Blog ini mengandungi koleksi assignment penulis semasa menuntut di sebuah Pusat Pengajian Tinggi, walaubagaimanapun penulis tidak bertanggungjawab terhadap mutu tugasan dan ketepatan fakta yang terdapat di dalamnya. Pengunjung haruslah membuat pertimbangan sendiri...
Himpunan tugasan/assignment akan diupdate dari masa kesemasa... rajin-rajinlah menjengah.... tq

Tuesday, January 19, 2010

Projek IT : CBBR4203 PROJEK KEPUJIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT | BAB 6

BAB 6

KESIMPULAN

6.1 Pengenalan

Bab ini akan merumuskan segala perbincangan dan keputusan-keputusan analisis yang telah dilakukan daripada Bab 1 hingga ke Bab 5. Secara umumnya sistem ini dibangunkan untuk memudahkan pengurusan Syarikat Ghirly Collection. Sistem ini juga diharapkan dapat memperkembangkan perniagaan. Penggunaan web adalah bersesuaian berdasarkan perkembangan teknologi yang kian pesat, terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

6.2 Kejayaan Sistem

Berdasarkan pengujian yang dijalankan didapati system yang dibangunkan akan dapat mengatasi masalah yang wujud dalam sistem semasa. Hasil yang diperolehi daripada kajian dan pembangunan sistem adalah seperti yang dinyatakan berikut:

i. Sistem Maklumat Pengurusan yang berkesan dalam membantu organisasi menjalankan proses-proses yang terlibat dengan lebih sistematik dan teratur.
ii. Sistem yang beroperasi selama 24 jam dan berasaskan web dibangunkan. Pengguna adalah bebas melakukan capaian di mana-mana kawasan yang mempunyai capaian internet dan pada bila-bila masa sahaja.
iii. Sistem dapat membantu pelanggan Ghirly Collection bagi mendapatkan maklumat mengenai sesuatu produk.
iv. Sistem membolehkan proses pembayaran produk, di mana transaksi pembayaran dilakukan secara atas talian
v. Sistem dapat menjimatkan masa pengguna bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan secara pantas dan lebih efektif tanpa perlu menghubungi pihak pengurusan Ghirly Collection bagi mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai produk dan rekod pembayaran
vi. Satu antaramuka yang menarik dan teratur telah dihasilkan bagi memudahkan pengguna memahami dan menggunakan sistem ini.


6.3 Kelebihan Sistem

Setelah dikenalpasti, terdapat empat kelebihan sistem yang dibangunkan. Kelebihan-kelebihan itu antaranya adalah:

i. Sistem membantu pihak pengurusan menguruskan syarikat dengan lebih efektif dan cekap dimana segala bentuk pengurusan dapat dilakukan oleh sistem secara optimum
ii. Memaparkan maklumat pembayaran dan produk serta maklumat terperinci mengenainya dengan pantas dan berkesan.
iii. Carian produk dan rekod pembayaran pengguna dilakukan secara terus membolehkan masa dijimatkan
iv. Pembayaran secara terus juga boleh dibuat oleh pelanggan secara atas talian
v. Proses penyebaran dan pengurusan maklumat adalah lebih sistematik dan efektif.

6.4 Kekangan Sistem

Sepanjang proses penganalisaan dan pembangunan sistem yang dilakukan, terdapat sedikit kekangan yang dikenalpasti. Namun begitu, kekangan tersebut tidak terlalu menjejaskan pembangunan sistem ini dan kekurangan masih boleh diperbaiki.




Kekangan yang didapati adalah seperti yang dinyatakan berikut:

i. Kualiti persembahan sistem bergantung kepada spesifikasi perkakasan yang digunakan. Spesifikasi perkakasan yang baik dapat menjamin masa tindakbalas sistem yang cepat. Ini adalah bagi memastikan kualiti system dapat dipertingkatkan.
ii. Kadar kelajuan sistem akan berkurangan sekiranya terlalu ramai pengguna melayari sistem pada sesuatu masa
iii. Bagi melaksanakan proses penyelanggaraan dan pengemaskinian sebarang maklumat, individu yang agak berkemahiran di dalam bidang computer sekaligus bidang pembelajaran diperlukan. Ini bagi mengelakkan sebarang kesilapan berlaku pada pangkalan data yang terlibat di dalam sistem ini.

.6.5 Cadangan Pembaikan

Cadangan pembaikan yang telah dijangkakan boleh dilaksanakan seterusnya untuk memperbaiki kelemahan sistem yang bakal terjadi adalah seperti berikut:

i. Penggunaan perkakasan dan perisian yang dapat menyokong pembinaan sistem ini secara keseluruhan, iaitu perkakasan yang baik seterusnya menjamin masa tindakbalas sistem dan perisian yang mempunyai keupayaan dari segi rangkaian internet dan mempunyai antaramuka pengguna yang menarik.
ii. Dari segi keselamatan pula, sistem ini akan dilengkapi dengan arahan dimana sebarang percubaan untuk memasuki ke dalam sistem yang gagal setelah melebihi tiga kali, maka sistem ini akan merekodkan alamat MAC (‘MAC address’) komputer dan nombor IP (‘IP address’) lokasi pengguna yang melakukan percubaan tersebut. Selain itu, sistem turut akan dilengkap dengan rekod log yang merekodkan pengguna yang memasuki ke dalam sistem, waktu, tempoh serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sepanjang masa pengguna berada di dalam sistem tersebut
iii. Bagi tujuan pengemaskinian pangkalan data yang terlibat, latihan secara ringkas perlu diberikan kepada pegawai mentadbir pangkalan data tersebut. Ini adalah untuk memastikan agar sistem ini dapat berjalan dengan lancer.


6.6 Ringkasan

Sistem ini sebagai satu titik tolak perkembangan penggunaan teknologi maklumat bagi organisasi ini memandangkan Syarikat Ghirly Collection ini baru sahaja ditubuhkan..

Sistem ini diharapkan dapat mengembangkan operasi organisasi dan memperkenalkan organisasi ini kepada pengguna global. Sistem yang dibangunkan dapat membantu organisasi menjalankan operasi di internet di dalam situasi yang selamat. Segala proses dapat dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira masa hanya dengan adanya capaian internet. Selain itu ia juga dapat membantu dalam proses pengurusan maklumat dalam organisasi..

Secara keseluruhannya, Kejayaan pembangunan sistem ini adalah bergantung kepada sejauh mana pengumpulan pengetahuan yang dapat dijalankan dan distrukturkan dengan sebaik-baiknya. Selain itu kualiti maklumat, servis dan kualiti sistem juga adalah elemen penting yang memastikan sistem yang dibangunkan berkesan kepada organisasi dalam menjalankan proses perniagaan mereka. Namun begitu elemen tambahan perlu dikaji dengan lebih teliti agar ianya menjadi lebih berguna untuk menghasilkan satu sistem maklumat yang lebih berkesan.








Rujukan

Deitel, H. M., Deitel, P. J., Nieto, T. (2001), “e-Business and e-Commerce How to
Program” New Jersey : Prentice Hall

Dennis, A.,Wixom, B. H., Tegarden, D.(2005), “System Analysis and DesignWith
UML version 2.0 Object Oriented Approach”, US : JohnWiley & Sons, Inc

MALAYSIA, Open University. (2004). Pengantar Teknologi Multimedia, Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

MALAYSIA, Open University. (2005). CBDB3203 Implementasi Pangkalan Data. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

MALAYSIA, Open University. (2005). CBAD2103 Analisis dan Rekabentuk Sistem. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

MALAYSIA, Open University. ( 2005). Analisis Dan Pemodelan Data, Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

MALAYSIA, Open University. (2006). Pembangunan Aplikasi Multimedia, Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

MALAYSIA, Open University. (2007). Pengaturcaraan Berorientasikan Objek, Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd.

Mohd Yazid, Paridah Samsuri, Rozlina Mohamed, Suhaimi Ibrahim, WanMohd
Nasir (2000) “Kejuruteraan Perisian” , FSKSM : UTM

Turban E., McLean E, Wetherbe J (2004) “ Information Technology for
Management”, USA : John Wiley & Sons, Inc.

http://en.wikipedia.org/wiki/SDLC

http://www.webopedia.com/TERM/S/SDLC.html

http://www.mysql.com

http://dev.mysql.com/doc/refman/5.0/en/tutorial.html

http://en.wikipedia.org/wiki/MySQL

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas mendowload dn upload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Sila Klik Jika Ingin Bantu