Blog ini mengandungi koleksi assignment penulis semasa menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi, walaubagaimanapun penulis tidak bertanggungjawab terhadap mutu tugasan dan ketepatan fakta yang terdapat di dalamnya. Pengunjung haruslah membuat pertimbangan sendiri...
Himpunan tugasan/assignment akan diupdate dari masa kesemasa... rajin-rajinlah menjengah.... tq

Sunday, September 13, 2009

TUGASAN CBMT2103 PENGANTAR TEKNOLOGI MULTIMEDIA

Contoh assignment Pengantar Teknologi Multimedia

Soalan 1

1.0Pendahuluan
Mengetahui perkakasan-perkakasan yang diperlukan oleh sesebuah sistem komputer multimedia adalah sangat penting. Ini adalah kerana tanpa perkakasan-perkakasan ini, kita tidak akan dapat menikmati video yang menarik, grafik animasi, teks atau gambar yang berwarna-warni, dan sebagainya. Selain daripada itu, pengetahuan tentang sistem perkakasan komputer amatlah diperlukan bagi membolehkan kita bekerja dengan elemen multimedia dengan lebih berkeyakinan. Berikut dibincangkan secara ringkas tentang perkakasan- perkakasan asas termasuk peranti input, output , penstoran dan perisian yang diperlukan oleh komputer multimedia untuk membangunkan e-majalah khusus dalam industri hospitality, pelancungan dan sukan ekstrim

2.0 Peranti Input
Peranan peranti input sangat penting sewaktu membangunkan sesebuah persembahan multimedia. peranti ini diperlukan semasa anda ingin berinteraksi dengan komputer. Anda memerlukan peranti input seperti papan kekunci, kamera digital, pengimbas untuk memasukkan elemen-elemen multimedia seperti bunyi, teks, lukisan grafik, dan video ke dalam komputer multimedia. Peranti input yang akan dibincangkan di bahagian berikut ialah pendigit, kamera digital, kamera video digital dan peranti input suara.

2.1 Pendigit
Peranti input ini sering digunakan dalam bidang komputer grafik. Pendigit ialah peranti yang boleh digunakan untuk menyurih atau menyalin sesuatu gambar atau lukisan. Perkara yang hendak disalin diletak di atas memeja pendigit. Kemudian, satu stilus khas yang disambung ke komputer digunakan untuk menyurih bahan tersebut. Sambil stilus itu bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan lain, komputer merekod kedudukannya dari memeja pendigit. Selepas bahan tersebut disurih, imejnya boleh dipaparkan pada skrin, dicetak pada kertas atau disimpan pada sistem komputer untuk penggunaan masa depan. Memeja pendigit juga menyediakan kawalan yang baik sewaktu mengedit elemen-elemen grafik yang memerlukan ketelitian. Fitur ini amat berguna untuk pereka grafik dan antaramuka.

2.2 Kamera Digital
Teknologi multimedia telah menuju ke satu era baru apabila kamera digital diperkenalkan. Teknologi ini membolehkan imej atau grafik digital dipindah secara terus daripada kamera digital ke komputer dengan hanya menggunakan sambungan kabel. Ia jauh lebih mudah daripada cara konvensional, di mana anda terpaksa mengambil gambar atau imej dengan kamera dahulu, kemudian filem kamera tersebut dicuci untuk mendapatkan fotonya, sebelum diimbas dengan menggunakan pengimbas. Beberapa tahun yang lalu, kamera digital menghadapi masalah penyimpanan imej dalam kamera. Ketika itu, kapasiti storannya hanya beberapa megabait dan cuma mampu menyimpan beberapa keping imej digital sahaja. Kini, dengan adanya teknologi baru, seperti kad secure digital berkapasiti sehingga 128MB, masalah ini dapat diatasi. Ini menyebabkan kamera digital mendapat sambutan yang luas.

2.3 Kamera Video Digital
Kamera video digital merekod pergerakan secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera. Kualiti imejnya adalah lebih baik, tetapi harganya agak mahal berbanding dengan kamera video tradisi. Kamera video digital boleh juga digunakan sebagai kamera digital dengan mengambil gambar statik. Dengan penurunan kos, kamera video digital menjadi semakin popular dalam persembahan multimedia. Kamera digital juga boleh menyimpan data dalam pita video digital yang boleh terus dibaca oleh sistem komputer dengan bantuan pemacu digital video. Pita ini sering dikenali sebagai pita DV (Digital Video).

2.4 Peranti Input Suara
Peranti input suara menukar ucapan manusia kepada kod digital. Peranti input suara yang paling luas digunakan ialah mikrofon. Mikrofon merupakan perkakasan yang diperlukan untuk merekodkan bunyi atau suara dalam komputer multimedia. Ia biasanya digunakan oleh pengguna untuk perbualan atas talian atau tele-perundingan.

3.0 Media Storan
Untuk membuat anggaran keperluan memori sesebuah projek multimedia, iaitu ruang simpanan yang diperlukan untuk cakera keras, cakera liut atau CD-ROM, dan bukannya ingatan capaian rawak (RAM), anda memerlukan kefahaman tentang kandungan dan skop projek yang sedang anda bangunkan terlebih dahulu. Persepaduan imej berwarna, teks, elemen bunyi, grafik, animasi, klip video dan kod pengaturcaraan memerlukan ruang simpanan. Lebih banyak elemen multimedia digabungkan, lebih banyak ruang simpanan diperlukan. Oleh itu, pembangun multimedia yang cekap perlu mengetahui perbezaan antara pelbagai jenis storan sekunder yang ada. Mereka perlu mengetahui had, keupayaan dan kegunaan setiap storan sekunder seperti cakera liut, cakera keras, cakera optik, dan pita magnet.

3.1 Cakera Keras
Selepas teknologi multimedia diperkenalkan, permintaan terhadap storan yang besar telah meningkat. Ini disebabkan saiz fail yang mengandungi maklumat multimedia, seperti grafik, audio dan video boleh mencapai beratus-ratus megabait, di mana ia tidak boleh disimpan dalam cakera liut sekalipun dimampatkan (.zip). Maka, cakera keras memainkan peranan penting dalam penyimpanan data multimedia. Terdapat tiga jenis cakera keras iaitu cakera keras dalaman, katrij cakera keras, dan pak cakera keras.

3.1.1 Cakera Keras Dalaman
Cakera keras dalaman juga dikenali sebagai cakera tetap kerana ia diletakkan dalam
unit sistem. Ia biasa digunakan untuk menyimpan hampir semua program dan kebanyakan fail data sistem. Sebagai contoh, hampir semua mikrokomputer menggunakan cakera keras dalaman untuk menyimpan sistem pengendalian dan aplikasi utama, seperti Word dan Excel. Cakera keras berkapasiti 10 gigabait dan capaiannya lebih cepat.

3.1.2 Katrij Cakera Keras
Katrij cakera keras mudah dipindahkan seperti mengeluarkan kaset daripada perakam video kaset. Jumlah storan yang ada pada sistem komputer terhad kepada bilangan katrij. Ini membezakan katrij cakera keras dengan cakera keras dalaman. Walaupun cakera keras dalaman menyediakan capaian pantas, ia mempunyai jumlah storan yang tetap dan tidak mudah untuk dipindahkan. Storan mudah alih ini amat sesuai digunakan sebagai salinan sandar untuk menyimpan fail multimedia seperti audio, video, animasi dan data-data penting lain. Kapasiti yang biasa bagi katrij cakera keras ialah dua gigabait. Kebiasaannya, katrij cakera keras digunakan untuk memindahkan fail yang bersaiz besar, seperti fail penerbitan meja yang mempunyai grafik, warna, dan sebagainya. Di antara katrij cakera keras yang terdapat di pasaran ialah Iomega’s Jaz dan SyQuest’s SparQ. cakera keras SyQuest’s SparQ merupakan medium mudah alih yang paling banyak digunakan di kalangan pembangun dan professional multimedia. Kini, tempatnya telah diambilalih oleh Iomega’s Jaz yang bukan sahaja lebih murah tetapi menyediakan ruang storan yang lebih dan capaian pantas.

3.1.3 Pak Cakera Keras
Pak cakera keras ialah peranti storan mudah alih. Ia digunakan untuk menyimpan sejumlah maklumat yang besar. Kapasitinya jauh melebihi cakera keras jenis lain. Mikrokomputer yang mempunyai capaian ke Internet, minikomputer atau kerangka utama biasanya mempunyai capaian ke pak cakera keras luaran melalui talian komunikasi.

4.0 Perisian
Terdapat banyak perisian di pasaran yang boleh digunakan untuk membangunkan e-majalah , ia boleh dibahagikan kepada lima jenis media.

4.1 Perisian Teks
Pada masa kini, terdapat banyak perisian aplikasi di pasaran untuk menulis dan mengedit teks, seperti Microsoft Word, FrontPage, Wordpad dan sebagainya. Selain itu, kita juga dapat mencipta teks dengan kesan khas, seperti shadow atau emboss dengan menggunakan Macromedia Freehand, Fireworks, ResEdit, dan Cascading Style Sheet.

4.2 perisian Grafik
Perisian-perisian grafik banyak terdapat di pasaran. Antara yang popular dan sering digunakan ialah Adobe Photoshop, Corel Draw, Painter 3D, dan Macromedia Freehand. Setiap perisian grafik ini mempunyai fungsi dan kegunaannya yang tersendiri.



4.3 Perisian Animasi
Terdapat banyak jenis perisian animasi di pasaran yang boleh dipilih bagi menghasilkan pelbagai jenis animasi, sama ada animasi dua dimensi atau tiga dimensi, mahupun bagi tujuan penghasilan animasi kesan khas. Di antaranya ialah Macromedia Authorware, Macromedia Director dan Macromedia Flash, Ray Dream 3D, 3D Studio Max, Lightwave 3D dan lain-lain lagi.

4.4 Perisian Audio
Pelbagai perisian di pasaran bagi tujuan rakaman mahupun penghasilan audio, seperti perisian Sonic Foundry’s Sound Forge, dan Macromedia SoundEdit.

4.5 Perisian Video
Adobe Premiere, Video Fusion dan Ulead Media Studio Pro adalah di antara perisian video yang berkualiti dan canggih yang terdapat di pasaran. Perisian-perisian ini kebanyakannya mahal harganya dan memerlukan masa yang agak lama untuk dikuasai sepenuhnya. Apa yang pasti perisian-perisian ini mampu untuk menghasilkan video digital yang berkualiti tinggi.

5.0 Peranti Output
Peranti output menukar maklumat yang boleh dibaca oleh mesin kepada bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. Data yang dimasuk dan seterusnya diproses oleh komputer akan berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya kepada bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. Seperti peranti input, peranti output juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sesebuah persembahan multimedia. Di antara peranti output yang sering digunakan bersama komputer multimedia anda ialah monitor, pencetak, pemplot, projektor dan peranti output suara. Walau bagaimanapun hanya tiga peranti output iaitu monitor, projektor dan Peranti Komunikasi: Modem akan dibincangkan di sini.

5.1 Monitor
Monitor digunakan untuk paparan. Ia merupakan salah satu perkakasan asas yang penting dalam sistem multimedia. Cuba bayangkan yang anda telah berjaya menyiapkan projek akhir animasi anda dan tidak sabar-sabar untuk menunjukkan hasil kerja tersebut kepada kawan-kawan anda. Malangnya monitor anda tidak berfungsi. Sudah tentu tanpa monitor hasil kerja anda tidak dapat dipaparkan kepada kawan-kawan anda. Monitor yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah projek multimedia adalah bergantung kepada jenis aplikasi multimedia yang sedang anda bina di samping jenis komputer yang digunakan. Tahukah anda terdapat pelbagai jenis monitor dalam pasaran untuk kedua-dua komputer PC dan Macintosh. Di antaranya ialah monitor jenis tiub sinar katod (cathode ray tube - CRT) dan monitor mudah alih yang dikenali sebagai monitor paparan kristal cecair (liquid crystal display - LCD).

5.2 Projektor
Projektor merupakan alat yang digunakan untuk membolehkan sesebuah persembahan multimedia dipaparkan kepada sekumpulan penonton yang besar. Di antara projektor yang terdapat di pasaran ialah projektor paparan kristal cecair (Liquid Crystal Display Panel and Projector) dan projektor video tiga lensa (Three–Gun Video Projector).

5.3 Peranti Komunikasi: Modem
Perkataan modem ialah kata singkatan bagi modulasi-demodulasi. Modulasi ialah nama untuk proses menukar isyarat digital kepada analog. Demodulasi pula ialah proses menukar isyarat analog kepada digital. Modem membolehkan mikrokomputer (digital) berkomunikasi melalui talian telefon (analog). Kedua-dua komunikasi suara dan komunikasi data boleh dibawa melalui talian telefon yang sama. Modem merupakan perkakasan yang perlu ada untuk menyambung (access) ke Internet. Jika tiada perkakasan ini, maka teknologi multimedia tidak dapat dibangunkan dengan begitu pesat. Ini disebabkan, maklumat atau data multimedia yang terdapat pada Internet tidak dapat dirujuk dan dikongsi. Selain modem, Rangkaian Digital Khidmat Bersepadu (ISDN), Talian Pelanggan Digital (DSL), modem kabel , sambungan satelit/udara merupakan antara teknologi-teknologi lain yang boleh digunakan untuk sambungan ke Internet.

Bersambung esok... insyaallah

Sila Klik Jika Ingin Bantu