yang dikehendaki
( Table 1).

(C). SW-CMM Sebagai Kitarhayat Metodologi Pembangunan Perisian.

Adalah difahamkan bahawa pembangunan SW-SMM telah diambil oleh kebanyakan organisasi kerana kepercayaan dan kebolehan SW-CMM itu sendiri di dalam mempraktikkan konsep proses pembangunannya dalam bidang perisian. Walaupun perpindahan berlaku dari SW-CMM ke CMMI, ianya merupakan satu tindakan yang sihat dimana evolusi teknologi CMM boleh mencapai peringkat kematangan pelan teknologinya. Namun demikian, masalah dari tarikhakhir fasa SEI untuk SW-CMM dalam peringkat akhir tetapi adalah merupakan satu penjelasan dan di bincangkan sebagai perpindahan yang biasa.Mmereka perlu berhubungan berkomunikasi lebih efektif mengenai peralihan kedua-dua organisasi juga organisasi kecil daripada SW-CMM ke CMMI.Ini akan memberikan mereka sebab dan alasan untuk menjalankan terus pernigaan.Tambahan lagi, satu-satu sebab untuk membuat sebarang penambahbaikian adlah untuk memberikan sokongan terhadap objektif perniagaan.


Telah dilaporkan di dalam
CIO Research Reports magazine's "Improving Software Development" online survey of 1 May 2001, http://www2.cio.com/research/surveyreport.cfm?id=29,
"SW-CMM seems to be a relatively new but growing practice among our site visitors. Roughly 40% of those using SW-CMM have been doing so for one year or less and close to 37% have been using SW-CMM for 2 to 5 years."
Juga beberapa organisasi antarabangsa, meliputi pihak kerajaan, telah mengambil langkah mengambil peluang menggunakan SW.CMM, dan di dalam beberapa negara sedang juga membahaskan samada untuk mengambil nya atau ISO 15504. Institut Kejuruteraan Perisian (SEI) telah baru-baru ini dilawati oleh pelbagai organisasi dari Asia, Eropah , India dan dari Asia Tengah yang mencari rakan niaga untuk menyediakan dan mengambil perkhidmatan SW-CMM ke dalam negara masing-masing.
Akan menjadi satu kemudahan, lebih logic dan perpindahan yang diterima semua pihak bagi mana-mana organisasi untuk mengambil SW-CMM ke CMMI dari pilihan-pilihan lain yang ada sekarang ini.
Justeru itu, jelas sekali bahawa penggunaan SW-CMM adalah merupakan satu alternatf dan pilihan terbaik penggunaannya di dalam pembangunan perisian di mana ianya merupakan satu kitar hayat metodologi yang digunapakai.

Rujukan;


1.Moore, Geoffrey A., Crossing the Chasm: Marketing and Selling High-Tech Products to Mainstream Customers, New York, NY: HarperCollins Publishers, Inc., 1995.
2..Paulk, Mark C.; Curtis, Bill; Chrissis, Mary Beth Chrissis, and Weber, Charles, Software Engineering Institute, CMU/SEI-93-TR-24, DTIC Number ADA263403, February 1993.
3. Paulk, Mark C.; Weber, Charles V.; Garcia, Suzanne M. Garcia, Chrissis, Mary Beth; and Bush, Marilyn W., Software Engineering Institute, CMU/SEI-93-TR-25, DTIC Number ADA263432, February 1993.
,4.http://www2.cio.com/research/surveyreport.cfm?id=29

Pengaturcaraan Berorientasikan Objek | Soalan 1A

Soalan 1(a)

LAPORAN PERBINCANGAN OLEH SUSAN LILY
TAJUK : HOW TO AVOID USE-CASE PITFALLS

PENGENALAN

Apa yang dimaksudkan dengan “Kes guna “

- Kes Guna ialah merujuk kepada kes guna suatu sistem untuk hasilan output bagi pengguna-pengguna tertentu.
- Kes Guna yang penting boleh melihat kepada kejadian-kejadian utama.
Contoh: Sistem Kedai Vedio - Pelanggan = sewa Video dan Pekedai = Beli Video baru
- Setiap kejadian pula perlu ada set kes guna. Contoh: Jika pelanggan hendak sewa video, kes guna yang diperlukan oleh pekedai kepada pelanggan baru dengan pelanggan lama adalah berbeza.
- Kes guna yang diperlukan oleh pekedai ini dinamakan ' Senario'
- Setiap Kes Guna mempunyai pelbagai senario lain atau variasi daripada senario utama.

Pengenalan Umum Isu Oleh Susan Lily
Secara ringkasnya ,Susan Lily membincangkan masalah-masalah yang berlaku terhadap kes guna yang berlaku di dalam sistem komputer.Di dalam tulisannya ,Susan Lily bukanlah menyalahkan tentang penggunaan “Use-Case’ ini, tetapi lebih kepada memberikan gambaran tentang masalah-masalah yang timbul di dalam penggunaannya. Untuk itu beliau telah menggariskan beberapa pandangan dan cadangan bagi mangatasi masalah tersebut.

Penulisan ““kes guna” yang efektif bukanlah satu perkara yang boleh diambil mudah bagi beliau. ““kes guna”semakin bertambah popular bagi sistem dokumentasi dan keperluan perisian. Dengan nota grafik yang mudah serta senang dilayari dengan bahasa biasa ,”kes guna”amat tertarik kepada pembangunan kumpulan yang dengan pengalaman sedikit dalam spesifikasi formal keperluan.Dengan kemudahan ini amat mudah dielakkan. Walaupun projek kumpulan ini punyai masalah dengan memulakan “kes guna”, kebanyakan dari merekatelah menemui masalah yang biasa di dalam membawa mereka ke usaha yang lebih besar.

Isu-Isu Utama
Top 10 Masalah Kes guna
1. Lingkungan system tidak ditafsir atau stabil
2. Kes guna ditulis dari pandangan system(bukan pelakon)
3. Nama pelakon tidak konsisten.
4. Terlalu banyak kes guna.
5. HubunganKes guna pelakon dipasang secara jaringan.
6. Spesifikasi kes guna terlalu panjang
7. Spesifikasi kes guna mengelirukan.
8. Kes guna tidak menggambarkan kepentingan fungsi dengan betul.
9. Pelanggan tidak memehami kes guna.
10. Kes guna tidak pernah habis.

Lingkungan Sistem yang Tidak stabil atau Tidak Konsisten kemungkinan adalah masalah sejagat yang utama yang telah diperhatikan dalam proek percubaan ““kes guna” buat kali pertama. Apabila sistem menjadi keliru, sukar untuk tahu apa yang masuk dan keluar. Kamu boleh selesaikan dengan;
- Terlalu banyak use-cases (pifall4)
- Campuradukkan hubungan pelagak(pelakon) “kes guna”(Pitfall 5)
- Spesifikasi “kes guna” dan besar yang cuba untuk mendapati kepelbagaian level skop (Pitfalls 6 dan 7)
- Gunakan “kes guna” yang tidak boleh disiapkan kerana kumpulan tersebut sedang cuba untuk “ memanaskan lautan”.(Pitfall 10)

Contoh-Contoh
Contoh masalah untuk ini dan yang seterusnya adalah sistem tempahan tiket bagi permainan baseball yang dikomputeriskan.Pengguna boleh lihat jadual musim dan tiket yang disimpan di pondok pusat tiket atau mereka mungkin memanggil 800 nombor dan kerani phone akan simpan tiket untuk mereka. Pengguna boleh bayar melalui kad kredit atau pada masa tiket diambil di stadium di hari perlawanan.

Diagram kes guna ini ada sistem lingkungan yang bercampuraduk. Model cuba untuk menunjukkan kedua-dua pengguna dari perniagaan dan pengguna sistem. Spesifikasi text Tempahan Tiket menjadi keliru kerana set interaksi antara Pengguna telefon dan bisnes adalah set yang berbeza interaksinya antara lain-lain pelagak(pelakon) dan sistem komputer.

Masalah berkaitan berlaku apabila lingkungan sistem hilang dari diagram. Masalah ini sering datang apabila model kes guna menggunakan perkakasan modeling secara visual(spt Rational Rose, Perkakasan objek oriented utama di pasaran) yang tidak meletakkan lingkungan sistem dalam diagram.

Masalah yang telah digambarkan bukanlah satu komen kes guna; lebihkurang, mereka adalah perwakilan kepada kesusahan dalam aplikasi mereka
Ditemukan oleh pelatih-pelatih yang tidak pernah menggunakannya sebelum ini-dan kebanyakan kumpulan pembangunan kes guna adalah dari kalangan ahli yang tidak berpengalaman.

Tambahanpula, pengguna,pengguna akhir dan pakar yang melibatkan diri dalam keperluan kerja tersebut biasanya tidak punyai pengalaman asas dengan kes guna.

Atasi Masalah
Masalah ini boleh diatasi dengan keluar dari skop dan melabelkan linhgkungan sistem ikut susunan.Contohnya lingkungan sistem boleh mewakili sistem komputer, dengan Pondok Pengguna dan Kerani Telefon sbg pelagak(pelakon) yang menggunakan Kes guna Tempahan Tiket. Atau lingkungan sistem boleh mewakili keseluruhan syarikat. Pelagak,Pengguna Telefon adalah pengguna bagi tiket bisnes tetapi tidak kepada sistem komputer. Kedua-duanya adalah model yang sah dari segi undang-undang; pilihan antara mereka bergantung pada samada kamu cuba untuk menafsirkan kehendak sistem komputer atau memberika kerja pada kes guna dalam proses modeling atau di selenggara semula.

Jika kamu bekerja sebagai alat, kamu perlu berusaa memastikan lingkungan sistem jadi nyata. Biarpun tidak di diagram, ia sepatutnya di kepala. Letakkan pelagak(pelakon) dan kes guna di diagram sebagaimana diagram(imaginasi) kotak berada di sana.
Gunakan templat yang seragam bagi spesifikasi kes guna anda. Ketika nota diagram kes guna di seragamkan sebagai sebahagian dari (Object Managemant Group’s Limited Modeling Language )(UML)sedangkan bahasa kes guna yang natural tidak. Bagi memastikan projek anda berjaya dalam penulisan , ciptakan templat untuk dokumentasikan mereka (sebaiknya sebelum kamu sebenarnya memerlukannya).

Templat menyediakan keseimbangan antara kes guna dan mengalakkan pemurnian projek.
Dengan tiadanya piawaian industri, pelbagai spesifikasi templat kes guna telah dicadangkan., denagn kesamaan set atau medan. Nama kes guna adalah nama yang muncul di bawah (atau di dalam) diagram kes guna yang oval. Pelagak(pelakon) adalah pelakon utama yang menandakan kes guna. Tujuannya satu diskripsi yang ringkas

kegunaan /tujuan kes guna, dari perpektif pelakon utama atau pelakon-pelakon.
Lain-lain tips bagi analisa kes guna;
• Gunakan senarai semak analisa bagi membantu mengesan masalah kes guna yang biasa.

• Tunjukkan bahan untuk “beritahu sebuah cerita.” Kadangkala persembahkan bahan grafik, berbanding tekt linear sahaja adalah mencabar. Dicadangkan analisa secara meluas-utama, diikuti ujian penilian yang mendalam, dari sekumpulan kecil kes guna yang berkait. Seperti, pembentang akan persembahkan bahagian diagram kes guna yang berkaitan dengan pelakon atau satu persatu proses bisnes, kemudian terus kepada spesifikasi yang teliti. Analisa kemudian berbalik kepada diagram untuk mempertimbangkan kaitan lain kes guna. Jangan sama sekali menggunakan susunan mengikut abjad sebagai strategi persembahan.

• Pertimbangkan teknik analisa ynag bukan biasa untuk membuat analisa model. Beliausuka menggunakan “Yellow Sticky Wall Review”(nama yang telah digunakan beberapa tahun lalu di IBM Object Technology University) untuk analisa yang biasa dari model grafik. Digram telah dicetak dan dipaparkan di dinding di lokasi analisa. Semua penganalisa menulis komen pada nota-nota kuning dan letakkan pada diagram berhampiran model yang sebenar.


Kesimpulan.
Secara keseluruhannya,isu-isu perbincangan Susan Lily ini membangkitkan mengenai pemasalahan yang timbul akibat dari penggunaan “kes guna” di dalam sistem komputer.

Walaubagaimanapun, mudahnya format itu tidak boleh mengelak fakta bahawa analisa keperluan dan spesifikasi bukanlah tujuan utama mereka Banyak pasukan telah menemui masalah yang sama dalam percubaan pertama mereka bekerja dengan kes guna ini.

Monday, August 31, 2009

CBPM4103 INFORMATION TECHNOLOGI PROJECT MANAGEMENT 3

SOALAN 1
.
a) “Hari ini dengan konsep pengurusan kualiti secara menyeluruh, kita telah mempelajari kualiti yang baik dapat mengurangkan kos keseluruhan”.
Bincangkan penyataan ini.

1.0 Pendahuluan
Di dalam kebanyakan proses membuat keputusan di dalam pengurusan projek,apabila kita mempertimbangkan peluang untuk memperbaiki fungsi-fungsi pengurusan, selalunya perkara pertama yang diihat adalah ‘Analisis Kos-Faedah’. Di dalam erti kata yang lain, apabila memikirkan tentang memperbaiki kualiti produk, perkara pertama yang dititikberatkan adalah melihat samada kos itu efektif untuk produk tersebut Walaupun secara umum dikatakan memperbaiki kualiti akan menyebabkan penambahan kos, namun kes ini tidak sepatutnya berlaku di dalam pengurusan kualiti yang moden

Kemunculan konsep JIT (Just-In-Time) telah menunjukkan kepentingan masakini pasaran kompetitif dan global memerlukan organisasi untuk bersaing dari segi kos dan kualiti. Kenyataan Ini disokong dengan kewujudan standard sistem pengurusan kualiti ISO 9000 (kini versi 2000) yang kini diperlukan hampir kesemua jenis organisasi tidak kira samada kerajaan mahupun swasta.

Pendekata, kos mengenepikan sistem pengurusan kualiti adalah mahal harganya dan sesebuah organisasi mungkin kehilangan pasaran. Organisasi yang menjadikan 8 Prinsip Pengurusan ‘TQM’ - ISO 9004:2000 iaitu Fokus Pelanggan, Kepimpinan, Penglibatan Manusia, Pendekatan Proses, Pendekatan Sistem dlm Pengurusan, Peningkatan Berterusan, Pendekatan Berfakta dalam Membuat Keputusan dan Hubungan 2 hala yang memanfaatkan Organisasi/Pembekal – secara menyeluruh akan pasti dapat meninggikan kualiti dapat menguruskan kos dengan baik.

2.0Empat komponen penting kos kualiti ialah :-

2.1Kos Pencegahan
kos sumber yang digunakan dalam aktiviti bagi mencegah kerosakan/ketidakpatuhan dari berlaku – contohnya latihan, pengauditan kualiti/proses, sasaran kos untuk pengeluaran produk/perkhidmatan baru dan penilaian keatas pembekal dan subkontraktor.

2.2Kos Penilaian
kos yang berlaku bagi memastikan produk/perkhidmatan mematuhi kehendak piawaian – contohnya pemeriksaan bahan mentah, inventori dalam proses, barangan siap, pemeriksaan/pemantauan proses, pemeriksaan peralatan dan kerja-kerja penyelenggaraan.

2.3Kos Kegagalan Dalaman
termasuklah kos tambahan pengeluaran bagi memperbaiki output kualiti yang rendah – contohnya pengerjaan semula, kehilangan/kelambatan masa, perubahan dalam arahan kejuruteraan, skrap, sisa pembaziran, pengujian/pemeriksaan kembali.

2.4Kos Kegagalan Luaran
kos yang paling susah diukur kerana ianya telah menyerap masuk ke pasaran dan kualiti produk/perkhidmatan serta kehendak pelanggan hanya dapat diketahui setelah produk/perkhidmatan berkenaan telah dihantar. Antara contoh kos ini ialah kos kehilangan jualan, pulangan barangan, kos jaminan, kos liabiliti dan kehilangan kepercayaan.

3.0 Kesimpulan
Apapun kos yang dibincangkan di sini, yang penting, organisasi perlu tahu mengimbangkan antara kemampuan dan pelaburan mereka. Organisasi perlu terlebih dahulu menjalankan analisa seperti SWOT dan risiko sebelum membuat sesuatu pelaburan. Keutamaan harus diberikan ke atas Kos Pencegahan dan Penilaian kerana semakin tinggi pelaburan ke atas kos-kos ini, maka semakin rendahlah kerosakan atau aduan ketidakpuasan hati pelanggan yang berkaitan pula dengan Kos Kegagalan Luaran dan Dalaman. Elemen-elemen seperti perundangan, periklanan dan teknologi masih perlu diambilkira dalam ramalan sistem perakaunan tetapi memerlukan kawalan dan pengurusan yang baik.

Mereka yang terlibat dalam pelaksanaan sesuatu projek juga perlu memberikan penerangan yang terperinci termasuk ramalan pulangan keuntungan (ROI) kepada pemegang syer, klien, Lembaga Pengarah dan semua pihak yang berkepentingan dengan menggunakan data-data yang kukuh dan berdasarkan fakta termasuk mengambilkira amalan baik yang dilakukan oleh pesaing. Namun perlu diingatkan, organisasi tidak boleh sekali-kali membuat pelaburan secara melulu kerana melihat pesaing melakukannya. Kajian teliti perlu dijalankan terlebih dahulu.


b) Senarai dan terangkan TIGA (3) alatan yang boleh digunakan untuk menguruskan projek yang berkualiti di dalam mengendalikan isu kualiti atau masaalah produk yang berkualiti


Alatan yang boleh digunakan untuk menguruskan projek yang berkualiti adalah seperti berikut:

1.0 Project Scheduling (Penjadualan Projek)
Jadual merupakan penukaran pelan tindakan projek kepada jadual waktu operasi

Ia menyediakn asas kepada pemerhatian dan kawalan aktiviti projke dan mengambil kira pelan dan budget, ia mungkin merupakan alat utama untuk pengurusan projek. Dalam projek alam sekitar, fungsi penjadualan adalah lebih penting daripada operasi yang berterusan kerana projek yang mengalami masak kekurangan kelancaran dari hari ke sehari di dalam operasinya dan selalunya lebih komplek untuk diselaraskan. Malah, penjadualan projek adalah sangat penting yang mana pengguna memerlukan terperincian jadual tersebut sebagai satu spesifikasi keperluan.

Tidak semua aktiviti projek memerlukan jadual pada paras keteperincian yang sama. Malah mungkin terdapat beberapa jadual. Jadual-jadual ini selalunya berdasarkan kepada pelan tindakan yang lalu dan/atau struktur pecahan kerja (work breakdown structures –WBS) dan menjadi satu tabiat yang baik untuk mencipta jadual untuk setiap tugas utama pada setiap paras di dalam WBS yang mencakupi pakej kerja. Adalah amat jarang sekali untuk menyenaraikan semua pakej kerja. Fokus lebih tertumpu kepada skop kerja yang perlu diawasi untuk menjaga kawalan keseluruhan ke atas projek

Pendekatan asas untuk semua teknik penjadualan adalah dengan melakukan aktiviti-aktiviti rangkaian dan perhubungan diantara acara yang mana dijelaskan dalam perhubungan grafikal diantara tugas yang ada di dalam projek. Tugas mesti mendahului atau mengikuti tugas lain dengan jelasnya, dalam masa ditetapkan dan juga fungsiannya. Rangkaian seperti ini merupakan alat yang paling terpengaruh untuk perancangan dan membuat kawalan terhadap projek dan mempunyai banyak manfaat

Pendekatan yang biasa digunakan untuk penjadualan projek adalah menggunakan teknik rangkaian seperti PERT dan CPM

Jadual1 : Contoh penjadualan projek

2.0 Skop Projek Checklist (senarai semak)

Definasi skop projek merupakan satu dokumen yang diterbitkan dan digunakan oleh pemilik projek dan peserta projek untuk melakukan perancangan dan menjadi ukuran kepada kejayaan projek. Skop menerangkan apa yang anda harapkan untuk diberi kepada pelanggan anda apabila projek itu siap sepenuhnya. Projek skop mesti menyatakan keputusan yang perlu dicapai didalam aspek tertentu, nyata dan boleh diukur.
Skop projek adalah asas mengawal semua unsur di dalam pelan projek. Untuk memastikan definisi skop adalah lengkap, senarai (checklist) boleh digunakan seperti yang ditunjukkan pada jadual di bawah.

Objektif Projek Langkah pertama untuk definisi skop projek adalah menentukan objektif utama yang memenuhi kehendak pelanggan.

Soalan seperti what, when dan how much boleh digunakan untuk mendapat info dari pelanggan
Dapat diberikan/ disampaikan/ dapat dihantar
(Deliverables) Langkah seterusnya adalah menentukan/menjelaskan kaedah yang sesuai untuk sesuatu pengeluaran (output) sepanjang kadar hayat sesuatu projek.

Sebagai contoh: kaedah penyampaian pada awal fasa rekabentuk untuk sesuatu projek adalah senarai spesifikasi. Penyampaian fasa kedua mungkin berupa coding perisian dan dokumentasi teknikal. Fasa seterusnya mungkin berupa ujian ke atas prototaip. Fasa terakhir mungkin merupakan ujian terakhir dan perisian diluluskan.

Kaedah penyampai boleh berupa masa, kuantiti dan/atau anggaran kos.
Milestones (tanda aras) Milestones bererti acara penting di dalam sesuatu projek yang berlaku merujuk kepada masa.

Jadual milestone hanya menunjukkan bahagian/segmen yang penting dalam kerja-kerja yang dilakukan. Ia merupakan anggaran pertama sesuatu projek; anggaran kasar untuk masa, kos dan sumber yang diperlukan untuk sesuatu projek. Jadual milestone mengunakan berbagai kaedah penyampaian untuk kenal pasti segmen utama sesuatu kerja dan tarikh akhir kerja tersebut harus diselesaikan. Contoh: ujian dilakukan dan tamat pada 1hb November pada tahun yang sama.

Milestone mestilah mudah untuk semua peserta di dalam projek memahaminya.
Keperluan Teknikal (Technical Requirements) Produk atau servis mesti mempunyai keperluan teknikal untuk memastikan prestasi yang terhasil adalah betul.

Contoh, keperluan teknikal untuk PC boleh menerima arus 120 volt jenis alternating atau arus 240 volt berjenis direct tanpa memperlukan pengubah suai atau penggunaan suis.
Had dan Pengecualian (Limits and Exclusions) Had untuk sesuatu skop perlu dinyatakan.

Kegagalan menyatakannya boleh membawa kepada keputusan yang tidak disangkakan dan akan menyebabkan sumber dan masa terhadap masalah tersebut meningkat. Contoh: Sistem Perisian yang telah siap dibuat hanya menyokong bahasa BI. Sekiranya memerlukan perisian yang menyokong dalam bahasa BM, bayaran lain akan dikenakan.

Contoh lain: data akan diambil oleh pelanggan bukannya kontraktor; perisian akan dipasang tetapi latihan tidak diberikan.
Mengulas dengan pelanggan (Reviews with Customer) Skop di dalam senarai akan dikirakan sempurna apabila telah diulas oleh pelanggan anda sama ada dari dalam mahupun luaran.

Perkara yang penting adalah kepuasan pengguna terhadap apa yang mereka harapkan. Seperti adakah matlamat, budget, masa dan prestasi berjaya dicapai dengan jayanya. Adakah had dan pengecualian tercakup. Komunikasi yang jelas terhadap semua perkara di atas untuk mengelakkan salah faham dsbnya.

Jadual 2:Skop Projek Checklist (senarai semak)

3.0 Piawai Pengurusan Kualiti -ISO 9000-3

ISO 9000-3, panduan ditawarkan oleh International Organization for Standardization (ISO), mewakili pelaksanaan metologi am untuk pengurusan kualiti ISO 9000 Standard kepada kes khas pembangunan perisian dan penyelenggaran. Kedua-dua ISO 9001 dan ISO 9000-3 dikaji semula dan dikemaskini sekali setiap 5 – 8 tahun.

Terdapat 8 prinsip piawai ISO 9000-3 seperti yang ditunjukkan di dalam jadual di bawah:

Prinsip Penerangan
Customer Focus
(Fokus Pengguna) Organisasi bergantung kepada pelanggan mereka dan oleh itu perlu memahami kehendak pelanggan masa kini dan masa hadapan
Leadership
(Kepimpinan) Pemimpin akan wujud visi organisasi. Mereka harus mencipta dan menjaga persekitaran dalaman yang mana manusia terlibat secara langsung dalam mencaoau objektif organisasi melalui jalan yang ditentukan
Involvement of People
(Penglibatan orang ramai) Orang ramai intipati bagi satu organisasi, penglibatan penuh mereka pada semua tahap di dalam organisasi, membolehkan mereka menggunakannya untuk manfaat organisasi.
Process Approach
(Proses Pendekatan) Hasil yang diingini akan dicapai dengan lebih efisen apabila aktiviti dan sumber diurus sebagai satu proses.
System Approach to Management
(Sistem Pendekatan Bagi Pengurusan)
Kenal pasti, memahami dan menguruskan proses-proses
Continual Improvement
(Pembaikan Berterusan) Pembaikan berterusan terhadap keseluruhan prestasi mestilah tinggi di dalam agenda organisasi
Factual Approach to Decision Making
(Pendekatana berdasarkan fakta dengan pembentukkan keputusan Keputusan yang berkesan adalah berdasarkan kepada maklumat yang telah di analisis
Mutually Supportive Supplier Relationships
(Perhubungan Pembekal saling menolong) Organisasi dan pembekal saling bergantung antara satu sama lain, perhubungan saling menologn menambah kemampuan kedua-duanya bagi mewujudkan nilai tambahan.

Jadual 3: Lapan Prinsip Piawai ISO 9000-3


SOALAN 2
a) Apakah ia anggaran projek?

Anggaran adalah taksiran hasil kuantitatif. Anggaran projek merangkumi anggaran usaha, kos, jadual dan pekerja (jumlah perkerja)

Usaha (effort) adalah jumlah jangka masa yang diperlukan oleh seseorang untuk menyiapkan tugasan

Jadual (schedule) adalah jumlah jangka masa yang dirancang untuk melengkapkan tugas

Anggaran untuk pembangunan projek perisian mesti mempunyai unit ukuran. Contoh: usaha (effort) di ukur dalam seorang dalam jam (person-hours), seorang dalam seminggu (person-weeks), seorang dalam bulan (person-months) dll. Unit ukuran yang digunakan adalah untuk pengkhususan:

a) Produk (rekabentuk, kod sumber dll)
b) Proses (aktiviti analisis, rekabentuk dan pengkodan dll)
c) Manusia (people) (produktiviti rekabentuk individu dll)

Anggaran yang baik berupa penerangan mengenai skop projek, penilaian teknik yang digunakan, dan ketepatan anggaran yang dibuat. Anggaran awalan akan menghasilkan keputusan yang tepat dan boleh dipercayai anggarannya dan faktor kos yang mempengaruhi pembangunan perisian mudah difahami. Anggaran ada satu proses yang berterusan apabila berlaku perubahan dari segi skop, perubahan perlu dilakukan apabila berlaku perbezaan parameter seperti usaha, kos, jadual, kakitangan



b) Senaraikan LIMA (5) kelemahan dalam menghasilkan anggaran yang baik bagi sesuatu projek

1.0Pendahuluan
Anggaran perisian adalah proses terus menerus yang mesti digunakan sepanjang kita hayat projek. Proses mengenai saiz, kos dan jadual perisian bermula dengan definasi keperluan fungsian yang diperlukan dalam projek. Dua atau lebih orang mesti terlibat di dalam membuat anggaran pembangunan. Pengurus projek tidak sepatutnya bergantung kepada seseorang atau metod untuk membina anggaran perisian.

2.0 kelemahan dalam menghasilkan anggaran yang baik
bagi sesuatu projek

2.1. Terlebih anggaran
Terlebih anggaran boleh menyebabkan projek mengambil masa yang lama dari sepatutnya.ia akan menyebabkan banyak kerugian
2.2. Terkurang anggaran
Terkurang anggaran boleh menyebabkan projek mengambil masa lebih singkat dari satu anggaran murah hati. Bahaya kepada anggaran terkurang adalah ia akan memberi kesan kepada kualiti. Kakitangan yang kurang mahir mungkin terdesak dengan tarikh akhir projek itu perlu disiapkan dan akan melakukan kerja yang tidak berkualiti (sub standard).

Anggaran terkurang akan menyebabkan jumlah pekerja akan dikurangkan oleh pengurus dan akibatnya meningkatkan tekanan terhadap pekerja yang terlibat dalam projek tersebut.

2.3.Measure of Work (Ukuran Kerja)
Masa yang digunakan untuk menulis sesuatu program akan berbeza mengikut kemampuan dan kemahiran juru aturcara. Masa pelaksanaan mungkin berbeza kerana faktor persekitaran projek. Amalan biasa digunakan untuk menyatakan kandungan kerja yang perlu dilakukan terhadap sistem yang akan dibangunkan adalah dengan menggunakan ukuran seperti SLOC. Penggunan jadual atau diagram atau cara anggaran saiz yang mengunakan keperluan fungsian.

2.4.Complexity (Kerumitan)
Dua porgram yang mempunyai SLOC atau KLOC (thousand lined of Code) yang sama tidak semestinya mengambil masa yang sama untuk menulisnya walaupun dibuat oleh pembangun perisian yang sama pada persekitaran yang sama. Satu program mungkin lebih rumit dari problem yang lain. Kerumitan sesuatu kerja perlulah diambil kira dalam membuat anggaran.

2.5. Kelemahan COCOMO
Data empiris yang menyokong model ini mengunakan sampel projek yang terhad. Ini menambahkan kemungkinan menghasilkan keputusan yang tidak tepat kerana model yang berlainan bergantung kepada konstant yang tidak tetap. Walaubagaimanapun, dengan menggunakan data yang banyak dari projek-projek sebelum ini, boleh membuatkan keputusan COCOMO menjadi lebih baik



c) Apakah perbezaan di antara kos anggaran dan harga jualan?
1.0 Kos Anggaran
Kos sasaran atau kos anggaran adalah paras kos yang kontraktor aakn cuba kekalkan pada keadaan biasa. Kos sasaran bertindak sebagai ukuran untuk kos sebenar produk/pembangunan yang akan dihasilkan. Kos sasaran boleh berbeza untuk jenis kontrak yang berlainan walaupun mempunyai objektif yang sama. Kos sasaran adalah pemboleh ubah yang paling penting dalam memberi kesan kepada kajian dan pembangunan
Kos anggaran boleh dikenalpasti melalui lima prosedur

Prosedur Penerangan
Estimate Size
(Anggaran saiz) Produk perisian selalunya diukur dalam Source Lines Of Code (SLOC). WBS, SLOC atau fungsi mata boleh digunakan untuk menanggarkan saiz perisian produk. Tentukan sama ada perisian tersebut dibangunkan menggunakan kod sumber baru atau kombinasi kod baru dengan kod lama. Anggaran kos untuk penyesuaian kod sedia adalah sama penting dengan anggaran kos untuk kod baru. Malah kadang-kadang penyesuaian kod lama lagi sukar untuk dibangunkan. Anggaran saiz perisian produk mesti berdasarkan kepada data lama (jika ada) dan pengalaman yang lepas-lepas
Estimate Cost and Effort (Anggaran Kos dan Usaha) Kunci utama pada peringkat ini adalah anggaran saiz untuk projek tersebut. Anggaran mesti termasuk semua aktiviti pekerjaan yang terlibat dengan tugas. Aktiviti ini termasuk upah pekerja untuk tugas kerja lain yang terlibat dengan projek tersebut. Anggaran kos perlu dibuat seawal kitar hayat projek iaitu sebaik sahaja keperluan perisian ditentukan. Anggaran kos selalunya mengenai usaha (effort) atau orang sehari/minggu, yang mana boleh diterjemahkan sebagai asas kadar upah buruh. Contoh:
Kos untuk 20 bulan kitar hayat projek adalah pada kadar 17.8 orang sehari, Kadar bayaran adalah RM 200 seorang sehari, maka jumlah kos adalah RM 71,200
Estimate Schedule (Anggaran Jadual) Tujuan membuat anggaran jadual adalah untuk menentukan jumlah masa (length of time) yang diperlukan untuk menyiapkan projek dan menentukan milestones yang utama dan membuat penilaian akan berlaku. Sebelum proses ini, anggaran fungsian WBS, saiz dan kos mesti disiapkan. Jadual anggaran boleh dihasilkan dengan cara manual atau dengan menggunakan model anggaran automatik atau kedua-duanya sekali
Inspect and Approve Estimate (Memeriksa dan Menyokong Anggaran) Tujuan pada peringkat ini adalah untuk meningkatkan kualiti anggaran yang dihasilkan dan mendapatkan komitmen pengurusan atasan. Objektif pada peringkat ini termasuk:
• pengesahan rekabentuk perisian dan fungsian WBS,
• verifikasi ke atas metod anggaran yang digunakan,
• memastikan data dan andaian yang digunakan di dalam membuat anggaran adalah betul,
• memperoleh saiz,
• jadual dan anggaran kos
• mengesahkan dan merekodkan anggaran rasmi untuk projek
Track Estimates
(Prestasi Anggaran) Tujuan pada peringkat ini adalah untuk memeriksa ketepatan anggaran apabila masa berlalu dan membangunkan data empiris dengan berlalunya masa. Anggaran mesti dlihat merentas masa untuk membandingkan perancangan dengan keadaan sebenar yang mendatang. Ini membolehkan kakitangan projek melihat progres dan bagaimana ketepatan mereka membuat anggaran.

2.0 Harga Jualan
Harga jualan atau Keuntungan sasaran adalah nilai keuntungan yang dirundingkan di dalam kontrak. Berikut Secara amnya terdapat 5 jenis kontrak iaitu:

2.1 Kontrak Harga Tetap
Di bawah kontrak jenis ini, kontraktor mesti membuat anggaran kos sasaran dengan berhati-hati. Kontraktor perlu melaksanakan kerja yang telah dipersetujui dalam nilai kontrak.

2.2 Kontrak Cost-plus-fixed-fee (CPFF)
Secara tradisi, kontrak cost-plus-fixed telah digunakan apabila ianya dipercayai harga yang betul tidak akan dapat dicapai walau apa cara pun. Dalam kontrak CPFF, kos mungkin berubah tetapi bayaran tetap sama. Ini kerana dalam kontrak cost-plus, kontraktor hanya bersetuju mengunakan usaha mereka yang terbaik dalam melakukan kerja.



2.3 Kontrak Cost-plus-percentage-fee (CPPF)
Ia memberikan kelenturan maksima kepada pemilik dan membenarkan pemilik dan kontraktor bekerja sama dalam semua masalah teknikal, komersil dan kewangan. Walau bagaimanapun, ia tidak menyediakan jaminan kewangan terhadap kos yang terakhir. Kos yang mungkin lebih tinggi, walaupun tidak semestinya, kerana kurangnya insentif kewangan kepada kontraktor. Insentif yang ada hanyalah peningkatan pesaingan dan harapan untuk mendapat kontrak seterusnya.

2.4 Kontrak Guaranteed Maximum-share Saving (GMSS)
Kontraktor akan membayar bayaran tetap dari keuntungannya dan membayar balik untuk pembelanjaan kos sebenar untuk kejuruteraan, perkakas, buruh binaan dan semua kerja lain, tetapi hanya sehingga ke angka ‘ceiling’ yang ditetapkan sebagai “guaranteed maximum”. Penjimatan (saving) di bawah “guaranteed maximum” akan dikongsi diantara pemilik dan kontraktor. Kontraktor akan memikul tanggungjawab apabila ianya berada diluar harga jaminan maksima (guaranteed maximum).

2.5 Kontrak Fixed-price-incentive-fee (FPIF)
Kontrak FPIF adalah dengan kontrak harga tetap (fixed price) kecuali mereka mempunyai peruntukkan untuk membuat perubahan untuk keuntungan keseluruhan yang bergantung kepada kos akhir keseluruhan apabila projek siap dan ianya dipersetujui dahulu oleh kedua-duanya (pemilik dan kontraktor). Untuk mengunakan kontrak jenis ini, projek atau keperluan kontrak mestilah mapan. Kontrak menyediakan insentif kepada kontraktor untuk mengurangkan kos dan ini akan meningkatkan keuntungan. Kedua-dua pemilik dan kontrator berkongsi risiko dan penjimatan (saving).

d) Prinsip Brook menyatakan – “Meletakkan ramai orang ke dalam projek yang sudah lewat hanya akan melewatkan lagi projek itu”. Terangkan rasional dan kebenaran kata-kata ini.

Kenyataan tersebut ada asasnya dan memang benar. Projek adalah sangat komplek sehinggakan pecahan tugasan memerlukan penyelarasan yang teliti dan kawalan terhadap masa, kos dan pretasi.Seperti benda hidup, projek juga mempunyai kitar hayat. Dari permulaan yang perlahan, ianya akan terus maju sehingga tahap kemuncak dan seterusnya berkurangan dan akhirnya perlu ditamatkan. Tujuan asas projek adalah untuk mencapai tujuan yang spesifik

Prinsip Brook menyatakan “Meletakkan ramai orang ke dalam projek yang sudah lewat hanya akan melewatkan lagi projek itu.” Memang ada rasionalnya Brook berkata demikian. Ini adalah melibatkan dalam pengurusan jadual anggaran perisian.

Anggaran untuk pembangunan projek perisian mesti mempunyai unit ukuran. Contoh: usaha (effort) di ukur dalam seorang dalam jam (person-hours), seorang dalam seminggu (person-weeks), seorang dalam bulan (person-months) dan lain-lain..

Anggaran yang baik berupa penerangan mengenai skop projek, penilaian teknik yang digunakan, dan ketepatan anggaran yang dibuat. Anggaran awalan akan menghasilkan keputusan yang tepat dan boleh dipercayai anggarannya dan faktor kos yang mempengaruhi pembangunan perisian mudah difahami. Anggaran adalah satu proses yang berterusan apabila berlaku perubahan dari segi skop, perubahan perlu dilakukan apabila berlaku perbezaan parameter seperti usaha, kos, jadual, kakitangan dan lain-lain.

Berbalik kepada kata-kata Brook, apabila sesuatu projek yang lewat, penambahan jumlah pekerja akan menyebabkan projek semakin perlahan. Pekerja yang tidak berpengalaman akan menjadikan projek hilang tumpuan. Tugas memberikan /menyalurkan kemahiran akan mengambil masa yang lama. Mereka (pekerja baru) memerlukan satu tempoh masa tambahan bagi mengkaji konsep dan strategi projek berkenaan. Kualiti projek akan terjejas disebabkan oleh mengejar masa untuk disiapkan.

Kehendak pelanggan atau objektif utama projek tidak tercapai sepenuhnya. Kakitangan yang kurang mahir mungkin terdesak dengan tarikh akhir projek itu perlu disiapkan dan akan melakukan kerja yang tidak berkualiti (sub standard).

Dalam pada itu, apabila bilangan pekerja bertambah, terutama golongan pentadbiran, maka banyak juga fahaman serta ideologi mereka tentang konsep projek yang dijalankan. Percanggahan buah fikiran, idea dan strategi menjadikan organisasi berkenaan sukar mendapat kata bulat dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Ini memakan masa .

Penambahan pekerja akan menambahkan lagi jumlah kos. Penghetahuan yang diberikan untuk melaksanakan tugas juga melewatkan masa siap. Latihan perlu diberikan. Projek yang terbengkalai dari targetnya akan bertambah panjang.


Rujukan

Bob Hughes & Mike Cotterell. (2002). Software Project Management. (3rd ed.). Mc- Graw Hill, USA.

Chapman, C. & Ward, Stephen (1999). Project Risk Management: Process, Techniques and Insights. Wiley.

Clifford, F.G & Erik, W.L. (2000). Project Management – A Managerial Process. (2nd ed.),Mc-Graw-Hill, USA.

Sila Klik Jika Ingin Bantu