Blog ini mengandungi koleksi assignment penulis semasa menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi, walaubagaimanapun penulis tidak bertanggungjawab terhadap mutu tugasan dan ketepatan fakta yang terdapat di dalamnya. Pengunjung haruslah membuat pertimbangan sendiri...
Himpunan tugasan/assignment akan diupdate dari masa kesemasa... rajin-rajinlah menjengah.... tq

Tuesday, August 4, 2009

Koleksi Tugasan: CBCN4103 PENGENALAN KEPADA RANGKAIAN 3

Contoh Tugasan Pengenalan kepada rangkaian

Soalan 1

(a) Sila lawati mana-mana pusat pembelajaran Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Lukiskan satu rangkaian kawasan setempat (LAN) bagi pejabat ini. Anda boleh melukis kembali rangkaian semasa, atau melukis satu rangkaian baru sebagai cadangan untuk masa hadapan. Pastikan rangkaian LAN anda itu sesuai untuk jaringan sekurang-kurangnya untuk lima (5) komputer peribadi dan komponenkomponen lain seperti pelayan, pencetak, dan sebagainya.

Topologi Bintang dipilih sebagai Rangkaian Kawasan Setempat(LAN) bagi rangkaian baru di OUM Cawangan Tawau. Topologi Bintang merupakan topologi yang menyambung segala elemen dalam rangkaian ke satu pusat. Segala kabel yang menghubung semua elemen rangkaian komputer berakhir di satu titik. Dengan topologi ini, kerosakkan fizikal pada satu kabel tidak akan menyebabkan segmen lain tidak berfungsi. Mengunakan topologi logikal Broadcast.

Topologi Bintang
Kabel pasangan dawai kembar terpiuh tidak bertebat (Unshielded twisted pair)atau UTP merupakan jenis kabel yang popular mengunakan topologi bintang.
Kebaikkan
1. Sesuai untuk sistem rangkaian yang besar dan amat mudah untuk membesarkannya

2. Prestasi sistem rangkaian boleh dipertingkatan dengan menggunakan mengantikan hab (hub) kepada suis (switch)

3. Boleh menggunakan berbagai jenis kabel UTP, STP dan sebagainya

4. Mudah melakukan kerja penyelenggaran dan pemeriksaan terhadap sebarang kepincangan sistem rangkaian. Ini dapat dilakukan kerana setiap kabel disambung terus ke peralatan.

(b) Berdasarkan LAN anda dalam soalan pecahan (a) diatas, lukiskan satu rajah pindaan yang boleh menyambungkan rajah ini ke Ibu Pejabat OUM di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur. Gunakan simbol rangkaian konvensional dalam rajah anda itu.


rajah pindaan yang boleh menyambungkan rajah ini ke Ibu Pejabat OUM di Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur.


(c) Terangkan TIGA cara yang boleh merangkaikan LAN untuk menjadi WAN seperti yang diperlukan dalam dua soalan-soalan pecahan diatas. Cara-cara dan peranti yang anda bercadang hendak menggunakan itu banyak dipengaruhi oleh objektif organisasi.

Anatara cara yang boleh merangkaikan LAN untuk menjadi WAN ialah menggunakan rangkaian awam. Rangkaian awam bermaksud rangkaian tersebut disediakan oleh syarikat telco seperti Telekom, Maxis, Time dll. Boleh juga dihubungkan menggunakan talian suwa (leased line) atau satelit. Internet merupakan contoh WAN yang terbesar.

Teknologi WAN boleh dikategori kepada dua iaitu packet switching dan circuit switching.

(a) Packet Switching
Packet Switching adalah protokol yang merujuk kepada pesanan yang dibahagikan kepada paket sebelum dihantar. Setiap paket akan dihantar secara individu dan boleh mengikut laluan yang berlainan untuk sampai ke destinasi. Apabila semua paket diterima oleh penerima, semua paket tadi akan disusun semula seperti pesanan asal.

Memecahkan pesanan tersebut kepada paket membolehkan laluan yang sama digunakan oleh pengguna lain di dalam rangkaian. Komunikasi jenis ini dikenali sebagai connectionless diantara penerima dan penghantar. Kebanyakkan trafik di Internet menggunakan packet switching dan Internet secara asasnya menggunakan rangkaian connectionless.

Contoh rangkaian connectionless:
1) TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol)
2) X.25
3) Frame Relay

Kebaikan packet switching - Lebih tahan lasak (robust) dan cekap serta boleh menerima kelambatan (delay) dalam penghantaran seperti email dan web.

(b) Circuit Switching

Circuit switching adalah sejenis rangkaian di mana sambungan secara fizikal dari satu lokasi ke satu lokasi lain. Telefon yang digunakan dirumah menggunakan Circuit Switching. Iaitu sesama pengguna A menalipon pengguna B, satu talian yang tetap akan disambungkan antara pengguna A dan B. Semasa percakapan tersebut, tiada orang lain boleh menggunakan talian tersebut.

TalianSuwa(LeasedLine)

Talian suwa adalah talian tetap antara dua lokasi yang disediakan oleh pembekal telekomunikasi. Sering digunakan oleh syarikat yang mempunyai cawangan yang jauh. Talian ini senantiasa aktif dan ini membuatkan bayaran bulanan adalah tetap. Kos adalah mahal kerana talian tersebut tidak dikongsi dengan syarikat lain. Kualiti talian dijamin.

ISDN (Integrated Services Digital Network)

ISDN merupakan talian telefon digital yang membenarkan data dan suara dihantar serentak di dalam satu talian.

Jarak maksima dari telefon exchange adalah 5.5Km. Kalau lebih penggunaan pengulang (repeater) yang mahal perlu digunakan.

Jika talian PSTN perlu menggunakan modem untuk capaian Internet, tetapi untuk talian ISDN perlu menggunakan ISDN Terminal Adapter. Istilah ISDN modem adalah salah kerana talian ISDN adalah talian digital maka tidak perlu modem untuk menukarkan isyarat digital kepada isyarat analog dan sebaliknya.
ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line)

Teknologi ADSL membenarkan lebih banyak data dihantar melalui talian PSTN yang menggunakan wayar tembaga (copper). ADSL menyokong kelajuan dari 1.5Mbs sehingga 9Mbps apabila menerima data (downstrea rate) dan dari 16Kbps sehingga 640Kbps apabila menghantar data (upstream rate).

ADSL memerlukan ADSL modem. Di Malaysia, kelajuan maksima untuk menerima data adalah 2Mbps dan kelajuan maksima untuk penghantaran data adalah 384Kbps.


(c) Hybrid

ATM (Asynchronous Transfer Mode)

ATM adalah contoh gabungan antara Packet Switching dengan Circuit Switching. Penghantaran data menggunakan CELL yang mempunyai saiz yang tetap. CELL bersaiz kecil dan membolehkan penghantaran video, audio dan data komputer dihantar di dalam rangkain yang sama. Dengan CELL yang bersaiz kecil ia menjamin tiada sebarang isyarat yang menguasai talian

ATM mencipta saluran tetap sebaik sahaja data mula dihantar. Ini berbeza dengan TCP/IP dimana pesanan dibahagikan kepada paket dan data boleh dihantar melalui talian yang berlainan untuk setiap paket. ATM lebih untuk dijejaki dan bil untuk masa penggunaan adalah lebih mudah tetapi menyebabkan ATM tidak dapat menyesuaikan diri apabila berlaku gangguan trafik yang berlaku tiba-tiba di dalam rangkaian.




Soalan 2

(a) Perkataan “rangkaian” telah digunakan oleh orang dalam disiplin yang berbeza. Sebagai seorang pelajar rangkaian, anda sedang diminta memberi penjelasan mengenai maksud rangkaian itu, khususnya, dalam hal pebezaan diantara rangkaian sosial dan rangkaian komputer. Dengan menggunakan 150 hingga 200 perkataan, terangkan maksud kedua-dua perkataan ini dengan memberi penekanan yang lebih kepada rangkaian komputer.

Sebuah system rangkaian komputer melibatkan dua buah komputer yang dihubungkan dengan media menggunakan talian terus atau talian telefon. Manakala system rangkaian yang rumit atau kompleks bergantung kepada imaginasi masing-masing.

Secara khususnya, rangkaian komputer bermaksud semua nod seperti pelayan (server), stesen kerja (workstation), pencetak (printer) dan sebagainya dihubungkan diantara satu sama lain dengan tujuan untuk berkongsi maklumat dan bahan. Dengan kata lain, maklumat yang ada pada pengguna A dapat disebarkan kepada penguna lain dan begitu juga sebaliknya.


Cara berhubung diantara satu nod dengan nod lain, perlu ada perantaraan seperti kabel, hub, perisian dan sebagainya. Memandangkan terlalu banyak kabel, hub dan perisian yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar dengan pelbagai ciri tersendiri, kemungkinan besar ada yang tidak serasi dengan produk keluaran yang lain.

Di awal tahun 70an, sistem rangkaian berasaskan sistem komputer IBM dan DECnet tidak dapat berhubung antara satu sama lain disebabkan tiada kesepakatan dalam cara sistem rangkaian berkerja. Sekiranya pejabat kita menggunakan sistem rangkaian IBM, maka peralatan komputer perlu menggunakan produk IBM dan begitu jugalah sebaliknya.

Dalam sistem rangkaian, satu standard komunikasi berjaya dibentuk. Model ini dipanggil OPEN SYSTEM INTERCONNECTION (OSI), yang dirangka oleh International Standard Organization pada tahun 1974 (setengah pendapat mengatakan tahun 1978). Diluluskan pada tahun 1983 untuk diguna pakai oleh semua pengeluar.

Dengan model OSI itu, setiap pengeluar dikehendaki mengikut standard terbabit untuk memudahkan peralatan yang dicipta berkomunikasi dengan peralatan yang dikeluarkan oleh pengeluar lain. Di dalam Model OSI, terdapat tujuh lapisan (seven layer). Setiap lapisan tidak menghiraukan lapisan yang lain. Tetapi setiap lapisan mempunyai hubung kait yang kuat dan setiap lapisan itu dipanggil lapisan protokol.
.

Pengetahuan mengenai OSI perlu diketahui oleh sesiapa juga yang ingin mendalami sistem rangkaian. Ini kerana setiap lapisan mempunyai fungsi tertentu yang akan membabitkan operasi sistem rangkaian


(b) Dengan menggunakan beberapa ayat dan rajah, terangkan apakah yang anda tahu mengenai istilah-istilah rangkaian seperti berikut:
i. Rangkaian kawasan setempat (LAN)

Dari kamus terbitan Fajar Bakti, Rangkaian Kawasan Setempat ditakrifkan sebagai:
”Suatu rangkaian komunikasi yang menghubungkan beberapa nod di kawasan ‘setempat’ yang sama, yang boleh ditakrifkan sebagai bangunan yang sama, kawasan dalam jejari satu kilometer atau satu loji.”

Sifat yang membezakan diantara LAN dengan yang lain :

1. Topologi – Susunan geometri peralatan rangkaian

2. Protokol – Spesifikasi peraturan dan teknik encoding untuk menghantar data.
Protokol juga menentukan sama ada sistem rangkaian menggunakan
senibina peer to peer atau pelanggan/pelayan (client/server)

3. Media – Alat/perkakasan yang disambungkan ke wayar terpiuh (twisted pair),
coaxial kabel atau fiber optik.

LAN berupaya menghantar data lebih laju jika dibandingkan dengan menggunakan talian telefon. Namun ia mempunyai sekatan terhadap jarak dan jumlah peralatan (komputer) yang boleh disambung didalam satu LAN.

Ethernet merupakan lapisan fizikal yang popular untuk LAN kerana ia laju, murah dan mudah dipasang. Ethernet juga diterima pakai oleh kebanyakkan protokol untuk sistem rangkaian.

ii. Rangkaian kawasan metropolitan (MAN),

MAN ditakrifkan sebagai rangkaian komunikasi yang lebih luas dari LAN tetapi kecil daripada WAN. MAN merupakan hubungan antara bandar-bandar. Tidak banyak dapat dinyatakan disini, keran teknologi ini masih asing di Malaysia. Menggunakan protokol Switched Multimegabit Data Service (SMDS) dan menggunakan kabel jenis fiber optic
Rangkaian Kawasan Bandar (MAN) meliputi kawasan geografi yang lebih luas seperti sebuah daerah atau bandar. Rangkaian Kawasan Meluas menyambungkan beberapa Rangkaian Kawasan Setempat dalam sesuatu tempat untuk membolehkan perkongsian maklumat dilaksanakan. Universiti tempatan dan agensi-agensi kerajaan menggunakan Rangkaian
Kawasan Meluas untuk berhubung dengan dengan masyarakat lain dan "private industries".Salah satu contoh MAN ialah MIND Network yang terletak di Pasco County, Florida yang membolehkan perhubungan antara Pusat Media Pasco dengan Pusat Kerangka Utama dengan menggunakan talian telefon, kabel sepaksi, dan juga pembekal komunikasi tanpa wayar

Rangkaian Kawasan Bandar (Sumber: http://www.komputer.com)

iii. Rangkaian kawasan luas (WAN).

Rangkaian kawasan luas (WAN) adalah rangkaian komputer yang melibatkan jarak jauh atau kawasan geografi yang luas seperti negeri. WAN boleh dianggap sebagai gabungan dua atau lebih LAN. Penyambungan selalunya menggunakan rangkaian awam. Rangkaian awam bermaksud rangkaian tersebut disediakan oleh syarikat telco seperti Telekom, Maxis, Time dll. Boleh juga dihubungkan menggunakan talian suwa (leased line) atau satelit. Internet merupakan contoh WAN yang terbesar.

Untuk mewujudkan WAN memerlukan sistem pangkabelan yang merentasi laut atau dengan penggunaan gelombang mikro atau satelit.
Penggunaan WAN membolehkan komunikasi antara negeri dapat dilaksanakan dengan cepat. Sekolah-sekolah di Malaysia boleh berhubung dengan sekolah-sekolah di luar negara dalam jangkamsa beberapa minit sahaja.
Konfigurasi dalam WAN adalah kompleks dan memerlukan perkakasan pemultipleksan (multiplexer) untuk menghubungkan LAN dan MAN bagi tujuan capaian ke Rangkaian komunikasi menyeluruh seperti Internet.
Kepada pengguna, WAN tidak banyak berbeza dengan LAN dan MAN

Rangkaian Kawasan Luas (Sumber: http://www.mypendidik.net/portal)


(c) Dengan menggunakan beberapa ayat, terangkan apakah yang anda tahu
mengenai peranti-peranti rangkaian seperti berikut: pengulang, suis, jambatan,
router, dan gateway.

i. Pengulang
Hub/pengulang (repeater) digunakan untuk menyambung dua atau lebih Ethernet segmen tanpa mengira jenis media yang digunakan.Fungsi pengulang (repeater) adalah untuk memanjangkan jarak maksima yang ditetapkan di dalam spekfikasi kabel. Sebagai contoh sekiranya menggunakan kabel UTP (unshielded twisted pair), jarak maksima adalah 100 meter, maka kita perlu menggunakan pengulang ditengah-tengahnya untuk memanjangkan jarak maksima kepada 200 meter.

Pengulang tidak melakukan sebarang perubahan pada data yang diterima kecuali mengulangi semula apa saja isyarat atau data yang diterima dan juga menguatkan isyarat tersebut.

Pengulang
ii. Suis
Suis
Operasi switch sama seperti bridge (sila rujuk jawapan bridge) Perbezaannya bridge hanya boleh mempunyai maksima 16 port. Manakala switch pula tidak mempunyai had maksima.

Bridge menggunakan perisian dalam operasinya, tetapi suis menggunakan perkakasan yang dikenali sebagai “hardware coding”. Dengan ini prestasi switch lebih baik daripada bridge.

Switch Membina jadual MAC (MAC table) untuk memastikan data hanya akan dihantar pada subnet yang betul.

Terdapat dua jenis switch:

1. Cutting through switching – penghantar bermula sebaik sahaja alamat destinasi diperolehi. Prestasi baik tetapi tidak mempunyai error checking. Selalu digunakan pada edge switch.
2. Store and forward – penghantaran hanya berlaku selepas semua frame dibaca. Lambat tetapi mempunyai error checking. Selalu digunakan pada core switch.


iii. Jambatan

Dengan adanya jejambat, dua sistem rangkaian setempat yang berlainan protokol dalam dihubungkan. Ini bermakna jejambat melakukan tugas seperti pengulang tetapi pada lapisan yang lebih atas.

Jejambat melakukan tiga tugas serentak iaitu:
1. Data: Penapisan bingkisan (packet filtering) skim alamat MAC (MAC addressing scheme)

2. Mengubah dan menterjemah protokol dalam LAN, misalnya protokol Ethernet menjadi protokol Token Ring

3. Menguat, membentuk dan membaiki isyarat sebelum dihantar


iv. Router
Peralatan penghala (Router) berada di lapisan rangkaian (Network). Sistem rangkaian perlu mempunyai protokol yang sesuai di lapisan ini dan ke atas. Bagaimana pun ia hanya boleh disambungkan dengan protokol yang sama saja. Contoh: TCP/IP dengan TCP/IP, XNS dengan XNS, IPX dengan IPX.

Operasian penghala tidak sepantas jejambat kerana ia perlu melaksanakan lebih banyak protokol. Secara am, semakin tinggi kedudukannya di dalam MODEL OSI, lebih banyak proses protokol perlu dilakukannya.

Terdapat dua jenis penghala, iaitu:
1. Penghala Protokol Tunggal (Single Protocol) yang menggunakan satu protokol saja. Ini selalu dibuat apabila menggunakan komputer peribadi sebagai penghala atau penghala yang digunakan untuk kegunaan di Internet

2. Penghala Berbilang Protokol (Multi Protocol) yang menggunakan banyak protokol dalam masa yang sama. Jenis ini banyak terdapat di pasaran dan harganya agak mahal

v. Gateway
Dalam rangkaian komunikasi, gateway adalah nod rangkaian yang dilengkapkan untuk antaramuka dengan rangkaian lain yang menggunakan protokol yang berlainan. Gateway boleh terdiri dari peranti seperti protocol translators, impedance matching devices, rate converters, fault isolators atau signal translators seperti mana yang diperlukan untuk menyediakan interoperabiliti sistem. Gateway secara amnya boleh dikatakan komputer yang terletak di persilangan antara dua rangkaian dan memanduarahkan trafik dengan betul dari satu trafik ke satu trafik yang lain, sementara mengekalkan trafik-trafik dalam rangkaian-rangkaian tersebut berasingan.
Gateway melibatkan penyatuan berbagai ciri-ciri rangkaian yang berlainan ke dalam satu peranti untuk menyediakan storan dan juga pertukaran protokol. Gateway digunakan untuk menyambungkan satu jenis rangkaian setempat dengan rangkaian setempat yang lain seperti Ethernet dengan token ring, atau LAN dengan SNA dan LAN dengan X.25.

Gateway

Rujukan:

MALAYSIA, Open University. (2004). CBCT2203 Konsep Asas teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

MALAYSIA, Open University. (2007). CBCN4103 Introduction to Networking. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

http://www.komputer.com

http://www.mypendidik.net/portal

1 comment:

  1. salam,slam sejahtera terima kasih untuk maklumat yang anda sediakan.

    ReplyDelete

Sila Klik Jika Ingin Bantu