Blog ini mengandungi koleksi assignment penulis semasa menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi, walaubagaimanapun penulis tidak bertanggungjawab terhadap mutu tugasan dan ketepatan fakta yang terdapat di dalamnya. Pengunjung haruslah membuat pertimbangan sendiri...
Himpunan tugasan/assignment akan diupdate dari masa kesemasa... rajin-rajinlah menjengah.... tq

Tuesday, June 30, 2009

Introduction to Networking

QUESTION 1
a) Compare and contrast circuit switching and packet switching. Describe the
tradeoffs between the two technologies. Why is packet switching the more
appropriate mechanism for the operation of the Internet?

1.0 Pendahuluan
Rangkaian kawasan luas (WAN) adalah rangkaian komputer yang melibatkan jarak jauh atau kawasan geografi yang luas seperti negeri. WAN boleh dianggap sebagai gabungan dua atau lebih LAN. Penyambungan selalunya menggunakan rangkaian awam. Rangkaian awam bermaksud rangkaian tersebut disediakan oleh syarikat telco seperti Telekom, Maxis, Time dll. Boleh juga dihubungkan menggunakan talian suwa (leased line) atau satelit. Internet merupakan contoh WAN yang terbesar.

Teknologi WAN boleh dikategori kepada dua iaitu packet switching dan circuit switching.

2.0 Packet Switching
Packet Switching adalah protokol yang merujuk kepada pesanan yang dibahagikan kepada paket sebelum dihantar. Setiap paket akan dihantar secara individu dan boleh mengikut laluan yang berlainan untuk sampai ke destinasi. Apabila semua paket diterima oleh penerima, semua paket tadi akan disusun semula seperti pesanan asal.

Memecahkan pesanan tersebut kepada paket membolehkan laluan yang sama digunakan oleh pengguna lain di dalam rangkaian. Komunikasi jenis ini dikenali sebagai connectionless diantara penerima dan penghantar.

3.0 Circuit Switching
Circuit switching adalah sejenis rangkaian di mana sambungan secara fizikal dari satu lokasi ke satu lokasi lain. Telefon yang digunakan dirumah menggunakan Circuit Switching. Iaitu sesama pengguna A menalipon pengguna B, satu talian yang tetap akan disambungkan antara pengguna A dan B. Semasa percakapan tersebut, tiada orang lain boleh menggunakan talian tersebut

a) Talian Suwa (Leased Line)
Talian suwa adalah talian tetap antara dua lokasi yang disediakan oleh pembekal telekomunikasi. Sering digunakan oleh syarikat yang mempunyai cawangan yang jauh.

Talian ini senantiasa aktif dan ini membuatkan bayaran bulanan adalah tetap. Kos adalah mahal kerana talian tersebut tidak dikongsi dengan syarikat lain. Kualiti talian dijamin.

Sebagai contoh: Talian T1 mempunyai kelajuan 1.544 Mbps, boleh membawa data dan suara atau membawa data yang banyak. Apabila sambungan ini dipecahkan ia dikenali sebagai multiplexing.

b)ISDN (Integrated Services Digital Network)
ISDN merupakan talian telefon digital yang membenarkan data dan suara dihantar serentak di dalam satu talian.

Dua jenis perkhidmatan ISDN

a) Basic Rate Interface (BRI) – 2B + 1D, setiap saluran B adalah 64Kbps, oleh itu 2B = 128Kbps. D adalah 16Kbps yang berfungsi sebagai pengawal data. Keseluruhan data = 144Kbps.
b) Primary Rate Interface (PRI) – 30B + 1D, setiap saluran B adalah 64Kbps, oleh itu 30B = 1920Kbps. D adalah 64Kbps yang berfungsi sebagai pengawal data. Keseluruhan data = 1984Kbps.

Jarak maksima dari telefon exchange adalah 5.5Km. Kalau lebih penggunaan pengulang (repeater) yang mahal perlu digunakan.

Jika talian PSTN perlu menggunakan modem untuk capaian Internet, tetapi untuk talian ISDN perlu menggunakan ISDN Terminal Adapter. Istilah ISDN modem adalah salah kerana talian ISDN adalah talian digital maka tidak perlu modem untuk menukarkan isyarat digital kepada isyarat analog dan sebaliknya.

c) ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line)
Teknologi ADSL membenarkan lebih banyak data dihantar melalui talian PSTN yang menggunakan wayar tembaga (copper). ADSL menyokong kelajuan dari 1.5Mbs sehingga 9Mbps apabila menerima data (downstrea rate) dan dari 16Kbps sehingga 640Kbps apabila menghantar data (upstream rate).

ADSL memerlukan ADSL modem. Di Malaysia, kelajuan maksima untuk menerima data adalah 2Mbps dan kelajuan maksima untuk penghantaran data adalah 384Kbps.

4.0 Sebab Teknologi packet switching banyak digunakan
Kebanyakkan trafik di Internet menggunakan packet switching dan Internet secara asasnya menggunakan rangkaian connectionless.

Kebaikan packet switching - Lebih tahan lasak (robust) dan cekap serta boleh menerima kelambatan (delay) dalam penghantaran seperti email dan web.
Contoh rangkaian connectionless:
1) TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol)
2) X.25
3) Frame Relay


a)TCP/IP (Transmission Control Protokol/Internet Protokol)
Digunakan secara meluas di Internet. TCP berada dilapisan pengangkutan (transport) dan IP pada lapisan rangkaian (network). Kini TCP/IP telah digunakan untuk sistem operasi jenis UNIX, LINUX, Microsoft, Netwara, Apple (Macintosh) dll.

b)X.25
X.25 merupakan standard yang popular untuk packet switching. Pada tahun 1976 standard X.25 diluluskan oleh CCITT (kini dikenali sebagai ITU). Ditakrifkan pada lapisan 1, 2 dan 3 pada model OSI.

Lapisan 1 = Lapisan Fizikal
Lapisan 2 = Lapisan Sambung Data (Data Link)
Lapisan 3 = Lapisan Rangkaian (Network)

Rangkaian X.25 packet switching membenarkan perkakasan jauh disambung antara satu sama lain mengunakan talian digital sendiri (private) tanpa perlu menggunakan talian suwa yang mahal. Setiap talian yang bersambung dengan rangkaian X.25 perlu menggunakan peralatan yang dikenali sebagai Data Circuit-terminating Equipment (DCE). DCE pula disambung kepada Data Terminal Equipment (DTE). X.25 membawa paket melalui rangkaian dari DTE kepada DTE melalui DCE

Ciri-ciri utama:
2. Jaminan data integrati.
3. Rangkaian yang boleh mengawal aliran data (network managed flow control) dengan sedikit kelewatan rangkaian (network delay).

c)Frame Relay
Frame relay adalah protokol packet-switching untuk menyambungkan peralatan di WAN. Beroperasi pada lapisan Sambung Data (data link) dalam model OSI. Menjadi penganti kepada X.25 di dalam aplikasi seperti sambungan rangkaian LAN, public dan private WAN.

Ciri-ciri utama:
1. Tiada jaminan data integrati.
2. Penghantaran data lebih cepat sebab hanya berfungsi pada lapisan 2.
3. Tidak memeriksa frame sama ada mempunyai ralat atau tidak.
4. Mempunyai kelewatan masa yang minima (small network delay).
5. Penghantaran data bermula sebaik sahaja menerima 2 bait alamat pada awal frame.

Frame relay seakan-akan (virtually) talian suwa tetapi harganya lebih murah kerana rangkaian dikongsi bersama pengguna lain.

Kelajuan Frame Relay bergantung kepada permintaan.
Contoh:
T1 = 1.544 Mbps
T3 = 43 Mbps
E1 = 2 Mbps

b) Differentiate between guided and unguided media for data transmission.
Describe types of guided transmission media.

1.0 Perbezaan antara Media transmisi yang menggunakan Kabel ( guided) dengan Media tanpa menggunakan wayar (unguided media)
Media transmisi yang menggunakan kabel iaitu kabel Twisted-pair (Shield Twisted-pair dan Unshield Twisted-pair), kabel Coaxial dan kabel Fiber optik manakala Media tanpa menggunakan wayar antaranya mengunakan teknologi satelit dan gelombang mikro. Kedua-dua Media transmisi ini penting dalam system rangkaian Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan namun begitu terdapat juga situasi di mana kombinasi lebih dari satu jenis kabel dibenarkan. Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Memahami kriteria-kriteria bagi jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkaian adalah perlu untuk perkembangan sistem rangkaian yang berjaya.

2.0 Media transmisi tanpa menggunakan wayar ((unguided media)
2.1 Gelombang Mikro
Gelombang Mikro biasanya menggunakan Antena berbentuk piring parabola.Diameter sekitar 3 m.Antena berkedudukan tetap dan difokuskan kepada gelombang tertentu untuk mencapai penghantaran line-of-sight kepada antena penerima.Antena biasanya diletakkan di tanah tinggi untuk meluaskan jarak antara antena dan membolehkan penghantaran merentasi intervening obstacles

Penggunaan biasa adalah untuk perkhidmatan telekomunikasi jarak jauh (alternatif bagi coaxial cable dan fiber optik)

Fasiliti gelombang mikro memerlukan jarak antara amplifier atau repeater yang jauh serta bilangan yang kecil, tetapi memerlukan penghantaran line-of-sight. Digunakan untuk penghantaran suara dan televisyen. Boleh juga digunakan untuk jarak dekat point-to-point yang menyambungkan antara bangunan berdekatan.

Antara aplikasinya ialah:
1. Closed-circuit TV (CCTV)
2. Pautan data antara LAN
3. By-pass aplication (gunakan telekomunikasi jarak jauh untuk perniagaan, menggantikan syarikat telefon tempatan
Penggunaan gelombang mikra ini tidak begitu sesuai untuk kawasan bandar kerana mungkin bercampur dengan gelombang yang lain.
2.2 Satelit
Komunikasi satelit ialah stesen angkasa lepas yang menerima isyarat gelombang mikro dari stesen yang berpangkalan di bumi menguatkan isyarat tersebut dan menghantar kembali kepada stesen penerimaan di bumi di kawasan yang lebih luas
o Satelit komunikasi merupakan stesyen geganti gelombang mikro.
o Ia memautkan dua atau lebih penghantar / penerima gelombang mikro di permukaan bumi (earth station / ground station)
o Satelit menerima penghantaran pada satu jalur frekuensi (uplink), menguat dan mengulang isyarat, dan menghantar semula pada frekuensi lain (downlink)
o Satu satelit yang mengelilingi orbit beroperasi pada beberapa jalur frekuensi (transponder channels atau ringkasnya transponders)
o Bagi membolehkan satelit berfungsi dengan berkesan, ia perlu kekal di tempatnya.
o Ia mesti mempunyai tempoh putaran yang menyamai putaran bumi.
o Ia boleh dilakukan pada ketinggian 35, 784 km.
o Dua satelit berdekatan yang menggunakan jalur frekuensi yang sama akan mengganggu satu sama lain.
o Oleh itu, jarak 40 perlu untuk jalur 4/6 GHz dan 30 untuk jalur 12/14 GHz.
o Jadi, bilangan satelit terhad.

Aplikasi
o Penyiaran televisyen
 Program televisyen dihantar ke satelit.
 Ia disiarkan ke beberapa stesyen di bumi.
 Stesyen ini pula menyiarkannya kepada individu.
o Penghantaran telefon jarak jauh
 Menggunakan point-to-point trunks antara pejabat penukaran telefon.
o Rangkaian perniagaan persendirian
 Pengguna dilengkapi dengan antena.
 Terhad kepada organisasi besar.
 Sistem alternatif yang lebih murah : Very Small Aperture Terminal (VSAT) system.

3.0 Jenis Media transmisi yang menggunakan kabel( guided)
Di antara jenis-jenis kabel yang digunakan di dalan rangkaian ialah seperti:

3.1 Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair – UTP)
Kabel Pasangan Berpintal (Twisted Pair) hadir di dalam dua bentuk iaitu berlapik (shielded) dan tidak berlapik (unshielded). Kabel tidak berlapik pasangan berpintal (unshielded twisted pair- UTP) merupakan jenis kabel yang paling popular dan pilihan utama kepada rangkaian-rangkaian yang dijalankan di sekolah-sekolah.

Kualiti UTP adalah berbeza dari wayar talian telefon hinggalah ke kabel yang mempunyai kepantasan tinggi. Kabel UTP mempunyai empat pasang wayar di dalamnya dan setiap pasang berpintal dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang hampir atau dari peranti bereletrik yang lain. EIA/TIA(Electronic Industry Association/Telecommunication Industry Association) telah mengiktiraf mutu dan standard UTP dan memberikan lima kategori utama. Kategori bagi kabel tidak berlapik pasangan berpintal

Penyambung yang paling sesuai bagi pengkabelan tidak berlapik pasangan berpintal ialah RJ-45 connector. Ia merupakan penyambung yang dibuat daripada plastik dan kelihatan seperti penyambung bagi talian telefon. Satu slot dibentuk bagi membenarkan penyambungkan dari hanya satu hala (sisi) sahaja. RJ bermakna Registered Jack yang mana idea asal tersebut turut diambil dari penyambungan talian telefon.
3.2. Kabel Berlapik Pasang Berpintal (Shielded Twisted Pair – STP)
Satu kekurangan kabel UTP ini ialah ia mudah terpengaruh dengan gelombang frekuensi radio dan alat elektrik yang lain. Kabel berlapik pasangan berpintal ini amat sesuai untuk persekitaran yang mempunyai banyak gelombang frekuensi alat elektrik. Namun begitu, lapik yang lebih menjadikan kabel ini cepat hambar. Kabel jenis ini sesuai digunakan pada rangkaian yang menjalankan topologi Gelang Token.
3.3 Kabel Sipaksi (Coaxial)
Kabel koaksial ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir elektrik yang terletak di tengah-tengah. Satu lapisan plastik bertindak sebagai pemisah kepada wayar tembaga yang berada di tengah-tengah itu dengan satu lapik pintalan besi. Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan dari cahaya florensen, komputer dan sebagainya.

Walaupun pengkabelan koaksial agak sukar untuk dimasukkan, namun ia amat peka pada kehadiran isyarat. Selain daripada itu, ia boleh menampung pengkabelan yang lebih panjang di antara rangkaian dengan peranti-peranti lain berbanding kabel lapik pasangan berpintal.

Kabel koaksial yang nipis juga dikenali sebagai thinnet.10Base2 merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis yang membawa isyarat Ethernet. Angka 2 merujuk kepada panjang bagi segmen maksima iaitu 200 meter. Kabel koaksial yang nipis ini adalah popular di dalam rangkaian yang terdapat di sekolah-sekolah.

Kabel koaksial yang tebal turut juga dikenali sebagai thicknet. 10Base5 merujuk kepada spesifikasi bagi keupayaan koaksial tebalmembawa isyarat Ethernet.

3.4 Fiber Optik
Pengkabelan Fiber Optik mengandungi satu teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah. Ia dikelilingi oleh beberapa lapisan bahan pelindung. Ia menghantar cahaya dan bukannya isyarat elektronik dan mengurangkan masalah gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik. Ini menjadikan ia amat ideal bagi persekitaran yang terdedah kepada gelombang frekuensi yang tinggi. Ia turut merupakan bahan yang paling bermutu bagi menyambungkan rangkaian antara bangunan terutama kelebihannya yang lali tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh suhu kelembapan dan cahaya.

Kabel fiber optik berkuasa menghantar isyarat di dalam lingkungan kawasan yang lebih besar berbanding kabel koaksial dan pasangan berpintal. Ia turut mempunyai keupayaan membawa informasi pada kepantasan yang tinggi. Kapasiti sebegini telah memperluaskan keupayaan berkomunikasi termasuklah perkhidmatan berinteraktif dan perundingan bervideo (video conferencing). Kos perkabelan fiber optik adalah jauh berbanding perkabelan tembaga namun begitu ia adalah sukar untuk dimasukkan (install) dan diubahsuai. 10BaseF merujuk kepada spesifikasi untuk kabel fiber optik membawea isyarat Ethernet.



c) Describe different protocols that are used for Electronic Mail.
Protokol yang digunakan Elektronik Mail

1.0 Pengenalan
Mel elektronik (singkatan e-mel, sinonim surat elektronik, mel komputer) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi
E-mel dengan begitu pantas berkembang menjadi e-mel rangkaian yang membolehkan pengguna mengirim mesej di antara komputer-komputer berlainan seawal-awalnya pada tahun 1966 (ada kemungkinan bahawa sistem SAGE agak serupa dengan ini berapa ketika sebelumnya).
Rangkaian komputer ARPANET memberi sumbangan besar kepada perkembangan e-mel. Terdapat satu laporan yang menandakan pemindahan e-mel antara sistem percubaan padanya tidak lama selepas penciptaanya pada tahun 1969. Ray Tomlinson memulakan penggunaan lambang @ untuk memisahkan nama pengguna dan nama mesin pada tahun 1971. ARPANET banyak meningkatkan populariti e-mel, maka e-mel menjadi aplikasi pembubuh bagi ARPANET


Diagram di atas menunjukkan susunan yang lazim bagi peristiwa-peristiwa yang berlaku apabila Alice mengarang satu mesej dengan menggunakan agen pengguna melnya (mail user agent, MUA). Dia menaip masuk, atau memilih dari buku alamatnya, alamat e-mel penerimanya. Dia menekan butang "hantar".
1. MUA-nya memformatkan mesej dalam suatu format e-mel Internet dan menggunakan Protokol Pemindahan Mel Mudah (SMTP) untuk menghantar mesej berkenaan ke agen pemindahan mel (mail transfer agent, MTA) tempatan, iaitu smtp.a.org yang dikendali Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) langganan Alice.
2. MTA memeriksa alamat destinasi yang diberi dalam protokol SMTP (bukan dari pengepala mesej), iaitu bob@b.org. Alamat e-mel Internet address ialah serangkai bentuk localpart@exampledomain.com, yang dikenal pasti sebagai satu Alamat Domain Layak Sepenuhnya (Fully Qualified Domain Address, FQDA). Bahagian sebelum lambang @ ialah bahagian tempatan alamat, iaitu lazimnya nama pengguna penerima, manakala bahagian selepas lambang @ ialah nama domain. MTA mencari nama domain ini dalam Sistem Nama Domain untuk mencari pelayan pertukaran mel yang menerima mesej dari domain itu.
3. Pelayan DNS untuk domain b.org, ns.b.org, membalas dengan rekod MX menyenaraikan pelayan pertukaran mel untuk domain berkenaan, iaitu mx.b.org, satu pelayan yang dikendali ISP Bob.
4. smtp.a.org menghantar mesej berkenaan ke mx.b.org dengan menggunakan SMTP yang mengirimnya ke dalam peti surat pengguna bernama bob.
5. Bob menekan butang "dapatkan mel" dalam MUAnya, yang memungut mesej berkenaan menggunakan Protokol Pejabat Pos (Post Office Protocol, POP3).
Diingatkan bahawa pihak-pihak, alamat-alamat e-mel dan nama-nama domain dalam penjelasan ini adalah tidak wujud semata-mata
2.0 Format
Format mesej e-mel Internet didefinasikan dalam RFC 2822 dan satu siri RFC, dari RFC 2045 hingga RFC 2049, secara kolektifnya dipanggil Sambungan Mel Internet Pelbagai Guna (Multipurpose Internet Mail Extensions, MIME). Meskipun pada 13 Julai 2005 Secara teknikal, RFC 2822 ialah satu piawaian IETF yang dicadangkan dan MIME RFC pula piawaian IETF rangka sahja, dokumen-dokumen ini ialah piawaian de facto untuk pemformatan e-mel Internet. Sebelum pengenalan RFC 2822 pada tahun 2001, format yang dihuraikan RFC 822 merupakan piawaian de facto untuk e-mel Internet selama hampir dua dekad; RFC 822 masihlah piawaian IETF rasmi. IETF menyimpan monbor-nombor 2821 dan 2822 untuk versi-versi kemaskini RFC 821 (SMTP) dan RFC 822, maka memperakui kepentingan besar kedua-dua RFC ini. RFC 822 diterbitkan pada tahun 1982 berasaskan RFC 733 sebelumnya.
Mesej-mesej e-mel Internet terdiri daripada dua bahagian utama:
• Pengepala — Distrukturkan kepada ruang-ruang seperti ringkasan, pengirim, penerima, dan maklumat lain mengenai e-mel
• Isi — Mesej itu sendiri sebagai teks yang tidak berstruktur; kadang-kala disertakan ruang tandatangan pada penghujungnya
Pengepala dipisahkan daripada isi dengan sebatang garis kosong.
3.0 Pengepala
Pengepala mesej terdiri daripada ruangan-ruangan seperti yang berikut:
• Dari: Alamat e-mel dan juga nama pengirim mesej
• Ke: Alamat e-mel dan juga nama penerima mesej
• Subjek: Ringkasan kandungan mesej (seperti tajuk)
• Tarikh: Tarikh dan waktu tempatan mesej dikarang
Ruang-ruang pengepala lain juga termasuk (lihat RFC 4021 atau RFC 2076 untuk maklumat selanjutnya):
Kebanyakan klien e-mel menyediakan "Bcc" (Salinan karbon buta, para penerima yang tidak dilihat dalam ruangan "To") sebagai ruangan pengepala. Protokol berbeza-beza digunakan untuk menangani ruangan "Bcc"; ada kalanya seluruh ruangan itu digugurkan, pada masa-masa lain ruangan itu dikekalkan tetapi alamat-alamat dalamnya digugurkan. Alamat-alamat yang dimasukkan dalam "Bcc" hanya dimasukkan dalam senarai pengiriman SMTP, dan tidak termasuk dalam data mesej.

SOALAN 2
An arguement that had been ongoing for some time now involves the question as to
whether ATM or Gigabit Ethernet is the best choice for a high-speed networking
solution. Compare these two technologies and formulate a position paper outlining a
potential scenario for each technology where it might consitute the optimal solution.

1.0 ATM (Asynchronous Transfer Mode)
ATM adalah contoh gabungan antara Packet Switching dengan Circuit Switching. Penghantaran data menggunakan CELL yang mempunyai saiz yang tetap. CELL bersaiz kecil dan membolehkan penghantaran video, audio dan data komputer dihantar di dalam rangkain yang sama. Dengan CELL yang bersaiz kecil ia menjamin tiada sebarang isyarat yang menguasai talian

ATM mencipta saluran tetap sebaik sahaja data mula dihantar. Ini berbeza dengan TCP/IP dimana pesanan dibahagikan kepada paket dan data boleh dihantar melalui talian yang berlainan untuk setiap paket. ATM lebih untuk dijejaki dan bil untuk masa penggunaan adalah lebih mudah tetapi menyebabkan ATM tidak dapat menyesuaikan diri apabila berlaku gangguan trafik yang berlaku tiba-tiba di dalam rangkaian.

Terdapat tiga jenis perkhidmatan ATM:

1. Permanent Virtual Circuit (PVC) – sambungan terus diantara dua tempat seperti talian suwa.
1.1 Kebaikan: Menjamin sambungan senantiasa ada dan tidak perlu mendail antara switch.
1.2 Keburukan: Semua sambungan dan konfigurasi perlu dibuat secara manual. Ketahanan rangkaian tiada kerana talian adalah jenis sambungan terus.

2. Switched Virtual Circuit (SVC) - mencipta sambungan dinamik dan digunakan selagi terdapat penghantaran data.
2.1 Kebaikan: Sambungan yang lebih fleksibel dan sambungan dilakukan secara automatik oleh peralatan rangkaian
2.2 Keburukkan: Memerlukan masa tambahan dan overhead apabila melakukan sambungan.

3. Switched Multimegabit Data Service (SMDS) – connectionless
3.1 Berkelajuan tinggi, packet switched,
3.2 Menggunakan datagram berdasarkan teknologi WAN untuk berkomunikasi menggunakan rangkaian data public (public data network - PDN).
3.3 Menggunakan talian tembaga (copper) untuk menyokong kelajuan 1.544Mbps pada isyarat Digital tahap 1 (DS-1) dan 44.736Mbps pada isyarat Digital tahap 3 (DS-3)

2.0 Gigabit Ethernet
Ethernet merupakan Sistem Rangkaian Setempat (Local Area Network - LAN) yang amat popular. Dianggarkan 40 juta nod Ethernet telah dipasang di seluruh dunia hingga tahun 1994.

Ethernet telah dibangunkan oleh Dr. Robert M. Melcalfe di Pusat Penyelidikan Xerox di Palo Alto pada tahun 1970. Kelajuan Ethernet waktu itu hanya 3 Mbps dan dikenali sebagai Experimental Ethernet. Kini Ethernet berkelajuan 10 Mb/s atau dikenali juga dengan IEEE 802.3.

Sesuai dengan perkembangan teknologi, ethernet telah dimajukan hingga mencapai kelajuan 100 Mb/s Fast Ethernet (IEEE 802.3u), 1000Mb/s Gigabit Ethernet (802.3z/802.3ab) dan 10 Gigabit Etnernet (802.3ae).

Rajah Ethernet
Inovasi teknologi daripada 10 Mbps ke 100 Mbps telah menggalakkan anggota IEEE 802.3 untuk mereka-cipta Gigabit Ethernet, yang berkemampuan 1000 Mbps atau 1 Gbps. Kaedah yang digunakan adalah sama, iaitu dengan mengurangkan kadar pelanggaran data. Gigabit Ethernet adalah direka khas untuk digunakan pada kabel fiber optik, dan juga boleh digunakan pada kabel UTP kerana protokolnya masih sama.
Pada kebiasaannya, Gigabit Ethernet digunakan sebagai kerangka tetulang (backbone) yang akan menghubung rangkaian Fast Ethernet. Gigabit Ethernet digunakan dalam empat situasi, iaitu 1000Base-LX, 1000Base-SX, 1000Base-CX, dan 1000Base-T. Jadual dibawah adalah rumusan kategori Gigabit Ethernet

CIRI-CIRI 1000Base-SX 1000Base-LX 1000Base-CX 1000Base-T
Medium Fiber Optik (multimode) Fiber Optik (multi atau singlemode) STP UTP
Signal Short-wave laser Long-wave laser Electrical Electrical
Jarak Maksima 550 meter 550 m (multimode)
5000 m (singlemode) 25 meter 25 meter
Jadual Kategori Gigabit Ethernet
2.1 Cara Operasi

Setiap stesen di dalam sistem Ethernet akan berkongsi isyarat dan dihantar secara bersiri, iaitu satu bit untuk satu masa. Untuk menghantar data, setiap stesen akan "mendengar" samada saluran (channel) atau sistem berada dalam keadaan tidak aktif (idle) kerana ia hanya menghantar data di dalam bentuk kerangka (frame) ketika sistem tidak aktif.
Untuk memastikan setiap stesen mendapat peluang yang sama, satu mekanisma yang dipanggil ‘Medium Access Control’ (MAC) akan diletakkan di setiap antaramuka stesen. Sistem yang mengawal MAC, dipanggil ‘Carrier Sense Multiple Access with Collision Detection’ (CSMA/CD)
2.2 Protokol CSMA/CD
Protokol Capaian Berbilang Pengesan Pembawa/mengesan pelanggaran atau lebih dikenali dengan nama CSMA/CD berfungsi seperti di dalam satu bilik mesyuarat. Semua orang di dalam bilik mesyuarat perlu berdiam seketika sebelum berbicara dan ini dipanggil ‘Carrier Sense’ (pengesan pembawa). Apabila didapati semua orang sedang berdiam, maka setiap orang akan mendapat peluang untuk bercakap dan ini dipanggil ‘Multiple Access’ (Capaian berbilang). Tetapi sekiranya dua orang bercakap dalam waktu yang sama, maka sudah semestinya secara automatik kedua-dua agak diam kembali dan ini dipanggil ‘Collision Detection’ (mengesan pelanggaran).

Sekiranya contoh tadi kita samakan dengan sistem Ethernet, setiap stesen perlu menunggu sehingga tidak ada isyarat di dalam saluran barulah stesen tersebut mula menghantar isyarat. Tetapi sekiranya terdapat stesen lain yang menghantar isyarat di dalam saluran tersebut (ia dipanggil Carrier). Maka stesen lain perlu menunggu sehingga Carrier itu telah ditamatkan. Ini dipanggil Carrier Sense.

Dalam sistem Ethernet semua stesen mendapat peluang yang sama untuk menghantar isyarat ke dalam sistem rangkaian. Konsep ini dipanggil Multiple Access. Tetapi apabila sistem rangkaian telah menjadi besar, kemungkinan akan berlaku satu pelanggaran (collision) apabila dua stesen yang jauh diantara satu sama lain menganggap saluran tersebut kosong, padahal isyarat yang dihantar oleh salah satu stesen belum tiba kedestinasinya, tetapi stesen di tempat lain tidak dapat mengesannya, maka ia mula menghantar isyarat dan ini akan menyebabkan berlakunya satu pelanggaran (collision detect). Apabila sistem Ethernet mengesan satu pelanggaran maka stesen tersebut akan berhenti menghantar isyarat.

2.3 Protokol Rangkaian
Protokol rangkaian adalah standard untuk membolehkan komputer berkomunikasi. Protokol menentukan bagaimana setiap komputer mengenali komputer yang lain di dalam rangkaian, rupa data dihantar dan bagaimana informasi tadi diproses apabila tiba ke destinasinya.

Protokol juga menentukan prosedur yang harus dilakukan apabila berlaku kehilangan atau kerosakkan data semasa penghantaran.

2.4 Media
Pemilihan media yang sesuai merupakan perkara yang utama di dalam mereka dan pemasangan rangkaian Ethernet.

Terdapat empat jenis media yang digunakan:
a) Thin Wire – untuk 10Base5 – kelajuan maksima 10Mbps
b) Thin Coax – untuk 10Base2 – kelajuan maksima 10Mbps
c) Unshielded twisted pair (UTP) – untuk 10BaseT, 100BaseT, 1000BaseT dan sebagainya – kelajuan mengikut nombor panggal tersebut. Contoh 100BaseT mempunyai kelajuan 100Mbps
d) Fiber Optik – untuk 10BaseFL, 100BaseFx dan sebagainya




Jenis Kelajuan Maksima Kegunaan
Katergori 1 4 – 5Mb/s Telefon
Katergori 2 4- 5 Mb/s Local talk
Katergori 3 10 Mb/s Data Ethernet
Katergori 4 16 Mb/s – Token ring
20 Mb/s Ethernet
Katergori 5 100 Mb/s Fast Ethernet
Katergori5e 100 – 1000 Mb/s * Fast Ethernet
Katergori 6 1000Mb/s Giga Ethernet
Jadual Kelajuan Untuk Kabel Jenis UTP

Kabel jenis UTP amat sensitif terhadap gangguan elektro magnetik, oleh itu penggunaan kabel jenis shielded twisted pair (STP) boleh digunakan ditempat yang mempunyai banyak gangguan elektro magnetik. Kabel STP lebih mahal dari kabel UTP kerana setiap pasang wayar mempunyai penebat

3.0 Kesimpulan
Berdasarkan kepada huraian di atas, pada pendapat saya pilihan yang terbaik untuk penggunaan rangkaian adalah ATM kerana ATM ataupun Asynchronous Transfer Mode adalah satu paket teknik pensuisan (switching) dan ‘multiplexing’. Walaupun perkataan ‘asynchronous’ ataupun tidak serentak terdapat padanya, ia bukanlah satu penghantaran yang ‘asynchronous’. Ia sesuai digunakan untuk aplikasi yang memerlukan kadar bandwidth tinggi dan kelewatan (delay) yang rendah kerana factor pembinaannya. Oleh kerana melalui ATM, data dihantar sebagai sel yang mempunyai saiz tetap, ia mungkin mempunyai bit-bit yang tidak berguna. ATM merupakan satu contoh protocol yang ringkas. Ia hanya menghantar data dari satu titik ke titik yang lain tetapi tidak dapat mengesan dan memperbaiki ralat dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, oleh kerana ia direka untuk berkebolehan campur urusan protokol lain, maka ia mampu menyokong hamper kesemua lapisan atas protokol untuk mengesan dan memperbaiki ralat dari mula ke akhir

3.1 Kelebihan ATM
Terdapat beberapa kelebihan ATM, antaranya ialah:
i. ‘Label Switching’ – Protokol ATM adalah amat sesuai menggunakan ‘label switching’. Ia bekerja dengan cara apabila satu paket diterima daripada router, ia akan memeriksa 3 lapisan header dan menghantar paket tersebut ke hop (node) yang seterusnya berdasarkan destinasi yang diingini. Lapisan alamat rangkaian mengandungi lebihan maklumat untuk membuat keputusan laluan, oleh itu proses lapisan laluan ketiga adalah agak kompleks. Di dalam ‘label switching’, alamat lapisan 3 dipetakan kepada pengecam yang lebih singkat yang dinamakan label. Di sini ia adalah penting untuk menitikberatkan bahawa label bukanlah dengan nyatanya merupakan alamat titik akhir. Apabila satu paket dilalukan ke hop seterusnya label tersebut dihantar bersamanya sebagai sebahagian daripada header untuk membolehkan router menggunakan data yang ingin digunakan unuk mengetahui perjalan hop seterusnya. Dalam ATM label dibentuk dengan menggunakan 24 bit medan ‘Virtual Path Identifier (VPI) dan Virtual Connections Identifier (VCI). ‘Label switching’ mempunyai banyak kelebihannya; antaranya ia lebih mudah untuk membina satu ‘label switching’ router kerana paket boleh dilalukan melalui label sebagai indeks ke dalam ‘switch memory’ untuk menentukan hop seterusnya dan juga kerana label adalah lebih ringkas berbanding alamat IP. Kedua, jika paket IP dilalukan melalui mana-mana dua titik akhir dalam sesebuah rangkaian ATM menggunakan cara teradisional, samada litar maya itu mesti disambungkan dalam sesuatu konfigurasi ‘full mesh’ antara suis ATM ataupun pemintaan melalui suis laluan maya (Switched Virtual Channel - SVC) harus diwujudkan menggunakan protokol yang sesuai. ‘Label switching’ tidak memerlukan penyambungan mesh yang sebegitu dan ia juga mampu mengurangkan bilangan router yang setara yang diperlukan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada itu didapati bahawa rangkaian yang berasaskan ‘label switching’ adalah lebih cepat dan melibatkan kos yang lebih rendah. Ketiga, ‘label switching’ dipersekitaran ATM adalah lebih kurang sama dengan protokol lain. Oleh itu adalah tidak mustahil untuk menggunakan cara yang sama untuk penghantaran paket dan juga pengurusan rangkaian.

ii. ‘Low latency’ – Salah satu ciri penting ATM adalah rendahnya penyembunyian dan ketidaknampakan kapasiti untuk merentangi LAN dan WAN. Ini disebabkan oleh paket-paket yang terdapat dalam lapisan ATM mempunyai panjang yang tetap.

iii. Kadar kelajuan dan bandwidth yang tinggi – Oleh kerana faktor ‘low latency’ ATM sesuai digunakan untuk aplikasi yang memerlukan kadar kelajuan dan bandwidth yang tinggi. Dewasa ini terdapat banyak LAN berkelajuan tinggi seperti gigabit Ethernet dan MAN yang merangkumi 10 Km luas diameter menggunakan protokol ATM sebagai fiber-distributed data interface (FDDI) dan dual queue distributed bus (DQDB).

iv. Penyatuan rangkaian - Pada kebiasaannya paket protokol hanya sesuai untuk ‘bit variable service’ dan tidak boleh memindahkan data yang sensitive terhadap kelewatan. Sebagai contoh, pensuisan rangkaian telefon awam hanya boleh memindahkan informasi suis litar (circuit switched information). Satu X.25 atau rangkaian gantian hanya boleh mengawal data packet-switched. Protokol ATM telah direka supaya ia boleh membawa pelbagai jenis data bersesuaian dengan keperluan pengguna. Maka, protokol ATM berkebolehan membekalkan kesemua jenis perkhidmatan dengan satu ataupun enyatuan rangkaian.

v. Penyatuan kemasukan daripada premis pelanggan – ATM membekalkan jalan untuk mencapai penyatuan kemasukan ke perkhidmatan ‘braodband’ daripada rangkaian persendirian ataupun awam. Perkhidmatan seperti cakera padat, saluran filem prabayar , HDTV , pindahturun data dari Internet dan sebagainya boleh disatukan dengan suis litar suara dan data berkelajuan rendah dan kemudiannya akan dipersembahan di satu saluran ATM kepada premis pelanggan di mana satu kotak set-top akan mendimultiplexkan perkhidmatannya. Pengguna juga boleh meminta perkhidmatan istimewa daripada pembekal rangkaian dengan menggunakan upstream pengawal saluran.

iv. Kebolehupayaan bekerja dengan protokol yang sedia ada dan legasi LAN
– terdapat banyak misalan di mana aplikasi-aplikasi baru memerlukan bandwidth dan kelajuan rangkaian ATM. Salah satu contoh melibatkan kerjasama antara pelbagai organisasi pengajian dengan data imej beresolusi tinggi dan bandwidth tinggi. Rangkaian ATM jika dimasukkan masih berupaya bekerja dengan protokol rangkaian data tradisional dan legasi LAN seperti Ethernet, Token Ring dan FDDI. Maka infrastruktur
rangkaian yang telah wujud perlu ditambah hanya bila atau di mana perlu, menuju ke arah evolusi teknologi baru yang lebih murah.

vii. Bandwidth atas permintaan – dalam rangkaian peribadi bandwidth yang lebih tinggi boleh diminta oleh pengguna. Walau bagaimanapun, secara umumnya mereka mestilah dikena syarat-syarat melalui pengurus rangkaian dan tidak boleh ditugaskan secara dinamik semasa penyambungan dibuat. Beberapa rangkaian peribadi yang dilengkapi dengan kebolehan penyongsangan multiplexing di kedua-dua hujung, adalah tidak mustahil untuk meminta dan meningkatkan kadar bandwidth secara dinamik. Walau bagaimanapun, julat yang dibenarkan adalah agak terhad. Dengan ATM, pengguna boleh meminta bandwidth yang diingini apabila satu panggilan dimulakan, rangkaian akan mula mencari bandwidth yang diminta secara dinamik hanya jika pelanggan telah melanggan ciri tersebut ketika masa langganan.

Rujukan
Brandon, C., and Boehme, E. (1999) MCSE TCP/IPFor Dummies , 2nd Edition. Wiley Publishing,

MALAYSIA, Open University. (2004). CBCT2203 Konsep Asas teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

MALAYSIA, Open University. (2007). CBCN4103 Introduction to Networking. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Mark L. Chambers (2003) PCs All-in-One Desk Reference For Dummies, 2nd Edition. Wiley Publishing,

http://www.komputer.com

http://www.mypendidik.net/portal

ENTREPRENEURSHIP - keusahawanan

1.0Pengenalan
Syarikat Boon Siew Sdn. Bhd. yang sinonim dengan motosikal Honda diasaskan oleh Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew . seorang anak dagang yang datang dari negara China yang mana yang datang ke Tanah Melayu dengan menaiki tongkang pada tahun 1924. menurut sejarah beliau bermula sebagai mekanik dan juga melakukan kerja sambilan yang lain antaranya mencuci bas. Mendiang hanya tahu bertutur dalam bahasa hok-kien sahaja, tidak tahu membaca dan jugak menulis, tetapi memiliki tahap ingatan yang amat dikagumi.

Boon Siew, walau pun tidak tahu membaca dan menulis mampu menjadi jutawan dan memberikan peluang pekerjaan kepada ribuan pekerja hanya kerana persistensinya. Persistensi (persistency) adalah suatu sikap tidak mudah mengalah terhadap sebarang halangan, dugaan, cabaran dan masalah dalam merealisasikan sesuatu matlamat.

Mendiang Tan Sri Dato’ Loh Boon Siew adalah seorang usahawan yang bijak dan telah berjaya mengambil peluang di dalam perniagaan pengedaran motosikal. Beliau menyedari bahawa kelebihan motosikal Honda adalah ringan dan kecil berbanding motosikal yang dikeluarkan oleh Eropah.

Pengeluaran motosikal Honda ialah syarikat Oriental Holdings Bhd. telah memegang francais bagi memasang dan mengedarkan motosikal Honda sejak tahun 1957 lagi. Ia adalah hasil usaha sama perniagaan yang dimeterai antara pengasas Oriental, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan pengasas Honda, Soichiro.

Sekarang ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn. Bhd. memasang motosikal Honda sementara Boon Siew mengedarkannya. Pada pendapat beliau, motosikal Honda adalah yang paling sesuai dengan masyarakat Malaysia. Berdasarkan andaian tersebut, beliau telah berusaha dan berjaya dalam memperoleh lesen sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda di Malaysia. Hari ini, sebagai pengedar tunggal bagi motosikal Honda, beliau telah menikmati kekayaan melalui perniagaan yang telah dicipta olehnya.

Berbanding dengan jenama motosikal lain seperti Yamaha, Kawasaki atau pun motosikal dari negara Barat seperti Lambretta dan Vespa, motosikal Honda telah menambat hati majoriti keluarga di Malaysia

Daripada kampung sehinggalah kepada bandar besar, daripada budak belasan tahun sehingga kepada yang tua bongkok tiga pun motorsikal Honda tetap menjadi kenderaan tunggangan tetap dan mewarnai landskap kenderaan bermotor di jalan-jalan raya di Malaysia selama lebih 50 tahun

Menurut http://www. 4Strokers.com Faktor utama yang menjadikan siri Honda Cub nie sangat berjaya adalah sebab:-
1.Murah berbanding motor lain
2.Senang ditunggang sebab pakai automatic centrifugal clutch, so takder laa terkial2 nak balance minyak dgn klac
3.Fuel consumption yang sangat rendah
4.Berupaya bawa banyak muatan. Di negara-negara membangun, banyak orang yang menggunakan Honda Cub membawak hasil pertanian
5.Senang digunakan semasa kesesakan lalulintas
6.Maintenance dan spare part murah
7.Penggunaan enjin 4-stroke yang membolehkan Honda Cub melepasi piawaian emisi yang ketat
2.0 LIMA (5) ciri-ciri keusahawanan yang berkait rapat dengan usahawan yang berjaya.
2.1Inisiatif dan bertanggungjawab
Kebanyakkan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri mereka sebagai orang yang bertanggungjawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Usahawan adalah seorang yang bertanggungjawab terhadap apa yang akan berlaku. Mereka mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah dimana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

2.2Komitmen yang tinggi
Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen usahawan tersebut. Komitmen membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen usahawan terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang mereka usahakan.

2.3Orentasi Peluang (kesempatan) – Opportunity Orientation
Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau strategi. Mereka bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menjadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Usahawan mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru, usahawan melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain, tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Usahawan bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut



2.4Keyakinan dan Optimistik
Usahawan mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan mereka untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan mereka bersikap optimistik terhadap kejayaan yang akan mereka kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah banyak usahawan yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.

2.5Kreatif dan Inovatif
Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, usahawan boleh menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna. Kreativiti boleh dipelajari


3.0 faktor luaran yang perlu dinilai oleh usahawan bukan sahaja pada peringkat permulaan penyediaan perniagaan tetapi juga pada tahap-tahap perkembangan usaha niaga tersebut.
Usahawan bukan sahaja perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan mereka tetapi mereka perlu juga mengkajinya semasa pelaburan/perniagaan mereka sedang berkembang. Persekitaran adalah situasi dimana operasi pelaburan perniagaan berlaku. Menurut modul OUMM2103 Entrepreneurship Persekitaran pelaburan boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

1) Pandangan Makro – pandangan persekitaran luaran
2) Pandangan Mikro – pandangan persekitaran luaran dan dalaman

Persekitaran Luaran (External Environment) boleh mempengaruhi keputusan perniagaan yang akan dibuat untuk jangka masa panjang dan merupakan unsur yang tidak boleh dikawal.

Persekitaran Makro terdiri daripada unsur berikut:

3.1 Politik dan undang-undang yang dibuat
Politik dan undang-undang yang dibuat adalah sebahagian dari persekitaran makro yang yang mana setiap kumpulan yang berlainan akan bersaing untuk memperolehi perhatian dan sumber. Ini adalah keadaan mana usahawan menggunakan kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur politik dan undang-undang yang dibuat untuk pelaburan (tugas) baru yang akan dibuat. Mereka perlu patuh dan menerima polisi, undang-undang yang dibuat dan peraturan dimana perniagaan tersebut dijalankan.

Politik & Undang-undang yang dibuat  Isu global  a) Halangan Perdagangan & tarif
b) Risiko politik
c) Perjanjian Perdagangan

 Isu nasional  d) Cukai
e) Peraturan

3.1.1Isu Global
a)Halangan Perdagangan dan Tarif
Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini akan menghalang sumber aliran bebas dari negara lain selaku perlindungan kepada industri tempatan. Contoh: Sekatan Perdagangan telah dikenakan pada industri automobil di Malaysia.

b)Risiko Politik
Ini merujuk kepada kemungkinan untuk berlakunya ketidak stabilan, rasuah dan keganasan di dalam negara atau kawasan dimana perniagaan itu dilakukan. Di kawasan yang risiko politik yang tinggi, adalah sukar dan mahal untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber. Risiko lain termasuk politik dan keganasan fizikal, pemerasan dan korupsi akan melibatkan rasuah atau pembayaran yang tidak beretika akan berlaku. Ini akan menambah kepada kos untuk pelaburan baru.

c)Perjanjian Perdagangan
Terdapat aliran untuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara. AFTA sebagai contoh. Usahawan Malaysia haruslah mempertimbangkan mengenai AFTA apabila membuat keputusan untuk berdagang di pasaran antarabangsa. Matlamat AFTA adalah untuk meningkatkan produtiviti ekonomi di dalam pasaran serantau.

3.1.2Isu Nasional
a)Cukai
Ini merupakan faktor kepolitikan utama yang harus dihadapi oleh usahawan pada peringkat nasional. Kesan cukai atas operasi perniagaan adalah seperti Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagaan untuk melabur.dan Sesetengah cukai menguntungkan pada perniagaan tertentu sahaja dan merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaa lain.


b)Peraturan
Sebagai contoh peraturan adalah peraturan mengenai penggunaan dadah. Walau bagaimanapun, adakalanya perniagaan menerima kesan negatif terhadap peraturan tersebut. Ini melibatkan tambahan kos kepada perniagaan untuk kertas kerja, ujian, pemantauan dan pelaksanaan.

Kerana itu, usahawan haruslah menilai persekitaran politik sepenuhnya untuk kenal pasti ancaman atau peluang yang ada. Secara amnya, kesetabilan politik sesuatu negara dimana operasi perniagaan dilakukan akan memberikan peluang kepada usahawan untuk memulakan perniagaan atau mengembangkan perniagaan mereka.

3.2 Ekonomi
Persekitaran ekonomi memainkan peranan penting di atas kejayaan atau kegagalan sesuatu pelaburan. Persekitaran ekonomi makro melingkari kesemua produk dan penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan pengunaan. Usahawan perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan dimana operasi perniagaan mereka dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama lain di dalam tiga tahap tadi pada persekitaran ekonomi makro. Walau bagaimana apun, usahawan harus mengenal pasti paras mana yang memberikan lebih banyak kesan kepadanya. Usahawan haruslah meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksirkan keadaan makro ekonomi yang akan memberi kesan kepada pelaburan baru. Mereka haruslah berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan berupaya untuk menetukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa.

Di bawah disenaraikan soalan-soalan yang harus ditimbulkan oleh usahawan mengenai persekitaran ekonomi untuk pelaburan baru demi melihat secara keseluruhan iklim perniagaan.
Apakah keadaan ekonomi semasa?
Apakah suasana pasaran buruh?
Adakah kadar faedah berbahaya atau stabil?
Apakah nilai pertukaran mata wang?
Berapa banyak firma yang ada di dalam industri yang sama?
Adakah firma tersebut dalam berbagai saiz dan ciri, atau semua firma tadi serupa?
Apakah pemusatan geographical firma di dalam industri tersebut?
Adakah firma hanya memenuhi kehendak pasaran domestik?
Adakah terdapat peluang untuk pergi ke pasaran antarabangsa?
Apakah pertandingan semula jadi untuk perniagaan?

3.3 Kebudayaan Sosial
Persekitaran kebudayaan sosial terdiri daripada dua aspek:
a) Demografis
b) Aliran budaya dalam masyarakat

3.3.1Perubahan demografis
Berlaku atas sebab perubahan bilangan penduduk, kumpulan etnis dan struktur bilangan penduduk menurut umur, jantina, lokasi geographical dan bilangan penduduk distribusi pendapatan. Kesemua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti industri. Walau bagaimanapun perubahan aliran demografis adalah diluar kawalan usahawan. Usahawan perlu menilaikan perubahan demografis demi untuk kenal pasti peluang perniagaan yang ada. Contoh: Penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak.


3.3.2Aliran Sosial
Berhubungkan dengan sopan dan tingkah laku dimana manusia itu tinggal. Cara hidup mengambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup demi untuk mengenal pasti peluang perniagaan. Pembolehubah yang memerlukan perhatian adalah:
a) Pembentukan rumah tangga
b) ragam pekerjaan dan kadar tenaga buruh
c) tahap pendidikan
d) Corak pembelanjaan
e) Corak waktu lapang (leisure)

Usahawan boleh menggunakan informasi data yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk menilai dan memantau perubahan ini. Usahawan juga mesti meramalkan dan menilai segala perubahan yang berlaku untuk memperolehi keuntungan.

3.4 Teknologi
Cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, sains gunaan, kejuruteraan, proses, hasil penemuan atau kaedah boleh ditakrifkan sebagai teknologi. Analisis teknologi memerlukan penilaian dan pemantauan dari mula produk tersebut dibangunkan dan dikomersilkan. Perubahan teknologi berada dalam dua keadaan iaitu Penemuan Tulin (pure invention) dan Proses Inovatif.

3.4.1Penemuan Tulin
Penemuan tulin merujuk kepada penciptaan sesuatu yang baru berbeza dari teknologi sedia ada atau produk. Untuk ini, penciptaan selalunya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal dan selalunya dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap penemuan tersebut. Walaupun begitu, terdapat kelemahan kerana tiada pasaran untuk penemuan tersebut pada peringkat awal pasaran. Penemuan baru mencipta pasaran dan peluang untuk perniagaan. Contoh: penemuan semikonduktor mencipta peluang perniagaan di dalam bidang komputer.

3.4.2Proses Inovatif
Proses inovatif merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk, produk formulasi dan pengeluaran, bahan dan pengedaran. Menilai dan memantau perubahan teknologi bukannya perkara yang mudah kerana bukan mudah memperolehi maklumat. Malah saintis yang terlibat didalam kajian awal tidak mengetahui nilai komersil yang dicapainya. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang untuk usahawan sekiranya ia mengetahui informasi tersebut.

4.0 kemungkinan proses kreativiti yang telah dilalui oleh mendiang Tan Sri Dato’ Loh dalam menjanakan idea-idea untuk memulakan peniagaan .
Kreativiti amat mustahak untuk bertindakbalas kepada masalah yang kompleks di dalam persekitaran perniagaan di mana ianya selalunya penuh dengan permasalahan yang tidak tetap.

Terdapat beberapa definasi untuk kreativiti. Menurut Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003), kreativiti melibatkan perkembangan yang tiada tolok bandingnya dan jawapan kepada masalah dan peluang yang diperolehi.




4.1Menurut Kuratko dan Hodgetts (2004), terdapat empat fasa(langkah) utama di dalam proses kreatif iaitu:
4.1.1Fasa Pengumpulan Pengetahuan
Untuk memulakan proses kreatif, seseorang perlu bersedia mengumpul semua informasi dan melaku penyelidikan yang berkaitan. Ini melibatkan akitiviti membaca, perbincangan dengan rakan yang bekerja dalam bidang yang sama, menghadiri seminar profesional atau bengkel dan sebagainya. Dengan pendedahan begini, ia dapat memberikan pandangan yang luas mengenai masalah dan mempunyai asas yang kukuh mengenai kreativiti demi untuk membangunkan produk baru, perkhidmatan atau pelaburan perniagaan.

4.1.2Inkubasi
Di dalam fasa ini, seseorang individu mungkin tidak terlibat secara langsung dengan sebarang perniagaan yang berkaitan dengan aktiviti atau masalah tersebut. Malahan mereka mungkin akan cuba membuangkan masalah tersebut dan membiarkan minda bawah sedar (subconscious) melakukan tugas tersebut. Pembangkitan idea yang kreatif amatlah dialu-alukan tanpa mengira dari mana sumber datang. Perkara seperti ini boleh berlaku semasa tidur, berehat, membaca bahan yang tidak berkaitan dengan masalah tersebut, bermain badmintan atau sedang meditasi.

4.1.3Idea
Ini merupakan fasa yang paling mengasyikkan mengenai proses kreativiti. Dalam fasa ini, jalan penyelesaian atau jawapan untuk masalah sedia ada telah dijumpai akhirnya. Kadang-kadang fasa ini juga dikenali sebagai ‘faktor eureka’. Kadang-kadang seseorang boleh memperolehi idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah secara tidak sengaja. Sebagai contoh: semasa makan, berjalan, mandi dan sebagainya

4.1.4Penilaian dan Pelaksanaan
Pada fasa terakhir, usahawan akan menukar idea tersebut menjadi realiti. Ini merupakan satu fasa yang sukar kerana ia memerlukan keberanian, disiplin, keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Kebolehan menentukan idea yang boleh dilaksana dan dipratikkan akan menentukan kejayaan usahawan di dalam sesuatu perniagaan. Apabila sesuatu idea mula timbul(muncul) dari fasa ketiga dalam idea kasar, usahawan perlu mengubah idea tersebut dan menukarnya kepada bentuk idea yang terakhir. Kemudian, usahawan tersebut boleh memilih idea yang terbaik untuk memulakan aktiviti perniagaan yang menguntungkan.

4.2 Teknik membina idea yang kreatif
Dalam membina idea yang kreatif mendiang Tan Sri Dato’ Loh kemungkinan menggunakan gabungan teknik Brainstorming, Analogi Paksaan (Forced Analogy), DO IT, Peta Minda (Mind Mapping) dan Kumpulan Nominal (Nominal Group)

Berikut dihuraikan teknik-teknik tersebut:
4.2.1Brainstorming
Brainstorming adalah teknik yang berkuasa (berpengaruh) dan selalu digunakan untuk menghasilkan idea. Semasa sessi brainstorming, setiap ahli kumpulan akan mencadangkan idea dan idea tersebut kemudiannya akan dibincang bersama. Kumpulan brainstorming selalunya diantara empat hingga tujuh orang. William, 2000 menjelaskan terdapat empat peraturan apabila melakukan brainstorming:
a)lagi banyak idea, lagi baik
b) semua idea perlu diterima, walaupun idea tersebut nampak macam gila atau tidak betul
c) gunakan idea ahli group yang lain untuk memperolehi lebih banyak idea
d) Idea berbentuk kritikan atau penilaiain (evaluation) tidak dibenarkan

4.2.2Analogi Paksaan (Forced Analogy)
Analogi paksaan teknik yang berguna dan amat berkesan untuk menjana idea. Sesebuah idea akan dibandingkan dengan masalah yang mempunyai sedikit atau tiada kaitan langsung untuk mendapat pandangan (insight) baru. Terdapat beberapa cara untuk ‘memaksa’ hampir keseluruhan hubungan dan mendapat jalan penyelesaian yang baru, seperti anda dan sebatang pen, musik dan komputer, produk dan pasaran. Perhubungan secara paksaan boleh membantu membina pandangan baru dan juga mencari jalan alternatif yang lain. Untuk membina suatu hubungan, ia memerlukan pilihan terdapat sesuatu objek atau kad bergambar yang akan membantu menjana idea. Pilih objek atau kad tersebut secara rawak dan apa jenis hubungan yang boleh dipaksa.

4.2.3DO IT
Langkah pertama untuk teknik DO IT, kita perlu menganalisa masalah tersebut dengan memastikan soalan yang betul telah diajukan. Mempelajari dan memahami masalah adalah saat yang kritikal untuk membolehkan kita mengenali punca sebenar masalah tersebut. Sekiranya masalah tersebut nampaknya terlalu besar, pecahkan masalah tersebut kepada bahagian-bahagian yang kecil dan lakukan ringkasan masalah tersebut secara singkat jika boleh.

DO IT singkatan untuk:
D  Define problem (kenal pasti masalah)
O  Open mind and apply creative technique (Berfikiran terbuka dan laksanakan teknik kreatif)
I  Identify best solution (kenal pasti penyelesaian terbaik)
T  Transform (lakukan)

Langkah kedua, selepas berjaya kenal pasti masalah tersebut, keluarkan (dijana) idea sebanyak yang mungkin untuk memperolehi jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut. Setiap idea yang dikeluarkan (dijana) adalah amat penting tanpa mengira sama ada idea tersebut baik atau buruk.

Langkah ketiga, kita perlu melakukan kajian dan analisa secara terperinci sebelum memilih cara yang terbaik untuk menyelesaian masalah tersebut. Semua penyelesaian yang ada haruslah diperolehi dari langkah kedua tadi.

Langkah keempat, selepas jalan penyelesaian terbaik dipilih, kini tiba masanya untuk perlaksanaan. Dalam langkah keempat ini, ia melibatkan pembinaan produk yang bersesuaian (reliable) dari idea yang dihasilkan, pasaran dan strategi perniagaan. Ia selalunya melibatkan masa, kos dan tenaga.

4.2.4Peta Minda (Mind Mapping)
Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan gambar atau perkataan (word phases) untuk mengurus (organise) dan membangunkan pendapat secara ‘non linear’. Ia membantu kita ‘melihat’ sesuatu masalah dan jalan penyelesaiannya.

Kebanyakkan manusia menggunakan mind mapping semasa:
a) Brainstorming
b) Mengambil nota (taking notes)
c) Menyegarkan ingatan mereka (refreshing their memory)

Peta minda (Mind mapping) juga boleh digunakan untuk menjana produk baru, menyelesaikan masalah, plan strategi atau membangunkan sesuatu proses. Kunci utama adalah untuk menjana idea dan menyelesaikan masalah tidak semestinya difikirkan secara logikal. Sekiranya suatu idea dijana dari idea lain, jangan cuba menganalisanya dahulu. Tuliskan sahaja idea tersebut di dalam mind map. Sama seperti brainstorming, semakin berserabut hubungan tersebut semakin baik. Dengan cara ini, jalan penyelesaian yang benar-benar inovatif akan dapat dihasilkan.

4.2.5Kumpulan Nominal (Nominal Group)
Kumpulan nominal digunakan untuk menjana idea dan mencari jalan penyelesaian dengan cara bersemuka (face-to-face) di dalam sesebuah kumpulan; setiap ahli kumpulan akan mencatatkan idea mereka sebanyak yang mungkin di dalam helaian kertas. Selepas itu, setiap ahli kumpulan akan menyatakan idea mereka dan seterusnya idea tersebut akan dibincangkan untuk memperolehi penjelasan (clarification) dan penilaian. Akhirnya setiap ahli kumpulan akan mengundi secara senyap idea mana yang terbaik.

5.0kesimpulan
Keusahawanan adalah penting di dalam dunia hari ini. Ia menjadi pemangkin kepada perubahan dan perkembangan ekonomi. Peranan keusahawanan di dalam pembangunan ekonomi bukan setakat meningkatkan kadar per kapita pengeluaran dan pendapatan. Ia juga melibatkan perubahan kepada struktur perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini disertai oleh pertumbuhan dan peningkatan pengeluaran. Satu teori pertumbuhan ekonomi menggambarkan inovasi(pembaharuan) adalah kunci utama kepada perkembangan ekonomi di dalam membina produk atau perkhidmatan baru di dalam pasaran. Aktiviti pembaharuan (inovasi) juga menjadi pendorong para pemodal (pelabur) untuk melabur di dalam peluang baru yang dicipta. Keusahawanan melalui proses pembaharuan (inovasi) mencipta pelaburan baru di dalam dunia perniagaan, di mana ia akan menyebabkan ekonomi berkembang, pekerjaan baru tercipta dan mengurangkan kadar pengangguran.

Keusahawanan melalui proses kreativiti dan innovasi mencipta produk baru dan memberikan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia. Ia menyediakan produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. Di dalam menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik, mereka akan mencari kaedah yang lebih baik untuk memaksimakan sumber dan mengurangkan pembaziran. Dengan ini, masyarakat akan mendapat produk (barangan) dan perkhidmatan yang lebih baik pada harga yang lebih murah.

Keusahawanan membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta manusia melalui produk dan perkhidmatan baru yang diperkenalkan kepada pasaran. Keusahawanan adalah individu yang bukan sahaja mencipta kekayaan tetapi turut sama mendorong pembahagian kekayaan.


Rujukan

MALAYSIA, Open University. (2007). OUMM2103 Entrepreneurship. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Sudin Haron, (1990). Kearah Menjadi Usahawan yang Berjaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Utusan Malaysia Thursday, 29 June 2006

http://en.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew

http://www. 4Strokers.com


Lampiran 1
Sumber : http://www. 4Strokers.com


Spesifikasi motor Honda Cub
Engine: Air-cooled 4-stroke single OHV
Displacement: 49.0cc
Bore x Stroke: 40.0x39.0mm
Max Power: 4.3ps/9,500rpm
Max speed:: 65 km/h
Transmission: 3-speed
Clutch: Wet multi plate centrifugal
Starter: Kick
Frame Type: Step-thru pressed steel tube
Dry Weight: 55.0kg

Lampiran 2
Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Loh_Boon_Siew
Loh Boon Siew
From Wikipedia, the free encyclopedia
Jump to: navigation, search

Please help improve this article or section by expanding it.
Further information might be found on the talk page or at requests for expansion.
This article has been tagged since January 2007.
Tan Sri Dato' Loh Boon Siew 1915-1995 (Chinese: 駱文秀) also known as “Mr Honda” is a Penangite tycoon and the founder of Boon Siew Honda.
Loh was born in Hui-An, Fujian province of China. He spent his childhood collecting pig dung (then used as fuel) to make a living. At age 12, he arrived in Penang in a small boat from China. He could speak only Hokkien and had virtually no formal education. He worked as an apprentice car mechanic (3 dollars monthly) upon his arrival. He stayed in a ‘coolie keng’ (workers' quarters) at 4, Katz Street, Penang and he supplemented his income by washing buses at nights for 10 sen per vehicle.
At age 18, Loh purchased his first 11 units of buses using his 2,000 dollars savings. He reconditioned the buses and sells it for 12,000 dollars. Next he used the money he earned to buy another 39 unit buses. In 1942, all his hard earned money was confiscated by the invasion Japanese armies. But Loh did not give up, after 1945 when the Japanese was defeated, he starts selling bicycles, tyres and motorcycle accessories, soon he expanded his business to used cars, transports and again buses.
In the 1950s, Loh made his first of many forays into property development by building residential villas in Taman Saw Kit and Jalan Loh Boon Siew in Penang.
[edit] Honda Cub
In 1958, while vacationing in metropolitan Japan, Loh noticed the widespread popularity of the Honda Super Cub motorbike. He believed that this low-cost, high-efficiency machine would find a similarly receptive market in the rapidly urbanizing areas of Malaysia. Loh arranged to meet with Mr. Soichiro Honda, the bike's creator, who quickly realized the massive potential for success that a Honda subsidary in Malaysia would have.
Not surprisingly, the first Malaysian Honda showroom was set up on Pitt Street in Penang, very near the home of Boon Siew. As a sign of their deepening bond of trust and respect, the Japanese Honda Motor Co Ltd soon appointed Boon Siew the sole distributor for Honda motorbikes in the country just as the historic first 50 units of Honda 4-stroke cub were being imported.
The rest is history, few years later a factory were built in Penang to assemble the Honda Cub and the Honda motorcycle been renamed as Boon Siew Honda. The Honda Cub became the best selling motorcycles in Malaysia and Loh Boon Siew as the first person to bring the Honda Cub motorcycles into Southeast Asia. The word Kapcai are origin from Honda Cub which means small motorcycle in Malaysia.
[edit] Contribution
He also played a role in the brief merger between Kwong Wah Yit Poh and The Star (Malaysia) in 1974, and among his many charitable causes/deeds was the establishment of the Lam Wah Ee Hospital and the Penang Old Folks Home.
Boon Siew, who had two wives, Oh Guat Sim and Ong Lay Wah, died in his sleep at the age of 79 on Feb 16, 1995. He is survived by five children and 18 grandchildren.


Lampiran 3
Kesan FTA membimbangkan


Thursday, 29 June 2006, 07:46am
©Utusan Malaysia (Digunakan dengan kebenaran)
Oleh Ismail Hashim

JIKA ia menjadi kenyataan suatu episod sejarah akan menjadi kenangan kepada negara kita apabila syarikat Boon Siew Sdn. Bhd. yang sinonim dengan motosikal Honda akan kehilangan francais berikutan tindakan Honda Motor Co Ltd dari Jepun yang akan mengambil alih pengeluaran motorsikalnya di Malaysia.

Berbanding dengan jenama motosikal lain seperti Yamaha, Kawasaki atau pun motosikal dari negara Barat seperti Lambretta dan Vespa, motosikal Honda telah menambat hati majoriti keluarga di Malaysia.

Daripada kampung sehinggalah kepada bandar besar, daripada budak belasan tahun sehingga kepada yang tua bongkok tiga pun motorsikal Honda tetap menjadi kenderaan tunggangan tetap dan mewarnai landskap kenderaan bermotor di jalan-jalan raya di Malaysia selama lebih 50 tahun.

Pengeluaran motosikal Honda ialah syarikat Oriental Holdings Bhd. telah memegang francais bagi memasang dan mengedarkan motosikal Honda sejak tahun 1957 lagi. Ia adalah hasil usaha sama perniagaan yang dimeterai antara pengasas Oriental, mendiang Tan Sri Loh Boon Siew dan pengasas Honda, Soichiro.

Sekarang ini, anak syarikat Oriental, Kah Motor Co Sdn. Bhd. memasang motosikal Honda sementara Boon Siew mengedarkannya.

Daripada berita yang dimuatkan theedgedaily.com (19 Jun 2006) khabarnya Honda Jepun akan mengambil sepenuhnya segala urusan dan operasi perniagaan motosikal Honda di Malaysia.

Malah theedgedaily juga melaporkan daripada sumbernya bahwa francais antara Oriental dan Honda Jepun sudah berakhir pada awal tahun ini.

Persoalannya sekarang adakah ini merupakan kesan pertama daripada Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Jepun-Malaysia?

Bagaimanakah pula kesannya kepada rakyat Malaysia? Adakah mereka akan kehilangan kerja sekiranya pengambilihan itu berlaku? Berapa ramai pula yang akan menganggur?

Bagaimana dengan tenaga kepakaran dan jurutera dari Malaysia, adakah Honda Jepun akan mengekalkannya atau digantikan oleh tenaga kepakaran dari Jepun sendiri.

Adakah pada masa akan datang segala peralatan teknikal yang berkaitan dengan motosikal Honda akan terus diimport dari Jepun dengan kosong tarif?

Keadaan ini tentunya akan mengemukakan cabaran dan persaingan kental kepada pengeluaran motosikal tempatan iaitu Kris. Adakah motosikal Honda akan lebih murah berbanding motosikal daripada Kris?

Jika pengambilalihan berlaku, adakah bermakna pemindahan teknologi Jepun ke Malaysia akan terbantut? Ini kerana harta intelektual atau hak cipta yang akan dipegang terus oleh Jepun dan kita harus membayarnya jika hendak menggunakan teknologi tersebut.

Soalan-soalan yang ditanya ini bertujuan memastikan perkara-perkara sedemikian tidak akan timbul daripada pengambilalihan syarikat Honda dari Jepun.

Adalah difahamkan juga Honda Jepun telah mengambilalihkan semua operasi francaisnya di Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia dan Thailand. Filipina dan Thailand juga mempunyai hubungan perdagangan FTA dengan Jepun.

Tidak dipastikan bilakah pengambilalihan ini akan dimulakan tetapi dikatakan akan berlaku pada tahun ini. Ini bermakna bahawa syarikat Boon Siew juga akan kehilangan pendapatan yang diperoleh daripada francais dengan Honda Jepun itu.

Sehubungan dengan FTA Jepun-Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bahawa Malaysia akan menilai semula perjanjian dua hala perdagangan bebas dengan Jepun, jika terdapat dakwaan ia berat sebelah.

Najib ketika menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Jepun berkata kita akan melihat bagaimana ia dilaksanakan dan tafsiran kepada kerjasama ekonomi itu secara keseluruhannya.

Di bawah perjanjian, Malaysia dalam jangka 10 tahun akan menghapuskan semua tarif berkaitan dengan kemasukan kereta Jepun ke negara ini sebaliknya barangan pertanian seperti mempelam dan produk pertanian yang lain akan menikmati perkara yang sama apabila memasuki pasaran Jepun.

Tidak dipastikan adakah ia melibatkan motosikal juga kerana mesyuarat yang diadakan adalah secara tertutup

Seni bina Komputer

SOALAN 2

‘Virus’ adalah sesuatu yang menjadi ketakutan para pengguna komputer peribadi. Huraikan dengan jelas bagaimana virus boleh bertindak dan menyerang
a) Sistem komputer
b) Pocket PC?

Jawapan:

1.0Pendahuluan
Sejak kemunculannya pertama kali pada pertengahan tahun 1980-an, virus komputer telah mengundang berbagai kontroversi yang masih berlangsung hingga saat ini. Seiring dengan perkembangan teknologi sistem komputer, virus komputer pun menemukan cara-cara baru untuk menyebarkan diri melalui berbagai media komunikasi yang ada.

Istilah computer virus pertama kali digunakan oleh Fred Cohen dalam kertas kerjanya yang berjudul ‘Computer Viruses – Theory and Experiments’ pada tahun 1984. Berikut definisi yang diberikan oleh Cred Cohen dalam kertas kerja tersebut:
“ We define a computer ‘virus’ as a program that can ‘infect’
other programs by modifying them to include a possibly evolved
copy of itself. With the infection property, a virus can spread
throughout a computer system or network using the
authorizations of every user using it to infect their programs.
Every programs that gets infected may also act as a virus and
thus the infection grows.”

Maka, menurut definisi yang diberikan di atas kita dapat mengenalpasti beberapa sifat dasar virus komputer iaitu: mempunyai kemampuan untuk menjangkiti program lain dan menyebar. Pada dasarnya penggunaan istilah virus kerana adanya kesamaan dalam hal sifat antara virus komputer dengan virus yang kita kenal dalam dunia fizik. Di mana keduanya memiliki dua tujuan iaitu: untuk bertahan hidup dan berkembang. Pada dasarnya virus komputer dapat diklasifikasi kepada dua jenis. Jenis pertama virus komputer dibuat untuk tujuan penelitian dan pendidikan. Sedangkan jenis kedua yang merupakan virus yang membahayakan sistem komputer pada umumnya, sering kali disebut dengan istilah virus ‘in the wild’ .

2.0Tanda-tanda serangan virus
Di antara tanda-tanda PC diserang virus ialah PC menjadi “hang” selepas dibuka. Keupayaan atau prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka terlalu perlahan. Keluar mesej ‘Out-of-memory error’ walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi. Sistem operasi Windows tidak boleh dilarikan walaupun sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry. Sistem operasi Windows tidak boleh dilarikan disebabkan fail-fail penting yang digunakan untuk melarikan sistem ini hilang secara tiba-tiba. Ada program-program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya. Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU. Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru. Windows tiba-tiba sahaja reboot dan proses reboot berlaku berulangkali. Utiliti cakera seperti Scandisk melaporkan banyak ‘error’ pada cakera selepas melakukan imbasan cakera.

Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan “crash” secara tiba-tiba. Drive partition bagi cakera keras, CD-ROM dan cakera liut tiba-tiba sahaja hilang. Menerima e-mel yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil contohnya mengandungi dua ekstensi. Perisian antivirus hilang secara tiba-tiba. Perisian antivirus tidak boleh diinstal. Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba. Sistem PC berjalan dengan sendirinya misalnya tetikus menunjuk kesesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dan sebagainya. Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik. Ikon-ikon ganjil terpapar pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini. Muzik atau sebarang audio tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya. Saiz sesuatu fail berubah walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini

3.0Cara Penyebaran Virus
3.1Sistem Komputer
Berikut adalah gambaran umum cara penyebaran berbagasi jenis virus komputer yang umum pada saat ini .

3.1.1Boot Sector Virus
Sebuah PC dijangkitii oleh boot sector virus jika PC tersebut di- boot atau di- re-boot dari floppy disk yang telah dijangkiti oleh virus jenis ini. Boot sector virus cenderung tidak menyebar melalui jaringan komputer, dan biasanya menyebar akibat ketidaksengajaan penggunaan floppy disk yang telah dijangkiti

3.1.2File virus
Virus jenis ini menjangkiti file lain ketika program yang telah terinfeksi olehnya dieksekusi. Oleh sebab itu virus jenis ini dapat menyebar melalui jaringan komputer dengan sangat cepat.

3.1.3Multiparte virus
Virus jenis ini menjangkiti baik boot sector mau pun file jenis lain.

3.1.4Macro virus
Macro adalah perintah yang berisi perintah program otomatik. Pada masa ini, banyak aplikasi umum yang menggunakan macro. Jika seorang pengguna mengakses sebuah dokumen yang mengandung macro yang telah dijangkiti oleh virus jenis ini dan secara tidak sengaja mengeksekusinya, maka virus ini dapat meng- copy dirinya ke dalam file startup dari aplikasi tersebut. Sehingga komputer tersebut menjadi terinfeksi dan sebuah copy dari macro virus tersebut akan tinggal di dalamnya. Dokumen lain di dalam komputer tersebut yang menggunakan aplikasi yang sama akan terinfeksi pula. Dan jika komputer tersebut berada di dalam sebuah jaringan, maka kemungkinan besar virus ini dapat menyebar dengan cepat ke komputer lain yang berada di dalam jaringan tempat komputer tersebut berada. Bahkan jika dokumen yang telah terinfeksi dikirimkan kepada orang lain, misalnya melalui floppy disk ataupun email, maka virus akan menjangkiti komputer penerima pula. Proses ini akan berakhir hanya apabila jika virus ini telah diketahui dan seluruh macro yang terinfeksi dibasmi.

3.1.5Email worm
Sebagian besar penyebab penyebaran virus saat ini adalah attacment email yang telah dijangkiti. Kemudahan pengguna untuk mendownload attachment email tersebut dan mengeksekusinya. Hal ini kerana sering kali isi email yang bersangkutan bersifat ‘mengundang’, misalnya saja untuk kasus worn IloveYou yang menyebar dengan nama file LOVE-LETTER-FOR-YOU.TXT.vbs disertai dengan pesan yang berbunyi: “kindly check the attached LOVELETTER coming from me”.Selain melalui email, worm juga dapat menyebar melalui newsgroup posting.

3.2Pocket PC
3.2.1 Virus Wireless
Walaupun ancaman virus pada peralatan wireless saat ini masih tergolong rendah, namun nampaknya keadaan ini segera berubah. Mengingat sejarah menunjukkan bahawa teknologi internet dapat mengubah cara pembuatan dan penyebaran virus komputer, worms, bahkan trojan horses, maka besar kemungkinan dunia wireless dapat menjadi sasaran berikutnya dari eksploitasi dan perkembangan berbagai jenis malware. Pada dasarnya ancaman virus komputer dan malware lainnya terhadap dunia wireless dapat diklasifikasikan ke dalam tiga golongan besar.

3.2.2 Ancaman Berasaskan Aplikasi ( Application-based Threats)
Ancaman berasaskan aplikasi dapat muncul ketika sebuah program didownload atau dieksekusi pada sebuah peralatan wireless, khususnya bila program tersebut berasal dari sumber yang tidak diketahui. Malware pertama yang bernama Linerty Crack menyerang sistem operasi Palm pada Palm PDAs (Personal Digital Assistans). Program di- download dari sebuah laman web atau diakses melalui IRC (Internet Relay Chat) rooms ini, menyamar sebagai program freeware yang dapat mengubah program cracker untuk aplikasi Liberty Game Boy. Namun ketika dieksekusi, program ini akan menghapus seluruh aplikasi executable yang ada, walaupun tidak mempengaruhi system operasi atau embedded application lainnya.

Banyak pakar yang memperkatakan bahawa keberadaan Trojan horse ini sebagai pertanda bahawa di masa yang akan datang malware jenis ini akan merebak, dan mungkin disertai dengan berbagai kesan merugikan yang dapat ditimbulkan seperti pencurian data dari address book pada peralatan wireless, dan informasi penting lainnya. Sekitar satu bulan setelah kemunculan Liberty, muncul serangan dari sebuah virus yang bernama Palm Phage. Virus ini merupakan virus pertama yang direka untuk menyerang aplikasi Palm PDAs. Palm Phage dapat menyebar ke dalam peralatan baik lain ketika aplikasi yang telah terjangkit dieksekusi (menyerang aplikasi lainnya), ketika mengirimkan data ke peralatan Palm yang lain (melalui media infrared atau RF/Bluetooth), dan ketika bersinkronisasi dengan sebuah PC. Ancaman berasaskan aplikasi dapat melibatkan proses download (dengan protokol FTP atau HTTP) sebuah program executable melalui wireless gateway menuju peralatan wireless .


3.2.3 Ancaman Berasaskan Muatan ( Content-based Threats)
Di dalam ancaman berasaskan muatan, yang menjadi ancaman adalah muatan dari aplikasi (contohnya derogatory message) dan penggunaan dari muatan tersebut (contohnya spamming email). Ancaman berasas muatan yang paling umum pada infrastruktur wireless adalah melalui email yang telah terinfeksi atau spam yang datang dari server SMTP maupun HTTP melalui wireless gateaway menuju peralatan wireless.

Ancaman berasas muatan pertama yang menyerang peralatan wireless terjadi pada bulan Juni 2000 dengan kemunculan virus ‘in the wild’ pertama untuk peralatan wireless bernama Timofonica. Timofonica ditulis menggunakan Visual Basic Script dan menyebar pada jaringan wireless Telefonica SA di kota Madrid. Virus ini menyebar dengan mengirimkan pesan email yang telah terinfeksi dari komputer yang telah terinfeksi sebelumnya. Setelah menemukan target PC baru, virus akan mengeksploitasi aplikasi Microsoft Outlook 98 atau 2000 dan mengirimkan salinan dirinya melalui email kepada seluruh alamt yang terdapat di dalam MS Outlook Address Book. Pada prinsipnya penyebaran virus ini hampir meyerupai penyebaran virus IloveYou yang mewabah pada bulan Mei 2000. Namun, Timofonica lebih dari sekedar virus email , di mana untuk setiap email yang dikirimkannya, virus juga mengirimkan pesan SMS kepada alamat acak yang terdapat di dalam host internet correo.movistar.net . Karena host ini mengirimkan pesan SMS kepada telepon seluler yang bekerja pada standar GSM Eropa, virus mencoba untuk men- spam para pengguna dengan pesan SMS.

Perkembangan peralatan wireless yang semakin kompleks dapat memberikan potensi kepada ancaman berbasis muatan seperti embedded script virus. Meskipun pada awalnya penyebaran hanya berlangsung jika pengguna mengakses attachment yang disertakan dalam sebuah email yang telah terinfeksi, namun kenyataannya kini sudah muncul virus seperti VBS_Kakworm dan VBS_Bubbleboy yang dapat menyebar hanya dengan membuka email yang bersangkutan.

3.2.4 Mixed Threats
Meskipun ancaman jenis ini belum ditemukan, baik secara in the wild maupun dalam penelitian, namun dengan konsep penggabungan ancaman berasas aplikasi dan muatan tampaknya hal ini akan memiliki kesan yang sangat hebat pada saatnya. Misalkan saja bila sebuah virus memiliki kemampuan untuk menggabungkan kode berbahaya pada sebuah program shareware yang dapat di- download serta dapat berpropagasi dengan kecepatan tinggi melintasi berbagai infrastruktur melalui address book email. Sehingga tanpa perlindungan infrastruktur wireless yang memadai, ancaman jenis ini dapat menimbulkan kerusakan yang hebat dan berskala luas.

4.0 Kesimpulan
Perkembangan virus komputer, worms, dan berbagai jenis malware lainnya telah
menimbulkan kesan yang sangat besar dan meluas. Perkembangan teknologi sistem komputer dan komunikasi sering kali dijadikan virus komputer sebagai cara untuk mencari media penyebaran diri yang baru. Mulai dari penyebaran melalui floppy disk dan boot sector pada awal berkembangnya komputer, kemudian beranjak melalui jaringan internet, dan sepertinya virus akan menemukan tempat baru di dalam jaringan komunikasi wireless baik dalam bentuk aplikasi ( aplication-based) maupun dalam bentuk muatan aplikasi ( conten-based). Dengan semakin kaburnya batasan antara peralatan komunikasi wireless dan komputer, ditambah lagi globalisasi seluruh dunia, maka virus komputer dan berbagai jenis malware lainnya akan merambah dunia komunikasi jenis ini. Selain itu jaringan komunikasi peer-to-peer yang semakin marak digunakan dalam berbagai macam aplikasi, dengan kemampuan untuk melewati berbagai bentuk pengamanan sistem seperti firewall, dapat menjadi sasaran mudah dari perkembangan virus komputer.


SOALAN 3
Komputer menyimpan maklumat di dalam ingatan. Walaubagaimanapun, PC yang moden atau stesenkerja mempunyai lapan atau lebih sistem ingatannya sendiri dengan menggunakan pelbagai teknologi ingatan yang berbeza.
a) Kenapa komputer mempunyai terlalu banyak sistem ingatan yang berbeza?
b) Apakah teknologi-teknologi yang penting (contoh pembinaan ingatan, penciptaan dan prinsip pengoperasian) yang biasa dijumpai di dalam senibina komputer? Terangkan dengan jelas kriteria-kriteria bagi setiap teknologi tersebut.
c) Terangkan kriteria-kriteria (contoh kapasiti, harga, masa capaian dsb) bagi pelbagai subsistem ingatan yang terdapat di dalam PC yang moden.

Jawapan:

1.0Pendahuluan
Komputer adalah satu mesin yang telah dicipta dan direka oleh manusia untuk membantu pemprosesan maklumat dan salah satu kompenan penting dalam komputer ialah “Ingatan”. Dalam organisasi sebuah komputer peribadi (PC) atau stesen kerja moden terdapat pelbagai system ingatan dengan menggunakan pelbagai teknologi yang berbeza dan sudah tentu berlainan dari segi kapasiti, masa capaian, harga dan sebagainya.

“Ingatan adalah bahagian dalam komputer yang menyimpan suruhan dan data” CBCA2103(2005, m/s 2)

Ingatan dapat dibahagikan kepada dua:
1. Ingatan Baca Sahaja (ROM): sejenis ingatan yang kandungannya hanya boleh
dibaca.
2. Ingatan Capaian Rawak (RAM): sejenis ingatan yang boleh ditulis dan dibaca.

Selain daripada dua jenis ini, terdapat dua jenis ingatan lagi yang biasanya terdapat
dalam satu sistem komputer, iaitu ingatan bersekutu dan ingatan para.

2.0 Jenis-Jenis Sistem Ingatan
Pada masa dahulu (awal 1950an hingga 1970an) ingatan diperbuat daripada teras bermagnet. Ingatan seperti ini mempunyai saiz yang kecil dengan harganya sangat mahal. Selepas tahun 1970an, ingatan semikonduktor telah dicipta dan pada masa ini, kebanyakan daripada ingatan yang digunakan sekarang adalah daripada jenis ini.

Ingatan dapat dikelaskan kepada jenis-jenis berikut:
2.1 RAM - Ingatan Capaian Rawak (Random Asses Memory)
Ram ialah ingatan yang mengandungi aturcara yang ditulis. RAM menyimpan arahan data dan kepuasan pemprosesan di dalam komputer secara sementara. Ingatan sementara ini diperlu oleh unit pemprosesan pusat supaya boleh dipanggil kembali bila-bila masa pada waktu pemprosesan sedang berlangsung. Kandungan ini boleh diubah, ditambah atau dihapuskan pada bila-bila masa. Ia bersifat meruap iatu menyimpan data secara sementara, di mana apabila bekalan kuasa dioffkan maka data-data yang ditulis/disimpan akan hilang. RAM juga bertindak sebagai buffer untuk memegang data sementara dari input/output devices.
Perkara penting dalam sistem komputer adalah “ingatan”. Kecil besarnya sesebuah komputer bukanlah dinilai dari ukuran fizikalnya, tetapi bergantung pada sedikit banyaknya ingatan yang boleh disimpan di dalamnya. Program-program dimasukkan di dalam ingatan sebelum ianya dijalankan.
Maklumat-maklumat disimpan dan diproses di dalam ingatan sebelum ianya disimpan di dalam cakera. Dos menyelaraskan operasi yang berbagai-bagai dengan menjalankan arahan-arahan dan pembentukan operasi tertentu, juga di dalam ingatan
RAM terbahagi kepada dua jenis iaitu statik dan dinamik.
2.1.1 RAM statik (SRAM) dapat menyimpan kandungannya sehingga kuasa dimatikan.
SRAM –Banyak digunakan utk Ingatan Cache, masa capaian pantas, kurang daripada10 ns.
2.1.2RAM dinamik (DRAM) berbeza sedikit kerana ia adalah satu tatasusunan kapasitor
yang sangat kecil, dengan setiap satu daripadanya boleh dicas atau dinyahcas. Oleh kerana cas elektrik akan hilang, maka setiap bit dalam DRAM mesti disegarkan bagi setiap beberapa juta nanosaat untuk mengelakkan kehilangan data. Disebabkan DRAM hanya melibatkan kapasitor yang sangat kecil, ia boleh dibina dengan kapasiti yang
sangat besar.

Terdapat beberapa jenis DRAM. Antaranya ialah:
(i) EDO DRAM (Extended Data Output DRAM)
teknologi DRAM terbaru
(ii) CDRAM
(iii) SDRAM –(Synchronous DRAM)
Menggunakan jam untuk penyegerakan isyarat input dan output
(iv) RDRAM (RAMbus DRAM)

2.2 ROM (Read Only Memory)
Data dalam ROM dimasukkan semasa ROM dibuat di kilang. Kebanyakan alat permainan berkomputer menyimpan data yang dikehendaki di dalam ROM. Dalam kebanyakan sistem komputer, ROM digunakan untuk menyimpan satu aturcara pemula yang dikenali sebagai pemuat bootstrap. Fungsi utama pemuat bootstrap ialah untuk menghidupkan sistem pengoperasian bagi suatu komputer bila kuasa dihidupkan. ROM lebih murah daripada RAM jika dibeli dalam bilangan yang banyak. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diubah, dan masa menunggu untuk mendapatkan ROM daripada kilang mungkin memakan masa beberapa minggu. Untuk memudahkan sesebuah syarikat memperkembangkan hasil buatan berasaskan ROM, PROM (Programmable Rom) atau ROM yang boleh diaturcarakan telah dicipta. Cip ini sama seperti ROM, tetapi ia membenarkan data dimasukkan ke dalamnya dengan menggunakan satu teknik pengaturcaraan yang dikenali sebagai pengaturcaraan medan.
Perkembangan seterusnya ialah EPROM (Erasable Programmable Rom), iaitu ROM yang bukan sahaja boleh diaturcara tetapi juga boleh dipadamkan. ROM yang lebih canggih daripada EPROM ialah EEPROM atau dikenali juga sebagai EAROM, yang dapat dipadam dengan mengenakan denyut elektrik.

2.3 Ingatan Bersekutu (Associate Memory)
Ingatan utama secara amnya disusun secara berjujukan. Untuk mencari suatu data dalam ingatan utama. Pencarian dengan menggunakan alamat dilakukan di mana semakan dibuat pada setiap kata di dalam ingatan tersebut satu demi satu sehingga data yang dikehendaki ditemui. Masa untuk mencari data ini dapat dijimatkan sekiranya data yang tersimpan dalam ingatan dapat dicapai menggunakan kandungan data, bukannya menggunakan alamat. Satu unit ingatan yang boleh dicapai melalui cara ini dikenali sebagai ingatan bersekutu atau ingatan teralamat kandungan (content addvessable memory). Ingatan bersekutu dapat menjimatkan masa capaian data. Namun begitu harganya sangat mahal berbanding dengan ingatan capaian rawak, kerana setiap selnya mesti mempunyai keupayaan untuk menyimpan data dan juga mempunyai litar logik untuk memadankan kandungan data.
Justeru itu, ingatan bersekutu hanya digunakan bagi aplikasi yang memerlukan capaian data dibuat dalam jangka masa yang sangat singkat.

2.4 Ingatan Para (Cache Memory)
Masa yang diambil untuk mencapai data daripada ingatan adalah lambat berbanding dengan masa untuk memproses data tersebut. Walau bagaimanapun, analisis kepada penggunaan ingatan mendapati bahawa capaian kepada ingatan bagi sela masa yang tertentu biasanya tertumpu kepada satu kawasan dalam ingatan. Fenomena ini dinamakan sebagai sifat kesetempatan capaian ingatan.
Oleh itu, jika bahagian ingatan ini dimasukkan ke dalam satu ingatan kecil yang cepat, masa yang diambil untuk mencapai ingatan juga akan dapat dikurangkan. Ingatan kecil yang pantas ini dinamakan sebagai ingatan para.
Cara penggunaan ingatan para ialah seperti berikut:
1. Suatu kata yang dikehendaki disemak sama ada terdapat dalam ingatan para atau tidak.
2. Jika ada, kata tersebut akan diambil.
3. Jika kata tersebut tiada, satu blok ingatan yang mengandungi kata tersebut akan diambil dan disimpan dalam ingatan para.

3.0 Teknologi-Teknologi dalam Sistem Ingatan
3.1 Alamat Ingatan
Unit asas dalam ingatan ialah digit perduaan yang dipanggil bit. Bit menggunakan simbol 0 atau 1. Gabungan lapan bit dikenali sebagai 1 bait.
Ingatan mengandungi sebilangan sel atau lokasi, yang setiap satunya boleh menyimpan satu data.
Satu sel dalam ingatan dikenali sebagai kata. Saiz kata bagi suatu mesin tidak semestinya sama dengan mesin yang lain. Setiap kata mempunyai nombor masing-masing yang dipanggil alamat. Kedudukan setiap data atau suruhan dalam ingatan dapat dirujuk melalui alamat tersebut. Jika suatu ingatan mempunyai n kata, ia akan mempunyai alamat dari 0 hingga n-1.Bilangan lokasi yang ada bergantung kepada saiz alamat. Jika sebanyak m bit data digunakan untuk menyimpan alamat, bilangan sel yang dapat dirujuk ialah sebanyak 2 m .

3.2 Kapasiti
Kapasiti ialah jumlah bit yang dapat dimuatkan dalam satu ingatan. Kapasiti ini biasanya
disukat dengan menggunakan ringkasan K, M atau G yang membawa makna kilo bait, mega bait dan giga bait.
1 K bait = 1024 bait
1 M bait = 1024 K bait
1 G bait = 1024 M bait
1.3 Penyusunan Bait

Bait dalam kata boleh dinomborkan daripada kiri ke kanan ataupun dari kanan ke kiri. Dalam cip yang dikeluarkan oleh Motorola penomboran bermula dari kiri, manakala Intel pula menomborkan bait dari kanan Penomboran dari kiri ini dinamakan sebagai “big endian”, manakala penomboran dari kanan dinamakan sebagai “little endian”.

Kedua-dua cara penomboran ini boleh digunakan. Masalah hanya akan timbul apabila satu mesin cuba menghantar suatu rekod kepada mesin yang menggunakan cara penomboran yang berbeza. Mesin yang menerima akan menafsirkan rekod yang diterima dengan cara yang salah. Penyelesaian kepada masalah ini memerlukan perisian yang boleh mengubah rekod yang diwakilkan dengan menggunakan suatu cara penomboran kepada rekod yang menggunakan cara penomboran yang lain.

3.3 Kod Pembetulan Ralat
Ingatan komputer kadang-kadang boleh mengalami kesilapan dan kegagalan sehingga boleh menyebabkan nilai yang disimpan di dalamnya berubah. Untuk mengawal kesilapan ini, kebanyakan ingatan menggunakan Kod Pengesan Kesilapan. Apabila kod ini digunakan, beberapa bit tambahan ditambah pada setiap kata ingatan melalui cara tertentu. Bila suatu kata dibaca daripada ingatan, bit tambahan ini diperiksa untuk melihat sama ada terdapat kesilapan atau tidak. Jika suatu kata mempunyai kesilapan, alkhwarizmi Hamming akan digunakan untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

3.4 Cip Ingatan
Ingatan semikonduktor disediakan dalam bentuk litar bersepadu atau dikenali juga sebagai cip. Perkembangan dalam teknologi litar bersepadu telah membolehkan cip ingatan yang empunyai kapasiti yang lebih besar dengan harga yang lebih murah dikeluarkan.

Bilangan bit yang boleh diletak di dalam cip meningkat empat kali ganda bagi setiap 3atau 4 tahun. Pada awal 1970an, satu cip hanya mengandungi 1Kbit; kemudian menjadi
4K, 16K, 64K, 256K dan seterusnya. Mulai tahun 1990, terdapat cip ingatan yangmengandungi lebih daripada 4 juta bit atau 4M. Pada hari ini, cip ingatan yangmengandungi 128M telah banyak digunakan.

Satu yang menarik dalam perkembangan teknologi ingatan ini ialah tentang harganya yang semakin murah. Cip 128M dapat dibeli dengan kos yang sama dengan cip 16M beberapa tahun yang lepas.

3.5 Organisasi Ingatan
Cip ingatan dapat disusun dengan dua cara, sama ada untuk membentuk satu ingatan dengan bilangan kata yang lebih banyak ataupun untuk membentuk satu ingatan dengan saiz kata yang lebih besar. Sebagai contohnya 4 cip 32K x 8 dapat disusun untuk membentuk satu ingatan 128K x 8 atau membentuk satu ingatan 32K x 32.

4.0 Rumusan
Mengetahui dan memahami pengendalian data dapat membantu menambahkan lagi keberkesanan sesuatu pengoperasian komputer. Dari semasa ke semasa, perkembangan teknologi yang begitu pantas telah mendorong kepada penghasilan ingatan yang mempunyai keupayaan yang jauh lebih cekap dan efisyen.


Rujukan

Fred Cohen.(1984) Computer Viruses – Theory and Experiments.

Pratiwi Mileniawati (2005). Mengenal Virus Komputer – Part V : Jakarta

MALAYSIA, Open University. (2005). CBCA2103 Seni Bina Komputer. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Mark Ludwig.(1994) The Giant Black Book of Computer Viruses. American Eagle Publications,Inc.

http://fcit.usf.edu/network/chap6/chap6.htm

Pengajian Islam - Tamadun Islam

Soalan:
2.Tamadun Islam ialah tamadun kerohanian dan kebendaan yang berdasarkan ajaran Islam dan berkonsepkan Tauhid, serta sifatnya yang menyeluruh. Ramai orang yang tidak mengetahuai hal ini. Kebanyakan orang mengatakan dunia yang bertamadun ini adalah hasil dari tamadun barat.
Bincangkan…

1.0 Pendahuluan

Tamadun bermaksud peradaban, kemajuan (kebendaan dan kerohanian), kebudayaan, keilmuan, pergaulan, pendidikan, teknologi, akhlak dan sopan santun. Dalam bahasa Inggeris tamadun diterjemahkan dengan culture, renaissance, enlightenment dan civilization.
Daalam bahasa Arab kalimah-kalimah seperti ath-thaqafah, al-hadharah, al-umran, al-bunyan, almadanoah dan at-tamadun digunakan. Manakala dalam bahasa Melayu yang biasa dipakai ialah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani.

Dalam Islam, kemajuan dan pembangunan tidak terhad kepada kebendaan dan fizikal sahaja, malah ia merangkumi kerohanian, akhlak dan akal. Justeru, masyarakat atau negara maju atau bertamadun bukan sahaja mempunyai kemajuan dalam bidang kebendaan, bangunan, sains dan teknologi, malah terangkum di dalamnya masyarakat yang berperibadi mulia, pergaulan yang baik dan berkerjasama, harmoni antara pelbagai kaum, agama dan bangsa, dan tidak ada kezaliman.

Justeru itu, Tamadun Islam didefinasikan sebagai “pembangunan, kebudayaan, peradaban, pendidikan dan sebagainya yang berlandaskan ajaran Islam yang berpaksikan tauhid, iaitu kepercayaan kepada tuhan yang satu”( OUM LANH1203, 2005, m/s 4)

Tamadun Islam membangunkan ummah supaya maju dalam bidang kebendaan, kebudayaan, pendidikan keilmuan, politik, ekonomi, social, kesihatan, keagamaan, kerohanian dan sebagainya. Ia membentuk manusia menjadi baik, dan manusia yang baik ini pula akan membentuk tamadun baru yang baik dan bersifat Rabbani(ketuhanan).
Manusia ini pula akan benar-benar dapat menjalankan tugasnya sebagai “Khalifah Allah” untuk memakmurkan bumi ini. Bumi dijadikan tempat kediaman manusia dan segala apa yang ada di atas muka bumi atau di dalam perut bumi adalah untuk keperluan dan kegunaan manusia. Firman Allah dalam surah al-Baqarah:



Bermaksud: Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada dibumi. Surah al-Baqarah 29.

Dengan demikian, manusia menggunakan semua kemudahan yang ada di alam ini, khasnya di atas muka bumi dan di dalam perut bumi. Walaupun manusia dapat mengolah isi bumi dengan akal anugerah Allah tetapi manusia tetap memerlukan Tuhan sebagai tempat mengadu dan memohon sebarang hajat. Dalam Islam, Tuhan itu ialah Allah iaitu Tuhan yang wujud dan Hidup selama-lamanya. Dia tidak mati dan tidak rosak dan Dia kekal selama-lamanya.

2.0 Sifat-sifat Tamadun Islam

Tamadun Islam adalah berbeza jika dibandingkan dengan tamadun lain. Tamadun Islam berpaksikan Tauhid dan berfungsi untuk membangunkan manusia, antara sifat-sifatnya:



2.1 Sejagat
Tamadun Islam bukan terhad kepada mana-mana bangsa tertentu dan untuk tempat-tempat tertentu sahaja. Tamadun Islam tidak berdasarkan kepada adat dan budaya sesuatu bangsa, tetapi ia berlandaskan ajaran Islam. Justeru, ia bukan milik sesuatu suku kaum dan bangsa, sebaliknya ia milik seluruh manusia yang berpegang kepada agama Islam dan yang bukan Islam.

2.2 Terbuka
Tamadun Islam tidak terbatas kepada had-had tertentu, sama ada masa atau tempat. Ia terbuka kepada semua tamadun selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam. Tamadun selain Islam boleh diteruskan selagi ia tidak bertentangan dengan dasar shariah.

2.3 Sepanjang zaman
Tamadun Islam ialah tamdun yang terus hidup sepanjang zaman. Bermula dari tarikh turunnya wahyu hinggalah kehari ini dan selanjutnya, ia terus berkembang dan tidak ada had waktu dan masa. Tidak ada siapa yang berhak mengatakan bahawa tamadun Islam tidak boleh lagi berfungsi kerana dunia sudah maju, sebab Islam itu maju bersama-sama dengan kemajuan dunia.

Selagi orang Islam terus mengamalkan ajaran Islam, maka selama itulah orang Islam terus menghidupkan tamadun Isalam kerana maksud tamadun Islam itu ialah menghayati ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan. Ini termasuklah pembangunnan material seperti perbandaran, perumahan, pendidikan, teknologi, politik, ekonomi dan sebagainya.

Sebaliknya jika seseorang Islam yang terlibat dalam sector ekonomi, politik, teknologi, pendidikan, pembangunan dan sebgainya, tetapi ia tidak menjga prinsip-prinsip Islam, seperti menindas, menipu, menzalimi dan sebagainya, bermakna dialah orang yang meruntuhkan tamadun Islam, walaupun ia seorang Islam.

2.4 Toleransi
Tamadun Islam bukanlah satu yang terlalu rigid sehingga tidak mahu menerima tamadun lain. Ia bersifat toleransi terhadap agama dan budaya lain mengikut had-had yang ditentukan. Misalnya, mengunjungi rumah orang bukan Islam pada hari-hari kebesaran atau tahun baru, tidak dilarang selagi tidak ada niat hendak membesarkan agamanya, sebaliknya hanya meraikan kawan sahaja. Masyarakat bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tidak dilarang mengamalkan agama dan budaya mereka, malah menganjurkan dan terus mengekalkan hubungan baik dengan penganut-penganut agama lain.

2.5 Berpaksikan Tauhid
Tamadun Islam, sama ada kemajuan dalam bidang-bidang kebendaan, ciptaan dan penemuan baru dalam teknologi, social, politik, ekonomi dan pendidikan, semuanya merujuk kepada kebenaran Tuhan Pencipta seluruh alam. Tidak ada satu pun yang bersifat keduniaan semata-mata.

Sistem ekonomi sebagai contoh, adalah untuk kepentingan diri dan keluarga, di samping menolong mastarakat dan membantu kemajuan negara. Kita tidak boleh menindas, menipu, menzalimi atau monopoli kerana kegiatan ekonomi kita berpaksikan Tauhid, yakni mengikut perintah Allah. Demikianlah dalam aspek lain, selagi tidak ada pertentangan dengan kehendak Islam, maka kita membangun tamadun yang berpaksikan Tauhid.

3.0 Sejarah Perkembangan dan Keagungan Tamadun Islam

Sebagaimana yang kita ketahui tamadun Islam berkembang serentak dengan perkembangan agama Islam, iaitu dengan perutusan Muhammad sebagai rasul pada tahun 610M.. Apabila turunnya wahyu pertama melalui malaikat Jibril pada 17 Ramadhan tahun 610M yang membacakan lima ayat daripada surah al-Alaq di Gua Hira’.

Selepas beberapa hari turun pula ayat daripada surah al-Muddathir ayat 1-7, yang mana memerintah Baginda s.a.w menyeru orang lain supaya tinggalkan berhala. Firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang yang berselimut. Berilah peringatan dan amaran(kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesarannya. Dan pakaianmu hendaklah kamu bersihkan. Dan segala kejahatan hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi sesuatu(dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu hendaklah engkau bersabar(terhadap tentangan musuh). Surah al-Muddathir 1-7.

Dengan turunnya ayat ini, Baginda mula menyeru orang lain supaya meninggalkan sembah berhala dan perkara-perkara lain yang dianggap buruk. Di sini bermulalah budaya hidup baru, iaitu tidak menyembah berhala dan tidak melakukan perkara yang merosakkan dan menjatuhkan martabat manusia. Inilah tamadun baru, iaitu Tamadun Islam.

Lebih kurang 13 tahun lamanya Nabi Muhammad s.a.w menyeru umat Arab di Makkah supaya beriman kepada Allah yang Esa dan meninggalkan berhala serta perangai buruk yang lain seperti membunuh anak perempuan, berperang sesama sendiri, berzina dan sebagainya.

Pada tahun 622M Baginda mendapat perintah supaya berhijrah ke Yathrib, yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah. Di Madinah, Rasulullah s.a.w. telah dipilih menjadi ketua bagi semua masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Di sinilah tertubuhnya sebuah kerajaan baru, iaitu negara kecil Islam Madinah. Pemerintahan dan pentadbiran negara ini berdasarkan ajaran Islam sepenuhnya.

Ajaran Islam yang membentuk keperibadian dan perwatakan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dalam mencorakkan tamadun awal Islam menunjukkan bahawa Islam mendorong umatnya mencapai kemajuan menurut acuan yang ditentukan oleh al-Qur’an serta al-Sunnah. Maka dengan itu lahirlah Madinah al-Munawwarah, sebuah negara yang sentiasa menjadi model sehingga hari ini. Kecemerlangan Madinah sebagai pusat kerajaan Islam menarik perhatian bangsa lain di dunia ketika itu kerana kehebatan personaliti Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpinnya dan juga warga Madinah yang majmuk sifatnya tetapi berupaya membentuk suasana kehidupan yang aman harmoni.

Kestabilan politik Madinah dan keharmonian kehidupan penduduknya sebenarnya berasaskan sebuah piagam yang tertua di dunia dan yang terawal ditulis, iaitu Piagam Madinah yang mengandungi 47 fasal atau perkara. Dalam piagam ini dinyatakan tentang kepemimpinan negara (Perkara 1 & 23), perpaduan (Perkara 2), pengiktirafan kaum (Perkara 3 hingga 11), keselamatan (Perkara 3 hingga 10, 13 & 24), jaminan social (Perkara 2, 10, 11 hingga 16) dan kebebasan mengamalkan ajaran agama (Perkara 25).

Kejayaan demi kejayaan dicapai oleh Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat Baginda dalam segenap aspek; sosial, politik, ekonomi, pertahanan serta ketenteraan dan sebagainya. Namun, ada kalanya pula Baginda diuji dengan pelbagai cabaran seperti yang berlaku dalam beberapa peristiwa seperti Perang Uhud yang mencatat kekalahan bagi tentera Islam. Pada awalnya, tentera Islam berjaya membuatkan tentera musuh berundur, namun disebabkan cuai dan leka, mereka akhirnya terkepung lalu ditewaskan dan banyak pejuang agung Islam, antaranya Hamzah ibn `Abdil Muttalib terkorban syahid. Kekalahan ini seterusnya dijadikan sumber kekuatan untuk bangkit mencipta lebih banyak kemenangan. Rahsia kejayaan umat Islam pada zaman keagungan Islam ini berdasarkan keimanan mereka yang amat tinggi terhadap Allah s.w.t., ketaatan mereka terhadap perintah serta larangan-Nya di samping keperibadian serta akhlak mereka yang sungguh luhur. Mereka telah dididik oleh Rasulullah s.a.w. dengan sifat serta amalan hidup yang suci murni. Misalnya kita dapat melihat bagaimana mereka amat bertaqwa kepada Allah s.w.t. dalam segenap keadaan dan dalam semua perkara, mengamalkan nilai-nilai mulia seperti ithar (mengutamakan orang lain berbanding dengan kepentingan diri), berkasih sayang, sentiasa berkorban apa sahaja demi agama Allah dan sebagainya. Sifat-sifat mulia ini dijelaskan dalam ayat al-Qur’an (Surah al-Fath (48), ayat 29 dan Surah al-Hasyr (59), ayat 8-10).

Kehidupan bermasyarakat mereka begitu harmoni dan stabil disebabkan sifat-sifat mulia ini, terutamanya sifat berkasih sayang sesama mereka kerana Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, sudah tentulah galakan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. menjadi asas bagi “hubungan hati” sesama mereka yang begitu intim lagi tulus sifatnya. Misalnya ialah sebuah Hadith daripada Mu`az ibn Jabal r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah berfirman, `Kasih sayang-Ku wajib bagi mereka yang berkasih sayang pada (jalan)-Ku, bagi mereka yang duduk bersama-sama pada (jalan)-Ku, bagi mereka yang ziarah-menziarahi pada (jalan)-Ku dan bagi mereka yang saling beri-memberi pada (jalan)-Ku.” (Al-Tabarani)

Zaman Rasulullah s.a.w. merupakan zaman kegemilangan sistem sosial, politik dan ekonomi. Umat Islam pada ketika itu telah berjaya membentuk sebuah masyarakat (ummah) yang bersatu padu di bawah pemerintahan kerajaan Islam yang kukuh. Walaupun kemajuan sains dan teknologi pada waktu itu tidaklah secanggih zaman moden tetapi asas tamadun telah dibina dengan kukuhnya. Asas yang kukuh inilah yang kemudiannya menjadi inspirasi yang begitu kuat mendorong generasi sesudah sahabat mencapai kegemilangan dalam hampir semua bidang.

Tamadun Islam terus berkembang ke zaman sahabat, iaitu selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Ia bermula pada tahun 632M. Sahabat-sahabat ini digelar khulafa ar-Rashidin. Mereka ialah:

(i) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq r.a. – (632M)
(ii) Khalifah Umar al-Khatab r.a. – (634M)
(iii) Khalifah Uthman bin Affan r.a. – (644M)
(iv) Khalifah Ali bin Abi Talib r.a. – (655M)
Mereka ini berpegang teguh dengan prinsip-prinsip Islam iaitu berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, dan dikuti oleh pengganti mereka.

Prinsip ini juga yang mendasari tamadun Islam dan menjadikan ia berbeza dengan tamadun lain di dunia.

Tiga ciri utama tamadun Islam adalah akidah suci dan kukuh kepada Allah; syariah yang dijadikan panduan serta peraturan hidup dan akhlak mulia. Ciri itu yang membuatkan pembinaan tamadun gemilang oleh umat Islam lebih bererti berbanding bangsa lain di dunia.

Tamadun Islam yang berasaskan prinsip suci, contohnya yang diwakili oleh Kerajaan Bani Ummayyah (Damsyik: 41-133 Hijrah/ 661 -750 Masihi. dan Andalus: 139-423 Hijrah./756-1031 Masihi) dan Bani Abbasiyyah (Baghdad: 132-656 Hijrah/750-1258 Masihi) memperlihatkan keunggulan yang tidak terbanding.

Ilmu pengetahuan pada zaman pemerintahan Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Damsyik berkembang dengan pesat dan meliputi bidang bahasa, sastera, sains, perubatan serta ilmu agama seperti hadis, fiqh, tafsir dan tauhid. Antara kota yang menjadi tumpuan perkembangan ilmu adalah Kufah dan Basrah di Iraq (ilmu bahasa serta sastera).

Kerajaan Bani Ummayyah yang berpusat di Andalus pula berkembang lebih pesat, selain berjaya membina tamadun lebih besar dalam pelbagai aspek agama dan bukan agama.

Cordova menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah pada abad keempat Hijrah/10 Masihi. Bangsa Eropah memperoleh manfaat daripada perkembangan ini.

Mereka berpeluang mempelajari banyak ilmu Islam yang berkembang di seluruh Andalus. Ia bukan saja di Cordova, malah bandar lain seperti Seville, Toledo dan Granada.

Bagi Kerajaan Abbasiyyah pula, kegemilangannya juga setanding Bani Ummayyah di Andalus.

Kota Baghdad seperti Cordova juga memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun Islam, terutama pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan puteranya, al-Ma'mun. Kegemilangan zaman pemerintahan kedua-dua pemerintah berwibawa ini mendorong sejarawan menamakannya Zaman Keemasan Kerajaan Abbasiyyah.

Hal ini kerana, pada zaman itu, kegiatan ilmiah berkembang dengan amat pesat melalui penulisan buku, penterjemahan, hubungan diplomatik dan perdagangan dengan negara maju luar, termasuk di Eropah, India dan China secara meluas.

Hasil kegiatan ilmiah ini melahirkan ramai tokoh ulama, ahli bahasa, sastera dan tokoh dalam bidang ilmu yang lain, termasuk bidang astronomi, astrologi, matematik, perubatan seni muzik dan falsafah. Kesan dan pengaruh kegiatan ilmiah ini terhadap dunia luar amat besar.

Para pemikir besar Islam seperti Ibnu Sina, Al-Farabi, Al-Khindi, Al-Ghazali, Ibnu Taymiyyah, Imam Shafie, Ibnu Hazm, dan banyak lagi telah memberi sinar yang begemerlapan kepada tamadun dunia pada masa itu. “Ini pernah disinggung oleh Franz Rosenthal dalam buku beliau “keagungan Ilmu”(1993). “Renaissance” yang muncul di Eropah yang pada masa itu masih dalam zaman kegelapan mereka sebenarnya adalah hasil daripada pengambilan dan cedukan idea-idea para pemikir Islam dan pengaruh besar ilmu pengetahuan daripada Tamadun Islam. (. Wan Liz Ozman 2000. m/s 299 )

4.0 Kemerosotan Tamadun Islam


Berbicara mengenai Baghdad yang diasaskan oleh al-Mansur pada 762 Masihi atau nama asalnya Madinah al-Salam, tentunya tidak lupa untuk mengaitkannya sebagai salah satu ikon utama tamadun Islam. Kedudukan penting Baghdad membanggakan, namun yang tragisnya, kota itu kerap menjadi tumpuan misi kehancuran oleh manusia yang tidak bertamadun.

Serangan dan kemusnahan ke atas Baghdad bagaikan pita rakaman yang diulang berkali-kali. Apa yang menyedihkan, keruntuhan Baghdad turut meruntuhkan bersama-samanya asas keyakinan umat Islam bahawa mereka masih boleh membina tamadun berpandukan kegigihan dan usaha keras generasi sebelumnya.

Kota agung kebanggaan Islam ini mengalami kehancuran buat pertama kalinya ketika pemerintahan al-Mu’tasim (1258 Masihi) apabila Hulagu Khan, iaitu cucu Genghiz Khan yang memimpin 200,000 tentera kejam Mongol menyerang Baghdad.

Khalifah, pembesar Baghdad serta umat Islam dibunuh dan mayat mereka dicampakkan ke dalam Sungai Tigris. Bangunan yang menjadi mercu tanda kegemilangan Islam dirobohkan.

Demikian juga Baitul Hikmah, universiti dan madrasah yang menjadi nadi penggerak perkembangan tamadun dunia pada zaman itu turut dimusnahkan. Sungai Tigris juga menjadi saksi terpadamnya khazanah ilmu Islam yang dihumban ke dalamnya, lalu menukar airnya menjadi lautan tinta yang pekat.

Kehancuran dan keruntuhan kota Baghdad sering diratapi oleh umat Islam sama ada pujangga mahupun orang biasa.

Manusia mengharapkan detik gemilangnya akan kembali tiba, tetapi kini, segala harapan yang disimpan menjadi suram laksana wanita tua yang meninggalkan zaman mudanya dan hilang kecantikan yang menghiasi dirinya. Demikianlah keagongan Tamadun Islam mula lenyap dan Tamadun Barat mula mengambil alih tempatnya.

5.0 Penutup

Kita harus menerimanya dengan penuh reda dan insaf. Inilah cabarannya untuk kita umat Islam, khususnya di Malaysia untuk kembali bangkit membina semangat dan kekuatan agar berupaya membina tamadun gemilang, jika pun tidak setanding Baghdad.

Prinsip kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam membina sebuah negara yang gemilang sifatnya terletak pada kegigihan Baginda membentuk masyarakat yang teguh iman serta peribadinya. Jika kejayaan yang sama mahu dicapai oleh kita pada zaman yang serba mencabar ini, maka prinsip yang sama haruslah dijadikan pegangan. Maka dengan demikian, pengukuhan aqidah dan akhlak setiap individu perlu menjadi agenda utama perjuangan. Tumpuan dan perhatian sudah pastilah tertumpah pada anak-anak kecil dan yang muda remaja yang akan menjadi pemimpin pada masa hadapan. Golongan muda remaja khususnya perlulah ditanamkan semangat juang yang tinggi untuk berusaha mencapai kejayaan serta kegemilangan demi agama, bangsa dan negara.

Gagasan idea dicetuskan dan yang tinggal hanya kesungguhan untuk membuktikan bahawa kita berkeupayaan menjadikan cita-cita murni ini bukan sekadar mimpi atau khayalan tetapi benar-benar suatu kenyataan.

Lebih penting, buktikan juga bahawa tamadun yang dibina itu tidak sesekali akan terikat dengan tuntutan alam, sejarah mahupun resam dunia iaitu yang berada di puncak pasti akan kembali ke tanah semula.

Dengan kata lain, kita mesti berusaha menghindari perkara negatif, hasil perbuatan sendiri bagi memastikan pencapaian tamadun kita sentiasa berada pada tahap cemerlang dan gemilang.

“Khusus bagi golongan remaja dan belia Islam, kita amat berharap agar mereka berpegang dengan matmalat dan wawasan hidup yang suci dan sebelum tangggungjawab kepemimpinan pada masa hadapan diserahkan kepada mereka, maka segala persediaan yang secukupnya perlulah diberikan. Dengan kata-kata lain, segala masalah yang berkaitan dengan golongan remaja dan belia ini seperti krisis keruntuhan akhlak haruslah diselesaikan secara tuntas. Untuk tujuan ini, mereka perlu diberikan pendidikan Islam secara komprehensif, akal mereka dibekalkan dengan semua cabang ilmu, tubuh mereka dilatih dengan segala kekuatan fizikal, roh mereka diasuh dengan kekuatan ibadah khusus serta umum dan akhlak mereka dipupuk dengan nilai murni lagi mulia.”
(Dr. Yusuf Abdullah al-Qaradawi, 1996, Wajah Baru Belia, Siri Sarjana Celdes).

Jika semuanya ini dapat dicapai, maka mudahlah bagi negara melaksanakan perancangan membina peradaban menurut acuan serta bentuk yang ditentukan. Peradaban ini pula diharapkan menjadi contoh sehingga diturut jejak dan langkahnya sepanjang zaman.


RUJUKAN


MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Wan Liz Ozman Wan Omar (2000). Mengurus Agenda Abad 21. Cabaran dan Persiapan Dalam Era Globalisasi. Kuala Lumpur: Golden Books Centre

Wan Roslili Abd Majid (2005) Tamadun Gemilang Mesti Selari Kehendak Sejagat. Kuala Lumpur: IKIM

Yusuf Abdullah AlQaradawi. (1996). Wajah Baru Belia: Siri Sarjana Celdes.

Sila Klik Jika Ingin Bantu