Blog ini mengandungi koleksi assignment penulis semasa menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi, walaubagaimanapun penulis tidak bertanggungjawab terhadap mutu tugasan dan ketepatan fakta yang terdapat di dalamnya. Pengunjung haruslah membuat pertimbangan sendiri...
Himpunan tugasan/assignment akan diupdate dari masa kesemasa... rajin-rajinlah menjengah.... tq

Thursday, July 16, 2009

ASSIGNMENT CBSE4103 SOFTWARE ENGINEERING - Kejuruteraan Perisian

Soalan 2

Terdapat beberapa model proses yang digunakan untuk membina projek perisian, contohnya model spiral, prototaiping, model air terjun dan model tokokan (incremental).

2.1Kebaikan dan kelemahan bagi setiap model proses

2.1.1Model Spiral
Model spiral sebenarnya dicadangkan oleh Boehmn dan skrg, ia sgt dikenali. Proses ini menggunakan spiral sbg satu set aktiviti dgn menjejaki dan gelung di dlm spiral menunjukkan fasa di dalam proses. Tidak ada fasa yg tertentu spt spesifikasi atau rebentuk-gelung2 di dlm spiral dipilih bergantung kpd yg diperlukan. Tambahan pula, risiko dinilai scr eksplisit dam diselesaikan sepanjang proses. Setiap gelung did lm spiral dibahagikan kpd 4 sektor

Kitaran spiral bermula dengan menjelaskan objektif2 seperti persembahan, fungsi dan sebagainya. Langkah yg seterusnya ialah menilai risiko2 dr aktiviti spt analisis lebih terperinci, prototaip, simulasi dan lain2 lagi. Selepas penilaian risiko telah dibuat, beberapa pembangunan akan dilakukan dan diikuti dgn merancang aktiviti utk fasa yg seterusnya dlm proses tersebut.


2.1.2Model Air Terjun
Metodologi ini merupakan satu kaedah klasik yang diamalkan dengan meluas dalam pembangunan perisian. Ia adalah satu siri aktiviti berjujukan dan sistematik. Pendekatan ini dinamakan model Air Terjun oleh kerana ia bermula pada peringkat awal iaitu fasa perancangan dan berterusan secara berjujukan sehingga ke fasa operasi dan penyelenggaraan. Selain daripada digunakan dengan meluas, ia juga memudahkan aktiviti pengurusan projek kerana masa untuk mula dan tamat sesuatu fasa ditentukan dengan jelas. Rajah 2.1 menunjukkan bagaimana aktiviti-aktiviti dalam kitar hayat model air terjun dilakukan. Hasil kerja sesuatu fasa mempengaruhi fasa-fasa berikutnya. Oleh itu, ia perlu disemak dan dinilai sebelum melangkah ke fasa seterusnya. Selepas sistem siap dan digunakan, sistem tersebut biasanya akan diperbaiki mengikut kehendak semasa.



Rajah 2.1 Model Air Terjun

2.1.3Model Prototaip
Model prototaip terdiri daripada proses membangunkan sesuatu system percubaan atau eksperimen dengan cepat dan murah untuk dinilai oleh pengguna. Pendekatan ini melibatkan proses memperincikan model sistem secara iterative dengan mengulangi fasa-fasa atau langkah-langkah pembangunan system beberapa kali sehingga menepati matlamat yang benar-benar diakui. Secara amnya, terdapat dua strategi yang boleh digunakan di dalam pendekatan prototaip iaitu:

i. Prototaip Penjelajahan : Dalam prototaip penjelajahan, prototaip yang disahkan akan digunakan sebagai komponen kepada system yang ingin dibangunkan. Ia juga dipanggil produk teras. Beberapa perubahan akan dilakukan terhadap produk teras ini pada peringkat pembangunan sebenar sistem.

ii. Prototaip Pakai-Buang : Prototaip yang dibina akan diabaikan atau dibuang. Bukanlah satu pembaziran kerana matlamat pembangunan prototaip adalah untuk memperolehi keperluan sebenar pengguna.

Pembangunan model prototaip dapat mengurangkan risiko yang perlu ditanggung oleh pembangun jika sistem yang dibangunkan mempunyai ralat atau kesilapan. Rajah 2.2 menunjukkan pembangunan sistem menggunakan pendekatan prototaip.


Rajah 2.2 Model Prototaip

2.1.4Model Peningkatan
Model ini sesuai digunakan untuk projek yang besar dengan kos yang terhad. Sistem keseluruhan dibahagikan kepada beberapa peringkat penyerahan versi dengan fungsi akan ditambah secara berperingkat. Justifikasi bagi pendekatan ini ialah:
i. Beberapa fungsi perlu disiapkan dan beroperasi terlebih dahulu sebelum yang lain boleh dibangunkan.
ii. Projek dibahagikan kepada beberapa siri penyerahan versi.
iii. Kekangan dari segi peruntukan kewangan telah memaksa projek dibangunkan secara berperingkat-peringkat.

Setiap penyerahan perlu berupaya menyediakan kemampuan yang lebih baik daripada sebelumnya. Kelemahan pendekatan ini boleh dilihat dari segi kos penyelenggaraan yang tinggi apabila sistem beroperasi. Rajah 2.3 menunjukkan model peningkatan.




Rajah 2.3 Model Peningkatan


2.2Model proses yang paling memberikan fleksibiliti
untuk pengubahsuaian

Model proses yang dipilih ialah metodologi prototaip penjelajahan. Metodologi ini dipilih kerana yang pertama ianya sesuai dengan saiz projek yang dianggarkan bersaiz sederhana, yang kedua ianya membenarkan pengulangan fasa. Pengulangan fasa adalah amat penting untuk projek ini supaya sistem yang dibangunkan ini betul betul memenuhi keperluan pengguna namun begitu pengulangan fasa akan dilakukan dengan efisyen untuk mengurangkan kos. Ketiga ialah kerana ianya dapat merapatkan jurang komunikasi di antara pembangun dan pengguna. Dengan ini spesifikasi keperluan pengguna dapat diperolehi dengan lebih mudah dan lengkap. Sebab yang keempat ialah pembangun lebih mahir menggunakan metodologi ini dalam proses pembangunan sistem.



2.3Bagaimana model tersebut dapat mengendalikan perubahan
besar dalam keperluan lewat di dalam pembangunan

Model proses prototaip melibatkan dua strategi iaitu prototaip keperluan dan prototaip penjelajahan. Prototaip penjelajahan merupakan satu pembangunan sistem yang boleh direalisasikan dengan lengkap. Ia tidak akan dibuang sebaliknya diterima sebagai komponen sistem yang hendak dibangunkan. Beberapa perubahan kecil kepada prototaip ini dilakukan secara berterusan hingga kepada peringkat sistem yang sebenar.

Pemilihan model prototaip penjelajahan adalah kerana ia dapat menghasilkan sebuah sistem yang berfungsi untuk pengguna akhir. Ia amat efisyen digunakan dalam pembangunan sistem ini kerana sistem ini berinteraksi dengan banyak peringkat pengguna. Bermula dengan keperluan pengguna yang difahami dengan jelas, prototaip dibina dan dinilai sehingga spesifikasinya dipenuhi sebelum diimplemenkan sebagai sistem akhir iaitu sistem yang akan diuji dan disahkan sebelum digunakan oleh pengguna.
Memandangkan sistem yang akan dibangunkan ini digunakan oleh banyak peringkat pengguna seperti pensyarah, pelajar dan staf pentadbiran makan penggunaan model ini adalah penyelesaian yang terbaik. Pembangunan system yang melibatkan ramai golongan pengguna selalunya melibatkan pengulangan fasa yang tinggi. Sistem akan sentisasa diuji dan pengubahsuaian akan dilakukan dari satu peringkat ke satu peringkat berdasarkan kehendak pengguna. Proses ini akan berterusan sehinggalah sistem yang dibangunkan benar-benar berjaya dan menepati kehendak pengguna.

Selain itu juga, faktor-faktor lain pemilihan pendekatan ini ialah ia boleh merapatkan jurang komunikasi di antara pembangun dan pengguna dalam merealisasikan sistem. Pembangunan sistem percubaan adalah lebih murah dan cepat untuk dinilai oleh pengguna akhir dan dapat membantu pengguna menentukan spesifikasi keperluan yang lebih baik apabila berinteraksi dengan sistem prototaip. Teknik yang digunakan untuk memodelkan sistem ialah Unified Modelling Language (UML).


2.4Gambar rajah proses bagi proses pembangunan perisian
yang memprototaip dua reka bentuk berbeza dan boleh
memilih yang terbaik di antara mereka.


Rajah 2.4 Model Air Terjun
The Waterfall Model merupakan model yg pertama dan mempunyai struktur lama di dlm model pembangunan proses. Model ini dikenali sbg air terjun atau bulatan kehidupan perisian kerana bentuknya st terjatuh dr stau fasa kpd yg lain spt yg ditunjukkan dalam Gambarajah 2.4


Setiap fasa diterangkan seperti berikut:

(a) Definisi Dan Keperluan Sistem

Kumpulan projek mesti bertemu dan berbincang dgn pengguna utk mendptkan matlamat dan desakan keperluan dlm sistem. Keperluan2 ini akan digunakan sbg satu spesifikasi sistem dan kemudian boleh digunakan sebagai asas perjanjian di antara pengguna sistem dan perisian syarikat.

(b) Rekaan Perisian Dan Sistem

Proses rekaan sistem melibatkan proses menganalisis keperluan2 drpd jurutera perisian dan perspektif rekabina perisian. Setiap keperluan akan dikenalpasti scr terperinci dan keputusannya ialah rekaan yang lengkap yg harus menepati syarat2 pengguna dan menerangkan perhubungan asas di antara sistem abstrak perisian.

(c) Perlaksanaan Dan Pengujian Unit

Sewaktu dlm langkah perlaksanaan, reka bentuk perisian dicipta sbg satu set
program atau unit program. Kemudian apabila setiap unit selesai, unit pengujian
terlibat dlm menentukan setiap unit menepati spesifikasinya.

(d) Integrasi Dan Sistem Pengujian

Selepas pengujian telah selesai, unit2 program scr individual atau program akan
diintegrasikan dan diuji sbg satu sistem yg lengkap utk memastikan syarat2
perisian itu tlh ditepati. Selepas pengujian integrasi telah selesai, sistem perisian
akan dihantar kpd pelanggan.

(e) Operasi Dan Penyelenggaraan

Biasanya, operasi dan fasa penyelenggaraan merupakan fasa kitaran kehidupan yg
plg panjang. Sewaktu kitaran, sistem akan dipasang dan digunakan oleh pengguna. Penyelenggaraan melibatkan pembetulan kesalahan yg tidak diketahui sewaktu Permulaan kitaran, memperbetulkan perlaksanaan unit sistem dan menggalakkan perkhidmatan sistem apabila keperluan baru ditemui.

Prinsipnya, keputusan utk setiap fasa akan keluar dengan satu atau lebih dokumen sama yg diluluskan. Untuk standardasi itu, ia bergantung kpd syarikat itu sendiri samada mrk mahu dokumen dlm standard yg spesifik atau hanya mencipta standard mereka sendiri. Tetapi selalunya, fasa2 berikut tidak sepatutnya bermula sehingga fasa yg sebelumnya berakhir kerana fasa2 berikut bertindih dan menggunakan informasi sesama sendiri.

Perisian ini akan digunakan semasa fasa operasi dan penyelenggaraan. Dlm fasa ini, kesalahan dan pengabaian pada keperluan perisian yg tulen akan diketahui dan fungsi baru akan dikenalpasti. Untuk membuat perubahan, ini akan melibatkan beberapa atau semua langkah dlm proses yg sebelumnya.


Rujukan:

MALAYSIA, Open University. (2007). CBSE4103 Software Engineering. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

Suhaimi Ibrahim et.al. (1999), Kejuruteraan Perisian UTM, Skudai

http://www.komputer.com

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kejuruteraan_keperluan_perisian"

Sila Klik Jika Ingin Bantu