SOALAN 1
Sejarah E-Dagang bermula dengan penggunaan EDI dalam penghantaran informasi perniagaan. Ini diikuti dengan penerimaan penggunaan Internet secara besar-besaran oleh orang ramai dan juga penumbuhan beberapa website e-dagang dan penumbuhan ekonomi baru.
a) Berikan definisi E-Dagang dari EMPAT perspektif.
1.0 Pengenalan
Dilema utama dalam aktiviti perdagangan sejak dahulu ialah jarak yang jauh. Untuk mengembangkan perniagaannya, pembekal perkhidmatan perlu meluaskan pasarannya yang akan melibatkan kos yang banyak seperti pengangkutan, penyelenggaraan dan sebagainya. Di samping itu faktor waktu juga perlu diambil kira, lebih-lebih lagi jika melibatkan perdangangan antarabangsa diantara negara yang berbeza zon waktunya. Ini sudah tentu merumitkan bagi mereka berurusan.
E- Dagang (kini lebih popular dengan istilah dotcom) merupakan satu alat atau mekanisma yang akan membantu pembekal perkhidmatan/produk menyelesaikan masalah ini. E-Dagang merupakan satu kaedah transaksi elektronik maya tanpa sempadan jarak atau waktu. Dalam suasana maya, organisasi dapat menubuhkan pejabat maya yang dapat dikunjungi oleh pelanggan pada bila-bila masa sahaja. Contohnya seorang penjual buku, cenderamata, memorablia dll dapat mendirikan gedungnya menerusi laman web selaku pejabat maya (lihat Amazon.com) Ini merupakan satu metodoloji perdagangan yang sangat ideal dan mempunyai potensi besar untuk dikembangkan
1.1 Definasi E-Dagang dari EMPAT perspektif
Dari prespektif komunikasi, EC adalah penghantaran informasi, produk/perkhidmatan, atau pembayaran melalui talian telefon, rangkaian komputer, atau sebarang perkakasan elektronik yang berfungsi untuk menghantar maklumat.
Dari prespektif proses perniagaan, EC adalah aplikasi teknologi ke arah automasi transaksi perniagaan dan aliran kerja.
Dari prespektif servis (perkhidmatan), EC adalah peralatan (tool) untuk menyatakan keinginan firma, pelanggan dan pengurusan untuk memotong perbelanjaan servis dan pada masa yang sama meningkatkan kualiti produk dan meningkatkan kepantasan penghantaran servis.
Dari prespektif atas talian (Online), EC menyediakan kebolehan untuk membeli dan menjual produk dan informasi di dalam Internet dan servis atas talian (online) yang lain.
(Kalakota and Whinston 1997, 3)
b) Terangkan kebaikan E-dagang terhadap individu, organisasi dan
masyarakat.
1.0 Kelebihan kepada pelanggan/Individu
Mana-mana pengguna biasa yang ada komputer peribadinya tersendiri, ada telefon dan modem, ada akaun dengan mana-mana pemberi khidmat Internet (Internet Service Provider atau ISP), boleh berurusan dengan mana-mana ''pedagang'' yang telah mengiklankan barangannya atau perkhidmatannya menerusi Internet.
perniagaan menerusi talian tidak akan terhalang oleh aspek geografi. Produk yang dipasarkan menerusi talian boleh dicapai oleh pengguna dari serata dunia.Dengan itu membolehkan pelanggan membeli belah 24 jam dari mana-mana lokasi.
Antara kelebihan lain ialah menyediakan pelanggan dengan lebih pilihan, menyediakan barangan produk yang lebih murah dengan membuat perbandingan, penghantaran lebih cepat, maklumat terperinci, lelong, interaksi dengan pelanggan lain dan sebagainya.
1.1 Contoh kelebihan Pasaran Perdagangan Elektronik kepada individu:
1.1.1Automobil
Membolehkan pengguna mencari, membeli, menginsurankan, membuat penghantaran tanpa perlu pergi ke pengedar (dealer) & boleh lakukan carian di Yahoo! Untuk senarai pembekal kereta.
1.1.2Buku – Amazon.com
Pengguna boleh mencari, membuat pesanan dan membuat pembayaran melalui web dengan menggunakan cek atau kad kredit. Diskaun sehingga 30%.
1.1.3Penempahan Tiket Kapalterbang – Airasia.com
Menawarkan tiket yang lebih murah kerana tiada orang tengah (ejen)
1.1.4Stok & Keselamatan
Internet boleh mengantikan fungsi seorang broker saham. Pembelian & penjualan saham dilakukan tanpa melalui broker.
Contoh di Malaysia: Kenanga Broker
1.1.5Online flea Market
Penjual dan pembeli dipertemukan di dalam format lelongan untuk menjual produk peribadi dengan membenarkan penjual untuk menyenaraikan barangan dan pembeli pula boleh membida barangan secara atas talian (online)
Contoh: e-bay, lelong.com
2.0 Kelebihan kepada Organisasi
E-dagang semakin meluas digunakan di kalangan masyarakat Internet terutama di negara-negara barat mulai pada pertengahan tahun 1990an. Malah e-dagang sekarang ini diakui oleh syarikat-syarikat antarabangsa dan pakar-pakar pemasaran sebagai satu sektor perniagaan dan pemasaran yang tidak boleh diabaikan lagi dan menjadi satu alternatif wajib untuk apa jua jenis perniagaan yang ingin pergi ke peringkat antarabangsa.
Salah satu kebaikan dan keuntungan daripada menggunakan kaedah e-dagang ini ialah perangkaian dan integrasi di antara semua syarikat-syarikat yang berhubung baik sebagai pembeli, penjual ataupun penyedia perkhidmatan yang berkenaan. Dengan cara ini pertukaran maklumat dan transaksi perniagaan dapat dijalankan daam sekelip mata yang dahulunya mungkin dibelenggu oleh karenah mengisian borang-borang kertas dan birokrasi.
Secara idealnya semua ini dapat dijalankan dengan efisyen oleh semua pihak yang terlibat dalam rangkaian e-dagang itu dan tidak dibelenggu oleh isu-isu ketidakserasian (incompatibility) atau piawaian (standard) teknologi dan telekomunikasi yang tidak serupa. Ini telah ditawarkan oleh teknologi Internet yang menggunakan protokol telekomunikasinya yang dipanggil TCP/IP yang telah diterima pakai sebagai satu piawaian yang membolehkan sebarang pelantar (platform) komputer dapat saling berhubung dan bertukar maklumat dengan mudah. Pengguna Web juga dapat berinteraksi dengan dunia Web dengan mudah dengan hanya menggunakan sebuah perisian pelayar Web (Web browser) seperti Netscape Navigator, Internet Explorer dan lain-lain lagi.
Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan sesebuah transaksi perniagaan itu untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan. Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan tersebut akan menjadi lebih efisyen.
E-dagang sebenarnya terdiri daripada beberapa komponen yang mempunyai ciri-ciri dan fungsinya yang tersendiri sebagai contohnya Pertukaran Data Elektronik atau Electronic Data Interchange (EDI), Internet, pensijilan digital, tandatangan digital, wang digital, Electronic Funds Transfer , Electronic Catalogs, Intranets, Kod Bar dan lain-lain lagi
Jika halangan utama bagi seseorang usahawan menjalankan perniagaan di bandar (untuk peluang pasaran yang lebih luas) ialah kadar sewa bangunan yang tinggi, maka dengan E-Dagang masalah itu tidak wujud lagi. Dengan menempatkan perniagaan di sebuah pelayan web utama, mereka telah menempatkan diri secara global. Ini kerana teknologi web membolehkan ia diakses dari mana-mana tempat sekalipun. Apa yang menarik lagi ialah kosnya secara relatif adalah amat kecil. Contohnya untuk menempatkan perniagaan produk/perkhidmatan di pelayan web Yahoo Geocities atau Fortunecity, dua buah pelayan web yang mempunyai komuniti berjuta-juta pengguna Internet anda hanya perlu membayar lebih kurang RM100-150 sebulan. Potensi pasaran usahawan ialah kesemua komuniti Yahoo Geocities/Fortunecity khususnya dan pengguna Internet amnya. Selain itu usahawan turut ditawarkan khidmat penyelenggaraan perniagaan maya mereka.
3.0 Kelebihan kepada Masyarakat
Bagi E-dagang Internet, apa yang diharapkan ialah kecepatan penghantaran dan penerimaan barangan (atau perkhidmatan), terdapat maklumat produk yang lebih terkini dan rapi, terdapat kemudahan membuat pesanan on-line, peningkatan usaha pemasaran massa, dan penyingkiran orang tengah. Andainya semua ini wujud atau dapat diwujudkan, matlamat mutakhir ialah harga barangan (atau perkhidmatan) itu akan menjadi lebih murah dan kompetitif.
Dengan E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh melakukan transaksi jual dan beli dari dan di mana sahaja di dunia ini. Pra syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan dalam suasana yang menggunakan teknologi E-Dagang ini ialah pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan prasarana telekomunikasi yang membolehkan anda mengkases Internet. Dengan itu, lebih ramai individu bekerja di rumah; kurang perjalanan untuk membeli belah, mengurangkan kesesakan trafik, mengurangkan pencemaran udara, harga barangan lebih murah dan seterusnya menyebabkan kos hidup lebih murah.
c) Bincangkan perihal had teknologi dan bukan-teknologi E-dagang.
1.0 Pengenalan
Perihal had teknologi adalah merupakan kekangan-kekangan yang berlaku dalam teknologi elektronik perdagangan yang mungkin tidak dapat dilaksanakan pada satu-satu masa atau keadaan tertentu. Manakala bukan teknologi E-dagang pula ialah sesuatu perisian atau perkakasan yang tidak membabitkan E-dagang dan tidak boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada komponen-komponen E-dagang.
2.0 Had teknologi e-dagang
2.1 Kebolehgunaan Laman (Web Usability)
Kebolehgunaan laman didefinisikan berdasarkan beberapa kriteria (Egger, 2003) seperti berikut iaitu:
i. Kemampuan untuk bernavigasi di sekitar laman.
ii. Kemampuan untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki.
iii. Pengguna boleh memahami struktur laman; tahu langkah yang perlu dibuat seterusnya.
Dengan kata lainnya, kebolehgunaan yang dimaksudkan di sini adalah rekabentuk laman yang boleh memudahkan navigasi dan carian di mana memerlukan hanya sedikit masa dan usaha oleh pengguna (mesra pengguna).
Kemampuan sesebuah laman untuk memudahkan navigasi laman dan carian maklumat adalah amat penting kepada para pengguna. Kanerva et al. (1997) dalam kajiannya telah menghuraikan tentang tiga jenis kesilapan yang sering berlaku semasa navigasi iaitu; pengguna tidak mengetahui di mana kedudukan mereka semasa di laman; tidak mengetahui ke mana mereka boleh pergi dan tidak memahami bagaimana cara untuk bernavigasi. Conklin (1987), Edwards dan Hardman (1987), Nielsen (1990) dan Pitkow dan Kehoe (1996) juga mempunyai pendapat yang sama. Sehubungan dengan itu, menjadi satu cabaran bagi pereka laman untuk memastikan bahawa laman web yang dibina mampu mengatasi masalah-masalah di atas. Persoalan yang perlu diambil kira oleh pereka laman web adalah bagaimana untuk membangunkan laman web yang boleh memudahkan pengguna melakukan aktiviti eksplorasi dan carian maklumat
2.2 Keselamatan, kebolehpercayaan, piawaian
Terdapat beberapa kaedah pembayaran yang digunakan dalam e-dagang, sebagai contohnya melalui Kad Kredit, Kad Debit, E-Wallet dan juga Kad PraBayar.
Kad kredit adalah satu kaedah pembayaran yang lazimnya digunakan oleh pelanggan untuk menjalankan transaksi samada secara atas talian mahupun transaksi biasa. Walaupun kad kredit merupakan satu kaedah pembayaran yang popular di kalangan pembeli atas talian, kebanyakan pengguna tidak mahu menerima kemudahan ini disebabkan oleh faktor-faktor keselamatan seperti pencerobohan kad kredit.
Piawai teknikal adalah penting dalam operasi semua lapisan infrastruktur. EC bergantung sepenuhnya kepada rangkaian. Sambungan antara rangkaian di sebarang paras tidak mungkin dapat dilakukan oleh sekiranya piawai tidak bangunkan dan bersangkutan dengan pembekal komponen rangkaian (untuk kedua-dua perisian dan perkakasan) dan pembekal rangkaian dan operator.
2.3 Pembelian secara online
Nielsen (2001) menegaskan bahawa kelemahan dalam rekabentuk laman web merupakan faktor utama yang menjejaskan keuntungan pekedai-pekedai atas talian. Beliau menjelaskan bahawa beberapa kesilapan dalam rekabentuk laman yang sering wujud adalah termasuk masa muat-turun yang perlahan, warna pautan yang tidak selaras, ‘scrolling’ yang terlalu panjang, animasi yang sentiasa berulang dan sebagainya.
3.0 Had Bukan Teknologi e-Dagang
3.1Isu Polisi Undang-Undang Awam dan Kebebasan Peribadi (Public Policy Legal and Privacy Issues)
Di dalam rangka kerja Kalakota dan Whinston, berbagai lapisan infrastruktur adalah disokong oleh dua tiang, iaitu tiang ‘polisi awam’ dan tiang ‘piawai teknikal’.
Polisi Awam berkaitan dengan etika, sosial dan rangka kerja undang-undang yang mana peniagaan dijalankan. Memandangkan organisasi menjalankan perniagaan elektronik dilakukan secara maya, maka sukar untuk melaksanakan polisi. Contoh: Perjudian atas talian sah kepada sesuatu negara tetapi tidak sah kepada negara lain, namun polisi sukar dibuat kerana perniagaan seperti ini berlaku secara maya.
Peningkatan kepentingan dalam peningkatan pengunaan EC, di dalam dan di luar negara menunjukkan pentingnya polisi awam diadakan.
3.2 Kepercayaan Pengguna
E-Dagang melibatkan transaksi perniagaan menerusi rangkaian telekomunikasi iaitu Internet. Penerimaan para pengguna terhadap teknologi E-Dagang ini masih di tahap yang rendah. Pelanggan tidak berhubungan secara langsung dengan peniaga. Sehubungan dengan itu, perniagaan yang melibatkan atas talian ini sudah tentu mengundang faktor ketidakpercayaan di kalangan para pelanggan untuk berurusan melalui kaedah ini. Apabila pengguna memasukkan maklumat peribadi dan kad kredit, mereka berkemungkinan besar terdedah kepada penggunaan yang tidak beretika dan penyebaran maklumat kepada pihak yang tidak sepatutnya.
Walaupun pengguna hanya melakukan ‘window shopping’ tanpa membeli sebarang produk, kemungkinan data-data mengenai aktiviti mereka dikumpul secara automatik dan disalahgunakan atau disebarkan tanpa pengetahuan mereka (Ohlson, 1999). Dengan ini menimbulkan persoalan dan tanda tanya di kalangan pengguna, sejauh manakah tahap keselamatan terhadap maklumat yang diberi agar tidak berlaku penyelewengan dan eksploitasi oleh mana-mana pihak. Kurangnya elemen trust di kalangan pengguna telah menjadi penghalang utama
terhadap perkembangan E-Dagang. Kebanyakan pengguna tidak percaya untuk berurusan di atas talian. Hampir 95% pengguna yang menolak untuk memasukkan maklumat peribadi mereka ke dalam laman web. 63% daripada pengguna ini menyatakan yang mereka tidak percaya terhadap proses pengumpulan maklumat terbabit (Hoffman et al 1999).
Faktor kejayaan kritikal bagi aplikasi e-dagang adalah bergantung kepada kepercayaan pengguna. Kewujudan teknologi Internet telah dijangkakan membawa perubahan yang agak besar dalam sektor perniagaan dan sektor kewangan.
Walaubagaimanapun, peningkatan penggunaan Internet oleh pengguna tidak membawa kepada peningkatan terhadap penggunaan aplikasi yang melibatkan e-dagang (Rosencrance, 2002). Ini jelas menunjukkan bahawa pengguna masih belum bersedia untuk menggunakan Internet sebagai medium untuk urusan jual beli kerana di dorong oleh rasa ketidakpercayaan terhadap syarikat atas talian (online vendors).
3.3 Tiada Interaksi Secara Langsung
Urusniaga menerusi skrin komputer menjadi salah satu faktor penghalang terhadap pembinaan trust. Pelanggan tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan peniaga sebenar. Di dalam Internet, tugas peniaga diganti dengan kolum FAQ (Frequently Asked Question). Satu cara untuk mewujudkan interaksi yang lebih berkesan di antara pelanggan dan peniaga adalah dengan mewujudkan agen yang boleh membantu pelanggan. (Egger, 2003)
3.4 Kebolehpercayaan Terhadap Maklumat
Memandangkan kebanyakan individu mampu membina laman sendiri dan mendaftar nama domain, jadi agak sukar untuk membezakan laman yang sah dan penipuan. Kadangkala, maklumat yang dipaparkan boleh disalahgunakan. Ini kerana, maklumat-maklumat yang terkandung di dalam laman web boleh diubahsuai tanpa meninggalkan sebarang kesan. Terdapat juga syarikat yang tidak selalu mengemaskini laman mereka. Ini akan memberi kesan terhadap transaksi seperti harga, deskripsi dan status produk. Contohnya, mungkin harga barangan lebih murah berbanding dengan harga asal, ataupun barangan tersebut sudah tiada di pasaran. (Egger, 2003
d) Perihal had mana yang lebih senang diatasi; teknologi atau bukan-teknologi, mengapa?
1.0 Had yang lebih senang diatasi
Berdasarkan kepada perbincangan pada soalan 1(c) saya berpendapat had teknologi lebih senang diatasi. Berkenaan Isu Kebolehgunaan Laman (Web Usability), penyelidikan dalam bidang hipermedia telah mencadangkan beberapa strategi untuk merekabentuk laman web yang baik iaitu pertama, mengambil kira jenis aktiviti yang ingin dilakukan. Jenis aktiviti seperti carian dan eksplorasi akan menentukan cara penstrukturan atau penyusunan maklumat-maklumat di dalam sistem. Sekumpulan penyelidik telah mengkaji hubungkait di antara jenis aktiviti dan struktur maklumat (Gay et al, 1991; Radha dan Murphy, 1992; Mohageg, 1992; Utting dan Yankelovich, 1989). Mereka menyimpulkan bahawa aktiviti eksplorasi disokong oleh rangkaian atau kombinasi struktur maklumat. Sebagai contohnya, struktur hiperlink yang boleh dijumpai dalam setiap laman web. Berdasarkan kajian ini juga mendapati bahawa aktiviti carian disokong oleh struktur maklumat berhirarki sepertimana yang digunakan oleh kebanyakan kedai atas talian. Kriteria yang kedua ialah jenis aktiviti juga menentukan bantuk sokongan navigasi. Sebagai contohnya, kajian telah menemukan bahawa aktiviti carian adalah paling sesuai menggunakan navigasi yang berbentuk hirarki, manakala aktiviti eksplorasi adalah paling berkesan jika rekabentuk laman web dipersembahkan secara grafik. (Edwards dan Hardman, 1989; Hammond dan Allison, 1989; Monk, 1989; Smith et al, 1997)
Rekabentuk visual sesebuah laman juga merupakan salah satu faktor dalam kebolehgunaan laman web. Risden et al (2000) telah mengkaji tentang penggunaan penvisualan 3 Dimensi secara interaktif yang mampu memberikan gambaran global terhadap sebuah laman web yang agak besar. Di dalam kajian tersebut, mereka menggunakan janaan komputer 3 Dimensi yang berbentuk graf hiperbola untuk memodelkan laman web Snap.com. Struktur ini mampu mempersembahkan gambaran keseluruhan setiap muka di dalam laman berkenaan. Sebagai perbandingan, rekabentuk laman dalam versi 2 Dimensi dibangunkan. Ujian telah dibuat ke atas kedua-dua laman tersebut dan keputusan telah menunjukkan bahawa pengguna bagi laman 3 Dimensi mampu melaksanakan aktiviti navigasi dan carian lebih cepat berbanding pengguna yang menggunakan laman 2 Dimensi
Berkenaan isu keselamatan pembelian secara online menggunakan kad kredit, Terdapat dua protokol keselamatan yang digunakan untuk keselamatan transaksi iaitu Secure Socket Layer (SSL) dan Secure Electronic Transaction (SET).
1. Secure Sockets Layer (SSL) (Deitel et al, 2001)
Protokol SSL yang dibangunkan oleh Netscape Communication merupakan protokol yang tiada hak milik yang mana ianya digunakan untuk melindungi komunikasi di dalam internet dan web. SSL diletakkan di dalam kebanyakan pelayar web termasuk Netscape Communicator, Microsoft Internet Explorer dan pelbagai produk perisian yang lain. Ianya beroperasi di antara protokol komunikasi TCP/IP dan aplikasi perisian.
2. Secure Electronic TransactionTM (SETTM) (Deitel et al., 2001)
Secure Electronic Transaction (SET) Protocol, dibangunkan oleh Visa International. Master Card telah direkabentuk secara spesifik untuk melindungi transaksi pembayaran. SET menggunakan sijil elektronik untuk mengesahkan setiap pihak yang berurusniaga dalam transaksi e-dagang termasul pelanggan, peniaga dan pihak bank. Public-key cryptogrphy digunakan untuk melindungi maklumat apabila ianya bergerak dalam rangkaian web
E-dagang telah diadaptasi daripada satu teknologi yang telah hampir dua dekad lalu diperkenalkan iaitu Electronic Data Interchange (EDI). Jika berurus niaga menggunakan teknologi EDI, peniaga perlu menggunakan perisian khas serta rangkaian persendirian yang sulit (Laudon, 2002). Keadaan ini tentunya akan mengehadkan peniaga kecil dan sederhana untuk menjalankan perniagaan memandangkan cara ini melibatkan kos yang tinggi. Walaupun begitu, perkembangan Internet dan teknologi web pada masa kini telah mengubah keadaan tersebut. Sekiranya seseorang peniaga ingin menjalankan perniagaan e-dagang, maka beliau hanya perlu menyediakan satu laman web yang mempunyai antara muka yang menarik dengan memberikan maklumat tentang perniagaannya serta beberapa langkah keselamatan ketika menjalankan operasi di rangkaian. Seterusnya, pengguna boleh berurus niaga dengan peniaga menggunakan Internet atau rangkaian awam yang lain. Urusniaga secara ini dapat mengurangkan kos, dan selain itu kawasan perniagaan menjadi lebih luas.
SOALAN 2
Sebuah “Electronic Marketplace” merupakan sistem maklumat yang bertindak sebagai tulang belakang pasar e-Dagang. Dalam “Electronic Marketplace” terdapat sokongan jaringan infrastruktur, rangka teknologi, dan aplikasi infrastruktur perniagaan untuk menyokong pelbagai fungsi dan servis e-dagang.
a) Nyatakan LIMA (5) sifat sistem pasar elektronik dari perspektif ekonomi.
Elektronik Marketplaces adalah sistem informasi yang bertindak sebagai tulang belakang kepada pasaran perdagangan elektronik. Ini termasuk menyokong rangkaian infrastruktur, rangka kerja teknologi, dan aplikasi perniagaan infrastruktur untuk menyokong berbagai fungsian dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pasaran perdagangan elektronik.
Bakos (1991, 297) menyatakan terdapat 5 ciri sistem pasaran elektronik dari preseptif ekonomi.
1. Sistem pasaran elektronik mengurangkan kos pelanggan dalam usaha mendapatkan maklumat mengenai harga dan produk dari berbagai pembekal.
2. Manfaat terhadap perlibatan individu di dalam pasaran elektronik akan bertambah apabila banyak lagi organisasi memasuki sistem ini.
3. Elektronik markerplaces boleh mengenakan kos yang bererti apabila peserta bertukar kepadanya
4. Elektronik marketplaces memerlukan pelaburan kapital yang besar dan menawarkan perkembangan ekonomi yang kukuh.
5. Bakal peserta di dalam elektronik marketplaces akan menghadapi ketidak pastian mengenai manfaat yang sebenar apabila menyertai sistem ini
Elektronik markerplaces memerlukan pelaburan tetap yan tinggi dalam pembangunan sistem, tetapi setelah sistem berjaya dibangunkan, kos marginal akan dikurang untuk koordinasi inter-organiasai dan keupayaan mengawal banyak transaksi
b) Bandingkan ”marketplaces” dengan “marketspaces”. Apakah kebaikan dan keburukan mereka?
1.0 Pendahuluan
Secara umumnya tiada perbezaan ketara diantara “Market Places” dengan “Market Space”. Marketplace boleh dianggap tempat diniagakan, tempat didagang. kalau secara tradisional marketplaces ialah di kedai-kedai atau di pasar-pasar. secara digital, marketplaces ialah di internet di site serta server yang terpilih.
Electronic MarketPlaces juga merupakan sistem maklumat di antara organisasi yang membenarkan penjual dan pembeli yang terlibat untuk bertukar maklumat tentang harga & tawaran tentang produk
Firma yang menjalankan sistem ini dikenali sebagai intermediary (orang tengah
Marketspace adalah ruang-ruang dalam pasaran yang diniagakan itu, samaada kecil sederhaana atau besar. kalau kedai marketspace adalah kecil jika dibandingkan marketspace untuk hypermarket seperti giant atau jusco, tesco. begitu juga dengan online adakah ruang perniagaan hanyalah dengan mengunakan satu site, perbagai site dan beranika site.
Pasaran perdagangan Elektronik (E-commerce markets) adalah laman web yang boleh dimasuki secara global yang menyediakan pasaran perdagangan elektronik yang menyokong aktiviti penjualan dan pembelian atas talian. Akitiviti perniagaan dilakukan secara elektronik dengan menyediakan saluran yang boleh dicapai oleh penjual dan pembeli diperingkat global. Ini berbeza pasaran tradisional yang urusan perniagaan dilakukan secara interaksi dan komunikasi bersemuka.
1.1 E-commerce markets:
1. Memudahkan transaksi di antara penjual & pembeli terutamanya di dalam menyokong langkah-langkah proses penyelesaian pesanan.
2. Fokus kepada aktiviti interaktiviti dan interaksi diantara pembeli & penjual
3. Mesti disokong oleh tempat pasaran elektronik (Electronic marketsplace)
2.0 “marketplaces” dan “marketspaces”- Kebaikan serta keburukan
2.1 Kesan Pasaranan Elektronik Kepada Struktur Industri
Strader dan Shaw (1997) telah mengenalpasti 2 fasa yang mungkin dilalui oleh struktur industri dengan adanya pasaranan elektronik
2.1.1Pendigitan Mekanisma Pasaranan
a) Menyediakan mekanisma yang efektif (mengurangkan kos carian kepada pengguna) – jimat wang dan masa dalam usaha mengumpul tentang harga, kualiti dan ciri-ciri produk
b) Menyediakan pertukaran maklumat antara pengguna dan penjual tawaran paling menarik
c) Membuang orang tengah (pemborong) dari rantaian nilai
d) Pengeluar mendapat keuntungan yang lebih banyak
2.1.2Pendigitan Produk dan Pengagihan Produk
e) Buku, suratkhabar, majalah, perisian komputer, movie, muzik di jual dalam bentuk digital
f) Pasaran elektronik dan rangkaian pengedaran membolehkan aktiviti yang lebih banyak antara penjual dan pembeli dalam satu tempat termasuklah pemasaran, pesanan, pembayaran dan pengagihan
g) Mengurangkan harga produk, kos rantaian nilai (inventori, pembungkusan dan kos penghantaran)
2.2Kesan ke atas Pasaran Komuniti
Produk komuniti adalah di pasaran komuniti adalah sama untuk semua penjual adalah sama. Oleh itu pembeli akan membeli penjual yang menjual harga yang lebih rendah. Contoh produk: produk pertanian, bond kerajaan, produk hasil bumi atau emas.
2.3Kesan ke atas Pasaran Perbezaan (differentiated)
Ia akan menyebabkan kuasa penjual dalam pasaran akan berkurangan. Ini kerana pelanggan boleh melakukan kajian sebelum membeli sesuatu produk.
c) Bandingkan perbezaan di antara pasar tradisional dengan pasar digital.
1.0 Perbandingan di antara Pasar Tradisional dengan Pasar Digital
Strader & Shaw (1997) telah membangunkan model untuk membuat perbandingan berdasarkan kepada dua perspektif iaitu:
a) Dari perspektif pembeli
b) Dari perspektif penjual
1.1 Dari Persepktif Pembeli
5 Kos Yang Terlibat:
1. Harga produk adalah jumlah kos produksi, kos koordinasi, dan keuntungan ke atas rantaian nilai (value chain) yang menyediakan produk atau perkhidmatan.
2. Kos carian termasuk masa, usaha dan wang yang terlibat di dalam pencarian untuk penjual yang menawarkan harga yang berpatutan
3. Kos risiko termasuk kos yang terlibat di dalam meminimumkan risiko transaksi dan juga kos yang berkaitan dengan kehilangan nilai semasa transaksi. Contoh: risiko ekonomi, risiko prestasi dan cukai jualan
4. Kos pengagihan dan cukai yang terlibat semasa memindahkan barangan daripada penjual kepada pembeli dan cukai ke atas jualan
5. Kos pasaranan merupakan penglibatan dalam pasaranan. Percuma untuk memasuki pasaranan tradisional, tetapi pasaranan elektronik (e-markets) kemungkinan memerlukan pembeli untuk membayar kos tetap kemasukan dan/atau kos transaksi kepada firma yang menjalankan e-markets.
Harga produk Kos carian Kos risiko Kos pengagihan Cukai jualan Kos pasaranan
Tradisional Tinggi Tinggi Rendah Rendah Tinggi Rendah
E-pasaranan Rendah Rendah Tinggi Tinggi Rendah Tinggi
Jadual 1 : Perbandingan kos yang terlibat daripada perspektif pembeli
1.2 Dari Perspektif Penjual
Pasaranan elektronik menyediakan penjual manfaat tertentu seperti pasaranan yang lebih besar dan pengurangan kos tertentu.
Keburukkan adalah kompleksiti operasi perniagaan bertambah kerana mereka perlu belajar bagaimana memasuki pasaranan elektronik dan belajar operasi perniagaan yang baru
Kos yang terlibat:
1. Kos Pemasaran
- Tradisional - perlukan TV, radio, suratkhabar, Yellow Pager – kos tinggi
- Pasaranan Elektronik - Internet sebagai saluran pemasaran (kos lebih rendah)
2. Kos Overhead
- Tradisional – kos tetap (sewa kedai & gudang dalam bentuk fizikal) – kos tinggi
- Pasaranan Elektronik – kos kurang kerana kedai virtual & pauta terus kepada gudang
3. Kos Inventori
- Tradisional – kos mengurus dan pegangan inventori kos tinggi
- Pasaranan Elektronik – kos mengurus dan pegangan inventori kos tinggi kecuali apabila produk digital seperti perisian & CD musik kos menjadi lebih rendah
4. Kos Pengagihan (kos ekspedisi (shipping) dan kos penghantaran)
- Tradisional – kos adalah lebih murah kerana pelanggan selalunya datang sendiri ke kedai dan memindahkan produk tersebut ke tempat mereka.
- Pasaranan elektronik yang bukan produk digital mempunyai kos yang tinggi kerana terdapat kos ‘shipping’ dan penghantaran.. Tetapi pasaranan elektronik menjadi rendah jika produk yang dipasarankan adalah berbentuk digital boleh dimuat turun dari laman web
5. Kos Produksi (termasuk kos pengeluaran produk, buruh dan barangan)
- Produk digital lebih murah berbanding tradisional dan produk fizikal.
Tradisional (produk) E-market (bukan digital) Pasaranan e-market (digital)
Pengiklanan Tinggi Rendah Rendah
Overhead Tinggi Rendah Rendah
Inventori Tinggi Tinggi Rendah
Produksi Tinggi Tinggi Rendah
Distribution Rendah Tinggi Rendah
Jadual 2 :Perbandingan kos yang terlibat dari perspektif penjual
d) Bincangkan perbezaan antara “supply chain” dan “value chain”.
Bagaimanakah mereka berkaitan?
Hari ini, pengguna pasaran global, kedua-dua pihak pengguna akhir dan pengguna bisnis menginginkankedua-dua pihak pengguna akhir dan pengguna bisnis menginginkan peningkatan tahap kualiti produk dan perkhidmatan.
Pengurusan Rantaian Bekalan (Supply Chain Management SCM)SCM adalah satu sistem Inter-Enterprise yang bersilang fungsian (cross-functional) yang menggunakan IT untuk menyokong dan mengurus hubungan antaran beberapa proses syarikat perniagaan utama dan pembekal, pelanggan dan rakan kongsi peniaga.
Kunci aktiviti SCM termasuk
• Perancangan pengeluaran
• Pembelian
• Pengurusan material
• Pengedaran
• Perkhidmatan pelanggan
• Ramalan Penjualan
Matlamat utama SCM adalah untuk mencipta hubungan perniagaan/rantaian bekalan yang cepat, cekap dan pada kos rangkaian yang rendah. EC dan Internet merubah sifat dasar SCM, dan mendefinasikan bagaimana pelanggan belajar mengenainya, memilih, pembelian, dan menggunakan produk dan perkhidmatan. Hasilnya perubahan kepada rantian bekalan B2B kepada fokus-pengguna (consumer-focused) daripada fokus-produk (product focused).
Dengan adanya SCM yang baik, penghasilan produk mengunakan kaedah JIT (Just-in-time) dapat dilakukan dengan jayanya.
Sebagai contoh rantai bekalan bagi pembuat kereta mengandungi semua aktiviti yang dijalankan oleh setiap pembekal komponen kereta. ini termasuklah pembuat enjin, pembuat cermin, pembuat seat kereta, pembuat tayar dll. Jabatan yang bertanggungjawab untuk membeli komponen haruslah mencari komponen yang dijual pada kadar termurah. ini dilakukan dengan mengenalpasti pembekal2 (vendors) dan minta mereka untuk menyediakan bida (bids) yang menawarkan barangan yang akan dijual dan harga yang akan dikenakan. Jabatan kemudiannya akan memilih vendor yang menawarkan harga terendah tapi masih menawarkan barangan yang memenuhi standard.
SCM seterusnya adalah proses yang memerlukan business untuk mengambil bahagian yang aktif dengan pembekal untuk memperbaiki produk dan proses yang terlibat. contohnya menjalinkan hubungan jangka masa panjang & saling berkerjasama
Kemunculan konsep JIT (Just-In-Time) telah menunjukkan kepentingan masakini pasaran kompetitif dan global memerlukan organisasi untuk bersaing dari segi kos dan kualiti(Value)
Pendekata, kos mengenepikan sistem pengurusan kualiti adalah mahal harganya dan sesebuah organisasi mungkin kehilangan pasaran. Seperti mana yang telah dipelajari, bisnis dan pengguna telah menggunakan EC seperti EDI dan rangkaian ATM sejak dulu lagi. Walaubagaimanapun, Internet telah mencipta berbagai kemungkinan kerana popularitinya dan menyebaran melalui seni bina terbuka.
Faktor penting Internet memainkan peranan penting dalam EC:
• Internet merupakan rangkaian global umum untuk rangkaian
• Bisnes boleh menggunakan Internet untuk bisnis-ke-bisnis komunikasi seperti EDI
• Bisnis juga boleh mengunakan Internet untuk EC bisnis-ke-pengguna dengan membina kehadiran di dalam Internet (contoh: laman web) yang membenarkan perluasan bekalan rangkaian melalui elektronik kepada rumah pengguna.
• Kos pembinaan dan menjalankan rangkaian untuk aplikasi rangkaian mengunakan Intetnet adalah jauh lebih murah jika menggunakan rangkaian persendirian atau menggunakan perkhidmatan Value Added Network (VAN)
Rujukan
A.F. Salam et. al. (2005). “Trust in e-commerce”. New York: ACM Press.
Araujo & Araujo (2003). “Developing Trust in Internet Commerce”. Toronto: IBM Press.
Barnard, L. Wesson, J. (2004). “A trust model for e-commerce in South Africa”. South Africa: South African Institute for Computer Scientists and InformationTechnologists.
Deitel, Deitel & Nieto (2001). “E-Business & E-Commerce: How to program”. New Jersey. Prentice Hall.
Egger, F. N. (2000). “Trust me, I’m online vendor”. New York: ACM Press.
Kalakota, R and Whinston, A B (1997) Electronic Commerce: A Manager’s guide, Reading, MA: Addison Wesley
Open university Malaysia (2006) CBEC1103 elements of E-Commerce. Kuala Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
thanks for sharing.. wah.. sya dh confuse cri sgla sample2 assignment kt merata web..nsb bek jmpa blog nie..thanks again :)
ReplyDeletethanks beb kerana berkongsi idea sungguh berguna :)
ReplyDeletetq beb, bnyk info brguna,up date aplikasi2 lain yg terlibat, i follow
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete