Blog ini mengandungi koleksi assignment penulis semasa menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi, walaubagaimanapun penulis tidak bertanggungjawab terhadap mutu tugasan dan ketepatan fakta yang terdapat di dalamnya. Pengunjung haruslah membuat pertimbangan sendiri...
Himpunan tugasan/assignment akan diupdate dari masa kesemasa... rajin-rajinlah menjengah.... tq

Wednesday, July 1, 2009

Etika Profesional 2

1.0 PENDAHULUAN
Alam sekitar yang sihat adalah faktor utama ke arah kesejahteraan hidup. Dunia yang didiami oleh kita kini nyata semakin tercemar. Pencemaran ini, akan boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan kita di samping ketidakseimbangan bumi di masa depan.
Pertambahan aktiviti perindustrian sememangnya membawa pembangunan dan kemakmuran kepada negara. Namun, pembangunan yang kurang terancang memberi beberapa kesan sampingan terhadap persekitaran. Ini disebabkan pembangunan yang dijalankan tidak disertakan dengam pemeliharaan alam sekitar.
Pencemaran alam sekitar merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua negara di dunia. Hampir semua negara menjadikan pencemaran alam sekitar sebagai isu utama.
Pencemaran alam sekitar bermaksud “perubahan secara biologi, fizik dan kimia terhadap alam sekitar”.(Jasman Ahmad. M/S 10)

Terdapat beberapa jenis pencemaran dan antaranya pencemaran udara, bunyi, air dan tanah. Pencemaran ini mempunyai pelbagai punca sehingga menyebabkan kawasan persekitaran tercemar

Aktiviti tidak beretika juga adalah masalah utama negara, ia berlaku kerana runtuhnya akhlak individu tersebut. Keruntuhan akhlah ialah “penyalahgunaan tenaga, ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada pada manusia”. (OUM. Pengajian Islam. m/s 115)

Perbuatannya itu memudaratkan dirinya atau pihak lain sama ada manusia secara individu, masyarakat, binatang dan alam sekitar termasuklah vandalisma, homoseks, bohsia, murtad, amalan syirik, ajaran sesat, rasuah, zalim dan lain-lain

Masalah pencemaran alam sekitar dan aktiviti tidak beretika merupakan salah satu isu utama di Malaysia. Berikut diutarakan jenis-jenis pencemaran dan aktiviti-aktiviti tidak beretika yang berlaku di Malaysia.

2.0 PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Di Malaysia, pengurusan alam sekitar telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan kepada Jabatan Alam Sekitar. Secara umumnya pencemaran ini merujuk kepada pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran tanah dan pencemaran bunyi.

2.1PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai “terdapatnya gas, cecair atau zarah yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain”. (Jasman Ahmad. M/S 12)

Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah. Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.
Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

2.1.1Klasifikasi Pencemaran Udara
Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

• Pencemaran Udara Primer
Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan sampingan kepada kesihatan kita.
Kebanyakan pencemaran udara primer ini dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur arang atau kayu.

• Pencemaran Udara Sekunder
Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda hidup.

Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh, gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

2.1.2Jenis-jenis Bahan Pencemar
Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :
• Sulfur dioksida
• Karbon monoksida
• Nitrogen dioksida dan ozon
• Alergen
• Plumbum dan logam-logam lain

2.1.3Punca Pencemaran
Pencemaran udara boleh berpunca daripada :
• Pelepasan asap kenderaan
• Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang asbestos/ simen/ bateri kereata
• Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
• Pembakaran hutan
• Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
• Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
• Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu, merokok

2.1.4Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran udara :
• Kesihatan terjejas
• Pertanian yang tidak produktif
• Kemalangan mudah berlaku - akibat penglihatan yang kabur
Mengotorkan persekitaran – habuk

2.2PENCEMARAN AIR
Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia dan fizik. Pencemaran air bukan hannya berlaku di sungai tetapi juga di laut dan ianya boleh berlaku secara sengaja atau tidak. Pencemaran ini lebih kepada bahan pencemar dari kilang.

2.2.1Punca Pencemaran
• Kumuhan kilang - kebanyakan kumuhan kilang seperti sisa toksid dibuang ke sungai atau laut.
• Sikap individu - pembuangan bahan-bahan buangan seperti sampah, minyak dan najis.
• Aktiviti Pertanian - penerokaan tanah untuk dijadikan kawasan pertanian menyebabkan hakisan tanah yang seterusnya mengakibatkan mendekan berlaku. Mendekan in akan mencetekkan sungai dan menjadikan air sungai menjadi keruh.

2.2.2Kesan Pencemaran
• Kesihatan manusia - bakteria. virus, parasit dan bahan kimia yang lain.
Haiwan - Hidupan air seperti ikan, siput, udang atau ketam akan mati dengan tumpahan minyak, pembuangan sampah dan sisa toksid.



2.3PENCEMARAN TANAH
Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik. Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi layu.

2.3.1Punca Pencemaran
• Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan begitu sahaja atau ditanam dalam tanah ).
• Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang tidak sistematik.

2.3.2Kesan Pencemaran
Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.

2.4PENCEMARAN BUNYI
Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memkakkan telinga merupakan definasi bagi pencemaran bunyi. Ini berlaku apabila pengeluaran bunyi terjadi di tempat atau kawan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah. Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

2.4.1Klasifikasi Pencemaran Bunyi
Pencemaran bunyi boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis :
• Kebisingan selenjar
Ini adalah kebisingan yang selar dan kurang daripada 3 desibel (dB). Ini berlaku apabila seseorang sedang berbisik kerana gelombang bunyi bergetar dengan lebih perlahan.
• Kebisingan fluktasi
Kebisingan fluktasi pula adalah kebisingan yang terlatak antara puncak gelombang yang tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contoh : bunyi enjin kenderaan, orang sedang bercakap.
• Hentakan impuls
Ini merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat. Contoh : tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya, tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi keran bunyi yang kuat akan memberi kesan yang lama terhadap getaran.
• Kebisingan selang-seli
Kebisingan ini berlaku secara berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka masa yang pendek. Contoh : Ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan menurun apabila gergaji tidak disorongkan.
2.4.2Punca Pencemaran
Antara punca-punca pencemaran bunyi adalah :
• Pembangunan kawasan industri - bunyi yang dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera, kenderaa, aktiviti pembuatan akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
• Kawasan petempatan - bunyi yang dikeluarkan apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam tanah akibat pembinaan bangunan-bangunan tinggi.
• Kenderaan - kenderaan awam yang mengeluarkan bunyi yang memekakkan telinga.
• Aktiviti masyarakat - mendengar radio/ televisyen dengan kuat.
• Kuari - bunyi yang dikeluarkan akibat daripada pemecahan batu-batu

2.4.3Kesan Pencemaran
Kesan-kesan pencemaran bunyi :
• Wujud pelbagai penyakit
• Menjejaskan produktiviti
• Gangguan psikologi
• Hilang imbangan diri
• Pekak
Kesan kepada ibu yang mengandung

3.0PENDEKATAN ATAU STRATEGI MENANGANI PENCEMARAN ALAM
Di Malaysia, tahap penglibatan individu dalam aktiviti-aktiviti pemeliharaan alam sekitar masih berada di peringkat yang rendah. Malah ramai yang masih beranggapan bahawa pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab pihak-pihak tertentu sahaja. Justeru itu program pendidikan dan kesedaran amatlah perlu bagi memastikan pembabitan setiap individu terhadap penjagaan alam sekitar.

Pendidikan mengenai alam sekitar, sebagai alat untuk mewujudkan kesedaran telah diperkenalkan di dalam kurikulum sekolah untuk peringkat rendah dan menengah sejak 1986 menerusi mata pelajaran “Manusia dan Alam Sekitar”. Mata pelajaran tersebut adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan, tanggapan dan mewujudkan sikap positif terhadap alam sekitar menerusi pendekatan yang bersepadu.. Program pendidikan dan kesedaran mengenai alam sekitar juga dijalankan secara tidak formal oleh berbagai agensi kerajaan, pertubuhan-pertubuhan sukarela dan sector swasta.

Agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pengurusan alam sekitar ialah Jabatan Alam Sektar. Pengurusan alam sekitar di negara ini secara bersepadu telah bermula seawall tahun 1970an berikutan perwartaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi mencegah dan mengawal pencemaran serta memelihara alam sekitar. Banyak program-program telah dilaksanakan dan dirancang.

4.0 AKTIVITI-AKTIVITI TIDAK BERETIKA/BERMORAL
Aktiviti tidak bermoral rakyat Malaysia semakin mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat. Ini dapat dilihat daripada penyiaran media massa yang sering memaparkan permasalahan rakyat dari segi disiplin, social dan khususnya keruntuhan akhlak. Keruntuhan akhlak ini merujuk kepada sifat dan kelakuan yang bercanggah dengan ajaran agama dan tidak menepati nilai-nilai murni. Antara isu-isu yang berkaitan dengan aktiviti yang tidak beretika ini termasuklah penyalahgunaan dadah, penyelewengan, melepak, minum arak, lari dari rumah, rasuah, seks rambang, vandalisma, gangsterisme, mencuri, membunuh, merompak, buang anak dan sebagainya.

Ditinjau dari segi statistik kuantitinya mungkin rendah berbanding dengan kebanyakan negara, tapi cukup bagi kita untuk melahirkan rasa bimbang jika trend menagih dadah, buli, cara berpakaian kurang sopan, ponteng dari sekolah, melepak, sumbang muhrim dan lain-lain aktiviti social yang tidak bermoral di kalangan rakyat Malaysia terutamanya anak muda semakin menjadi-jadi atau meningkat. lni belum mengambil kira masalah melanggar undang-undang dan peraturan negara seperti memandu di bawah umur, terlibat dengan dadah dan minuman keras, mungkin juga judi dan penyeludupan.

Akhir-akhir ini, di zaman yang penuh dengan kecanggihan sains dan teknologi dan aktiviti kehidupan bebas berinteraksi tanpa mengenal sempadan geografi melalui ICT. Pelanggaran moral dan etika berlaku bukan lagi hanya dalam bentuk fizikal dan dapat dilihat dengan mata kasar, tapi sudah mula berlaku perbuatan tidak bermoral secara diam-diam dan tidak disedari atau diketahui. Kita hanya menyedari perbuatan jenayah dan aktiviti tidak bermoral dan melanggar etika berlaku apabila kesan buruk atau negatif yang merugikan institusi, organisasi mahupun negara diketahui. Kadang-kadang perbuatan jenayah moden ini tidak dapat dikesan kerana kegagalan sistem membuktikan salah-laku berlaku. Di antara contoh yang sering didengar dan dibaca dari berita di sana sini termasuklah penyelewengan wang dan harta organisasi atau kerajaan, pemberian dan penerimaan rasuah, pecah amanah, salah-guna kuasa, kroni dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan bahawa krisis kewangan yang melanda negara-negara ASIA 1997 berpunca sebahagian besarnya dari perbuatan pengurusan institusi kewangan yang tidak mengindahkan moral dan etika yang betul. Kurangnya ketelusan dan kepemerintahan yang baik dan bertanggungjawab. Contohnya bank-bank dan spekulator matawang yang inginkan keuntungan dunia yang akhirnya telah meruntuhkan sekelip mata kredibaliti negara yang dibina sekian lama. .

Pada dasarnya perbuatan tidak bermoral dan beretika ini bukan sahaja menjejaskan prestasi sesebuah organisasi, memalukan keluarga ataupun merosakan nama baik negara, malah ia tidak akan mudah untuk dibaik-pulih kerana generasi akan datang sebenarnya kehilangan sebahagian kesejahteraan (welfare loss) apabila misalnya terjadi penyelewengan kekayaan negara. Bilamana peruntukan terpaksa ditambah untuk menambah penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang aktiviti berkenaan, maka pihak pelaksana undang-undang (polis), dan perbelanjaan membuat tidakan mahkamah dan penjara jika sabit kesalahan dilakukan oleh pelaku berkenaan. Semua ini mengalih bahkan melenyapkan sumber yang berkurang kepada yang tidak seharusnya diberikan yang juga bererti kehilangan faedah yang boleh dihasilkan oleh sumber tadi jika diaggihkan kepada yang afdal dan perlu seandainya pelanggaran terhadap perbuatan tidak bermoral dalam bentuk jenayah dapat dikekang.

4.1 Strategi menangani aktiviti tidak beretika/ bermoral
Sebelum keadaan yang tidak diingini melanda masyarakat, kedua-dua moral dan etika yang berperanan dalam pembentukan saksiah dan pembangunan peribadi seseorang insan perlu disalurkan melalui system pendidikan dengan baik dan berkesan agar tidak menjadi longgar dan dilupakan dengan mudah hanya kerana mengejar keinginan dunia semata-mata. Untuk tujuan itu, seharusnya pendidikan moral hendaklah diperkuatkan lagi dengan tindakan dan aktiviti susulan yang selari dan sejajar dengan pendidikan tadi agar kebiasaan dan pembentukan moral yang diterima-pakai dan diamalkan merupakan norma kehidupan masyarakat sentiasa berfungsi tanpa dicemari oleh anasir perosak. Biarlah moral dan etika kehidupan yang diamalkan itu berterusan dan bertahan tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan.

Peranan moral dalam kehidupan seharian di negara ini memang jelas dan nyata sebagai salah satu komponan yang signifikan dan relevan dalam usaha kita menjunjung tinggi nilai-nilai jati diri, keluarga harmoni, kepimpinan yang berwibawa, bersikap jujur lagi amanah, dan sistem pentadbiran serta pemerintahan negara yang cekap dan bersih

Sebab itu masyarakat yang mempunyai moral dan menghormati peraturan dapat mempertahankan tamadun dan mendapat sanjungan dan penghormatan. Manakala yang tidak mengindahkan kehidupan yang bermoral menurut apapun fahaman dan anutan agama sering mendapat kritikan dan tohmahan kerana tiada bezanya dengan kehidupan haiwan yang tidak berakal. Sebab itu, saya melihat bahawa pertumbuhan ekonomi yang tinggi tidak bermakna seandainya masyarakat hidup dalam ketakutan dan tidak selamat kerana berleluasanya kecurian, rompakan, pembunuhan dsb. Pembangunan yang diiringi oleh suasana kacau bilau dan kesejahteraan tidak dinikmati sepenuhnya oleh keseluruhan boleh dianggap sebagai pembangunan mandul.

Praktis baik yang menjadi amalan dan diterima-pakai dalam kehidupan dalam institusi berkeluarga, berorganisasi dan bernegara bagi memastikan institusi dan organisai berjalan dalam keadaan yang teratur dan terarah telah menjadi darah daging di kalangan masyarakat Malaysia dan malangnya kehadiran hambatan dan cabaran zaman banyak mewarnai budaya hidup dan kehidupan apabila material dan wang sering menjadi buruan dan idaman dalam kehidupan, kita.sering terlupa pula akan aspek atau faktor kerohanian yang mustahak bagi mengimbangi perilaku kita seharian.

5.0PENUTUP
Perbuatan salah laku agak sukar untuk dikekang oleh faktor luar organisasi selain dari undang-undang dan peraturan yang sering dapat ditembusi. Saya rasa kekuatan yang mungkin berkesan dalam mengekang dan mengawal perbuatan yang tidak bermoral dan beretika ini ialah melalui pengawalan diri sendiri. Dalam hal ini, keperibadian tinggi dan keimanan yang kuat adalah diantara aspek yang amat penting.

Hal ini mungkin juga kerana rapuhnya keperibadian diri lantaran pendidikan kurang berkesan sejak kecil dan kerapuhan peribadi yang mudah digoda dan dimasuki oleh hasutan nafsu tamak haloba dan rasa ingin menjadi cepat kaya menikmati kemewahan, kesenangan dan kekuasaan sehingga tergamak melakukan perbuatan yang dianggap tidak beretika, dan tidak bermoral ini termasukalah melakukan berbagaimacam cara mendapatkan kekayaan melalui usaha menyelewengkan harta syarikat, menerima rasuah dan pecah amanah serta berkroni, tidak menghiraukan alam sekitar bagi mendapatkan kepentingan sendiri dan mengenepikan kepentingan negara.

Sudah tentunya kefahaman dan penghayatan terhadap kehidupan bermoral tinggi dan sentiasa menilai diri wajar dihayati oleh setiap rakyat Malaysia untuk mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat bebas dari pencemaran dan etika yang buruk.

Pada tanggapan saya kepentingan kehidupan bermoral dan beretika adalah salah satu faktor utama dalam mengawal pencemaran alam sekitar dan dapat menjadi benteng kepada membuat aktiviti-aktiviti tidak beretika seterusnya berupaya membangun masyarakat yang berbudaya tinggi dan dipandang mulia. Kemajuan dan pembangunan yang tidak didokong dengan moral dan etika yang baik samalah dengan kehidupan masyarakat di zaman jahiliah


RUJUKAN

Berita Komputer (25th August 1999)) Salah Guna Internet Malukan Negara

Keratan Ahkbar Daily Express ( 3/4/98 ; 19/12/97 ;10/12/94 ; 1710/93 ; 5/592

Jasiman Ahmad (1996). Pencemaran Alam Sekitar, Siri Pencemaran Alam. Kuala Lumpur: Eddiplex Sdn. Bhd.

Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris (1996) Pencemaran Udara dan Bunyi, Siri Utamakan Alam Sekitar Anda. Kuala Lumpur: Penerbit Mikamas,

MALAYSIA, Open University. (2004). LANH1403 Pengajian Islam. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

MALAYSIA, Open University (2004). OUMM3203 Professional Ethics. Kuala Lumpur: UNITEM sdn. Bhd

http://www.ubd.edu.bn/about/voice/speech/seminarhep090604.pdf.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Sila Klik Jika Ingin Bantu