Blog ini mengandungi koleksi assignment penulis semasa menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi, walaubagaimanapun penulis tidak bertanggungjawab terhadap mutu tugasan dan ketepatan fakta yang terdapat di dalamnya. Pengunjung haruslah membuat pertimbangan sendiri...
Himpunan tugasan/assignment akan diupdate dari masa kesemasa... rajin-rajinlah menjengah.... tq

Sunday, June 28, 2009

Pengajian Islam - Seni Muzik/Nyanyian dalam Islam

1.0 Pendahuluan
Islam ialah agama yang sesuai dengan tabiat dan fitrah manusia. Allah ciptakan manusia dan ciptakan juga naluri dan perasaan yang ada pada manusia. Manusia suka dan cinta kepada benda yang baik, seperti makanan yang baik dan sedap, bau yang wangi dan harum, memandang yang cantik dan menarik, mendengar yang sedap, enak dan merdu. Semua nikmat dan keseronokan ini adalah naluri anugerah Allah, dan ia memberi kesan kepada fikiran, hati dan perasaan manusia. Dengan demikian tidak mungkin shariat menentang sesuatu naluri itu kerana ia ciptaan Allah. Shariat hanya mengaturkan supaya naluri itu dicapai dengan cara yang baik. Seni muzik dan nyanyian juga adalah salah satu cabang seni dalam Islam dan keharusannya seringkali menjadikannya topik perbincangan atau perbahasan umat Islam.

Muzik(At-Taghanni) didefinasikan sebagai “nada yang disusun sedemikian rupa sehingga mengandungi irama, lagu, dan keharmonian (terutama menggunakan alat-alat yang dapat menghasilkan bunyi). Muzik ialah seni menyusun suara atau bunyi.”
(Ensiklopedia Hukum Islam, m/s 1257)
Dari pengertian ini terlihat bahawa muzik tidak terbatas pada penyusunan suara yang indah saja tetapi juga pada penyusunan bunyi-bunyian.

Adapun nyanyian (Al-Ghina’)pula ialah “mengeluarkan suara bernada, berlagu, baik dengan lirik maupun tidak.” L
(Ensiklopedia Hukum Islam, m/s 1257)nsik

Sehubungan itu, baik muzik maupun nyanyian, keduanya hanya merupakan salah satu naluri universal kemanusiaan yang wajar. Unsur umum bagi muzik dalam berbagai kebudayaan adalah “irama”.
H
2.0 Hukum Muzik dan Nyanyian
Ulama Fiqh berbeza pendapat mengenai hukum muzik (At-Taghanni - dalam istilah Fiqh) dan nyanyian (Al-Ghina’). Ada yang membolehkannya dan ada pula yang melarangnya. Masing-masing kelompok ulama mengajukan hujah yang mendukung pendapat mereka. Muhammad bin Ali Asy-Syaukani (tokoh Fiqh dan hadis dari Yaman) menjelaskan banyak di antara ulama Fiqh berpendapat bahawa hukum menyanyi dan alat muzik adalah haram, sedangkan ulama Madinah dan ulama Mazhab Az-Zahiri membolehkannya.

Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali bin Yusuf bin Abdullah Al-Fairuzabadi Asy-Syirazi (393 H/1003 M - 476 H/1083M; salah seorang tokoh Fiqh Mazhab Asy-Syafi’i) tidak melarang muzik secara keseluruhan.

Muzik boleh digunakan dalam pesta berkhatan. Sedangkan muzik yang akan membangkitkan nafsu dan digunakan di luar kedua macam pesta tersebut hukumnya haram.

Adapun nyanyian dibolehkan jika dengan tujuan untuk memacu (mempercepat jalannya) unta yang sedang berjalan.

Imam Al-Ghazali (tokoh terkemuka dari Mazhab Asy-Syafi’i) berpendapat bahawa banyak nas syara’ yang menunjukkan kebolehan menyanyi, menari, menabuh rebana yang diiringi dengan gerakan-gerakan yang menggunakan alat-alat perang, seperti senjata dan perisai pada hari-hari raya. Hal ini menurut Imam al-Ghazali, dapat dikiaskan dengan hari-hari gembira lainnya seperti dalam acara berkhatan.

Lebih jauh lagi Imam Al-Ghazali mengutip salah satu pendapat Imam Asy-Syafi’i (pendiri Mazhab Asy-Syafi’i) yang mengatakan bahawa sepanjang pengetahuannya tidak ada di antara ulama Hijaz yang membenci mendengarkan muzik dan nyanyian, kecuali nyanyian yang di dalam syairnya terdapat ungkapan yang tidak baik, seperti ungkapan-ungkapan porno yang dapat membangkitkan nafsu berahi.

Ulama Fiqh dari Mazhab Hanafi hanya melarang (mengharamkan) nyanyian yang di dalamnya terdapat kata-kata (ungkapan-ungkapan) yang tidak sopan yang dilarang oleh agama; misalnya menyebut dan mengungkap sifat-sifat kelelakian seorang pria. Adapun nyanyian yang bebas dari syair-syair tidak sopan tersebut, seperti nyanyian yang memuat pujian terhadap keindahan alam, hukumnya boleh (halal).

3.0 Penggunaan Alat Muzik P
Ulama Mazhab Maliki berpendapat bahawa alat-alat muzik yang disiapkan untuk perayaan pesta perkahwinan boleh digunakan dalam acara perkahwinan tersebut. Namun demikian, ada di antara ulama Mazhab Maliki berpendapat bahawa muzik boleh digunakan dalam setiap acara gembira. Adapun mengenai nyanyian yang dibolehkan adalah nyanyian yang mengandung syair yang baik, yakni yang bebas dari ungkapan yang dilarang agama.

Tiada perselisihan antara Ahli Madinah mengenai keharusan Al-‘Ud, sejenis alat muzik bertali seperti gambus dan gitar.

Ulama Mazhab Hanbali berpendapat bahawa tidak halal menggunakan alat-alat muzik seperti gambus, seruling, gendang, baik dalam acara pesta perkahwinan maupun acara-acara lainnya. Seandainya ada acara walimah yang di dalamnya digunakan alat-alat muzik, maka tidak wajib memenuhi undangan pesta tersebut. Adapun menyanyi dengan memerdukan suara hukumnya boleh.

4.0 Perbahasan mengenai dalil
Berkenaan dengan halal atau haramnya muzik dan nyanyian dalam Islam telah menimbulkan banyak perbahasan antara ulama sepanjang zaman. Berikut diutarakan hujah-hujah mereka.

4.1 Dalil-dalil Yang Membolehkan
Ulama yang membolehkan menggunakan alat muzik dan nyanyian mengajukan beberapa dalil untuk memperkuat pendapat mereka.

Dalil-dalil dimaksud antara lain sebagai berikut:

1. Surah Luq-man, ayat 19 yang bermaksud;

“...dan lunakkanlah suaramu. Sesungguh-nya seburuk-buruk suara ialah suara keledai”

Imam Al-Ghazali memahami ayat ini melalui Mafhum Mukhalafah-nya, sehingga Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa Allah taala memuji suara yang baik. Dengan demikian, tidak terlarang mendengarkan nyanyian yang baik.

2. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

Aisyah Bte Abu Bakar berkata:

“Pada suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke tempat-ku. Di saat itu ada dua gadis di sampingku yang sedang menyanyi-kan lagu ‘Hari Bu’ats’ (kisah suatu peperangan di benteng Bu’ats). Saya melihat Rasulullah S.A.W berbaring sambil memalingkan mukanya.”Ketika itu Abu Bakar As-Siddiq datang dan marah kepadaku. Kata Abu Bakar “Di rumah Rasulullah s.a.w ada seruling setan?” Mendengar ucapan Abu Bakar tersebut Rasulullah s.a.w bersabda “Ya Abu Bakar! Biarkanlah keduanya menyanyi, sesungguhnya bagi setiap kaum ada ulang tahunnya dan hari ini adalah ulang tahun kita” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

3. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

Aisyah pernah mengahwinkan seorang wanita dengan seorang laki-laki Ansar. Ketika itu Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya “Wahai Aisyah, tidak adakah kalian mempunyai hiburan (nyanyian) sesungguhnya orang-orang Ansar menyukai hiburan (nyanyian)” (Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad bin Hanbal)

4. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

Hadis yang menceritakan bahawa dua orang wanita mendendangkan lagu yang isinya mengenang para pahlawan yang gugur dalam peristiwa Perang Badr (17 Ramadan 2H) sambil memukul gendang. Di antara syairnya berbunyi,

“Dan kami mempunyai nabi yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari” (Riwayat Ahmad bin Hanbal).

Imam Ghazali dalam Ihya'nya setelah membawakan beberapa hadis tentang bernyanyinya dua orang gadis itu, permainannya orang-orang Habasyah di dalam masjid Nabawi yang didukungnya oleh Nabi dengan kata-katanya: karena kamu, aku melihat hai Bani Arfidah, dan perkataan Nabi kepada Aisyah: engkau senang ya Aisyah melihat permainan ini; dan berdirinya Nabi bersama Aisyah sehingga dia sendiri yang bosan serta permainan Aisyah dengan boneka bersama kawan-kawannya itu, kemudian Ghazali berkata: Bahwa hadis-hadis ini semua tersebut dalam Bukhari dan Muslim dan merupakan nas yang tegas, bahawa nyanyian dan permainan, bukanlah haram.

4.2 Dalil-Dalil Yang Melarang
Ulama yang melarang menggunakan alat muzik dan nyanyian antara lain adalah Ibnu Al-Jauzi (tokoh hadis Mazhab Hanbali), Imam Al-Qurtubi dan Muhammad bin Ali Asy-Syaukani. Mereka mengajukan beberapa dalil sebagai hujah untuk mendukung pendapat mereka. Dalil-dalil yang mereka gunakan antara lain sebagai berikut.

1. Firman Allah taala dalam surah Al-Isra, ayat 64 yang bermaksud;

“Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu (suaramu - saut)...”

Dalam terjemahan Al-Quran Departemen Agama Indonesia kata Saut bererti ajakan. Menurut Mujahid (w.104 H, salah seorang Tabiin), kata Saut (suara) bererti nyanyian.
Ertinya syaitan menggunakan nyanyian sebagai salah satu jalan untuk menyelewengkan manusia. Maka sebab itu nyanyian dilarang.

2. Firman Allah taala dalam surah An-Najm, ayat 59-61 yang ertinya;

“Maka apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu menertawakan dan tidak menangis? Sedangkan kamu melengahkan(nya).”

Ibnu Abbas mengertikan kata Samidun ( melengah-kan[nya]) dengan makna bernyanyi (dalam keadaan bernyanyi-nyanyi). Pendapat ini didukung oleh Mujahid dan Ikrimah bin Abu Jahal (w. 105 H).

3. Firman Allah taala dalam surah Luqman; ayat 6 yang ertinya;

“Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperolehi azab yang menghinakan.”

Beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w, di antaranya Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud, dan tabiin seperti Mujahid, Qatadah bin Di’amah As-Sadusi Al-Basri (w.118H) dan Ibrahim An-Nakha’i (w.177H) serta sebahagian ahli tafsir seperti Ibnu Katsir (w.774H) menafsirkan kata Lahwa Al-Hadis (perkataan yang tidak berguna) dalam ayat di atas dengan makna nyanyian atau menyewakan jasa biduanita.

4. Sabda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“...Tetapi saya melarang dua macam suara, yakni suara (tangisan) orang yang ditimpa “musibah yang disertai dengan mancakar muka dan merobek-robek baju, dan suara dari orang-orang yang sedang menyanyi dengan menggunakan seruling syaitan (bunyi seruling yang membisingkan)” (Riwayat At-Tirmizi).

Ungkapan ini dikemukakan Rasulullah s.a.w dengan suara yang tinggi (marah) sehingga seruling yang ditiup itu dikatakan sebagai seruling setan.

5. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Pada umat ini akan terjadi bencana tanah longsor, pertukaran rupa, dan kerusuhan.” Mendengar ungkapan Rasulullah s.a.w itu salah seorang dari sahabat bertanya: “Ya bilakah ia akan terjadi.” Rasulullah s.a.w menjawab “Apabila biduanita, alat-alat muzik, dan minuman khabar telah muncul di tengah-tengah masyarakat” (Riwayat At-Tirmizi)

6. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram.” (Riwayat Al-Bukhari)

4.3 Sanggahan Terhadap Dalil-Dalil Yang Dikemukakan
Ulama Fiqh yang membolehkan muzik dan nyanyian mengajukan sanggahan terhadap dalil-dalil dan pemahaman yang dikemukakan oleh kelompok ulama yang melarang muzik dan nyanyian.

Terhadap pembatasan makna kata Saut yang terdapat dalam surah Al-Isra’, ayat 64 dengan erti nyanyian, menurut Ibnu Katsir di dalam kitab Tafsir Al-Quran Al-‘Azim bahawa sekalipun secara bahasa kata Saut merupakan kata yang mengandung arti kiasan. Sebab, pada umumnya manusia tidak dapat mendengar suara iblis (Iblis dan Syaitan). Manusia hanya dapat merasakan bisikan-bisikan iblis yang mengajak kepada sikap durhaka kepada Allah taala.

Menurut Muhammad Quraish Shihab (ahli tafsir kontemporeri dari Indonesia) merupakan pembatasan yang tidak mempunyai dasar. Kalaupun pembatasan tersebut diterima dan kata saut diertikan dengan makna nyanyian, maka nyanyian yang dimaksud adalah nyanyian yang didendangkan oleh syaitan sebagaimana yan ditunjuk oleh bunyi ayat tersebut dan di saat ada nyanyian yang didendangkan oleh bukan setan, maka belum tentu termasuk yang dikecam oleh ayat tersebut.

Seperti halnya pemahaman terhadap surah al-Isra’, ayat 64, pemahaman terhadap surah Luqman, ayat 6 dibantah oleh kelompok yang membolehkan muzik dan nyanyian.

Menurut mereka kata-kata Lahwa Al-Hadis tidak dapat diertikan dengan nyanyian. Muhammad Quraish Shihab menjelaskan, seandainya kata tersebut memang diertikan “nyanyian”, maka yang dikecam oleh Allah taala melalui ayat tersebut adalah kata-kata dimaksud digunakan sebagai alat untuk menyesatkan manusia. Jadi, bukan terletak pada nyanyian atau bukan nyanyian. Memang dapat difahami jika nyanyian yang mengandung kata-kata yang tidak sejalan dengan ajaran Islam harus ditolak.

Ibnu Hazm mengatakan:

“Apabila Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud menafsirkan kata lahwa al-hadis dengan makna nyanyian, maka sesungguhnya teks ayat itu sendiri-dalam hal ini Li Yudill’an Sabil Allah (untuk menyesatkan dari jalan Allah) telah menentang penafsiran tersebut”.

Sebab, demikian Ibnu Hazm, Lahwa Al-Hadis yang dimaksud dalam ayat tersebut adalah lahwa al-hadis yang jika dilakukan akan mengakibatkan kekafiran bagi pelakunya. Misalnya, seorang membeli mushaf dengan tujuan untuk menyesatkan orang lain dan memperolok-olok serta mempermainkannya, maka tentu yang bersangkutan akan tergolong orang-orang yang kafir dan Lahwa Al-Hadis semacam inilah yang dikecam oleh ayat tersebut. Adapun Lahwa Al-Hadis yang tidak bermaksud menyesatkan orang lain dan memperolok-olok, tetapi untuk menghibur diri tentu tidak dikecam oleh ayat tersebut. Artinya, ayat itu tidak ditujukan kepada orang-orang yang menghibur diri tanpa bermaksud menyesatkan manusia lainnya dari ajaran Allah taala. Adapun orang yang tidak melalaikan kewajiban agamanya sekalipun dia sibuk menyanyi, orang dimaksud tetap sebagai orang yang baik (muhsin).

Demikian juga halnya dengan An-Najm, ayat 59-61 yang didalamnya terdapat kata Samidun yang oleh ulama yang melarang muzik dan nyanyian diertikan sebagai “dalam keadaan menyanyi-nyanyi”.

Menurut Quraish Shihab, erti tersebut tidak disepakati oleh ulama tafsir, kerana kata tersebut sekalipun digunakan oleh suku Humyar (suku bangsa Arab) dalam erti menyanyi, tetapi di dalam kamus-kamus bahasa Arab seperti Mu’jam Al-Maqayis Fi Al-Lugah dijelaskan bahawa akar kata Samidun adalah samada yang maknanya berkisar pada “berjalan bersungguh-sungguh tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan, atau secara majaz (kiasan) dapat diertikan “serius” atau “tidak mengindahkan selain apa yang dihadapinya”.

Dengan demikian, lanjut Quraish, kata samidun, sebagai yang dikatakan oleh Ibnu Katsir, dalam ayat tersebut dapat diertikan “orang yang lengah” (Ghafilun).

Terhadap dalil yang berupa hadis Nabi s.a.w juga dikritik oleh ulama yang membolehkan muzik dan nyanyian. Menurut Ibnu Hazm, hadis-hadis yang dikemukakan sebagai dalil untuk mengharamkan muzik dan nyanyian adalah hadis-hadis yang tidak dapat dipertanggungjawabkan, semuanya Maudu’(hadis rekaan) atau Maqtu’ (sanadnya terputus). Hadis Abu Amir atau Abu Malik Al-Asyjari:

“Sesungguhnya akan terdapat dalam jajaran umatku orang-orang yang menghalalkan zina, sutera, khamar, judi, dan muzik; semua yang memabukkan hukumnya haram.” (Riwayat Al-Bukhari)

misalnya, dari segi sanadnya adalah Hadis Munqati’, sebab ada perawi yang tidak disebutkan, yakni antara Imam Al-Bukhari dan Hisyam. Akan tetapi, anggapan atau penilaian ini dibantah oleh Ibnu Hajar Al-Asqalani. Menurut Ibnu Hajar, hadis tersebut berdasarkan syarat (kategori) Imam Al-Bukhari yang terkenal sebagai hadis yang bersambung (tidak terputus mata rantai) sanadnya.

Matan (teks hadis) tersebut menjelaskan bahawa azab diturunkan kerana mereka menghalalkan zina, minuman keras, menghalalkan sutera dan membolehkan tampilnya biduanita di depan forum yang bercampur laki-laki dan perempuan serta menghalalkan penggunaan alat muzik di luar batas-batas yang dibenarkan agama. Jadi bukan nyanyian yang mengakibatkan turunnya azab tersebut.

Berkata Al-Fakihani:

“Aku tidak ketahui dalam kitab Allah dan tidak pula dalam Sunnah satu hadits sahih yang jelas dalam pengharaman alat hiburan. Sesungguhnya semuanya hanya bersifat umum dan bukan dalil Qat`ii.6”

Dr Wahbah Az-Zuhaili berpendapat:

“Sesungguhnya lagu-lagu patriotik atau yang mendorong pada kebaikan atau jihad (perjuangan), tiada halangan (haram) bagi nya dengan syarat tiada percampuran bebas dan menutup aurat wanita kecuali muka dan tapak tangan. Adapun lagu-lagu yang mendorong pada kejahatan, tidak syak akan pengharamannya, hatta di kalangan mereka yang mengharuskan nyanyian, khususnya kemunkaran di radio dan tv yang banyak terdapat di zaman kita hari ini.

5.0 Penutup
Di kalangan ulama Fiqh dikenal dua macam jenis haram, yaitu: haram zati (kerana bendanya), dan haram aridi (kerana sifat/penggunaannya). Alat-alat muzik dan nyanyian tergolong ke dalam jenis kedua, yaitu tergantung pada penggunaan dan isinya.
Jumhur Ulama Mengharuskan muzik dan nyanyian dalam Islam. Namun di situ ada beberapa ikatan yang harus kita perhatikan sehubungan dengan masalah muzik dan nyanyian ini, iaitu:
Berdasarkan perkara di atas, dicadangkan dasar-dasar dan batas-batas minima berikut bagi menentukan musik dan lagu ‘halal’ bagi masyarakat awam;

1. Hiburan tidak boleh mengandungi apa yang diharamkan oleh Allah taala atau menjurus kepada yang haram seperti memuja wanita, mendedahkan aurat, menggalakkan pergaulan bebas, mengandungi kata-kata yang membawa kekufuran seperti memuja syaitan dan mempropagandakan kepercayaan agama lain, memuja dadah dan arak, mengandungi khayalan-khayalan yang tidak bermanfaat seperti khayalan cinta, menghina amalan-amalan Islam dan memfitnah.

2. Hiburan dipersembahkan dengan menepati adab-adab yang telah ditetap oleh Islam.

3. Hiburan hendaklah tidak menyebabkan pengabaian sesuatu yang lebih penting berdasarkan prinsip penentuan prioriti dalam Islam seperti berhibur hingga terlupa bersolat dan terlalu tenggelam mendengar muzik sehingga tidak membaca Al-Quran.

4. Hiburan bukanlah alternatif pada amalan ibadat khusus tetapi pendorong padanya.

5. Hiburan hendaklah menjauhi dari unsur menyerupai penganut agama lain atau golongan yang berakhlaq rendah kerana Islam sentiasa menuntut umatnya agar menyalahi amalan penganut agama lain dan menjauhi dari dikaitan dengan akhlaq-akhlaq yang keji. Ini dapat dilihat dari larangan bersolat selepas solat Subuh dan selepas Asar kerana menjauhi amalan penyembah matahari dan amalan berpuasa sembilan dan sepuluh Muharram kerana menyalahi amalan orang Yahudi yang berpuasa pada sepuluh Muharram sahaja.
Sebagai contoh ialah berambut panjang. Walau pun tiada dalil khusus yang melarang orang lelaki berambut panjang tetapi oleh kerana ia telah menjadi simbol para penyanyi Rok yang dikeji oleh Islam maka ia perlu ditinggalkan.

6. Semua alat muzik adalah harus kecuali ia digunakan untuk sesuatu yang haram atau menjurus pada yang haram atau sebab-sebab sampingan yang lain yang diharamkan. Ini berdasarkan pada pandangan Ibn Hazm yang berpendapat bahawa dalil-dalil mengenai pengharaman alat-alat bertali dan tiupan adalah lemah.

7. Tertakluk pada dasar-dasar hiburan, nyanyian oleh wanita adalah harus. Ini berdasarkan pada pendapat bahawa suara wanita bukan aurat.

8. Penyanyi wanita hendaklah menjaga batas-batas hijab atau tidak berjoget atau berlenggang lenggok secara mengghairahkan.

9. Hukum nyanyian dan lagu juga berkaitan dengan konteks ia disampaikan. Lagu bertemakan cinta, jika dinyanyikan untuk memuja wanita dan berkhayal ia membawa pada haram tetapi jika ia dinyanyikan untuk isteri atau suami bagi mengeratkan lagi kasih sayang maka ia dibenarkan. Ini termasuk di bawah kaedah Al-Umur Bi Maqasidiha.

10. Begitu juga lagu-lagu yang bersifat abstrak atau kiasan, keharusannya bergantung pada bagaimana ia ditafsirkan. Sekiranya pentafsirannya menjurus pada haram maka ia menjadi haram dan sebaliknya.
Demikianlah diantara batas-batas minima yang mengharuskan muzik dan nyanyian dalam Islam, sekiranya diingkari maka layaklah pelakunya, dan pendengarnya diancam dengan siksaan yang sangat, iaitu sebagaimana sabda beliau:
"Sungguh akan ada beberapa orang dari ummatku yang minum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka itu bisa dilalaikan dengan bunyi-bunyian dan nyanyian-nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu kedalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi." (Riwayat Ibnu Majah)
Wallahu a’lam

RUJUKAN
Al Quran dan Terjemahan (1974). Jakarta: Yayasan Penyelenggaraan, Penterjemah/Pentafsiran Al Quran

Ensiklopedia Hukum Islam. Muzik dan Nyanyian. Jld 4. Jakarta : PT. Ikhtiar Baru Van Hove.

MALAYSIA, Open University. (2005). LANH1403 Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.
Muhammad Yusuf Qardhawi. (1993). Halal dan Haram Dalam Islam.Alih bahasa: H. Muammal Hamidy : PT. Bina Ilmu.

Teknologi Maklumat

Soalan 2
(a) Andaikan yang anda telah membina satu program di mana kod sumbernya
adalah bahasa pengaturcaraan JAVA. Untuk melaksanakan program tersebut, kod sumber perlu diterjemahkan kepada bahasa mesin. Apakah yang anda akan gunakan, pengkompil atau penterjemah atau kedua-duanya? Berikan Justifikasi untuk jawapan anda.

Jawapan ;
Java adalah bahasa berasaskan objek dan ia mempunyai cirri-ciri C++ dan Simula. “Ia menukarkan aturcara Java kepada byte code, bukan kepada kod objek, dan byte code ini boleh dilarikan pada mana-mana system pengendalian dengan menggunakan mesin maya Java tanpa sebarang perubahan”.
OUM (2004, m/s. 152)
Oleh itu sekiranya saya membina satu program dimana kod sumbernya adalah bahasa pengatucaraan Java, saya akan menggunakan penterjemah kerana kod punca tidak perlu dikompil atau ditukar kepada kod objek sebelum ia boleh dilarikan kepada mana-mana komputer.
Dengan adanya byte code memungkinkan pengaturcaraan Java bersifat mudah alih antara banyak system komputer dan ia terkenal dengan slogan, Tulis Sekali, Dilarikan di mana-mana (Write Once, Run Every Where).
Walaupun aturcara dalam penterjemahan adalah lebih perlahan dari aturcara yang dikompil dan dilarikan dalam bentuk objek, namun ia mempunyai kelebihan sendiri yang harus digunakan.


2(b) Walaupun terdapat pelbagai bahasa pengaturcaraan yang moden dan terkini pada masa kini seperti JAVA, VB dan sebagainya , bahasa pengaturcaraan C masih digunakan untuk membina program. Terangkan fenomena ini.

Jawapan;
Walaupun terdapat pelbagai bahasa pengaturcara yang moden seperti JAVA, VB dan sebagainya. Bahasa pengaturcaraan C masih digunkan untuk membina program ialah kerana ia mempunyai beberapa cirri yang menarik.
Aturcara dalam C adalah bersifat mudah alih, di mana pengguna hanya perlu kompil semula aturcara tersebut pada system pengendalian yang berlainan
Untuk menghasilkan kod objek yang sesuai.
“Bahasa C telah lama digunakan dan kebolehannya terbukti. Versi asal C dikenali K&R C untuk mengambil sempena Brian Kernighan dan Dennis Ritchie yang menulis The C Programing Language, buku yang mentakrifkan bahasa ini, dan C tidak mempunyai dialek-dialek yang jauh berbeza kerana hampir semua pengkompilnya mematuhi takrifan K&R C”.
Raden (1993, m/s. 3)
Bahasa C amat baik digunakan untuk menulis perisian system kerana C boleh melakukan operasi-operasi terus pada paras mesin. Kebolehan ini serta kecekapan C membenarkannya menggantikan bahasa penghimpun dalam banyak situasi.
Oleh kerana aturcara ini bersifat mudah alih. Ia boleh dipindahkan kepada mesin-mesin/komputer lain dengan mudah. Ini dapat menjimatkan belanja kerana kos menulis semula sebarang perisian adalah tinggi.


2 (c) Pencetak bintik matriks masih terdapat dalam beberapa organisasi walaupun terdapat pencetak yang lebih sofistikated seperti pencetak pancut dakwat, pencetak laser dan sebagainya. Terangkan mengapa.

Jawapan ;
Walaupun terdapat pencetak pancut dakwat, pencetak laser dan sebagainya yang lebih sofistikated yang dapat mencetak dengan lebih pantas serta menghasilkan lebih banyak dokumen yang lebih menarik, namun penggunaan Pencetak Bintik Matrik masih digunakan dibeberapa organisasi kerana beberapa sebab.
Perbezaan harga yang tinggi menyebabkan penggunaan pencetak bintik matrik masih bertahan. Sebagai contoh, sebuah pencetak laser berharga berkali-kali ganda mahal daripada sebuah pencetak bintik matrik yang boleh diharap.
Pencetak laser perlu menggantikan kartrij toner yang berharga lebih kurang sama dengan pencetak bintik matrik yang berprestasi rendah; manakala
Pencetak bintik matrik pula hanya perlu menggantikan reben lama dengan yang baru sekali-sekala.
Pencetak bintik matrik boleh digunakan untuk mencetak borang berbilang lapis, sesuatu yang sesetengah pencetak lain tidak dapat melakukan.
Walaupun demikian, dengan kepesatan perkembangan teknologi semasa, pengilang-pengilang terus memperkenalkan pencetak-pencetak yang lebih baru, lebih pantas, lebih bijak, mesra pengguna, lebih murah yang pada pendapat saya akan memungkinkan penggunaan pencetak bintik matrik akan dilupakan.



2 (d) Bincangkan tiga keburukan tetikus jenis optik tanpa wayar.

Jawapan ;
Tetikus optik tanpa wayar ialah tetikus yang menggunakan cahaya dan memerlukan pad tetikus yang boleh membalikan cahaya. Tetikus ini mempunyai bahagian disebut pengesan cahaya (photodetector). Biasanya digunakan pada komputer berkuasa tinggi seperti komputer pelayan. Ia berkomunikasi dengan komputer dengan memancarkn isyarat infra merah atau isyarat radia intensif rendah.
Terdapat beberapa keburukan tetikus jenis ini, di antaranya ialah:
1. Bagi tetikus tanpa wayar yang memancarkan isyarat infra merah masalahnya lebih kepada halangan antara dua perkakasan berinteraksi, iaitu antara tetikus dan peranti penerima. Satu garis lurus harus sentiasa dikekalkan untuk tikus berfungsi dengan baik. Sekirannya terdapat halangan, tetikius jenis infra merah tidak dapat menggerakkan kursur di skrin dan ia harus diperhatikan setiap masa dan ketika.
2. Biasanya tetikus jenis ini menggunakan bateri bagi menjalankan aktiviti. Bateri yang digunakan boleh bertahan selama sesuatu had masa mengikut penggunaan ataupun mengikut masa yang dijanjikan oleh pengeluar sesetengah model. Ini satu perkara yang agak menyusahkan memandangkan bateri harus ditukar. Begitu juga semasa memasang bateri kedudukannya harus tepat, kerana jika tersilap pasang, tetikus tidak akan berfungsi. Ini sudah tentu menjadi masalah kepada pengguna yang tidak mahir.
3. Harga tetikus tersebut amat mahal jika dibandingkan dengan tetikus bebola biasa. Begitu juga jika berlaku kerosakan, kos yang tinggi diperlukan untuk memperbaikinya.
Soalan 3
(a) Apakah itu perisian sumber terbuka ? Bincangkan tiga kelebihan dan dua kelemahan perisian Linux.

Jawapan ;
“Perisian sumber terbuka ialah satu jenis perisian yang boleh diperolehi bersama dengan kod sumbernya secara percuma oleh pengguna”.
OUM (2004, m/s. 86)
Ia tidak mempunyai hak milik (tidak seperti Windows, MacOs dan Sun Solaris). Pengguna boleh membuat sebarang perubahan kepada kod sumbernya, Walaubagaimanapun pengguna diminta untuk berkongsi perubahan tersbut dengan pengguna-pengguna lain melalui internet. Contoh-contoh perisian sumber terbuka yang banyak digunakan kini adalah Linux(Sistem Pengendalian), Perl (bahasa laporan), Apache(Pelayan Web), gcc (Pengkompil bahasa C), Python (bahasa skrip), Scilab (Perisian Matematik) dan R (Perisian Statistik).
Dewasa ini, Perisian-perisian sumber terbuka khususnya Linux yang mempunyai cirri-ciri teguh, multi pemprosesan, multi pengguna dan beberapa cirri canggih lagi banyak digunakan dipersekitaran penyelidikan, universiti dan organisasi dan juga orang awam. Ini disebabkan oleh kemampuan dan kelebihannya jika dibandingkan dengan pesaing-pesaingnya yang lain.
Perisian Linux mempunyai sumber sokongan yang meluas. Sama ada melalui internet oleh mereka yang secara sukarela memberikan bantuan, nasihat dan tunjuk ajar . Malahan terdapat syarikat-syarikat besar dalam ICT seperti IBM,
HP dan SUN mempunyai rangkaian sokongan untuk Linux Pertambahan minat pelbagai golongan ICT juga menambah lagi nilai sokongan terhadap Linux
Setiap komponen dalam perisian dan system operasi Linux tidak bergantung antara satu sama lain. Sebuah perisian boleh dijalankan tanpa perlu memasang perisian sampingan. Pengguna boleh menggunakan sumber komputer sebaik mungkin tanpa pembaziran .
Linux adalah system operasi yang popular dikalangan pakar mahir IT di seluruh dunia. Para pembangun kod-kodnya yang terdiri daripada mereka yang bijak padai dalam ICT dan semuanya dilakukan kerana ia adalah sebuah hobi yang diminati dan secara sukarela. Perkara yang dilakukan secara sukarela, kerana hobi akan dilakukan sepenuh hati tanpa maksud keuntungan. Mereka hanya mahu lahirkan yang terbaik untuk masyarakat dan komuniti. Kini Linux semakin mendapat tempat dihati masyarakat. Konsep perisian sumber terbuka membuka mata memberikan kebaikan kepada pengguna komputer. Satu perkara yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kekayaan di muka bumi.
Walaubagaimanapun perisian Linux masih terdapat beberapa kelemahan. Di antaranya ialah :
1. Oleh kerana ia dihasilkan oleh rami pengaturcara, maka reka bentuknya boleh dianggap tidak mesra pengguna dan ia sangat susah untuk dipasang (Install).
2. Perisian Linux adalah perisian bukan komersil, menyebabkan pilihan untuk software kurang di pasaran. Begitu juga sesetengah Vendor tidak mahu memasang (Install) perisian ini ke komputer-komputer baru.


3 (b) Bincngkan dua kelebihan dan kelemahan model rangkaian dalam konteks system pengkalan data.

Jawapan:
Rangkaian ialah gabungan atau koleksi komputer yang dihubungkan antara satu sma lain menggunakan berbagai media komunikasi dan peranti komunikasi yang membolehkan pengguna berkongsi data, maklumat, perkakasan dan perisian. Manakala Pangkalan Data adalah koleksi beberapa fail yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain.
Walaupun secara dasarnya terdapat terlalu banyak kelebihan system rangkaian komputer, namun demikian ia juga mempunyai beberapa kelemahan. Berikut dibincangkan kelebihan serta kelemahan model rangkaian dalam konteks system pangkalan data.
Kelebihan.
1. Sistem komputer yang dirangkaikan menyediakan kemudahan bagi tujuan perkongsian atau pemindahan fail dengan kadar yang pantas. Tanpa system rangkaian, sesuatu fail atau data yang ingin dikongsi atau dipindahkan, terpaksa disalin ke dalam media storan seperti disket, dibaea atau dihantar dari satu tempat (atau komputer) ke tempat (komputer) lain. Kaedah ini memerlukan masa yang lebih lama.
2. Perisian aplikasi seperti perisian pemprosesan perkataan, hamparan elektronik dan sebagainya amat diperlukan oleh sesebuah institusi pendidikan atau organisasi perniagaan. Namun demikian, untuk mendapatkan perisian asli bagi setiap komputer yang digunakan amatlah membebankan dari segi kos dan juga penyelenggaraan dikemudian hari.
Perisian aplikasi versi rangkaian dapat mengatasi masalah tersebut kerana harganya lebih murah jika dibandingkan dengan membeli perisian aplikasi secara individu. Proses peningkatan upaya (upgrading) juga dapat

dijalankan dengan lebih mudah. Ini memandangkan proses tersebut hanya perlu dilakukan pada perisian atau fail yang terdapat di komputer pelayan sahaja. Ia juga dpat mengelakkan penyediaan masa dan tenaga yang banyak untuk meningkat serta mengawal komputer secara berasingan.

Kelemahan.
1. Apabila sesebuah system komputer dirangkaikan, kemungkinan untuk ianya diserang virus dari system rangkaian (sekiranya tidak diselenggarakan dengan baik) adalah tinggi. Serangan dari penceroboh rangkaian (hackers) juga adakalanya menjadi ancaman memandangkan ianya boleh mengganggu system malah merosakkan system keseluruhannya.
2. Sistem rangkaian amat bergantung kepada komputer pusat yang dikenali sebagai komputer pelayan atau server. Masalah yang sering timbul ialah apabila komputer pelayan tersebut menghadapi masalah, keseluruhan system rangkaian turut terbabit sama.


3 (c) Bandingkan semua jenis ingatan (daftar, cache, RAM, ROM) dalm komputer dari segi kos, masa capaian, dan kapasiti (ruang ingatan). (Jawapan yang anda berikan boleh dalam bentuk gambrajah atau jadual)

Jawapan :



Jenis Ingatan
Daftar
Cache
RAM
ROM

Kos
Mahal
Mahal
Murah
Mahal

Masa capaian
Melaksanakan
Perbandingan
Aritmetik/logic
Dengan pantas
Ingatan
Sementara
Di antara
Pemproses
Dengan RAM
Lebih pantas
Berbanding
RAM
Lebih pantas
Daripada ROM,
Meruap.
Kurang pantas.
Tidak meruap

Kapasiti
Kecil
L2- 512 KB
Kecil

Besar
Kecil
.



RUJUKAN

Appleman, D. (1994). How computer programming works. California: Ziff-Devis Press.

Baharudin Aris et. al. (2001). Sistem komputer dan aplikasi. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

MALAYSIA, Open University. (2004). CBCT 2203 Konsep Asas Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Othman Shariff. (2002). Manual asas kerosakan dan baik pulih komputer peribadi. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Raden Muhammad Mun’im. (1995). Pengaturcaraan C dengan IBM PC. Kuala Lumpur: Percetakan TI.

White, R. (1993). How computer works. Texas: Ziff-Devis Press.

ELEMENTS OF E-COMMERCE

SOALAN 1
The importance of supply chain management (SCM) had long been understood by large organizations in industries such as automobile manufacturing and air and marine transport.
a) Discuss the strengths and weaknesses of e-commerce integrated supply chain?

1.0 Pengenalan
E-dagang bolehlah didefinisikan sebagai satu bentuk sistem pembayaran yang mana proses serta komunikasi yang berlaku di antara kedua belah pihak (penjual dan pembeli) memberi kesan dari sudut ekonomi dan memberi kesan yang perlu kepada pengeluaran, pengedaran atau apa-apa perkara yang berkaitan dengan ekonomi berlandaskan kepada elektronik (Kent W. Colton & Kenneth L. Kraemer. 1980:8). Transaksi yang dijalankan melalui cara ini sebenarnya banyak membuka peluang kepada para peniaga serta pelanggan untuk menjalankan perniagaan serta mendapatkan produk yang mereka ingini dengan lebih cepat serta efektif. Sistem ini juga dilihat sebagai salah satu dari jalan penyelesaian kepada beberapa masalah yang dihadapi oleh firma-firma perniagaan di masa lalu.

2.0 Kekuatan dan kelemahan Rantaian Bekalan bersepadu e dagang
Hari ini, pengguna pasaran global, kedua-dua pihak pengguna akhir dan pengguna bisnis menginginkankedua-dua pihak pengguna akhir dan pengguna bisnis menginginkan peningkatan tahap kualiti produk dan perkhidmatan.

SCM adalah satu sistem Inter-Enterprise yang bersilang fungsian (cross-functional) yang menggunakan IT untuk menyokong dan mengurus hubungan antaran beberapa proses syarikat perniagaan utama dan pembekal, pelanggan dan rakan kongsi peniaga.

Kunci aktiviti SCM termasuk

Perancangan pengeluaran
Pembelian
Pengurusan material
Pengedaran
Perkhidmatan pelanggan
Ramalan Penjualan

Matlamat utama SCM adalah untuk mencipta hubungan perniagaan/rantaian bekalan yang cepat, cekap dan pada kos rangkaian yang rendah. EC dan Internet merubah sifat dasar SCM, dan mendefinasikan bagaimana pelanggan belajar mengenainya, memilih, pembelian, dan menggunakan produk dan perkhidmatan. Hasilnya perubahan kepada rantian bekalan B2B kepada fokus-pengguna (consumer-focused) daripada fokus-produk (product focused).

Dengan adanya SCM yang baik, penghasilan produk mengunakan kaedah JIT (Just-in-time) dapat dilakukan dengan jayanya.

Contoh rantai bekalan bagi pembuat kereta mengandungi semua aktiviti yang dijalankan oleh setiap pembekal komponen kereta. ini termasuklah pembuat enjin, pembuat cermin, pembuat seat kereta, pembuat tayar dll. Jabatan yang bertanggungjawab untuk membeli komponen haruslah mencari komponen yang dijual pada kadar termurah. ini dilakukan dengan mengenalpasti pembekal2 (vendors) dan minta mereka untuk menyediakan bida (bids) yang menawarkan barangan yang akan dijual dan harga yang akan dikenakan. Jabatan kemudiannya akan memilih vendor yang menawarkan harga terendah tapi masih menawarkan barangan yang memenuhi standard.
SCM seterusnya adalah proses yang memerlukan business untuk mengambil bahagian yang aktif dengan pembekal untuk memperbaiki produk dan proses yang terlibat. contohnya menjalinkan hubungan jangka masa panjang & saling berkerjasama

Seperti mana yang telah dipelajari, bisnis dan pengguna telah menggunakan EC seperti EDI dan rangkaian ATM sejak dulu lagi. Walaubagaimanapun, Internet telah mencipta berbagai kemungkinan kerana popularitinya dan menyebaran melalui seni bina terbuka.

Hari ini dianggarkan lebih daripada 600 juta orang boleh mencapai Internet. Semua pengunjung Internet ini boleh menjadi bakal pelanggan untuk bisnes-ke-pelanggan.

Faktor penting Internet memainkan peranan penting dalam EC:
Internet merupakan rangkaian global umum untuk rangkaian
Bisnes boleh menggunakan Internet untuk bisnis-ke-bisnis komunikasi seperti EDI
Bisnis juga boleh mengunakan Internet untuk EC bisnis-ke-pengguna dengan membina kehadiran di dalam Internet (contoh: laman web) yang membenarkan perluasan bekalan rangkaian melalui elektronik kepada rumah pengguna.
Kos pembinaan dan menjalankan rangkaian untuk aplikasi rangkaian mengunakan Intetnet adalah jauh lebih murah jika menggunakan rangkaian persendirian atau menggunakan perkhidmatan Value Added Network (VAN)

Perniaga di dalan Industri yang bergantung kepada pengedaran rangkaian fizikal untuk pemasaran, jualan dan menyediakan barangan atau perkhidmatan yang bolleh diedarkan melalui Internet akan menghadapi banyak risiko dalam era baru ini. Contoh termasuk stock brokerage, pengedaran perisian, Penjualan PC dan perniagaan penjualan buku. Peniagaan runcit perbankan dan industri agensi pelancongan juga menghadapi risiko.

Peniagaan Perbankan, agensi pelancongan, stock brokerage, dan pengedaran perisian adalah perniagaan pemasaran dan penjualan produk dan perkhidmatan adalah sepenuhnya jenis ‘maklumat’ dan mudah untuk dipasarkan dan dijual di dalam Internet. Walaupun penjualan PC dan buku merupakan barangan berbentuk fizikal, penjualan dan pembayaran barangan tersebut juga boleh melalui Internet dan menggunakan khidmat kourier untuk menghantar kepada pelanggan.

‘Disintermediation’ adalah proses untuk membuang orang tengah. Contoh: Penjualan komputer melalui Internet seperti komputer Dell, penjualan tiket oleh Air Asia.


b) Compare traditional car industry supply chain with current car industry activity with
respect to electronic commerce. Use diagram to assist your explanations.

1.0 Perbandingan di antara Pasaranan Tradisional dengan Pasaranan Elektronik
Strader & Shaw (1997) telah membangunkan model untuk membuat perbandingan berdasarkan kepada dua perspektif iaitu:
a) Dari perspektif pembeli
b) Dari perspektif penjual

1.1 Dari Persepktif Pembeli

Kos Yang Terlibat
Harga produk adalah jumlah kos produksi, kos koordinasi, dan keuntungan ke atas rantaian nilai (value chain) yang menyediakan produk atau perkhidmatan.
Kos carian termasuk masa, usaha dan wang yang terlibat di dalam pencarian untuk penjual yang menawarkan harga yang berpatutan
Kos risiko termasuk kos yang terlibat di dalam meminimumkan risiko transaksi dan juga kos yang berkaitan dengan kehilangan nilai semasa transaksi. Contoh: risiko ekonomi, risiko prestasi dan cukai jualan
Kos pengagihan dan cukai yang terlibat semasa memindahkan barangan daripada penjual kepada pembeli dan cukai ke atas jualan
Kos pasaranan merupakan penglibatan dalam pasaranan. Percuma untuk memasuki pasaranan tradisional, tetapi pasaranan elektronik (e-markets) kemungkinan memerlukan pembeli untuk membayar kos tetap kemasukan dan/atau kos transaksi kepada firma yang menjalankan e-markets.


Harga produk
Kos carian
Kos risiko
Kos pengagihan
Cukai jualan
Kos pasaranan
Tradisional
Tinggi
Tinggi
Rendah
Rendah
Tinggi
Rendah
E-pasaranan
Rendah
Rendah
Tinggi
Tinggi
Rendah
Tinggi
Perbandingan kos yang terlibat daripada perspektif pembeli

1.2 Dari Perspektif Penjual
Pasaranan elektronik menyediakan penjual manfaat tertentu seperti pasaranan yang lebih besar dan pengurangan kos tertentu.

Keburukkan adalah kompleksiti operasi perniagaan bertambah kerana mereka perlu belajar bagaimana memasuki pasaranan elektronik dan belajar operasi perniagaan yang baru

Kos yang terlibat:
Kos Pemasaran
- Tradisional - perlukan TV, radio, suratkhabar, Yellow Pager – kos tinggi
- Pasaranan Elektronik - Internet sebagai saluran pemasaran (kos lebih rendah)

Kos Overhead
- Tradisional – kos tetap (sewa kedai & gudang dalam bentuk fizikal) – kos tinggi
- Pasaranan Elektronik – kos kurang kerana kedai virtual & pauta terus kepada gudang

Kos Inventori
- Tradisional – kos mengurus dan pegangan inventori kos tinggi
- Pasaranan Elektronik – kos mengurus dan pegangan inventori kos tinggi

Kos Pengagihan (kos ekspedisi (shipping) dan kos penghantaran)
- Tradisional – kos adalah lebih murah kerana pelanggan selalunya datang sendiri ke kedai dan memindahkan produk tersebut ke tempat mereka.
- Pasaranan elektronik yang bukan produk digital mempunyai kos yang tinggi kerana terdapat kos ‘shipping’ dan penghantaran..
-
Kos Produksi (termasuk kos pengeluaran produk, buruh dan barangan)
- Kos pasaranan taradisional adalah tinggi


Tradisional (produk)
E-market (bukan digital)
Pengiklanan
Tinggi
Rendah
Overhead
Tinggi
Rendah
Inventori
Tinggi
Tinggi
Produksi
Tinggi
Tinggi
Distribution
Rendah
Tinggi

Perbandingan kos yang terlibat dari perspektif penjual


c) Evaluate the impacts of electronic commerce on the car retail industry.

1.0 Kesan Pasaranan Elektronik Kepada Struktur Industri Jualan Kereta
Strader dan Shaw (1997) telah mengenalpasti 2 fasa yang mungkin dilalui oleh struktur industri dengan adanya pasaranan elektronik
Pendigitan Mekanisma Pasaranan
a) Menyediakan mekanisma yang efektif (mengurangkan kos carian kepada pengguna) – jimat wang dan masa dalam usaha mengumpul tentang harga, kualiti dan ciri-ciri produk
b) Menyediakan pertukaran maklumat antara pengguna dan penjual à tawaran paling menarik
c) Membuang orang tengah (pemborong) dari rantaian nilai
d) Pengeluar mendapat keuntungan yang lebih banyak

Pendigitan Produk dan Pengagihan Produk
a) Pasaran elektronik dan rangkaian pengedaran membolehkan aktiviti yang lebih banyak antara penjual dan pembeli dalam satu tempat termasuklah pemasaran, pesanan, pembayaran dan pengagihan
b) Mengurangkan harga produk, kos rantaian nilai (inventori, pembungkusan dan kos penghantaran)

2.0 Electronik Marketplaces
Elektronik Marketplaces adalah sistem informasi yang bertindak sebagai tulang belakang kepada pasaran perdagangan elektronik. Ini termasuk menyokong rangkaian infrastruktur, rangka kerja teknologi, dan aplikasi perniagaan infrastruktur untuk menyokong berbagai fungsian dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pasaran perdagangan elektronik.

Bakos (1991, 297) menyatakan terdapat 5 citi sistem pasaran elektronik dari preseptif ekonomi.

Sistem pasaran elektronik mengurangkan kos pelanggan dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai harga dan produk dari berbagai pembekal.
Manfaat terhadap perlibatan individu di dalam pasaran elektronik akan bertambah apabila banyak lagi organisasi memasuki sistem ini.
Elektronik markerplaces boleh mengenakan kos yang bererti apabila peserta bertukar kepadanya
Elektronik marketplaces memerlukan pelaburan kapital yang besar dan menawarkan perkembangan ekonomi yang kukuh.
Bakal peserta di dalam elektronik marketplaces akan menghadapi ketidak pastian mengenai manfaat yang sebenar apabila menyertai sistem ini
Malah ketidak pastian senantiasa ada walaupun selepas mereka menyertai sistem ini.

Elektronik markerplaces memerlukan pelaburan tetap yan tinggi dalam pembangunan sistem, tetapi setelah sistem berjaya dibangunkan, kos marginal akan dikurang untuk koordinasi inter-organiasai dan keupayaan mengawal banyak transaksi.

2.1 Kesan ke atas Elektronik MarketPlaces
Kesan ke atas Pasaran Komuniti
Produk komuniti adalah di pasaran komuniti adalah sama untuk semua penjual adalah sama. Oleh itu pembeli akan membeli penjual yang menjual harga yang lebih rendah. Contoh produk: produk pertanian, bond kerajaan, produk hasil bumi atau emas.

Kesan ke atas Pasaran Perbezaan (differentiated)
Ia akan menyebabkan kuasa penjual dalam pasaran akan berkurangan. Ini kerana pelanggan boleh melakukan kajian sebelum membeli sesuatu produk.

3.0 Kesimpulan
Dari perbincangan di atas, saya berpendapat bahawa penjualan kereta secara e dagang mempunyai beberapa kelebihan dan kekurangan bergantung kepada faktor berikut:

a) Sifat (characteristic) Produk
Bentuk produk merupakan faktor penting. Contoh: Produk berunsurkan digital akan sesuai untuk pasaranan elektronik. Manakala untuk penjualan kereta adalah kurang sesuai

b) Sifat Industri
Pawaian produk adalah satu faktor industri yang impak yang berkesan kepada pasaran elektronik kerana produk dengan piawai sedia ada sangat mudah diterangkan, dikenal dan perbandingan oleh penjual dan pembeli di pasaran elektronik. Faktor lain adalah perlunya broker perjanjian perdagangan yang kadang kala diperlukan oleh industri. Broker ini memainkan peranan penting dalam menemukan penjual dan pembeli

c) Sifat Penjual
Oleh kerana pasaran elektronik membantu pelanggan mencari penjual yang menawarkan harga yang rendah, dalam jangkamasa panjang penjual mesti mengurangkan margin keuntungan untuk membolehkan mereka bersaing, walaupun pasaran elektronik boleh meningkatkan jualan mereka. Sesetengah penjual mungkin tidak mahu ikut serta di dalam pasaran elektronik. Namun kerana pesaingan yang hebat, penjual tidak pilihan lain kecuali memasuki pasaran elektronik.

d) Sifat Pelanggan
Terdapat tiga jenis pelanggan: dorongan (gerak hati), sabar dan anatikal. Pelanggan mengikut gerak hati akan membeli produk hanya dengan sedikit analisis. Pelanggan sabar akan membeli produk hanya setelah melakukan perbandingan. Pelanggan anatikal akan membeli produk hanya setelah mereka melakukan kajian yang teliti. Hanya pelanggan anatikal yang akan memberikan impak kepada industri kerana pelanggan jenis ini berpeluang melakukan kajian dan perbandingan harga.

Soalan 2
It is widely accepted that one of the most important things any organization possesses
is things it knows how to do; that is ‘knowledge’. Therefore, understandable that the
role of information system (IS) in knowledge management is now seen as being of
great important.
a) Discuss problems that must be faced to create an information system when it is
applied in educational system.

1.0 Pendahuluan
Pengurusan Pengetahuan (Knowledge Management) merujuk kepada latihan dan teknik yang digunakan oleh organisasi untuk mengenal pasti, mengambarkan dan menyebarkan pengetahuan, mengetahui-bagaimana (know-how), kepakaran, Harta Intelektual, dan sebarang jenis pengetahuan untuk digunakan dan memindahkan pengetahuan dan pengurusaan pengetahuan adalah disiplin yang sedang berkembang.
Pemindahan pengetahuan (dari sudut pengurusan pengetahuan) selalu wujud dalam satu bentuk atau yang lain, contoh melalui perbincangan dengan rakan setugas, secara formal melalui latihan, penyelenggaran terhadap perpustakaan korporat, latihan profesional dan program mentor.
Dengan adanya Internet, e-learning, persidangan web, perisian kolaborasi, content management system, korporat directori Yellow Pages, senarai email, wiki, blog dsbnya boleh dilakukam
2.0 Masalah yang dihadapi
2.1 Akses kepada ICT dan e-Dagang.
Akses kepada ICT dan e-Dagang adalah satu lagi faktor pemudah dalam ekonomi berasaskan pengetahuan. Salah satu penunjuk yang digunakan dalam bidang ini adalah akses kepada komputer peribadi. Lebih daripada 90 peratus firma yang dikaji telah memasang computer peribadi pada tahun 2002/2003
Kadar penembusan komputer peribadi di Malaysia menunjukkan corak klasik “garis lingkungan-S” dengan sebahagian besar dari komputer dipasang selepas 1995, tetapi arah aliran ini mendatar selepas 2000.

Walau bagaimanapun, pemilikan laman web dan penggunaan Internet bagi e-Dagang tidak berkembang selari dengan pemasangan computer peribadi Secara purata, 40 peratus firma telah membangunkan laman web masing masing. Sebahagian besarnya terdiri daripada firma dalam industri IT, kewangan, pendidikan dan pelancongan. Dari segi e-Dagang, secara purata 22 peratus firma menggunakan Internet untuk menerima pesanan dan membuat tempahan. Pengguna utama e-Dagang adalah industri pelancongan (48 peratus), elektrik dan elektronik (37 peratus) dan perkhidmatan IT (32 peratus). Lebih banyak firma besar menggunakan e-Dagang berbanding PKS, kecuali dalam industri kimia, getah dan plastik serta perkhidmatan perniagaan. Berbanding dengan firma tunggal dan firma tempatan, lebih banyak firma bercawangan dan firma asing menggunakan e- Dagang bagi urusan perniagaan kecuali dalam industri kesihatan dan pemprosesan makanan.

2.2 Isu Polisi
Beberapa isu polisi atau dasar yang rumit masih lagi dalam proses pertimbangan oleh beberapa negara. Antara isu-isu ini adalah seperti berikut:
(a) Privacy atau kerahsiaan, terutamanya mengenai data peribadi (personal data), Saya difahamkan bahawa undang-undang negara kita mengenai aspek ini masih lagi belum sempurna tersusun. Soalnya jika berlaku ''kebocoran'' atau pendedahan tanpa izin data peribadi kita selepas kita berurus niaga di ruang siber, apakah tindakan undang-undang yang boleh kita ambil terhadap pedagang berkenaan? Apakah kita perlu gubal satu undang-undang baru, seperti Privacy Protection Act yang kini dikuatkuasakan di Amerika Syarikat?
(b) Content atau isi maklumat yang didedahkan oleh pedagang di ruang siber - apakah wajar semua yang tertera di situ dibiarkan masuk menembusi sempadan negara ini tanpa kawalan dan tapisan? Apakah beban kawalan dan penapisan ini boleh kita letakkan di bahu ISP sendiri? bagaimanakah cara yang ideal bagi kita mengawal, menapis atau menghalang kemasukan bahan-bahan yang tidak sesuai?
(c) Intellectual property atau harta intelektual. Katakanlah pihak yang menjadi pedagang itu adalah warganegara kita sendiri atau syarikat negara ini. Apakah harta intelektual mereka selamat dan dilindugni dalam semua negara di mana orang kita atau syarikat kita itu mahu mempamerkan dagangannya menerusi Internet? Bagaimanakah halnya jika negara di mana orang kita atau syarikat negara ini hendak berdagang itu belum lagi (atau masih enggan) menganggotai semua konvensyen atau triti mengenai hal itu? Apakah yang akan jadi jika berlaku pelanggaran (infringement) hak cipta mereka di negara sedemikian? Apakah remedi yang ada bagi mereka?
(d) Tarif- apakah wajar cukai import dikenakan (kepada pembeli) bagi barangan (atau perkhidmatan) yang dibeli atau diperoleh menerusi Internet?
(e) Taxes, iaitu cukai pendapatan dan cukai jualan - apakah wajar cukai sedemikian dikenakan kepada penjual? Jika cukai pendapatan dikenakan apakah asasnya - sumber barangan itu, tempat tinggal penjual, atau tempat transaksi jualan itu dilaksanakan? Jika cukai jualan hendak dihapuskan (seperti yang kini diusahakan oleh pentadbiran Presiden Clinton), apakah ini tidak merugikan hasil negara?
(f) Authentication atau pengesahan ketulenan identiti pihak yang bertransaksi - apakah undang-undang tandatangan digital yang kini sedang digubal dan akan dilaksanakan oleh semua negara sudah memadai atau masih lagi ada kekurangannya? Saya difahamkan bahawa Akta Tandatangan Digital negara kita (yang tidak lama dulu diluluskan oleh Parlimen) telah digubal berasaskan undang-undang yang sedia terpakai di Utah, Amerika Syarikat, iaitu satu-satunya undang-undang yang kini banyak menerima kecaman dan kritikan. Apakah akta yang kita baru hendak dilaksanakan ini sudah sempurna, atau masih perlu dikemaskini?
(g) Consumer protection atau perlindungan pengguna. Kemajuan yang dicapai menerusi E-dagang tidak sepatutnya menyebabkan undang-undang negara mengenai perlindungan pengguna diketepikan atau diperkecilkan.
Jika barangan yang kita pesan (beli) menerusi Internet itu tidak sesuai bagi keperluan kita, tidak mematuhi spesifikasi kita ataupun memudaratkan diri kita, apakah remedi yang kita ada terhadap penjual itu?
(h) Jurisdiction atau bidang kuasa. Andainya kita selaku pembeli merasa terkilan dengan mutu barangan atau perkhidmatan yang dibeli dan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap pedagang (penjual) berkenaan, di negara manakah tindakan undang-undang itu patut difailkan? Dan berkaitan dengan isu bidang kuasa ini, soalan kedua ialah undang-undang negara mana (governing law) yang wajar dipakai.



b) Discuss current issues in e-commerce ethics.

1.0 Isu-isu Etika E-Dagang
Di dalam era teknologi maklumat yang kian pesat membangun, e-dagang dilihat sebagai salah satu hasil teknologi yang mampu memudahkan urusan-urusan harian pengguna. Namun begitu, terdapat beberapa isu yang telah dikenalpasti oleh penyelidik berhubung dengan aplikasi e-dagang. Isu-isu yang telah dikenalpasti adalah berhubung dengan kebolehgunaan laman, isu pembelian secara atas talian dan juga faktor trust dalam e-dagang (Egger, 2003).

1.1 Trust dalam E-Dagang
Penyebab utama mengapa pengguna tidak mahu berurusniaga secara atas talian adalah kerana kurangnya faktor trust di antara peniaga dan pengguna (Hoffman, Novak dan Peralta, 1999, p. 80). Keen (1997) berpendapat bahawa kurangnya elemen trust di kalangan pengguna merupakan penghalang jangka panjang terhadap aktiviti-aktiviti edagang.

Terdapat beberapa definisi trust yang diberikan oleh beberapa orang penyelidik berdasarkan kepada penafsiran mereka. Mayers Davis dan Schoorman (1995) mendefinisikan trust sebagai kesediaan suatu pihak untuk dipengaruhi oleh tindakan pihak lain dengan jangkaan ianya mampu melaksanakan tindakan seperti apa yang diharapkan. Untuk menjelaskan lagi definisi ini, kita ambil Perbankan Internet sebagai contoh yang mana melaksanakan transaksi bank melalui Internet adalah merupakan satu
bentuk kepercayaan. Pengguna bersedia menggunakan Internet dengan jangkaan bahawa
ianya akan melakukan seperti apa yang dikehendaki pengguna. Biasanya, dalam melakukan transaksi atas talian, pengguna-pengguna diminta untuk memasukkan data peribadi seperti alamat e-mail, keutamaan produk, nombor telefon dan juga maklumat mengenai kad kredit. Pada hakikatnya, pengguna lebih selesa untuk berurusan dengan “kedai nyata” berbanding dengan “kedai maya”, di mana pengguna tidak akan teragak-agak untuk memberikan maklumat-maklumat yang diperlukan. Kebanyakan pengguna bimbang maklumat tersebut akan disalahgunakan seperti membenarkan pihak ketiga untuk mengambil data tanpa kebenaran mereka. Di samping itu, mereka mungkin perlu menanggung risiko terhadap pencerobohan dan kecurian data semasa pemindahan data atau terus dari server web

1.1.1 Cabaran Trust
Oleh kerana risiko-risiko yang terlibat dalam transaksi Perniagaan kepada Pelanggan (B2C), faktor trust telah menjadi penghalang kepada perkembangan aplikasi e-dagang. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan trust di kalangan pelanggan (Egger, 2003) iaitu:
i. Sekuriti dan kerahsiaan
ii. Ketidakbiasaan terhadap servis
iii. Tidak berinteraksi secara langsung
iv. Kebolehpercayaan terhadap maklumat

1.1.1.1 Sekuriti & Kerahsiaan
Trust selalunya dikaitkan dengan tahap keselamatan dalam transaksi atas talian. Pemindahan data yang selamat adalah apabila kedua-dua pihak terlebih dahulu disahkan
dan jaminan bahawasanya maklumat yang berada dalam rangkaian tidak diubahsuai. (Egger, 2003)
Setiap individu yang menggunakan laman web untuk transaksi e-bisnes dan edagang menitikberatkan tentang isu keselamatan.

1.1.1.2 Ketidakbiasaan terhadap Servis
Perniagaan berasaskan Internet telah mewujudkan suatu bentuk perkhidmatan dan model bisnes yang baru yang mana agak berlainan dengan bisnes yang sedia ada. Tidak semua pelanggan yang arif tentang teknologi. Faktor ini telah menyebabkan berkurangnya tahap kepercayaan pelanggan untuk menggunakan aplikasi e-dagang. Sebagai contohnya, pasaran telah memperkenalkan satu paradigma baru yang dipanggil ‘permission marketing’ (Godin, 1999). ‘Permission marketing’ membenarkan pengguna menspesifikasikan profil tentang minat mereka. Jadi mereka akan menerima iklan-iklan berdasarkan kepada minat yang dipilih. Pengguna membenarkan pengiklan menghantar
e-mail dan sebagai pulangannya, pengguna mendapat ganjaran dalam bentuk mata, diskaun atau tunai. EuroClix adalah salah satu laman yang melaksanakan program tersebut di Netherlands. Berdasarkan kajian mengenai sikap pengguna EuroClix, mereka agak sukar untuk memahami konsep bisnes dan bagaimana mereka mendapat faedah daripadanya. Kebanyakan pengguna menolak konsep pemasaran secara langsung (direct marketing). Mereka takut untuk menerima email-email iklan kerana khuatir akan menimbulkan kesan sampingan di sebaliknya. (Egger & De Groot, 2000).

1.1.1.3 Tiada Interaksi Secara Langsung
Urusniaga menerusi skrin komputer menjadi salah satu faktor penghalang terhadap pembinaan trust. Pelanggan tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan peniaga sebenar. Di dalam Internet, tugas peniaga diganti dengan kolum FAQ (Frequently Asked Question). Satu cara untuk mewujudkan interaksi yang lebih berkesan di antara pelanggan dan peniaga adalah dengan mewujudkan agen yang boleh membantu pelanggan. (Egger, 2003)

1.1.1.4 Kebolehpercayaan Terhadap Maklumat
Memandangkan kebanyakan individu mampu membina laman sendiri dan mendaftar nama domain, jadi agak sukar untuk membezakan laman yang sah dan penipuan. Kadangkala, maklumat yang dipaparkan boleh disalahgunakan. Ini kerana, maklumat-maklumat yang terkandung di dalam laman web boleh diubahsuai tanpa meninggalkan sebarang kesan. Terdapat juga syarikat yang tidak selalu mengemaskini laman mereka. Ini akan memberi kesan terhadap transaksi seperti harga, deskripsi dan status produk. Contohnya, mungkin harga barangan lebih murah berbanding dengan harga asal, ataupun barangan tersebut sudah tiada di pasaran. (Egger, 2003)

1. 2 Pembelian secara online
Nielsen (2001) menegaskan bahawa kelemahan dalam rekabentuk laman web merupakan faktor utama yang menjejaskan keuntungan pekedai-pekedai atas talian. Beliau menjelaskan bahawa beberapa kesilapan dalam rekabentuk laman yang sering wujud adalah termasuk masa muat-turun yang perlahan, warna pautan yang tidak selaras, ‘scrolling’ yang terlalu panjang, animasi yang sentiasa berulang dan sebagainya

Walaubagaimanapun, dalam konteks e-dagang, adalah penting untuk memahami proses-proses pembelian yang dilakukan oleh pengguna. Dengan ini dapat membina asas kefahaman dalam merekabentuk laman yang senang untuk difahami dan dinavigasi. Pereka laman perlu betul-betul memahami proses pembelian supaya proses pembelian nanti dapat dilakukan dengan lancar dan sempurna oleh pengguna. Miles, Howes dan Davies (2000) berpendapat bahawa laman e-dagang merupakan sebuah sistem sokongan keputusan yang menyokong keputusan pembelian.

1.3 Kebolehgunaan Laman (Web Usability)
Kebolehgunaan laman didefinisikan berdasarkan beberapa kriteria (Egger, 2003) seperti berikut iaitu:
i. Kemampuan untuk bernavigasi di sekitar laman.
ii. Kemampuan untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki.
iii. Pengguna boleh memahami struktur laman; tahu langkah yang perlu dibuat seterusnya. Dengan kata lainnya, kebolehgunaan yang dimaksudkan di sini adalah rekabentuk laman yang boleh memudahkan navigasi dan carian di mana memerlukan hanya sedikit masa dan usaha oleh pengguna (mesra pengguna).

Kemampuan sesebuah laman untuk memudahkan navigasi laman dan carian maklumat adalah amat penting kepada para pengguna. Kanerva et al. (1997) dalam kajiannya telah menghuraikan tentang tiga jenis kesilapan yang sering berlaku semasa navigasi iaitu; pengguna tidak mengetahui di mana kedudukan mereka semasa di laman; tidak mengetahui ke mana mereka boleh pergi dan tidak memahami bagaimana cara untuk bernavigasi. Conklin (1987), Edwards dan Hardman (1987), Nielsen (1990) dan Pitkow dan Kehoe (1996) juga mempunyai pendapat yang sama. Sehubungan dengan itu, menjadi satu cabaran bagi pereka laman untuk memastikan bahawa laman web yang dibina mampu mengatasi masalah-masalah di atas.


Rujukan

A.F. Salam et. al. (2005). “Trust in e-commerce”. New York: ACM Press.

Araujo & Araujo (2003). “Developing Trust in Internet Commerce”. Toronto: IBM Press.

Barnard, L. Wesson, J. (2004). “A trust model for e-commerce in South Africa”. South Africa: South African Institute for Computer Scientists and InformationTechnologists.

Deitel, Deitel & Nieto (2001). “E-Business & E-Commerce: How to program”. New Jersey. Prentice Hall.

Egger, F. N. (2000). “Trust me, I’m online vendor”. New York: ACM Press.

Kalakota, R and Whinston, A B (1997) Electronic Commerce: A Manager’s guide, Reading, MA: Addison Wesley

Open university Malaysia (2007) CBEC1103 elements of E-Commerce. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 1

QUESTION 1
a) Compare and contrast circuit switching and packet switching. Describe the
tradeoffs between the two technologies. Why is packet switching the more
appropriate mechanism for the operation of the Internet?

1.0 Pendahuluan
Rangkaian kawasan luas (WAN) adalah rangkaian komputer yang melibatkan jarak jauh atau kawasan geografi yang luas seperti negeri. WAN boleh dianggap sebagai gabungan dua atau lebih LAN. Penyambungan selalunya menggunakan rangkaian awam. Rangkaian awam bermaksud rangkaian tersebut disediakan oleh syarikat telco seperti Telekom, Maxis, Time dll. Boleh juga dihubungkan menggunakan talian suwa (leased line) atau satelit. Internet merupakan contoh WAN yang terbesar.

Teknologi WAN boleh dikategori kepada dua iaitu packet switching dan circuit switching.

2.0 Packet Switching
Packet Switching adalah protokol yang merujuk kepada pesanan yang dibahagikan kepada paket sebelum dihantar. Setiap paket akan dihantar secara individu dan boleh mengikut laluan yang berlainan untuk sampai ke destinasi. Apabila semua paket diterima oleh penerima, semua paket tadi akan disusun semula seperti pesanan asal.

Memecahkan pesanan tersebut kepada paket membolehkan laluan yang sama digunakan oleh pengguna lain di dalam rangkaian. Komunikasi jenis ini dikenali sebagai connectionless diantara penerima dan penghantar.

3.0 Circuit Switching
Circuit switching adalah sejenis rangkaian di mana sambungan secara fizikal dari satu lokasi ke satu lokasi lain. Telefon yang digunakan dirumah menggunakan Circuit Switching. Iaitu sesama pengguna A menalipon pengguna B, satu talian yang tetap akan disambungkan antara pengguna A dan B. Semasa percakapan tersebut, tiada orang lain boleh menggunakan talian tersebut

a) Talian Suwa (Leased Line)
Talian suwa adalah talian tetap antara dua lokasi yang disediakan oleh pembekal telekomunikasi. Sering digunakan oleh syarikat yang mempunyai cawangan yang jauh.

Talian ini senantiasa aktif dan ini membuatkan bayaran bulanan adalah tetap. Kos adalah mahal kerana talian tersebut tidak dikongsi dengan syarikat lain. Kualiti talian dijamin.

Sebagai contoh: Talian T1 mempunyai kelajuan 1.544 Mbps, boleh membawa data dan suara atau membawa data yang banyak. Apabila sambungan ini dipecahkan ia dikenali sebagai multiplexing.

b)ISDN (Integrated Services Digital Network)
ISDN merupakan talian telefon digital yang membenarkan data dan suara dihantar serentak di dalam satu talian.

Dua jenis perkhidmatan ISDN

a) Basic Rate Interface (BRI) – 2B + 1D, setiap saluran B adalah 64Kbps, oleh itu 2B = 128Kbps. D adalah 16Kbps yang berfungsi sebagai pengawal data. Keseluruhan data = 144Kbps.
b) Primary Rate Interface (PRI) – 30B + 1D, setiap saluran B adalah 64Kbps, oleh itu 30B = 1920Kbps. D adalah 64Kbps yang berfungsi sebagai pengawal data. Keseluruhan data = 1984Kbps.

Jarak maksima dari telefon exchange adalah 5.5Km. Kalau lebih penggunaan pengulang (repeater) yang mahal perlu digunakan.

Jika talian PSTN perlu menggunakan modem untuk capaian Internet, tetapi untuk talian ISDN perlu menggunakan ISDN Terminal Adapter. Istilah ISDN modem adalah salah kerana talian ISDN adalah talian digital maka tidak perlu modem untuk menukarkan isyarat digital kepada isyarat analog dan sebaliknya.

c) ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line)
Teknologi ADSL membenarkan lebih banyak data dihantar melalui talian PSTN yang menggunakan wayar tembaga (copper). ADSL menyokong kelajuan dari 1.5Mbs sehingga 9Mbps apabila menerima data (downstrea rate) dan dari 16Kbps sehingga 640Kbps apabila menghantar data (upstream rate).

ADSL memerlukan ADSL modem. Di Malaysia, kelajuan maksima untuk menerima data adalah 2Mbps dan kelajuan maksima untuk penghantaran data adalah 384Kbps.

4.0 Sebab Teknologi packet switching banyak digunakan
Kebanyakkan trafik di Internet menggunakan packet switching dan Internet secara asasnya menggunakan rangkaian connectionless.

Kebaikan packet switching - Lebih tahan lasak (robust) dan cekap serta boleh menerima kelambatan (delay) dalam penghantaran seperti email dan web.
Contoh rangkaian connectionless:
1) TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol)
2) X.25
3) Frame Relay


a)TCP/IP (Transmission Control Protokol/Internet Protokol)
Digunakan secara meluas di Internet. TCP berada dilapisan pengangkutan (transport) dan IP pada lapisan rangkaian (network). Kini TCP/IP telah digunakan untuk sistem operasi jenis UNIX, LINUX, Microsoft, Netwara, Apple (Macintosh) dll.

b)X.25
X.25 merupakan standard yang popular untuk packet switching. Pada tahun 1976 standard X.25 diluluskan oleh CCITT (kini dikenali sebagai ITU). Ditakrifkan pada lapisan 1, 2 dan 3 pada model OSI.

Lapisan 1 = Lapisan Fizikal
Lapisan 2 = Lapisan Sambung Data (Data Link)
Lapisan 3 = Lapisan Rangkaian (Network)

Rangkaian X.25 packet switching membenarkan perkakasan jauh disambung antara satu sama lain mengunakan talian digital sendiri (private) tanpa perlu menggunakan talian suwa yang mahal. Setiap talian yang bersambung dengan rangkaian X.25 perlu menggunakan peralatan yang dikenali sebagai Data Circuit-terminating Equipment (DCE). DCE pula disambung kepada Data Terminal Equipment (DTE). X.25 membawa paket melalui rangkaian dari DTE kepada DTE melalui DCE

Ciri-ciri utama:
Jaminan data integrati.
Rangkaian yang boleh mengawal aliran data (network managed flow control) dengan sedikit kelewatan rangkaian (network delay).

c)Frame Relay
Frame relay adalah protokol packet-switching untuk menyambungkan peralatan di WAN. Beroperasi pada lapisan Sambung Data (data link) dalam model OSI. Menjadi penganti kepada X.25 di dalam aplikasi seperti sambungan rangkaian LAN, public dan private WAN.

Ciri-ciri utama:
Tiada jaminan data integrati.
Penghantaran data lebih cepat sebab hanya berfungsi pada lapisan 2.
Tidak memeriksa frame sama ada mempunyai ralat atau tidak.
Mempunyai kelewatan masa yang minima (small network delay).
Penghantaran data bermula sebaik sahaja menerima 2 bait alamat pada awal frame.

Frame relay seakan-akan (virtually) talian suwa tetapi harganya lebih murah kerana rangkaian dikongsi bersama pengguna lain.

Kelajuan Frame Relay bergantung kepada permintaan.
Contoh:
T1 = 1.544 Mbps
T3 = 43 Mbps
E1 = 2 Mbps


b) Differentiate between guided and unguided media for data transmission.
Describe types of guided transmission media.

1.0 Perbezaan antara Media transmisi yang menggunakan Kabel ( guided) dengan Media tanpa menggunakan wayar (unguided media)
Media transmisi yang menggunakan kabel iaitu kabel Twisted-pair (Shield Twisted-pair dan Unshield Twisted-pair), kabel Coaxial dan kabel Fiber optik manakala Media tanpa menggunakan wayar antaranya mengunakan teknologi satelit dan gelombang mikro. Kedua-dua Media transmisi ini penting dalam system rangkaian Kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yang lain. Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Terdapat beberapa situasi di mana rangkaian hanya membenarkan satu jenis kabel sahaja yang boleh digunakan namun begitu terdapat juga situasi di mana kombinasi lebih dari satu jenis kabel dibenarkan. Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Memahami kriteria-kriteria bagi jenis-jenis kabel yang berlainan dan perkaitannya dengan aspek lain di dalam rangkaian adalah perlu untuk perkembangan sistem rangkaian yang berjaya.

2.0 Media transmisi tanpa menggunakan wayar ((unguided media)
2.1 Gelombang Mikro
Gelombang Mikro biasanya menggunakan Antena berbentuk piring parabola.Diameter sekitar 3 m.Antena berkedudukan tetap dan difokuskan kepada gelombang tertentu untuk mencapai penghantaran line-of-sight kepada antena penerima.Antena biasanya diletakkan di tanah tinggi untuk meluaskan jarak antara antena dan membolehkan penghantaran merentasi intervening obstacles

Penggunaan biasa adalah untuk perkhidmatan telekomunikasi jarak jauh (alternatif bagi coaxial cable dan fiber optik)

Fasiliti gelombang mikro memerlukan jarak antara amplifier atau repeater yang jauh serta bilangan yang kecil, tetapi memerlukan penghantaran line-of-sight. Digunakan untuk penghantaran suara dan televisyen. Boleh juga digunakan untuk jarak dekat point-to-point yang menyambungkan antara bangunan berdekatan.

Antara aplikasinya ialah:
1. Closed-circuit TV (CCTV)
2. Pautan data antara LAN
3. By-pass aplication (gunakan telekomunikasi jarak jauh untuk perniagaan, menggantikan syarikat telefon tempatan
Penggunaan gelombang mikra ini tidak begitu sesuai untuk kawasan bandar kerana mungkin bercampur dengan gelombang yang lain.
2.2 Satelit
Komunikasi satelit ialah stesen angkasa lepas yang menerima isyarat gelombang mikro dari stesen yang berpangkalan di bumi menguatkan isyarat tersebut dan menghantar kembali kepada stesen penerimaan di bumi di kawasan yang lebih luas
o Satelit komunikasi merupakan stesyen geganti gelombang mikro.
o Ia memautkan dua atau lebih penghantar / penerima gelombang mikro di permukaan bumi (earth station / ground station)
o Satelit menerima penghantaran pada satu jalur frekuensi (uplink), menguat dan mengulang isyarat, dan menghantar semula pada frekuensi lain (downlink)
o Satu satelit yang mengelilingi orbit beroperasi pada beberapa jalur frekuensi (transponder channels atau ringkasnya transponders)
o Bagi membolehkan satelit berfungsi dengan berkesan, ia perlu kekal di tempatnya.
o Ia mesti mempunyai tempoh putaran yang menyamai putaran bumi.
o Ia boleh dilakukan pada ketinggian 35, 784 km.
o Dua satelit berdekatan yang menggunakan jalur frekuensi yang sama akan mengganggu satu sama lain.
o Oleh itu, jarak 40 perlu untuk jalur 4/6 GHz dan 30 untuk jalur 12/14 GHz.
o Jadi, bilangan satelit terhad.

Aplikasi
o Penyiaran televisyen
§ Program televisyen dihantar ke satelit.
§ Ia disiarkan ke beberapa stesyen di bumi.
§ Stesyen ini pula menyiarkannya kepada individu.
o Penghantaran telefon jarak jauh
§ Menggunakan point-to-point trunks antara pejabat penukaran telefon.
o Rangkaian perniagaan persendirian
§ Pengguna dilengkapi dengan antena.
§ Terhad kepada organisasi besar.
§ Sistem alternatif yang lebih murah : Very Small Aperture Terminal (VSAT) system.

3.0 Jenis Media transmisi yang menggunakan kabel( guided)Di antara jenis-jenis kabel yang digunakan di dalan rangkaian ialah seperti:3.1 Kabel Tidak Berlapik Pasangan Berpintal (Unshielded Twisted Pair – UTP)Kabel Pasangan Berpintal (Twisted Pair) hadir di dalam dua bentuk iaitu berlapik (shielded) dan tidak berlapik (unshielded). Kabel tidak berlapik pasangan berpintal (unshielded twisted pair- UTP) merupakan jenis kabel yang paling popular dan pilihan utama kepada rangkaian-rangkaian yang dijalankan di sekolah-sekolah.Kualiti UTP adalah berbeza dari wayar talian telefon hinggalah ke kabel yang mempunyai kepantasan tinggi. Kabel UTP mempunyai empat pasang wayar di dalamnya dan setiap pasang berpintal dengan jumlah pintalan yang berlainan bagi setiap inci untuk membantu menyingkirkan gangguan dari pasangan wayar yang hampir atau dari peranti bereletrik yang lain. EIA/TIA(Electronic Industry Association/Telecommunication Industry Association) telah mengiktiraf mutu dan standard UTP dan memberikan lima kategori utama. Kategori bagi kabel tidak berlapik pasangan berpintalPenyambung yang paling sesuai bagi pengkabelan tidak berlapik pasangan berpintal ialah RJ-45 connector. Ia merupakan penyambung yang dibuat daripada plastik dan kelihatan seperti penyambung bagi talian telefon. Satu slot dibentuk bagi membenarkan penyambungkan dari hanya satu hala (sisi) sahaja. RJ bermakna Registered Jack yang mana idea asal tersebut turut diambil dari penyambungan talian telefon.
3.2. Kabel Berlapik Pasang Berpintal (Shielded Twisted Pair – STP)Satu kekurangan kabel UTP ini ialah ia mudah terpengaruh dengan gelombang frekuensi radio dan alat elektrik yang lain. Kabel berlapik pasangan berpintal ini amat sesuai untuk persekitaran yang mempunyai banyak gelombang frekuensi alat elektrik. Namun begitu, lapik yang lebih menjadikan kabel ini cepat hambar. Kabel jenis ini sesuai digunakan pada rangkaian yang menjalankan topologi Gelang Token.
3.3 Kabel Sipaksi (Coaxial) Kabel koaksial ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir elektrik yang terletak di tengah-tengah. Satu lapisan plastik bertindak sebagai pemisah kepada wayar tembaga yang berada di tengah-tengah itu dengan satu lapik pintalan besi. Pintalan besi ini bertindak sebagai penghalang kepada sebarang gangguan dari cahaya florensen, komputer dan sebagainya.Walaupun pengkabelan koaksial agak sukar untuk dimasukkan, namun ia amat peka pada kehadiran isyarat. Selain daripada itu, ia boleh menampung pengkabelan yang lebih panjang di antara rangkaian dengan peranti-peranti lain berbanding kabel lapik pasangan berpintal.Kabel koaksial yang nipis juga dikenali sebagai thinnet.10Base2 merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis yang membawa isyarat Ethernet. Angka 2 merujuk kepada panjang bagi segmen maksima iaitu 200 meter. Kabel koaksial yang nipis ini adalah popular di dalam rangkaian yang terdapat di sekolah-sekolah.Kabel koaksial yang tebal turut juga dikenali sebagai thicknet. 10Base5 merujuk kepada spesifikasi bagi keupayaan koaksial tebalmembawa isyarat Ethernet.3.4 Fiber OptikPengkabelan Fiber Optik mengandungi satu teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah. Ia dikelilingi oleh beberapa lapisan bahan pelindung. Ia menghantar cahaya dan bukannya isyarat elektronik dan mengurangkan masalah gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik. Ini menjadikan ia amat ideal bagi persekitaran yang terdedah kepada gelombang frekuensi yang tinggi. Ia turut merupakan bahan yang paling bermutu bagi menyambungkan rangkaian antara bangunan terutama kelebihannya yang lali tahan pada kerosakan yang disebabkan oleh suhu kelembapan dan cahaya.Kabel fiber optik berkuasa menghantar isyarat di dalam lingkungan kawasan yang lebih besar berbanding kabel koaksial dan pasangan berpintal. Ia turut mempunyai keupayaan membawa informasi pada kepantasan yang tinggi. Kapasiti sebegini telah memperluaskan keupayaan berkomunikasi termasuklah perkhidmatan berinteraktif dan perundingan bervideo (video conferencing). Kos perkabelan fiber optik adalah jauh berbanding perkabelan tembaga namun begitu ia adalah sukar untuk dimasukkan (install) dan diubahsuai. 10BaseF merujuk kepada spesifikasi untuk kabel fiber optik membawea isyarat Ethernet.


c) Describe different protocols that are used for Electronic Mail.
Protokol yang digunakan Elektronik Mail

1.0 Pengenalan
Mel elektronik (singkatan e-mel, sinonim surat elektronik, mel komputer) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi
E-mel dengan begitu pantas berkembang menjadi e-mel rangkaian yang membolehkan pengguna mengirim mesej di antara komputer-komputer berlainan seawal-awalnya pada tahun 1966 (ada kemungkinan bahawa sistem SAGE agak serupa dengan ini berapa ketika sebelumnya).
Rangkaian komputer ARPANET memberi sumbangan besar kepada perkembangan e-mel. Terdapat satu laporan yang menandakan pemindahan e-mel antara sistem percubaan padanya tidak lama selepas penciptaanya pada tahun 1969. Ray Tomlinson memulakan penggunaan lambang @ untuk memisahkan nama pengguna dan nama mesin pada tahun 1971. ARPANET banyak meningkatkan populariti e-mel, maka e-mel menjadi aplikasi pembubuh bagi ARPANET


Diagram di atas menunjukkan susunan yang lazim bagi peristiwa-peristiwa yang berlaku apabila Alice mengarang satu mesej dengan menggunakan agen pengguna melnya (mail user agent, MUA). Dia menaip masuk, atau memilih dari buku alamatnya, alamat e-mel penerimanya. Dia menekan butang "hantar".
MUA-nya memformatkan mesej dalam suatu format e-mel Internet dan menggunakan Protokol Pemindahan Mel Mudah (SMTP) untuk menghantar mesej berkenaan ke agen pemindahan mel (mail transfer agent, MTA) tempatan, iaitu smtp.a.org yang dikendali Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) langganan Alice.
MTA memeriksa alamat destinasi yang diberi dalam protokol SMTP (bukan dari pengepala mesej), iaitu bob@b.org. Alamat e-mel Internet address ialah serangkai bentuk localpart@exampledomain.com, yang dikenal pasti sebagai satu Alamat Domain Layak Sepenuhnya (Fully Qualified Domain Address, FQDA). Bahagian sebelum lambang @ ialah bahagian tempatan alamat, iaitu lazimnya nama pengguna penerima, manakala bahagian selepas lambang @ ialah nama domain. MTA mencari nama domain ini dalam Sistem Nama Domain untuk mencari pelayan pertukaran mel yang menerima mesej dari domain itu.
Pelayan DNS untuk domain b.org, ns.b.org, membalas dengan rekod MX menyenaraikan pelayan pertukaran mel untuk domain berkenaan, iaitu mx.b.org, satu pelayan yang dikendali ISP Bob.
smtp.a.org menghantar mesej berkenaan ke mx.b.org dengan menggunakan SMTP yang mengirimnya ke dalam peti surat pengguna bernama bob.
Bob menekan butang "dapatkan mel" dalam MUAnya, yang memungut mesej berkenaan menggunakan Protokol Pejabat Pos (Post Office Protocol, POP3).
Diingatkan bahawa pihak-pihak, alamat-alamat e-mel dan nama-nama domain dalam penjelasan ini adalah tidak wujud semata-mata
2.0 Format
Format mesej e-mel Internet didefinasikan dalam RFC 2822 dan satu siri RFC, dari RFC 2045 hingga RFC 2049, secara kolektifnya dipanggil Sambungan Mel Internet Pelbagai Guna (Multipurpose Internet Mail Extensions, MIME). Meskipun pada 13 Julai 2005 Secara teknikal, RFC 2822 ialah satu piawaian IETF yang dicadangkan dan MIME RFC pula piawaian IETF rangka sahja, dokumen-dokumen ini ialah piawaian de facto untuk pemformatan e-mel Internet. Sebelum pengenalan RFC 2822 pada tahun 2001, format yang dihuraikan RFC 822 merupakan piawaian de facto untuk e-mel Internet selama hampir dua dekad; RFC 822 masihlah piawaian IETF rasmi. IETF menyimpan monbor-nombor 2821 dan 2822 untuk versi-versi kemaskini RFC 821 (SMTP) dan RFC 822, maka memperakui kepentingan besar kedua-dua RFC ini. RFC 822 diterbitkan pada tahun 1982 berasaskan RFC 733 sebelumnya.
Mesej-mesej e-mel Internet terdiri daripada dua bahagian utama:
Pengepala — Distrukturkan kepada ruang-ruang seperti ringkasan, pengirim, penerima, dan maklumat lain mengenai e-mel
Isi — Mesej itu sendiri sebagai teks yang tidak berstruktur; kadang-kala disertakan ruang tandatangan pada penghujungnya
Pengepala dipisahkan daripada isi dengan sebatang garis kosong.
3.0 Pengepala
Pengepala mesej terdiri daripada ruangan-ruangan seperti yang berikut:
Dari: Alamat e-mel dan juga nama pengirim mesej
Ke: Alamat e-mel dan juga nama penerima mesej
Subjek: Ringkasan kandungan mesej (seperti tajuk)
Tarikh: Tarikh dan waktu tempatan mesej dikarang
Ruang-ruang pengepala lain juga termasuk (lihat RFC 4021 atau RFC 2076 untuk maklumat selanjutnya):
Kebanyakan klien e-mel menyediakan "Bcc" (Salinan karbon buta, para penerima yang tidak dilihat dalam ruangan "To") sebagai ruangan pengepala. Protokol berbeza-beza digunakan untuk menangani ruangan "Bcc"; ada kalanya seluruh ruangan itu digugurkan, pada masa-masa lain ruangan itu dikekalkan tetapi alamat-alamat dalamnya digugurkan. Alamat-alamat yang dimasukkan dalam "Bcc" hanya dimasukkan dalam senarai pengiriman SMTP, dan tidak termasuk dalam data mesej.



SOALAN 2
An arguement that had been ongoing for some time now involves the question as to
whether ATM or Gigabit Ethernet is the best choice for a high-speed networking
solution. Compare these two technologies and formulate a position paper outlining a
potential scenario for each technology where it might consitute the optimal solution.

1.0 ATM (Asynchronous Transfer Mode)
ATM adalah contoh gabungan antara Packet Switching dengan Circuit Switching. Penghantaran data menggunakan CELL yang mempunyai saiz yang tetap. CELL bersaiz kecil dan membolehkan penghantaran video, audio dan data komputer dihantar di dalam rangkain yang sama. Dengan CELL yang bersaiz kecil ia menjamin tiada sebarang isyarat yang menguasai talian

ATM mencipta saluran tetap sebaik sahaja data mula dihantar. Ini berbeza dengan TCP/IP dimana pesanan dibahagikan kepada paket dan data boleh dihantar melalui talian yang berlainan untuk setiap paket. ATM lebih untuk dijejaki dan bil untuk masa penggunaan adalah lebih mudah tetapi menyebabkan ATM tidak dapat menyesuaikan diri apabila berlaku gangguan trafik yang berlaku tiba-tiba di dalam rangkaian.

Terdapat tiga jenis perkhidmatan ATM:

1. Permanent Virtual Circuit (PVC) – sambungan terus diantara dua tempat seperti talian suwa.
1.1 Kebaikan: Menjamin sambungan senantiasa ada dan tidak perlu mendail antara switch.
1.2 Keburukan: Semua sambungan dan konfigurasi perlu dibuat secara manual. Ketahanan rangkaian tiada kerana talian adalah jenis sambungan terus.

2. Switched Virtual Circuit (SVC) - mencipta sambungan dinamik dan digunakan selagi terdapat penghantaran data.
2.1 Kebaikan: Sambungan yang lebih fleksibel dan sambungan dilakukan secara automatik oleh peralatan rangkaian
2.2 Keburukkan: Memerlukan masa tambahan dan overhead apabila melakukan sambungan.

3. Switched Multimegabit Data Service (SMDS) – connectionless
3.1 Berkelajuan tinggi, packet switched,
3.2 Menggunakan datagram berdasarkan teknologi WAN untuk berkomunikasi menggunakan rangkaian data public (public data network - PDN).
3.3 Menggunakan talian tembaga (copper) untuk menyokong kelajuan 1.544Mbps pada isyarat Digital tahap 1 (DS-1) dan 44.736Mbps pada isyarat Digital tahap 3 (DS-3)

2.0 Gigabit Ethernet
Ethernet merupakan Sistem Rangkaian Setempat (Local Area Network - LAN) yang amat popular. Dianggarkan 40 juta nod Ethernet telah dipasang di seluruh dunia hingga tahun 1994.

Ethernet telah dibangunkan oleh Dr. Robert M. Melcalfe di Pusat Penyelidikan Xerox di Palo Alto pada tahun 1970. Kelajuan Ethernet waktu itu hanya 3 Mbps dan dikenali sebagai Experimental Ethernet. Kini Ethernet berkelajuan 10 Mb/s atau dikenali juga dengan IEEE 802.3.

Sesuai dengan perkembangan teknologi, ethernet telah dimajukan hingga mencapai kelajuan 100 Mb/s Fast Ethernet (IEEE 802.3u), 1000Mb/s Gigabit Ethernet (802.3z/802.3ab) dan 10 Gigabit Etnernet (802.3ae).
Rajah Ethernet
Inovasi teknologi daripada 10 Mbps ke 100 Mbps telah menggalakkan anggota IEEE 802.3 untuk mereka-cipta Gigabit Ethernet, yang berkemampuan 1000 Mbps atau 1 Gbps. Kaedah yang digunakan adalah sama, iaitu dengan mengurangkan kadar pelanggaran data. Gigabit Ethernet adalah direka khas untuk digunakan pada kabel fiber optik, dan juga boleh digunakan pada kabel UTP kerana protokolnya masih sama.
Pada kebiasaannya, Gigabit Ethernet digunakan sebagai kerangka tetulang (backbone) yang akan menghubung rangkaian Fast Ethernet. Gigabit Ethernet digunakan dalam empat situasi, iaitu 1000Base-LX, 1000Base-SX, 1000Base-CX, dan 1000Base-T. Jadual dibawah adalah rumusan kategori Gigabit Ethernet

CIRI-CIRI
1000Base-SX
1000Base-LX
1000Base-CX
1000Base-T
Medium
Fiber Optik (multimode)
Fiber Optik (multi atau singlemode)
STP
UTP
Signal
Short-wave laser
Long-wave laser
Electrical
Electrical
Jarak Maksima
550 meter
550 m (multimode) 5000 m (singlemode)
25 meter
25 meter
Jadual Kategori Gigabit Ethernet
2.1 Cara Operasi

Setiap stesen di dalam sistem Ethernet akan berkongsi isyarat dan dihantar secara bersiri, iaitu satu bit untuk satu masa. Untuk menghantar data, setiap stesen akan "mendengar" samada saluran (channel) atau sistem berada dalam keadaan tidak aktif (idle) kerana ia hanya menghantar data di dalam bentuk kerangka (frame) ketika sistem tidak aktif.
Untuk memastikan setiap stesen mendapat peluang yang sama, satu mekanisma yang dipanggil ‘Medium Access Control’ (MAC) akan diletakkan di setiap antaramuka stesen. Sistem yang mengawal MAC, dipanggil ‘Carrier Sense Multiple Access with Collision Detection’ (CSMA/CD)
2.2 Protokol CSMA/CD
Protokol Capaian Berbilang Pengesan Pembawa/mengesan pelanggaran atau lebih dikenali dengan nama CSMA/CD berfungsi seperti di dalam satu bilik mesyuarat. Semua orang di dalam bilik mesyuarat perlu berdiam seketika sebelum berbicara dan ini dipanggil ‘Carrier Sense’ (pengesan pembawa). Apabila didapati semua orang sedang berdiam, maka setiap orang akan mendapat peluang untuk bercakap dan ini dipanggil ‘Multiple Access’ (Capaian berbilang). Tetapi sekiranya dua orang bercakap dalam waktu yang sama, maka sudah semestinya secara automatik kedua-dua agak diam kembali dan ini dipanggil ‘Collision Detection’ (mengesan pelanggaran).

Sekiranya contoh tadi kita samakan dengan sistem Ethernet, setiap stesen perlu menunggu sehingga tidak ada isyarat di dalam saluran barulah stesen tersebut mula menghantar isyarat. Tetapi sekiranya terdapat stesen lain yang menghantar isyarat di dalam saluran tersebut (ia dipanggil Carrier). Maka stesen lain perlu menunggu sehingga Carrier itu telah ditamatkan. Ini dipanggil Carrier Sense.

Dalam sistem Ethernet semua stesen mendapat peluang yang sama untuk menghantar isyarat ke dalam sistem rangkaian. Konsep ini dipanggil Multiple Access. Tetapi apabila sistem rangkaian telah menjadi besar, kemungkinan akan berlaku satu pelanggaran (collision) apabila dua stesen yang jauh diantara satu sama lain menganggap saluran tersebut kosong, padahal isyarat yang dihantar oleh salah satu stesen belum tiba kedestinasinya, tetapi stesen di tempat lain tidak dapat mengesannya, maka ia mula menghantar isyarat dan ini akan menyebabkan berlakunya satu pelanggaran (collision detect). Apabila sistem Ethernet mengesan satu pelanggaran maka stesen tersebut akan berhenti menghantar isyarat.

2.3 Protokol Rangkaian
Protokol rangkaian adalah standard untuk membolehkan komputer berkomunikasi. Protokol menentukan bagaimana setiap komputer mengenali komputer yang lain di dalam rangkaian, rupa data dihantar dan bagaimana informasi tadi diproses apabila tiba ke destinasinya.

Protokol juga menentukan prosedur yang harus dilakukan apabila berlaku kehilangan atau kerosakkan data semasa penghantaran.

2.4 Media
Pemilihan media yang sesuai merupakan perkara yang utama di dalam mereka dan pemasangan rangkaian Ethernet.

Terdapat empat jenis media yang digunakan:
a) Thin Wire – untuk 10Base5 – kelajuan maksima 10Mbps
b) Thin Coax – untuk 10Base2 – kelajuan maksima 10Mbps
c) Unshielded twisted pair (UTP) – untuk 10BaseT, 100BaseT, 1000BaseT dan sebagainya – kelajuan mengikut nombor panggal tersebut. Contoh 100BaseT mempunyai kelajuan 100Mbps
d) Fiber Optik – untuk 10BaseFL, 100BaseFx dan sebagainya


Jenis
Kelajuan Maksima
Kegunaan
Katergori 1
4 – 5Mb/s
Telefon
Katergori 2
4- 5 Mb/s
Local talk
Katergori 3
10 Mb/s
Data Ethernet
Katergori 4
16 Mb/s – Token ring20 Mb/s
Ethernet
Katergori 5
100 Mb/s
Fast Ethernet
Katergori5e
100 – 1000 Mb/s *
Fast Ethernet
Katergori 6
1000Mb/s
Giga Ethernet
Jadual Kelajuan Untuk Kabel Jenis UTP

Kabel jenis UTP amat sensitif terhadap gangguan elektro magnetik, oleh itu penggunaan kabel jenis shielded twisted pair (STP) boleh digunakan ditempat yang mempunyai banyak gangguan elektro magnetik. Kabel STP lebih mahal dari kabel UTP kerana setiap pasang wayar mempunyai penebat

3.0 Kesimpulan
Berdasarkan kepada huraian di atas, pada pendapat saya pilihan yang terbaik untuk penggunaan rangkaian adalah ATM kerana ATM ataupun Asynchronous Transfer Mode adalah satu paket teknik pensuisan (switching) dan ‘multiplexing’. Walaupun perkataan ‘asynchronous’ ataupun tidak serentak terdapat padanya, ia bukanlah satu penghantaran yang ‘asynchronous’. Ia sesuai digunakan untuk aplikasi yang memerlukan kadar bandwidth tinggi dan kelewatan (delay) yang rendah kerana factor pembinaannya. Oleh kerana melalui ATM, data dihantar sebagai sel yang mempunyai saiz tetap, ia mungkin mempunyai bit-bit yang tidak berguna. ATM merupakan satu contoh protocol yang ringkas. Ia hanya menghantar data dari satu titik ke titik yang lain tetapi tidak dapat mengesan dan memperbaiki ralat dengan sendirinya. Walaubagaimanapun, oleh kerana ia direka untuk berkebolehan campur urusan protokol lain, maka ia mampu menyokong hamper kesemua lapisan atas protokol untuk mengesan dan memperbaiki ralat dari mula ke akhir

3.1 Kelebihan ATM
Terdapat beberapa kelebihan ATM, antaranya ialah:
i. ‘Label Switching’ – Protokol ATM adalah amat sesuai menggunakan ‘label switching’. Ia bekerja dengan cara apabila satu paket diterima daripada router, ia akan memeriksa 3 lapisan header dan menghantar paket tersebut ke hop (node) yang seterusnya berdasarkan destinasi yang diingini. Lapisan alamat rangkaian mengandungi lebihan maklumat untuk membuat keputusan laluan, oleh itu proses lapisan laluan ketiga adalah agak kompleks. Di dalam ‘label switching’, alamat lapisan 3 dipetakan kepada pengecam yang lebih singkat yang dinamakan label. Di sini ia adalah penting untuk menitikberatkan bahawa label bukanlah dengan nyatanya merupakan alamat titik akhir. Apabila satu paket dilalukan ke hop seterusnya label tersebut dihantar bersamanya sebagai sebahagian daripada header untuk membolehkan router menggunakan data yang ingin digunakan unuk mengetahui perjalan hop seterusnya. Dalam ATM label dibentuk dengan menggunakan 24 bit medan ‘Virtual Path Identifier (VPI) dan Virtual Connections Identifier (VCI). ‘Label switching’ mempunyai banyak kelebihannya; antaranya ia lebih mudah untuk membina satu ‘label switching’ router kerana paket boleh dilalukan melalui label sebagai indeks ke dalam ‘switch memory’ untuk menentukan hop seterusnya dan juga kerana label adalah lebih ringkas berbanding alamat IP. Kedua, jika paket IP dilalukan melalui mana-mana dua titik akhir dalam sesebuah rangkaian ATM menggunakan cara teradisional, samada litar maya itu mesti disambungkan dalam sesuatu konfigurasi ‘full mesh’ antara suis ATM ataupun pemintaan melalui suis laluan maya (Switched Virtual Channel - SVC) harus diwujudkan menggunakan protokol yang sesuai. ‘Label switching’ tidak memerlukan penyambungan mesh yang sebegitu dan ia juga mampu mengurangkan bilangan router yang setara yang diperlukan untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Daripada itu didapati bahawa rangkaian yang berasaskan ‘label switching’ adalah lebih cepat dan melibatkan kos yang lebih rendah. Ketiga, ‘label switching’ dipersekitaran ATM adalah lebih kurang sama dengan protokol lain. Oleh itu adalah tidak mustahil untuk menggunakan cara yang sama untuk penghantaran paket dan juga pengurusan rangkaian.

ii. ‘Low latency’ – Salah satu ciri penting ATM adalah rendahnya penyembunyian dan ketidaknampakan kapasiti untuk merentangi LAN dan WAN. Ini disebabkan oleh paket-paket yang terdapat dalam lapisan ATM mempunyai panjang yang tetap.

iii. Kadar kelajuan dan bandwidth yang tinggi – Oleh kerana faktor ‘low latency’ ATM sesuai digunakan untuk aplikasi yang memerlukan kadar kelajuan dan bandwidth yang tinggi. Dewasa ini terdapat banyak LAN berkelajuan tinggi seperti gigabit Ethernet dan MAN yang merangkumi 10 Km luas diameter menggunakan protokol ATM sebagai fiber-distributed data interface (FDDI) dan dual queue distributed bus (DQDB).

iv. Penyatuan rangkaian - Pada kebiasaannya paket protokol hanya sesuai untuk ‘bit variable service’ dan tidak boleh memindahkan data yang sensitive terhadap kelewatan. Sebagai contoh, pensuisan rangkaian telefon awam hanya boleh memindahkan informasi suis litar (circuit switched information). Satu X.25 atau rangkaian gantian hanya boleh mengawal data packet-switched. Protokol ATM telah direka supaya ia boleh membawa pelbagai jenis data bersesuaian dengan keperluan pengguna. Maka, protokol ATM berkebolehan membekalkan kesemua jenis perkhidmatan dengan satu ataupun enyatuan rangkaian.

v. Penyatuan kemasukan daripada premis pelanggan – ATM membekalkan jalan untuk mencapai penyatuan kemasukan ke perkhidmatan ‘braodband’ daripada rangkaian persendirian ataupun awam. Perkhidmatan seperti cakera padat, saluran filem prabayar , HDTV , pindahturun data dari Internet dan sebagainya boleh disatukan dengan suis litar suara dan data berkelajuan rendah dan kemudiannya akan dipersembahan di satu saluran ATM kepada premis pelanggan di mana satu kotak set-top akan mendimultiplexkan perkhidmatannya. Pengguna juga boleh meminta perkhidmatan istimewa daripada pembekal rangkaian dengan menggunakan upstream pengawal saluran.

iv. Kebolehupayaan bekerja dengan protokol yang sedia ada dan legasi LAN
– terdapat banyak misalan di mana aplikasi-aplikasi baru memerlukan bandwidth dan kelajuan rangkaian ATM. Salah satu contoh melibatkan kerjasama antara pelbagai organisasi pengajian dengan data imej beresolusi tinggi dan bandwidth tinggi. Rangkaian ATM jika dimasukkan masih berupaya bekerja dengan protokol rangkaian data tradisional dan legasi LAN seperti Ethernet, Token Ring dan FDDI. Maka infrastruktur
rangkaian yang telah wujud perlu ditambah hanya bila atau di mana perlu, menuju ke arah evolusi teknologi baru yang lebih murah.

vii. Bandwidth atas permintaan – dalam rangkaian peribadi bandwidth yang lebih tinggi boleh diminta oleh pengguna. Walau bagaimanapun, secara umumnya mereka mestilah dikena syarat-syarat melalui pengurus rangkaian dan tidak boleh ditugaskan secara dinamik semasa penyambungan dibuat. Beberapa rangkaian peribadi yang dilengkapi dengan kebolehan penyongsangan multiplexing di kedua-dua hujung, adalah tidak mustahil untuk meminta dan meningkatkan kadar bandwidth secara dinamik. Walau bagaimanapun, julat yang dibenarkan adalah agak terhad. Dengan ATM, pengguna boleh meminta bandwidth yang diingini apabila satu panggilan dimulakan, rangkaian akan mula mencari bandwidth yang diminta secara dinamik hanya jika pelanggan telah melanggan ciri tersebut ketika masa langganan.







Rujukan
Brandon, C., and Boehme, E. (1999) MCSE TCP/IPFor Dummies , 2nd Edition. Wiley Publishing,

MALAYSIA, Open University. (2004). CBCT2203 Konsep Asas teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

MALAYSIA, Open University. (2007). CBCN4103 Introduction to Networking. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Mark L. Chambers (2003) PCs All-in-One Desk Reference For Dummies, 2nd Edition. Wiley Publishing,

http://www.komputer.com

http://www.mypendidik.net/portal

Sila Klik Jika Ingin Bantu