Blog ini mengandungi koleksi assignment penulis semasa menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi, walaubagaimanapun penulis tidak bertanggungjawab terhadap mutu tugasan dan ketepatan fakta yang terdapat di dalamnya. Pengunjung haruslah membuat pertimbangan sendiri...
Himpunan tugasan/assignment akan diupdate dari masa kesemasa... rajin-rajinlah menjengah.... tq

Tuesday, November 10, 2009

Projek IT : CBBR4203 PROJEK KEPUJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT | BAB 5

BAB 5

PEMBANGUNAN DAN PENGUJIAN SISTEM

5.1 Pengenalan.

Fasa pembangunan merupakan fasa yang perlu dititik beratkan dan dianggap kritikal kerana fasa ini akan mempraktikkan fasa rekabentuk yang dibuat sebelum ini. Manakala perlaksanaan sistem melibatkan proses-proses pemasangan perisian yang akan digunakan dalam sistem yang akan dibangunkan. Pembangunan dan perlaksanaan sistem ini dilaksanakan setelah perancangan dan rekabentuk dilaksana pada peringkat awal. Beberapa tindakan alternatif perlu diambil untuk memastikan sisttem dapat dibangunkan mengikut perancangan.

Fasa pengujian pula merupakan fasa yang terpenting setelah keseluruhan sistem dibangunkan. Pengujian sistem dijalankan untuk memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi spesifikasi rekabentuk sistem yang ditetapkan. Ia penting bagi memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi spesifikasi keperluan pengguna, dan menghasilkan keputusan seperti yang dijangkakan. Ini bermakna fasa ini penting untuk memastikan agar sistem dapat dilaksanakan mengikut objektif sistem. Pengujian biasanya dijalankan selari dengan pembangunan sistem. Ini adalah untuk memastikan sistem yang dibangunkan bebas daripada ralat pada peringkat awal lagi. Pengesanan ralat pada peringkat awal memudahkan pembetulan dilakukan kerana ianya tidak melibatkan proses yang besar.

5.2 Pembangunan Sistem

Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan pendekatan prototaip. Ia menyediakan dua pandangan pengguna iaitu pandangan pelanggan Ghirly Collection dan pandangan pengurusan Ghirly Collection. Dalam proses pembangunan sistem ini, antara aktivitiaktiviti yang terlibat adalah seperti pemasangan perisian yang diperlukan oleh sistem, pengkodan aturcara modul-modul, pembangunan pangkalan data dan pengintegrasian modul.

5.2.1 Pemasangan Perisian

Dalam membangunkan sistem ini, beberapa perisian telah dikenalpasti untuk digunakan. Perisian-perisian yang terlibat dan perlu dipasang adalahMicrosoft XP 2003, Microsoft SQL , Micromedia Dreamweaver MX, Microsoft Internet Information Server (IIS ), dan Pelayar Web.

5.2.2 Pengkodan Aturcara Modul-Modul

Pengkodan halaman-halaman web sistem dibina dalam persekitaran Micromedia Dreamweaver MX. Modul-modul yang terlibat dibangunkan secara berperingkat, selari dengan pembangunan serta penyelenggaraan pangkalan data.

5.2.3 Pembangunan Pangkalan Data

Pangkalan data yang akan digunakan untuk sistem ini adalahMicrossoft SQL. Secara asasnya terdapat beberapa langkah yang dilakukan untuk membangunkan pangkalan data iaitu :

i. Membina pangkalan data baru.
ii. Membina jadual-jadual.
iii. Mengenalpasti medan yang terdapat pada setiap jadual.
iv. Simpan jadual.
v. Simpan pangkalan data.

5.2.4 Pengintegrasian Modul

Apabila semua modul telah dibangunkan, pengintegrasian sistem akan dijalankan. Modul-modul yang telah siap dan telh diuji setiap satunya akan digabungkan bagi membentuk satu sistem yang lengkap.




5.3 Pelaksanaan Sistem

Selepas pengintegrasian modul-modul dilakukan, sistem akan diuji dengan menggunakan beberapa set data ujian. Data-data ini dimasukkan ke dalam system untuk memastikan sistem dapat berfungsi seperti yang telah dirancang. Disamping itu, setiap antaramuka juga diuji untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik, dapat melakukan pemprosesan dan memaparkan maklumat mengikut keputusan yang diharapkan.

5.4 Pengujian

Bentuk pengujian yang dijalankan bagi menguji sejauh mana keberkesanan sistem ini adalah Pengujian Unit, Pengujian Integrasi, Pengujian Sistem dan Pengujian Penerimaan.

5.4.1 Pengujian Unit

Pengujian unit akan lebih tertumpu kepada keberkesanan proses pengkodan agar ia membenarkan sistem berfungsi dengan betul. Pengujian unit dilakukan ke atas modul-modul untuk mengesan kemasukan data daripada pengguna. Data yang dimasukkan akan disemak dan ralat akan terjadi sekiranya data yang dimasukkan tidak dijumpai di dalam pangkalan data seterusnya proses seterusnya tidak akan dilaksanakan. Pengujian ini dilakukan secara berterusan dan berperingkat semasa proses pembangunan dan implemetasi dijalankan. Ini adalah bagi mengesan ralat dari peringkat awal pembangunan sistem. Pengujian unit akan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah Kotak Hitam dan Kotak Putih.

5.4.1.1 Pengujian Kotak Hitam

Pengujian kotak hitam merupakan pengujian kefungsian sistem di mana ianya melibatkan pengujian luaran sahaja iaitu pendekatan yang memfokuskan kepada apa yang dijangkakan. Pengujian ini tidak menyentuh bagaimana aturcara melaksanakan sesuatu pelaksanaan. Apa yang penting adalah output yang dihasilkan mestilah menepati apa yang dikehendaki oleh pengguna.

Pengujian ini merupakan satu strategi yang menganggap sistem sebagai sebuah kotak di mana kandungannya tidak perlu dikecam. Hanya dengan memberi andaian bahawa jika sistem menjana output yang tepat apabila memberi input, maka aturcara, struktur dan antaramuka sistem mestilah bebas ralat.

Antara aktiviti pengujian kotak hitam yang dilakukan diringkaskan adalah seperti berikut :

Pengujian sekuriti : Pengujian tehadap data input untuk menguji sama ada data yang dimasukkan sah atau pun tidak. Ianya adalah bertujuan untuk factor keselamatan data. Contoh untuk login pengurusan. Setiap pengurusan mempunyai id dan kata laluan yang unik dan tersendiri. Ini kerana data pengurusan adalah dikira sebagai sulit dan hanya boleh dicapai oleh pihak pengurusan sahaja. Kesalahan memasukkan id dan kata laluan akan memaparkan mesej ralat se perti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.

Rajah 5.1 Paparan mesej ralat

Pengujian input data : Pengujian ini lebih kepada pengujian yang membantu dalam modul pengurusan. Setiap input data pembayaran atau tempahan pelanggan akan disemak sama ada pengurusan telah mengisi semua data yang dikehendaki dan tidak berlaku pertindihan data dengan data yang telah sedia ada dalam pangkalan data.

Pengujian maklumat : Pengujian ini adalah bagi memastikan data yang dipaparkan adalah betul berdasarkan permintaan pelanggan.

Pengujian kotak hitam adalah suatu pendekatan yang akan menyelesaikan pelbagai jenis ralat. Jenis-jenis ralat yang dikenalpasti dapat dikesan adalah :

i. Keperluan yang salah atau tertinggal.
ii. Ralat antaramuka.
iii. Ralat dari segi struktur data atau capaian terhadap data.

Pengujian lengkap yang dilakukan adalah seperti yang ditunjukkan pada jadual 5.1
Modul Submodul Pengujian Pengesahan Hasil
Jangkaan Keputusan





Modul Pengguna Semakan Pembayaran Memasukkan nama penuh pelanggan Rekod ada Maklumat pembayaran dipaparkan Sah
Rekod Tiada Tiada maklumat pembayaran dipaparkan Sah
Semakan Produk Memasukkan kod produk Rekod ada Maklumat produk dipaparkan Sah
Rekod Tiada Tiada maklumat produk dipaparkan Sah




Modul Pengurusan Login
Pengurusan




Memasukkan id dan kata laluan Sah Pengguna
akan di bawa
ke halaman
utama
pengurusan Sah
Tidak sah Paparan
mesej ralat Sah
Masukan
data oleh
pengurusan Memasukkan
data yang
berkenaan
dengan
produk / pembekal
/ pembayaran Lengkap Pengguna
akan dibawa
ke halaman
seterusnya Sah
Tidak
Lengkap Paparan
mesej ralat Sah

Semakan Produk/ pembekal/ pembayaran Memasukkan teks yang berkaitan Rekod ada Maklumat dipaparkan Sah

Rekod tiada Tiada maklumat dipaparkan Sah
Jadual 5.1; pengujian unit (Kotak hitam)

5.4.1.2 Pengujian Kotak Putih

Pengujian kotak putih bermaksud melakukan penyemakan terperinci terhadap aturcara dalam yang berkaitan. Status dalam aturcara diperiksa pada beberapa tempat bagi memastikan fungsinya berkesan.

5.4.2 Pengujian Integrasi

Pengujian ini dilakukan dengan melibatkan dua atau lebih program yang saling berkaitan. Komponen perisian diuji secara berkelompok. Ianya dilakukan bagi memastikan data-data dapat berinteraksi dengan baik melalui antaramuka antaramuka komponen. Selain itu ia bertujuan untuk memastikan program yang dihubungkan antara satu sama lain dapat dilaksanakan dengan sempurna. Proses dan hasil pengujian integrasi bagi sistem boleh dilihat pada jadual 5.2
Senario Keterangan Pengujian Hasil Jangkaan Keputusan
Kemaskini
Pengurusan
akan membuat
pengemaskinian
terhadap data data
yang
berkaitan
Login ke halaman
pengurusan Halaman pengurusan
akan dipaparkan Sah
Pengurusan akan
mengklik pautan data yang
hendak
dikemaskini Data yang hendak
dikemaskini akan
dipaparkan Sah
Pengurusan akan
membuat
pengemaskinian Data yang telah
dikemaskini berjaya
disimpan Sah
Hapus rekod Pengurusan
akan membuat
penghapusan rekod
berkaitan
Login ke halaman
pengurusan Halaman pengurusan
akan dipaparkan Sah
Pengurusan akan
mengklik pautan rekod yang
hendak
dihapuskan Rekod yang hendak
dihapuskan akan
dipaparkan Sah
Pengurusan akan
membuat
penghapusan Rekod yang telah
Dihapuskan tiada dalam sistem Sah
Semakan Pengurusan akan membuat semakan produk/ pembayaran/ pembekal Login ke halaman
pengurusan Halaman pengurusan
akan dipaparkan Sah
Klik pautan jenis semakan yang dikehendakki Halaman paparan
semakan akan
dipaparkan Sah
Memasukkan kod produk / nama pelanggan/ nama pembekal untuk
tujuan carian Maklumat berkaitan
dipaparkan. Jika
maklumat
tiada dalam
pangkalan data, tiada rekod dipaparkan Sah
Jadual 5.2; Proses dan hasil pengujian integrasi





5.4.3 Pengujian Sistem

Selepas melaksanakan pengujian unit dan pengujian integrasi, pengujian yang meliputi keseluruhan fungsi sistem dijalankan. Semasa pengujian sistem dijalankan, pembangun akan memasukkan beberapa data percubaan, melaksanakan pertanyaan (query) dan melihat laporan. Pengujian yang dilakukan dalam sistem yang dibangunkan adalah seperti berikut:

i. Pengujian antaramuka dilakukan bagi memastikan interaksi antara antaramuka adalah seperti yang dirancang.
ii. Pengujian kata laluan dilakukan untuk memastikan hanya pengguna yang betul sahaja dibenarkan masuk ke halaman tertentu. Ini adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan data. Kata laluan digunakan oleh pihak pengurusan sahaja. Setiap pengguna menggunakan katalaluan yang unik.Hasil pengujian menunjukkan pengguna yang memasukkan ID dan katalaluan yang salah tidak dapat memasuki halaman pengurusan.
iv. Pengujian sistem setelah pengintegrasian modul dilakukan dengan mengambil beberapa set data sebagai contoh. Hasil menunjukkan semua modul dapat dilaksanakan dengan baik.

Jadual 5.3 menunjukkan hasil keseluruhan daripada pengujian sistem yang telah dijalankan. Pengujian pertama menggunakan sistem lama dan pengujian kedua dijalankan menggunakan system yang dibangunkanSoalan Pengujian Seperti yang dilampirkan pada Lampiran L1.

Jenis Pengujian Pengujian #1 Pengujian #2
Kualiti Sistem 2 8
Kualiti Maklumat 3 8
Kualiti Servis 3 8
Kepuasan Pengguna / Kepenggunaan 2 9
. Jadual 5. 3 : Hasil Pengujian Sistem


5.4.4 Pengujian Penerimaan

Pengujian penerimaan dilakukan oleh pengguna untuk mengenalpasti ralat, melihat keberkesanan sistem dan memastikan sistem memenuhi keperluan pengguna. Sistem yang dibangunkan ini menggunakan pengujian secara interaktif di mana pengujian kepenggunaan sistem dilakukan secara individu di mana pengguna system menggunakan sistem secara terus untuk pelaksaaan tugas atau proses.

Pengujian dilakukan secara Pilot Test. Dilaksanakan melalui kaedah Pengujian Alpha. Pengujian alpha dilakukan di tempat pembangun sistem dan dibawah pemerhatian pembangun sistem. Pengujian Alpha dipilih kerana pengurus Ghirly Collection adalah isteri pembangun system sendiri. Segala penilaian pengguna telah diambil perhatian oleh pembangun sistem dan beberapa pembaikan telah dilakukan terhadap beberapa komponen.

Aspek-aspek utama yang dinilai oleh pengguna adalah seperti berikut :

i. Keserasian pengguna - Aspek yang dinilai adalah sistem yang dibangunkan adalah memudahkan pengguna iaitu selesa dan memudahkan kerja.
ii. Keberkesanan sistem - Keberkesanan sistem dinilai dari segi keupayaan dan keberkesanan dalam melakukan sesuatu proses yang terdapat di dalam sistem yang dibangunkan dan berdasarkan model yang digunakan.
iii. Ramah Pengguna - Aspek yang dinilai adalah alat bantu yang disediakan oleh sistem. Sistem yang ramah pengguna dapat memeberi kefahaman kepada pengguna dan memberikan kemudahan bagi pengguna dalam menggunakan sistem.

Penerimaan pengguna adalah faktor terpenting bagi memastikan keberkesanan sesebuah sistem yang dibangunkan. Pengujian ini dijalankan pada kefungsian dan antaramuka sistem. Tujuan pengujian adalah bagi memastikan setiap keperluan pengguna dipenuhi dan seterusnya memenuhi objektif pembangunan. Soalan Pengujian adalah seperti yang dilampirkan dalam Lampiran L2. Hasil daripada pengujian penerimaan sistem yang dilakukan yang melibatkan pihak pengurusan dan juga pengguna biasa satu keputusan telah diperolehi. Jadual 5.4 menunjukkan hasil keseluruhan daripada pengujian penerimaan sistem yang telah dijalankan.

Jenis Pengujian Pengujian #1 Pengujian #2
Kualiti Sistem 5 8
KualitiMaklumat 6 8
Kualiti Servis 5 8
Kepuasan Pengguna / Kepenggunaan 4 7
Jadual 5.4 : Ringkasan Pengujian Penerimaan

5.5 Manual Pengguna

Sistem yang dibangunkan ini memberi capaian kepada pengguna biasa dan juga pihak pengurusan Ghirly Collection. Pengguna akan melaksanakan proses yang berbeza mengikut kperluan masing-masing. Pengguna tertentu hanya akan dapat memaparkan antaramuka tertentu sahaja. Cara penggunaan sistem akan dipaparkan secara terperinci mengikut capaian pengguna yang telah ditetapkan.

Berikut diterangkan secara terperinci Manual pengguna Sistem Pengurusan Ghirly Colecction.











5.5.1 Panduan Pelanggan Ghirly Collection



Rajah 5.2 Paparan halaman utama

Rajah 5.2 di atas merupakan Halaman Utama yang akan diaparkan kepada pengguna sistem. Menu terletak di bahagian atas dan kiri halaman. Pengguna boleh memilih pautan untuk ke halaman seterusnya.


Rajah 5.3 Paparan halaman senarai koleksi tudung

Apabila pengguna memilih untuk melihat senarai tudung halaman seperti Rajah 5.3 di atas akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk melihat jenis tudung secara terperici dengan cara meng’klik’ kod tudung yang dipaparkan.


Rajah 5.4 Paparan halaman penerangan terperinci kategori tudung

Rajah 5.4 menunjukkan paparan terperinci kategori tudung yang dipilih. Pengguna hendaklah klik pada pautan yang terdapat pada ruangan imej untuk memaparkan imej tudung tersebut

Rajah 5.5 Paparan halaman imej tudung

Apabila pengguna klik pada pautan imej pada halaman yang dipaparkan sebelum ini imej tudung akan dipaparkan seperti dalam Rajah 5.5 di atas. Pengguna boleh klik imej tudung untuk paparan yang lebih jelas seperti rajah 5.6 di bawah.

Rajah 5.6 Paparan halaman imej besar tudung


Rajah 5.7 Paparan halaman senarai koleksi jubah

Apabila pengguna memilih untuk melihat senarai jubah halaman seperti Rajah 5.7 di atas akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk melihat jenis jubah secara terperici dengan cara meng’klik’ kod jubah yang dipaparkan.


Rajah 5.8 Paparan halaman senarai koleksi kemeja batik


Rajah 5.9 Paparan halaman senarai lain-lain koleksi

Rajah 5.9 menunjukkan paparan halam senarai lain-lain koleksi yang boleh didapati di Ghirly Collection

Rajah 5.10 Paparan halaman senarai semua koleksi

Rajah 5.10 menunjukkan paparan halam senarai semua koleksi yang boleh didapati di Ghirly Collection


Rajah 5.11 Paparan halaman carian produk/rekod pembelian

Apabila pengguna memilih untuk membuat semakan produk atau rekod pembayaran, halaman seperti dalam Rajah 5.11 akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk membuat carian berdasarkan kod produk / nama pelanggan.Apabila pengguna memasukkan data carian dan butang Submit di tekan halaman seperti pada Rajah 5.12 dibawah akan dipaparkan.
..


Rajah 5.12 Paparan carian produk


Rajah 5.13 Paparan carian pembayaran pelanggan



Rajah 5.14 Paparan halaman borang tempahan

Rajah 5.14 menunjukkan paparan halaman borang tempahan, pengguna dikehendakki mengisi semua ruangan dan klik butang Submit sekiranya ingin membuat tempahan



Rajah 5.15 Paparan halaman terma dan syarat

Rajah 5.15 menunjukkan paparan halaman terma dan syarat, sebagai panduan kepada pengguna yang berminat untuk berurusniaga dengan Ghirly Collection.







5.5.2 Panduan Pihak Pengurusan



Rajah 5.16 Paparan halaman utama Sistem Pengurusan Ghirly Collection


Rajah 5.16 menunjukkan borang daftar masuk pengurusan. Pengguna hendaklah memasukkan id dan katalaluan yang sah. Jika id dan katalaluan tidak sah mesej ralat akan dipaparkan.



Rajah 5.17 Paparan halaman utama pentadbir

Rajah 5.17 di atas merupakan Halaman Utama pihak pengurusan Menu terletak di bahagian atas dan kiri halaman. Pengurus boleh memilih pautan untuk ke halaman seterusnya.


Rajah 5.18 Paparan halaman tambah produk


Rajah 5.18 menunjukkan paparan halaman borang produk, pengguna dikehendakki mengisi semua ruangan dan klik butang insert record sekiranya ingin menambah rekod produk di pangkalan data



Rajah 5.19 Paparan halaman tambah pembekal

Rajah 5.19 menunjukkan paparan halaman borang pembekal, pihak pengurusan dikehendakki mengisi semua ruangan dan klik butang insert record sekiranya ingin menambah rekod pembekal di pangkalan data



Rajah 5.20 Paparan halaman semakan produk

Apabila pengguna memilih untuk membuat semakan produk, halaman seperti dalam Rajah 5.20 akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk membuat semakan dengan menekan butang yang disediakan iaitu butang produk yang ada stok atau butang produk yang tiada stok..Pengurus juga boleh melakukan carian dengan memasukkan kod produk pada ruangan yang disediakan dan butang Submit ditekan

Rajah 5.21 Paparan Senarai Produk yang ada stok



Rajah 5.22 Paparan Senarai Produk yang Tiada stok


Rajah 5.23 Paparan halaman semakan pembekal

Apabila pengguna memilih untuk membuat semakan pembekal, halaman seperti dalam Rajah 5.23 akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk membuat semakan dengan menekan butang Senarai Pembekal..Pengurus juga boleh melakukan carian dengan memasukkan Nama Pembekal pada ruangan yang disediakan dan butang Submit ditekan


Rajah 5.24 Paparan Senarai Pembekal



Rajah 5.25 Paparan Carian Pembekal


Rajah 5.26 Paparan halaman semakan rekod pembayaran/pembelian

Apabila pengguna memilih untuk membuat semakan rekod Pembayaran, halaman seperti dalam Rajah 5.26 akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk membuat carian dengan cara menekan butang senarai pembayaran yang disediakan atau melakukan carian dengan memasukkan Nama Pelanggan pada ruangan yang disediakan kemudian klik butang Submit



Rajah 5.27 Paparan halaman senarai rekod pembayaran

Rajah 5.27 adalah paparan senarai rekod pembayaran pelanggan, pengurus boleh memilih mana-mana pelanggan untuk melihat rekod pembayaran secara terperinci dengan meng’klik’ pautan pada nama pelanggan tersebut.

Rajah 5.28 Paparan halaman detail pembayaran

Seterusnya halaman seperti dalam Rajah 5.28 akan dipaparkan. Pengurusan boleh membuat pengemaskinian data dan menyimpan kembali data dengan menekan pautan Kemaskini.


Rajah 5.29 Paparan halaman kemaskini pembayaran

Apabila pautan Kemaskini dipilih halaman seperti dalam Rajah 5.29 akan dipaparkan. Setelah pengemaskinian dibuat pengurusan boleh lah menekan butang kemaskini rekod. Rekod akan disimpan di pangkalan data.


Rajah 5.30 Paparan halaman hapus rekod pembayaran

Rajah 5.30 memaparkan halaman hapus rekod sekiranya pautan hapus dipilih, pengguna bolehlah menekan hapus rekod sekiranya pasti untuk menghapuskan rekod tersebut daripada pangkalan data


Rajah 5.31 Paparan halaman senarai tempahan

Apabila pengguna memilih untuk membuat semakan Tempahan Pelanggan, halaman seperti dalam Rajah 5.31 akan dipaparkan. Pengguna boleh memilih untuk membuat semakan dengan cara menekan butang senarai tempahan mengikut kategori masing-masing.


Rajah 5.32 Paparan halaman senarai tempahan koleksi tudung


Rajah 5.33 Paparan halaman senarai tempahan koleksi kemeja batik


Rajah 5.34 Paparan halaman senarai tempahan koleksi jubah


Rajah 5.35 Paparan halaman senarai tempahan lain-lain koleksi


Rajah 5.36 Paparan halaman senarai semua tempahan

Rajah 5.36 adalah paparan senarai rekod pembayaran pelanggan, pengurus boleh memilih mana-mana pelanggan untuk melihat rekod pembayaran secara terperinci dengan meng’klik’ pautan pada nama pelanggan tersebut

Rajah 5.37 Paparan halaman detail tempahan pelanggan

Seterusnya halaman seperti dalam Rajah 5.37 akan dipaparkan. Pengurusan boleh membuat pengemaskinian data dan menyimpan kembali data dengan menekan pautan Kemaskini.


Rajah 5.38 Paparan halaman kemaskini tempahan pelanggan

Apabila pautan Kemaskini dipilih halaman seperti dalam Rajah 5.38 akan dipaparkan. Setelah pengemaskinian dibuat pengurusan boleh lah menekan butang update record. Rekod akan disimpan di pangkalan data.


Rajah 5.39 Paparan halaman hapus tempahan pelanggan

Rajah 5.39 memaparkan halaman hapus rekod sekiranya pautan hapus dipilih, pengguna bolehlah menekan hapus rekod sekiranya pasti untuk menghapuskan rekod tersebut daripada pangkalan data


Rajah 5.40 Paparan halaman senarai semua produk

Rajah 5.40 adalah paparan senarai rekod semua produk yang terdapat di Ghirly Collection. pengurus boleh memilih mana-mana produk untuk melihat rekod produk secara terperinci dengan meng’klik’ pautan pada kod produk tersebut


Rajah 5.41 Paparan halaman penerangan terperinci produk

Seterusnya halaman seperti dalam Rajah 5.41 akan dipaparkan. Pengurusan boleh membuat pengemaskinian data dan menyimpan kembali data dengan menekan pautan Kemaskini atau menghapus rekod dengan menekan pautan hapus


Rajah 5.42 Paparan halaman semakan produk

Apabila pautan Kemaskini dipilih halaman seperti dalam Rajah 5.42 akan dipaparkan. Setelah pengemaskinian dibuat pengurusan boleh lah menekan butang kemaskini rekod. Rekod akan disimpan di pangkalan data.


Rajah 5.43 Paparan halaman hapus produk

Rajah 5.43 memaparkan halaman hapus rekod sekiranya pautan hapus dipilih, pengguna bolehlah menekan hapus rekod sekiranya pasti untuk menghapuskan rekod tersebut daripada pangkalan data


Rajah 5.44 Paparan halaman borang pembelian / pembayaran


Rajah 5.44 menunjukkan paparan halaman borang pembelian/pembayaran, pihak pengurusan dikehendakki mengisi semua ruangan dan klik butang insert record sekiranya ingin menambah rekod pembelian/pembayaran di pangkalan data sistem

5.6 Ringkasan

Pembangunan dan perlaksanaan sistem secara keseluruhannya membincangkan kaedah yang bersesuaian untuk dilakukan ke atas sistem. Beberapa perisian utama perlu dipasang terlebih dahulu bagi melicinkan pembangunan dan perlaksanaan sistem. Submodul-submodul yang dibangunkan secara terpisah diintegrasikan bagi menghasilkan satu sistem yang lengkap. Setelah semua modul telah diintegrasikan pengujian terhadap sistem penting untuk memastikan kelancaran aliran sistem yang dicadangkan, sistem yang dibangunkan adalah bebas daripada sebarang ralat dan memenuhi matlamat sistem.

Sistem juga diuji untuk menentukan berfungsi dengan baik, bebas ralat dan dilakukan oleh pengguna untuk memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi spesifikasi keperluannya. Pengujian sistem dilakukan selari dengan pembangunan sistem untuk mengelakkan kerumitan dalam melakukan pembetulan.

Sila Klik Jika Ingin Bantu